Teknik perbualan kosong dalam bahasa Inggeris

Pengenalan

Selain dari menggunakan kaedah permulaan perbualan, perbualan kosong juga boleh membantu anda dalam memulakan perbualan dengan orang yang anda tidak kenali atau dengan orang yang anda tidak berapa rapat. Oleh itu, adalah penting anda mengetahui dengan lebih lanjut apa itu perbualan kosong, siapa dan kenapa orang berbual kosong dan apakah topik yang boleh diperbualkan apabila berbual kosong dengan orang lain.

SIAPA yang berbual kosong? – Hampir semua daripada kita perlu kadang-kadang berbual kosong dengan orang lain. Orang yang selalu menggunakan perbualan kosong ini biasanya orang yang tidak mengenali satu sama lain. Adalah berhemah untuk kita bercakap beberapa patah perkataan atau berbual kosong dengan orang lain dalam situasi tertentu. Kadang-kadang kita akan berjumpa dengan kawan kepada kawan kita yang kita tidak begitu rapat dan sudah tentu anda perlu berbual kosong dengan mereka. Selain dari itu anda juga patut berbual kosong dengan mereka yang sepejabat dengan anda tetapi bekerja di jabatan yang lain. Jika anda bekerja dalam bidang perkhidmatan seperti pegawai perhubungan pelanggan , pelayan restoran. pendandan rambut dan penyambut tetamu maka anda akan senantiasa perlu berbual dengan pelanggan atau bakal pelanggan anda.

APA topik yang orang perbualkan dalam perbualan kosong? – Oleh kerana anda biasanya akan berbual kosong ereka yang tidak rapat dengan anda maka pastikan topik perbualan anda sesuai dan berhemah. Antara jenis-jenis topik yang selamat untuk anda gunakan dalam perbualan kosong ialah :-

1. Cuaca – Anda senantiasa boleh berbincang tentang keadaan cuaca semasa seperti musim hujan, jerebu, banjir dan sebagainya. Topik ini juga amat sesuai untuk anda gunakan dengan kawan-kawan rapat anda sebagai permulaan perbualan.

2. Isu-isu semasa – Bagaimanapun cuba elakkan dari berbual kosong tentang isu-isu agama, bangsa dan politik kerana ini mungkin isu yang sensitif untuk diperbualkan.

3. Berita sukan ­– Sukan adalah topik yang sesuai diperbualkan terutamanya jika ianya melibatkan prestasi pasukan kebangsaan Malaysia. Cuba elakkan dari mengutuk pasukan-pasukan sukan tertentu kerana orang yang anda sedang berbual kosong itu mungkin penyokong kuat pasukan yang anda perbualkan itu!

4. Berita-berita hiburan – Berita terbaru tentang filem, artis dan konsert juga sesuai digunakan apabila anda berbual kosong.

APA topik yang perlu dielakkan dalam perbualan kosong? Anda perlu ingat untuk mengelakkan dari berbual kosong tentang perkara-perkara berikut:-

1. Perkara-perkara peribadi – Antaranya ialah umur, status perkahwinan, gaji, fahaman politik dan sebagainya yang dianggap sensitif untuk orang yang anda baru kenali.

2. Kritikan peribadi – Elakkan juga dari mengkritik apa-apa sahaja tentang orang yang anda sedang berbual itu. Ini termasuklah mengkritik bentuk fizikal mereka, pakaian mereka, perangai mereka dan sebagainya.

3. Hal-hal peribadi anda – Elakkan juga dari mendedahkan hal-hal peribadi anda kepada orang lain kerana anda tidak pasti siapakah kawan-kawan mereka dan di mana mereka bekerja.

4. Apa-apa topik yang tidak selesa diperbualkan – Anda juga kena prihatin dengan bahasa badan atau body language seseorang itu apabila anda sedang berbual kosong dengan mereka. Jika mereka kelihatan seperti malu, marah atau tidak selesa dengan apa sahaja topik yang anda perbualkan maka adalah lebih bijak untuk anda menukarkan topik perbualan anda dengan serta merta.

Dipetik dari buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Perbualan Bahasa Inggeris yang ditulis oleh saya sendiri dan diterbitkan oleh Perintis Publication.

Kursus Asas-Asas Perbualan selama sehari akan saya buat pada 11/4 ini (cuti Pertabalan Agong) dari 10 a.m. – 5 p.m di Leisure Commerce Square, Sunway.

Yuran biasa RM150 tapi untuk yg daftar minggu ini cuma RM120 sahaja dan tinggal 5 kekosongan sahaja lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s