Tips meningkatkan kemahiran dalam perbualan bahasa Inggeris #2

ssalamualaikum dan Salam sejahtera

Saya sambungkan lagi tips untuk meningkatkan kemahiran dalam perbualan bahasa Inggeris ni tapi lebih kepada nota-nota pendek ya.Sibuk sikit harini.

1. Banyakkan membaca – Tak ramai yang sedar sebenarnya membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris banyak boleh membantu anda menjadi mahir dalam perbualan bahasa Inggeris.Tapi kena ingat ya anda perlu membaca setiap hari kalau nak cepat mahir.

2. Banyakkan mendengar – Mendengar dengan betul-betul dan proses apa yang anda dengar untuk mendengar susunan ayat, sebutan yang betul dan juga perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang digunakan.

3. Banyakkan latihan – Anda perlu banyakkan buat latihan-latihan bahasa Inggeris samaada latihan karangan, latihan objektif dan juga latihan perbualan. Tanpa latihan anda akan rasa janggal dan kekok untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dan tidak pasti susunan ayat yang betul.

4. Masuk kelas formal – Ramai yang nak jalan pintas iaitu tak nak masuk kelas bahasa Inggeris yang formal untuk tingkatkan tatabahasa dan juga untuk mengetahui cara yang betul membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris dan juga kalau sertai kelas perbualan, anda boleh tahu teknik-teknik berbual yang mudah dan efektif.Kalau anda ingin dihormati dengan perbualan bahasa Inggeris anda, anda kena tahu tatabahasa bahasa Inggeris yang betul dan bukan sekadar menggunakan “bahasa Inggeris ikut-ikutan” yang anda dengar kawan-kawan anda gunakan kerana ini amat merbahaya sebab kemungkinan besar tatabahasa yang mereka gunakan itu tidak tepat.

Adalah diharap tips-tips ini dapat membantu anda meningkatkan aspek perbualan bahasa Inggeris anda dan anda boleh mantapkan lagi perbualan bahasa Inggeris anda dengan menyertai Kursus Intensif Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris bermula 1hb Julai ini di Putrajaya. Tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja.

Cikgu Yusoff
019-3090711
cikgutuition di gmail.com

Kesilapan dalam diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin kita

SD2

Kesilapan dalam diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin

1) Memulakan diet dengan salah
Memulakan diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin sebenarnya amat mudah tapi ada yg menyangkakan yang dalam diet ini kita Cuma makan daging sahaja seharian dan ada juga yang tidak mengetahui dimana karbohidrat meyorok dalam makanan yang mereka ambil. Ini adalah resepi yang amat merbahaya.Semua orang perlu mempunyai pengetahuan asas tentang cara mengurangkan karbohidrat, makanan apa yang mengandungi karbohidrat dan bagaimana makan diet seimbang yang mempunyai rendah karbohidrat.

2) Cepat mengalah
Ada banyak cara dan pendekatan dalam diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin ini dan kadang-kadang ada juga kesilapan-kesilapan yang kita akan buat. Saya sendiri telah berdiet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin dengan susu diet Sd2 selama 3 setengah bulan dan kadang-kadang ada juga membuat kesilapan kerana tidak mengkaji terlebih dahulu diet yang sebenar dan yang efektif. Kalau anda ingin memulakan diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin cuba dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh seperti di blog saya di imejbaru.wordpress.com dan juga dapatkan bimbingan daripada mereka yang sudah lama mengamalkan diet ini seperti saya. Saya juga banyak membimbing pelanggan-pelanggan saya yang telah membeli Sd2 dengan saya untuk kurus dan sihat ini.

Apa yang perlu anda ingat ialah ianya tidaklah sepanjang masa berkesan kerana anda perlu cuba mencari diet yang betul-betul berkesan untuk diri anda dan kadang-kadang anda pelu mengubah diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin anda itu.Ada kemungkinan kita akan cepat mengalah apabila diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin tidak berkesan untuk kita dengan sempurna. Antara contoh kesilapan yang mungkin kita akan buat ialah makan terlalu sedikit karbohidrat yang akan menyebabkan badan kita kekurangan karbohidrat dan apabila ini berlaku kita terus mengalah. Ini merugikan kerana dengan sedikit pembetulan dalam diet kita, kita boleh melalui diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin pada minggu pertama dengan selesa dan mencapai hasil yang menakjubkan dihujung perlananan kita ini.

Hubungi saya jika anda inginkan bimbingan diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin ini dan rahsia turun 17kg dalam masa sekitar 3 bulan sahaja.

Cikgu Yusoff
0193090711