Tips meningkatkan kemahiran dalam perbualan bahasa Inggeris #2

ssalamualaikum dan Salam sejahtera

Saya sambungkan lagi tips untuk meningkatkan kemahiran dalam perbualan bahasa Inggeris ni tapi lebih kepada nota-nota pendek ya.Sibuk sikit harini.

1. Banyakkan membaca – Tak ramai yang sedar sebenarnya membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris banyak boleh membantu anda menjadi mahir dalam perbualan bahasa Inggeris.Tapi kena ingat ya anda perlu membaca setiap hari kalau nak cepat mahir.

2. Banyakkan mendengar – Mendengar dengan betul-betul dan proses apa yang anda dengar untuk mendengar susunan ayat, sebutan yang betul dan juga perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang digunakan.

3. Banyakkan latihan – Anda perlu banyakkan buat latihan-latihan bahasa Inggeris samaada latihan karangan, latihan objektif dan juga latihan perbualan. Tanpa latihan anda akan rasa janggal dan kekok untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dan tidak pasti susunan ayat yang betul.

4. Masuk kelas formal – Ramai yang nak jalan pintas iaitu tak nak masuk kelas bahasa Inggeris yang formal untuk tingkatkan tatabahasa dan juga untuk mengetahui cara yang betul membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris dan juga kalau sertai kelas perbualan, anda boleh tahu teknik-teknik berbual yang mudah dan efektif.Kalau anda ingin dihormati dengan perbualan bahasa Inggeris anda, anda kena tahu tatabahasa bahasa Inggeris yang betul dan bukan sekadar menggunakan “bahasa Inggeris ikut-ikutan” yang anda dengar kawan-kawan anda gunakan kerana ini amat merbahaya sebab kemungkinan besar tatabahasa yang mereka gunakan itu tidak tepat.

Adalah diharap tips-tips ini dapat membantu anda meningkatkan aspek perbualan bahasa Inggeris anda dan anda boleh mantapkan lagi perbualan bahasa Inggeris anda dengan menyertai Kursus Intensif Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris bermula 1hb Julai ini di Putrajaya. Tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja.

Cikgu Yusoff
019-3090711
cikgutuition di gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s