MUET bukannya mudah

As Salam dan Salam Sejahtera semua

Sengaja saya letak tajuk posting saya kali ini dalam bentuk yang agak negatif kerana itulah hakikatnya.Pahit tapi itukah hakikatnya.Terutama kepada mereka yang bercadang mengambil MUET November ini atau pada March 2013 nanti. Perhatikan bahawa dalam tahun 2007, hampir 55% sekadar mendapat Band 1 dan Band 2 Ini bermakna 55% daripada mereka yang mengambil MUET pada tahun 2007 mendapat markah kurang daripada 47% untuk mendapat Band 3.

Biarlah saya berterus terang sahaja kenapa hal ini berlaku berdasarkan pengalaman saya mengajar bahasa Inggeris hampir 7 tahun dan pengalaman saya mengambil TOEFl (Test of English as Foreign Language) pada tahun 1985 sebelum saya ke Australia dulu.

Kenapa MUET tidak mudah untuk sesetengah kita? :-

1. Menganggap yang MUET mudah untuk dapat Band 3 kerana markah untuk dapat Band 3 cuma 47%.

2. Tidak membuat apa2 persediaan untuk mengambil MUET ini.

3. Tidak tahu langsung format MUET ni macam mana bentuk nya.

4. Menganggap kalau dah lulus subjek bahasa Inggeris dalam SPM maka MUET pun boleh dengan mudah dapat Band 3.

5. Tak pernah cuba langsung soalan2 tahun lepas MUET.

6. Tak pernah beli lansung buku2 persediaan MUET.

7. Tidak masuk mana-mana kelas bahasa Inggeris dengan menganggap tatabahasa dan perbendaraan kata bahasa Inggeris mereka sudah mencukupi

Jadi kepada yang akan mengambil MUET tahun ini atau tahun depan, saya amat berharap anda tidak ambil remeh aspek persediaan anda itu.Saya sendiri akan memulakan Kursus Asas2 Komunikasi bahasa Inggeris selama 7 minggu bermula pada 1hb Sept di Putrajaya dan 2hb Sept di Sunway.Tapi INGAT! Kelas sahaja tidak memadai.Anda perlu juga ingat 7 faktor di atas ini ya.

Cikgu Yusoff
0193090711

Advertisements
By knowledgecentre Posted in MUET

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s