Perubahan ejaan dalam perkataan-perkataan bahasa Inggeris

Assalamualaikum

Antara aspek yang mungkin kita rasa sukar dalam bahasa Inggeris ialah pertukaran kepada ejaan-ejaan dalam perkataan-perkataan bahasa Inggeris. Ianya kadang2 agak mengelirukan kita dan seperti yang pernah saya tulis sebelum ini anda perlu tahu 3 aspek iaitu:-

1. WHAT
2. WHY
3. HOW

Jangan HAFAL ya.Amat2 bahaya jika anda sekadar hafal kerana ianya menyukarkan kita untuk menggunakan ia nanti.

Sebagai contoh,antara aspek yang kadang mengelirukan kita ialah konsep Kata Nama Tunggal atau Singular Noun dan Kata Nama Majmuk atau Plural Noun dalam bahasa Inggeris. Jika anda kurang faham aspek ini maka ianya akan banyak menjejas aspek tatabahasa kita yang lain dalam bahasa Inggeris seperti penggunaan Kata Kerja atau Verbs yang betul dengan Singular dan Plural nouns tersebut.

Mari kita buat analisa dari segi Aspek Semakan WWH ini iaitu:-

1. WHAT?
Singular plural ini adalah berkaitan dengan kuantiti sesustu noun itu di mana -

Kuantiti = 1 ialah Singular noun

Kuantiti > 1 = Plural noun

Perhatikan yang plural noun ialah noun yang kuantiti ia lebih daripada satu dan bukannya perlu kuantiiti ia banyak.

2. WHY?
Kenapa anda perlu tahu aspek singular plural ini ialah yang pertama sekali anda perlu tahu ialah ejaan noun untuk kuantiti =1 (singular) dan kuantiti > 1 (plural) MUNGKIN berbeza seperti

1. A boy - two boys
2. One bus - many buses
3. 1 thief - 10 thieves
4. a country - few countries

Bagaimanapun anda juga perlu tahu yang bukan semua plural nouns itu sekadar melibatkan penambahaan -s, -es dan -ies tetapi ada juga:-

i. Berubah bentuk seperti one child - several children
ii. Tidak berubah bentuk seperti A sheep - two sheep

Dari aspek HOW pula anda perlu tahu yang bagaimanakah caranya anda mengeja Plural Nouns anda dan apa yang boleh membantu anda secara amnya ialah:-

1. Kebanyakan plural nouns melibatkan penambahan -s sahaja kepada ejaan singular nouns mereka.

2. Untuk nouns yang berakhir dengan 'y' tetapi sebelum 'y' itu ialah huruf konsonan (bukan a,e,i,o,u) anda perlu buang 'y' itu dan tambah '-ies'

baby
menjadi babies

butterfly menjadi butterflies

3. Untuk nouns yang berakhir dengan -ch, -sh, -s, -ss dan -x maka anda perlu tambah -es dihujung mereka seperti

catch - catches
bush - bushes
boss - bosses
tax - taxes
bus - buses
boss - bosses

4. Untuk sesetengah nouns yang berakhir dengan -f dan -fe, -f dan -fe itu dibuang dan digantikan dengan -ves

Cth

wife - wives
loaf- loaves
knife -knives


Pengecualian

roof - roofs
cliff - cliffs
chief - chiefs

5. Untuk nouns yang berakhir dengan -o, bentuk plural mereka samaada ditambah -s atau -es

Cth

zoo- zoos
hero - heroes

Ada juga yang boleh menggunakan kedua2 bentuk

Cth

mosquito - mosquitoes / mosquitos
volcano - volcanos / volcanoes

* biasanya bentuk -es seperti volcanoes dan mosquitoes digunakan.

6. Ada juga nouns yang tidak berubah bentuk plural nya seperti

one sheep - many sheep (bukannya many sheeps)

Cth lain

deer - deer
fish -fish

* fishes cuma digunakan untuk pelbagai jenis ikan sahaja.

7. Ada juga nouns yang berubah bentuk plural forms mereka

Cth

a child - few children

one person - several people (bukan several persons atau several peoples)

Ni antara aspek yang paling penting yang cikgu akan ajar dalam kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang akan bermula pada 5hb Januari depan di Putrajaya dan 6hb Januari. Kursus ini sesuai untuk lepasan SPM, mereka yang inigin mengambil MUET dan juga mereka yang ingin meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris mereka untuk kerjaya mereka.

Cikgu Yusoff
019-3090711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s