Meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda dalam 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini ialah hari terakhir dalam tahun kalendar roman 2012 dan esok akan bermulalah tahun baru 2013.Begitu cepat sekali masa berlalu..Rasanya baru sahaja kita masuk tahun 2012 dan baru sahaja menyambut hari Raya Aidil Fitri tapi sedar tak sedar sudah tamat tahun 2013 ini.Biasanya pada hujung tahun kita sibuk dengan penilaian prestasi kerja kita dan masuk tahun 2013 kita kita akan berdebar-debar pula menunggu berapa bulankan bonus yang akan kita perolehi daripada majikan kita dan berapa peratus pulalah kenaikan gaji kita. Jika bonus dan kenaikan gaji yang kita dapati tidak seperti yang kita jangkakan maka kita perlu menunggu setahun lagi untuk kenaikan dan bonus yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, bagi mereka yang agresif, apabila mereka tidak mendapat kenaikan gaji dan bonus seperti yang diharapkan maka mereka akan mula mencari kerja lain yang boleh membantu mereka mendapat kenaikan gaji sekitar 30-40%!Ini bermakna jika gaji mereka sekarang ialah RM2,000, mereka akan mendapat kenaikan sekitar RM600 sebulan atau RM7,200 setahun! Ini sama dengan bonus sebanyak 3 1/2 bulan!

Saya sendiri semasa saya bekerja dengan orang lain dahulu saya tidak tunggu lama disesuatu organisasi dan bila saya berpindah kerja, saya memang dapat kenaikan 30-40%.Pada saya jika kenaikan yang diterima kurang daripada 30% maka perpindahan kerja yang kita buat itu tidak berbaloi kerana apabila kita bertukar kerja kita akan kehilangan seniority dan kelebihan pengalaman di tempat lama kita itu.Rasaya saya, apa yang memudahkan saya mencari kerja lain di masa lepas ialah kelebihan saya dari segi berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Hal in amat penting terutamanya kepada mereka yang bekerja di sektor swasta seperti saya kerana hakikatnya,bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi utama di dalam sektor swasta.Selain boleh menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik,saya juga boleh mengendalikan kursus2 tertentu untuk staff dan juga untuk pelanggan-pelanggan syarikat saya.

Untuk memudahkan anda bertukar tempat kerja, terutamanya di dalam sektor swasta, anda perlu mahir membuat ayat-ayat dalam bahasa yang betul tatabahasa ia dan bukan sekadar membuat ayat dalam broken English atau bahasa Inggeris pasar.

Majikan sanggup membayar gaji yang tinggi kepada mereka yang selain mempunyai kelulusan yang sesuai dan pengalaman yang mencukupi, kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasa ia dan yang tepat penggunaan tatabahasa ia.Malah kajian yang dibuat oleh Persekutuan Majikan Malaysia atau Malaysian Employer federation (MEF) untuk Eksekutif 2010 mendedahkan bahawa 68% daripada syarikat yang dikaji menamakan kemahiran komunikasi sebagai kualiti paling penting yang diperlukan dalam permohonan kerja, diikuti oleh pengalaman bekerja (67%), kemahiran interpersonal (56.2%) dan semangat dan komitmen (55.7%). Rujukan http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/10/nation/8454838&sec=nation

Itulah sebabnya kenapa dalam kursus saya, saya lebih menekankan aspek tatabahasa dan kosakata terlebih dahulu.Ya, memang mereka yang menyertai kursus bahasa Inggeris yang saya jalankan itu berminat untuk meningkatkan kemahiran bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris tetapi pada saya,tiada jalan pintas ke arah itu kerana dalam pengalaman saya yang akan masuk tahun ke8 masuk 2013 ini ialah ramai pelajar saya masih lemah dalam tatabahasa asas bahasa Inggeris mereka.

Masih ramai yang bercakap dan menulis I have 4 childs atau I have four childrens sedangkan child itu kalau ada seorang sahaja anak kita iaitu I have one child dan kalau lebih daripada seorang kita patut menggunakan I have four children dan bukannya childs atau childrens.

Begitu juga dengan penggunaan apostrpohe dalam pemilikan dan masih ramai yang keliru antara its dan it’s di mana its digunakan untuk menunjukkan pemilikan dan it’s pula ialah singkatan untuk it is yang digunakan dalam perbualan sahaja dan tidak dalam penulisan formal.

Ramai juga yang masih keliru dengan penggunaan Verb TO BE di mana tidak ramai yang tahu BE ini ialah kata dasar atau kata akar kepada am,is,are,was,were dan sebagainya dan hanya digunakan sebagai kata kerja pembantu dan digunakan untuk menunjukkan masa atau kewujudan.

Sebagai contoh, masih ada yang membuat ayat seperti I am work in Kuala Lumpur atau I was worked in Kuala Lumpur before sedangkan ayat yang sebetulnya ialah I work in Kuala Lumpur dan I worked in Kuala Lumpur before. Ini kerana perkataan work itu sendiri sudah menunjukkan masa sekarang dan tidak perlu dibantu atau ditambah lagi dengan am. Begirtu juga dengan penambahan -ed kepada work yang memberi maksua bekerja di masa lepas dan oleh itu tidak perlulah kita menambah lagi was kepada ayat itu.

Ada juga yang terus meninggalkan verb TO BE dan membuat ayat seperti I hungry now atau I hungry just now sedangkan ayat yang sebetulnya ialah I am hungry now dan I was hungry just now.

Saya suka mengajar grammar dan saya TERPAKSA mengajar grammar terlebih dahulu kerana saya ingin menyelesaikan masalah akar umbi bahasa Inggeris anda dan anak2 anda dan bukan sekadar mengajar diatas permukaan seperti yang kadang2 dibuat disekolah2 dan di kolej2 dna universiti.Ini yang banyak berlaku sekarang sehinggakan yang belajar dengan saya bukannya lulusan SPM dan diploma sahaja tetapi yang mempunyai master’s degree dan Phd.

Jadi nasihat saya kepada yang ingin mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat, anda perlu bersedia untuk belajar grammar bahasa Inggeris dari peringkat paling asas dan anda juga perlu mula menyukai dan menyanyani grammar bahasa Inggeris kerana ianya ialah penyelesaian kepada masalah anda untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Kepada yang berminat untuk belajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul tatbahasa ia, bolehlah menyertai kursu Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang akan bermula di Prct 16,Putrajaya pada Sabtu ini 5/1 dan di Sunway pada 6/1.Kelas di Sunway bersebelahan dengan stesyen komuter Setia Jaya dan amat mudah untuk anda pergi dan trafik agak lengang pada hari Ahad di kawasan itu.Tak banyak tempat yang tinggal untuk sesi Januari dan kursus ini sesuai juga untuk pelajar lepasan SPM dan untuk mereka yang ingin mengambil MUET.

Regards

Cikgu Yusoff

0193090711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s