Mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan siri #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Alhamdulillah, cikgu telah memulakan kursus mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan, bulan lepas di Putrjaya dan Sunway dan akan memulakan satu lagi Intake Kursus Mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan di Putrajaya dan Sunway,Disember ini pula.

Adakah mungkin mahir cuma dalam 6 bulan sahaja?

Ini mungkin soalan pertama yang terdetik dihati mereka yang memang ingin mahir dalam masa terdekat untuk tujuan peperiksaan seperti MUET dan SPM dan juga untuk mereka yang ingin meningkatkan kerjaya mereka dan ingin mendapatkan kenaikan gaji dan juga untuk mereka yang ingin berpindah tempat kerja. Mungkin ada juga yang skeptikal dengan janji saya ini tetapi ini jawaban saya:-

1. 6 bulan satu masa yang panjang – Saya melihat 6 bulan ini sebagai 180 hari dan pada saya 180 hari adalah satu masa yang panjang dan mencukupi untuk anda mahir dalam bahasa Inggeris.Alhamdulillah, untuk pelajar-pelajar Intake September, saya membimbing mereka SETIAP HARI melalui whatsapp di mana mereka boleh bertanya kepada saya tentang

i. Apa2 topik yang telah mereka pelajari

ii. Topik yang mereka belum pelajari

iii. Susunan ayat.

iv. Perbendaharaan kata

v. Latihan karangan mingguan yang telah saya berikan

Saya juga memberikan pelajar saya file audio untuk ringkasan2 topik yang telah mereka pelajari dan maklumbalas daripada mereka,ianya membantu mereka dalam ulangkaji mereka dan juga untuk mengingati apa yang telah saya ajari mereka.

2. Kuatkan semangat – Untuk mereka yang bertekad untuk mahir dalam bahasa Inggeris dalam 6 bulan ini anda perlu mempunyai keazaman dan keinginan yang kuat untuk mahir dalam bahasa Inggeris.Walaupun anda rasa anda agak lemah,saya percaya anda mampu dan boleh mahir dalam bahasa Inggeris dengan syarat anda mempunyai semangat yang betul2 kuat.

Buat masa ini saya perhatikan pelajar-pelajar saya amat bersemangat untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris saya terutamanya saya apabila saya sentiasa memotivasikan mereka di dalam whatsapp dan juga sentiasa mengingatkan mereka apa yang perlu mereka buat setiap hari dari segi tatabahasa, kosakata dan latihan. Setahu saya, di pusat-pusat bahasa yang lain termasuk yang lebih terkenal dan lebih hebat daripada kelas saya,tidak memberi sokongan selepas kelas sebegini.Saya mampu berbuat demikian kerana saya mengajar bahasa Inggeris secara sepenuh masa dan mempunyai banyak masa lapang untuk membimbing pelajar-pelajar saya.Lagipun,walaupun saya mempunyai pejabat di Sunway saya tidak mempunyai staff dan oleh itu saya tidak perlu membuang masa ke pejabat setiap hari dan boleh menggunkan masa yang terluang untuk bekerja dari rumah membimbing pelajar-pelajar saya.

3. Sertai  kelas bahasa Inggeris formal – Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, jika anda ingin mahir dalam jangkamasa cuma 6 bulan, anda perlu menyertai kelas bahasa Inggeris secara formal. Anda perlu sertai kelas yang akan mengajar anda aspek tatabahasa dan aspek pembentukan ayat yang betul dalam bahasa Inggeris. Jangan sertai kelas yang terus pergi ke kelas perbualan dan penulisan. Anda tidak boleh kuasai bahasa Inggeris dalam 6 bulan jika anda tidak sanggup belajar aspek tatabahasa kerana pengetahuan tatabahasa yang bagus akan mempercepatkan proses meningkatkat kemahiran bahasa Inggeris anda. Jika anda sanggup  belajar aspek tatabahasa dengan rajin dan komited, InsyaAllah anda boleh mahir dalam komunikasi dalam bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan.

Selain kelas formal, anda juga perlu berterusan belajar seperti yang saya buat dengan pelajar-pelajar Intake September saya. Pembelajaran mereka bukan sekadar dua hari dalam setiap modul tetapi mereka belajar setiap hari dengan saya dari pagi hingga ke malam melalui interaksi di kelas BI kami di WhatsApp.

4. Cari pusat pembelajaran dan guru yang komited dan berpengalaman – Pastikan anda memilih pusat pembelajaran bahasa Inggeris yang mampu membantu anda dan bukan memilih kerana pusat itu terkenal atau glamour.Saya sendiri menggunakan pendekatan dwi bahasa dalam pengajaran saya dimana nota dan syarahan saya adalah dalam dwi bahasa agar pelajar lebih cepat memahami aspek tatabahasa bahasa Inggeris ini.Itulah sebab saya mulakan kursus Mahir Bahasa Inggeris Dalam 6 Bulan saya itu dengan Modul Asas-Asas bahasa Inggeris dimana saya mengajar pelajar-pelajar saya aspek-aspek tatabahasa terlebih dahulu dan saya menekankan teknik-teknik mudah membuat ayat dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasa ia dan boleh difahami oleh semua orang dalam dunia ini kerana ianya meggunakan standard tababahasa antarabangsa.

Pastikan juga anda mencari guru yang benar2 ingin melihat anda menjadi mahir dalam bahasa Inggeris dan bukan guru yang sekadar ingin menjana pendapatan. Cari guru yang betul-betul mahir dari segi aspek tatabahasa dan juga kosakata.Cari juga guru yang sanggup melayan segala persoalan anda tentang bahasa Inggeris walau semudah manapun soalan anda itu.

Saya akan sambung lagi artikel saya ini dari masa ke semasa dan berharap yang artikel-artikel saya ini dapat menaikkan semangat anda dalam usaha anda untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa cuma 6 bulan,InsyaAllah.

Kursus Mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan akan bermula pada 14 dan 15hb Disember ini. Untuk yang ingin menyertai Modul Kursus Asas2 Perbualan bahasa Inggeris, saya akan buat pada 26 dan 27hb Oktober ini di Putrajaya dan pada 9 dan 10hb Nov di Sunway.Yuran cuma RM290 sahaja seorang atau RM260 seorang jika daftar dua orang. Kursus merangkumi aspek sebutan perkataan bahasa Inggeris, tatabahasa, etiket perbualan, teknik perbualan mudah dan latihan perbualan individu dan berkumpulan.

Cikgu Yusoff
0193090711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s