Persediaan MUET 2014


Bukan nak menakutkan tapi inilah hakikat ttg MUET di mana cuma 45% sahaja yang dapat Band 3 ke atas untuk satu peperiksaan MUET dalam tahun 2007 yang lepas dan saya percaya inilah statistik yang lebih kurang sama untuk MUET tahun ini dan yang akan datang.

Kepada yang akan mengambil MUET dalam tahun 2014 nanti, adakah anda betul-betul sudah bersedia?

1. Sudahkah anda memantapkan tatabahasa bahasa Inggeris anda?

2. Sudahkan anda meningkatkan kosakata bahasa Inggeris anda?

3. Sudahkah anda tingkatkan pembacaan anda?

4. Sudahkan anda membeli buku2 MUET dengan soalan-soalan sebenar untuk membiasakan diri anda dengan format MUET?

Untuk yang akan ambil MUET tahun depan dalam tahun 2014 pastikan anda mula bersedia daripada sekarang lagi kerana apa yang cikgu perhatikan punca kenapa ramai yang gagal dapat band 3 (lebih kurang 55% daripada keseluruhan calon) ialah kerana:-

1. Kurang persediaan

2. Masih lemah dalam aspek Tatabahasa bahasa Inggeris

3. Kurang perbendaharaan kata bahasa Inggeris

4. Kurang membuat latihan soalan2 MUET

5. Tidak ada bimbingan dari guru yang berpengalaman.

6. Mensasarkan untuk mendapat Band 3 dan belajar cuma untuk mendapat Band 3 sahaja.Pelajar perlu membuat sasaran yang lebih tinggi seperti Band 4 atau band 5 dan belajar dengan gigih dan komprehensif untuk mendapat band yang lebih tinggi.

Cuba analisa 6 punca di atas dan jika ianya salah satu punca kenapa anda masih gagal mendapat Band 3 atau pun Band 4 untuk sesetengah kursus seperti TESL dan Law maka anda perlu ambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Jika anda sudah berkali2 ambil MUET tapi masih gagal dapat band 3 atau Band 4, maka ada aspek persediaan MUET anda itu yang kurang efektif. Buat penilaian semula semua aspek persediaan anda dan ubahsuai mana-mana aspek yang masih ada kekurangan dalam persediaan anda.

People don’t plan to fail but people fail to plan.

Orang tidak merancang untuk gagal tetapi orang gagal untuk merancang.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang sesuai untuk persediaan MUET 2014 anda akan bermula pada 18hb Januari 2014 di Precint 16,Putrajaya dan Leisure Commerce Square, Petaling Jaya.

Cikgu Yusoff
0193090711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s