Bagaimana nak dapat minimum Band 3 dalam MUET anda?

Sertai kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu yang bermula pada 7hb September ini di Kompleks Kejiranan Precint 16 dan pada 4hb Oktober di Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9, Sunway untuk persediaan MUET anda!

 

# 1 Buat persediaan awal

 

Ramai yang tidak benar-benar bersedia untuk MUET mereka kerana menganggap yang MUET ini tidak sesukar mana. Ada juga yang membuat persiapan cuma di saat-saat akhir untu MUET mereka. Lebih awal anda bersedia, lebih tingi kemungkinan anda untuk mendapat Band 3 dan mungkin juga Band 4 atau Band 5. Ianya tidak mustahil. Pastikan anda membeli buku-buku MUET yang sesuai untuk persediaan anda.

Untuk yang pernah mengambil MUET dan cuma mendapat Band 1, anda perlu sekurang2nya 6 bulan sebagai persediaan anda.

Untuk yang pernah mengambil MUET dan cuma mendapat Band 2, anda perlu sekurang2nya 3bulan sebagai persediaan anda.

 

#2 Masuk kelas bahasa Inggeris yang formal

 

Cara paling cepat untuk anda meningkatkan kemahiran anda berbahasa Inggeris dalam matlamat mendapat sekurang2nya Band 3 dalam MUET anda ialah dengan memasuki kelas bahasa Inggeris yang formal yang menekankan aspek grammar (tatabahasa) dan vocabulary (kosakata). Ini cara yang paling efektif kerana dengan menggunakan pendekatan grammar dan vocabulary, anda akan boleh membuat ayat2 dengan baik dalam komponen Speaking (15% ) dan Writing (30%). Ianya juga akan membantu anda memahami karangan2 dalam komponen Reading yang memberi markah 40% daripada jumlah markah MUET anda!

Mungkin anda rasa yuran RM790 untuk kursus Asas-Asas Komunikasi cikgu sebanyak RM790 itu mahal tetapi ianya merupakan pelaburan yang amat berbaloi and worth every cent kerana anda bukan sahaja memahirkan diri anda untuk MUET tetapi juga untuk persediaan alam pekerjaan anda nanti. Semua pelajar cikgu akan diberikan khidmat sokongan melalui WhatsApp dan juga email. Ini bermakna, anda boleh bertanya dengan cikgu melalui WhatsApp setiap hari!

 

#3 Banyakkan Membaca

 

Anda perlu banyakkan membaca kerana Komponen Reading memberi markah sebanyak 120 markah atau 40% daripada jumlah markah MUET anda! Pastikan anda mempelbagaikan pembacaan anda untuk merangkumi:-

i. Newspaper

ii. Magazines – Pastikan anda membaca majalah yang menggunakan bahasa tinggi seperti Reader’s Digest, National Geographic dan sebagainya kerana salah satu karangan dalam MUET Dec 13 mengambil satu artikel daripada majalah National Geographic!

iii. Story books – Buku cerita amat efektif untuk meningkatkan kebolehan anda bercerita dan membuat ayat untuk persediaan komponen Speaking dan Writing.

iv. Non fiction books – Non fiction books merujuk kepada buku-buku yang berasaskan fakta seperti Biography tokoh-eotkoh terkenal.

#4 Dapatkan bantuan daripada cikgu yang berpengalaman

Pastikan anda belajar dengan guru yang berpengalaman dari segi pengajaran grammar dan vocabulary bahasa Inggeris. Cikgu tersebut juga perlu arif dengan format soalan MUET dan boleh mengatur strategi yang sesuai dengan tahap kemahiran bahasa Inggeris anda.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s