Teknik What, Why,How and Other Impact

image

Antara aspek yang agak mengelirukan dalam bahasa Inggeris ialah perubahan dari segi ejaan kepada perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris itu. Sekarang ini saya kerap mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak sekadar menghafal perubahan-perubahan ejaan ini tetapi perlu faham betul-betul dari segi:-

1. What – Apakah nama perubahan kepada ejaan itu.

2. Why – Kenapa ada perubahan dalam ejaan.

3. How – Bagaimana kita menukar ejaan itu.

4. Other impact – Adakah impak-impak lain  selain dari perubahan ejaan itu?

Antara sub topic yang paling penting dalam topik Nouns atau Kata Nama ialah Singular and Plural Nouns.

Jika kita gunakan 4 aspek semakan di atas, kita boleh buat analisa seperti berikut:-

1.   What – Perubahan ejaan ini dinamakan perubahan daripada Singular Noun kepada Plural Noun.Apa yang kita pelajari amat penting untuk kita mengetahui nama ia kerana ini memudakan kita untuk mencari bahan-bahan rujukan tambahan dan juga memudahkan kita menggunakan Google untuk mencari nota tambahan dan juga latihan-latihan tambahan untuk pengukuhan pemahaman kita.

2.      Why – Kenapa ada perubahan dalam ejaan?

Perubahan ejaan berlaku kerana jumlah noun itu berubah daripada satu atau Qty = 1 kepada lebih daripada satu Qty > 1. Dalam bahasa Inggeris apabila jumlah sesuatu kata nama itu satu maka ianya dinamakan Singular Noun dan apabila jumlah sesuatu kata nama itu lebih daripasa satu maka ianya dinamakan Plural Noun.Kebanyakan noun kita perlu tukar ejaan mereka apabila kuantiti yang kita maksudkan adalah lebih daripada satu.Bagaimanapun anda perlu berhati-hati kerana ada juga beberapa nouns yang tidak berubah bentuk mereka apabila ditukar daripada bentuk singular ke plural seperti sheep,deer dan sebagainya.

3.      How – Untuk perubahan ejaan dari singular ke plural,ada 7 bentuk yang perlu anda tahu iaitu.

i. Tambah ‘s’

One car – Many cars

ii. Tambah -es

A box – Two boxes

iii. Tambah -ies

That country – Those countries

iv. Tambah -ves

His wife – his wives

v. Tukar ejaan

One child – Several children

vi. Kekalkan ejaan A sheep – A few sheep

vii. Ejaan plural turut digunakan sebagai ejaan singular.
      One headquarters – Two headquarters

4.      Other impact – Adakah impak-impak lain  selain dari perubahan ejaan itu?

Selain daripada perubahan daripada segi ejaan,antara impak yang paling penting ialah pasangan-pasangan kepada singular dan plural nouns ini dan antara pemasangan atau pemadanan ayat yang paling penting ialah pemadanan nouns dengan verbs yang sesuai atau lebih dikenali sebagai subject verb agreement di mana verb yang digunakan dengan noun mesti bersetuju atau tepat dengan jenis noun yang digunakan.

Jika jumlah sesuatu kata nama itu satu ( Qty = 1), iaitu singular noun,ianya mesti dipadankan dengan Singular Verbs.

e.g. of singular verbs = is,was,has,does,goes etc

Jika jumlah sesuatu kata nama itu lebih daripada satu ( Qty > 1), iaitu plural noun,ianya mesti dipadankan dengan Plural Verbs.

e.g. of Plural verbs = are,were, have, do, go etc

Ini adalah pendekatan yang cikgu banyak gunakan dalam kelas-kelas cikgu sekarang untuk membuat pelajar-pelajar cikgu lebih berfikir tentang aspek tatabahasa dan bukan sekadar menghafal kerana jikalau sekadar menghafal ianya satu teknik yang merbahaya dan akan melambatkan proses untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 4 hb Oktober 2014 di Sunway dan pada 2hb November di Putrajaya. Yuran masih RM790 untuk keseluruhan kursus dan akan naik ke RM890 tahun depan.

Hubungi Cikgu Yusoff segera dgn menelefon/ Whatsapp di 019-3090711.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s