Penggunaan idiom dalam bahasa Inggeris

12. Penggunaan idiom dalam bahasa Inggeris

12.1 Kenapa penting untuk belajar idiom

Dalam menggunakan bahasa Inggeris, selain dari mempelajari perkataan-perkataan baru, tatabahasa atau grammar, seorang yang ingin menjadi betul-betul mahir perlu juga memahami penggunaan idiom. Idiom ini sama juga fungsi peribahasa, simpulan bahasa dan ungkapan dalam bahasa Melayu. Idiom adalah bahasa tersirat yang mungkin sukar difahami oleh mereka yang baru mula belajar bahasa Inggeris. Ini adalah kerana dalam idiom, maksud yang cuba disampaikan tidak sama dengan maksud bahasanya. Mungkin agak sukar untuk anda memahami sesetengah idiom yang digunakan dalam bahasa Inggeris ini. Ini kerana kadang-kadang agak sukar untuk anda mengetahui maksud sebenar sesuatu idiom itu jika anda tidak merujuk kepada Kamus Idiom. Oleh itu anda kenalah berhati-hati dalam dengan penggunaan idiom ini.

12.2 Pendekatan dalam mempelajari idiom

Berikut adalah pendekatan yang boleh anda gunakan bila mempelajari idiom. Anda boleh menggunakan salah satu kaedah yang diberi atau menggunkan kombinasi kesemua kaedah yang disarankan. Anda juga boleh menjadi kreatif dan memikirkan kedah-kaedah lain yang anda sendiri boleh fikirkan untuk menjadikan proses pembelajaran idiom anda ini lebih menarik dan lebih efektif.

i. Menggunakan idiom dalam pertuturan anda – Cara terbaik untuk mendedahkan anda kepada penggunaan idiom ialah dengan menggunakan idiom dalam pertuturan anda. Kaedah sebegini lebih semulajadi dan boleh dipelajari dengan efektif tanpa anda merasakan yang anda sedang mempelajari sesuatu secara formal. Berapa banyak anda gunakan idiom dalam pertuturan anda bergantung kepada tahap pemahaman anda tentang idiom itu.. Untuk anda yang baru belajar dan baru didedahkan kepada bahasa Inggeris maka anda tidaklah digalakkan menggunakan idiom dalam pertuturan anda. Ini kerana dalam peringkat awal anda lebih perlu mengenal perkataan-perkataan baru dan anda masih dalam proses belajar membuat perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris. Apabila anda merasakan yang anda sudah menguasai asas-asas bahasa Inggeris maka anda bolehlah menggunakan secara berperingkat-peringkat idiom dalam pertuturan anda. Sebenarnya banyak idiom yang terdapat dalam bahasa Inggeris ini dan agak mustahil dan tidak praktikal untuk anda anda belajar kesemua idiom yang ada. Lebih praktikal pada peringkat awal anda belajar anda idiom-idiom yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris sehari-harian dengan menyelitkan idiom dalam pertuturan anda. Seperti yang diterangkan sebelum ini, idiom mempunyai makna yang tersirat dan kadang-kadang mungkin ada penggunaan idiom itu tidak difahami oleh anda.

ii. Belajar secara formal – Selain dari menyelitkan penggunaan idiom dalam pertuturan anda , anda juga boleh belajar terus makna-makna idiom dengan anda. Kaedah ini berkesan jika anda sudah selesa dengan bahasa Inggeris. Selain dari belajar cara-cara bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik anda juga boleh meletakkan matlamat untuk belajar beberapa idiom setiap minggu. Jika anda rasa anda mampu, anda boleh tetapkan lima idiom setiap minggu untuk anda pelajari. Selepas anda mempelajari idiom itu anda hendaklah menggunakan idiom itu dalam pertuturan dan penulisan bahasa Inggeris anda. Anda juga boleh menggunakan idiom-idiom itu secara berulang-ulang dalam pertuturan anda dengan anda untuk memastikan yang ianya kekal dalam ingatan anda. Anda juga boleh anda wordcard atau kad perkataan anda sendiri dengan menggunakan kad manila atau kad keras di mana anda menulis idiom pada satu bahagian dan maknanya pada bahagian yang lain. Jika anda boleh menggunakan grafik untuk sesetengah idiom ianya akan menjadi lebih menarik dan lebih mudah untuk diingati.

12.3 Kaedah belajar idiom menggunakan tema

Sama juga dengan penggunaan ungkapan dan peribahasa dalam bahasa Melayu, idiom dalam bahasa Inggeris juga boleh anda pecahkan kepada bahagian-bahagian kecil dalam bentuk tema-tema yang boleh digunakan untuk memudahkan pemahaman tentang idiom. Bab ini akan memberikan beberapa contoh tema yang boleh anda gunakan. Banyak lagi tema-tema yang anda boleh cipta sendiri untuk memudahkan anda memahami dengan jelas penggunaan idiom dalam bahasa Inggeris ini.

i. Tema Haiwan

Haiwan banyak digunakan sebagai idiom dalam bahasa Inggeris. Berikut adalah idiom yang menggunakan haiwan :-

1. Snail’s pace – Sesuatu perbuatan yang dibuat terlalu perlahan

Contoh ayat : You should not complete your homework at a snail pace.

Awak jangan menyiapkan kerja rumah awak terlalu perlahan.


2.
Donkey work – sesuatu bahagian kerja yang berat dan membosankan.

3. Lion’s share – bahagian besar sesuatu yang dikongsi

Contoh ayat : Raihan is not happy to see that his brother gets the lion’s share of the chocolates bought by their father.

Raihan tidak gembira melihat yang adiknya mendapat bahagian yang terbesar dalam cokolat yang di beli oleh bapanya.

4. Fish out of water – seseorang yang merasa tidak selesa atau malu berada dalam persekitaran yang baru.

Contoh ayat : As it is his first day at school today, Haziq feels like a fish out of water.

Oleh kerana hari ini merupakan hari pertama beliau di sekolah, Haziq merasa tidak selesa dan malu.

5. Take the bull by the horn – mengatasi sesuatu masalah yang sukar atau membahayakan dengan berani dan berdepan dengan nya

6. Butterfly in the stomach –mempunyai perasaan gemuruh dalam perut sebelum melakukan sesuatu

Contoh ayat : As the examination gets nearer, Ahmad feels like there is a butterfly in his stomach.

Apabila peperiksaan semakin hampir, Ahmad sering merasa kecut perut.



ii. Jenis perwatakan orang

Ada juga idiom-idiom yang khas digunakan untuk menunjukkan perwatakan seseorang. Gunakan idiom-idiom sebegini untuk menerangkan perwatakan seseorang dalam pertuturan anda.

1. a rough diamond –seseorang yang mempunyai kualiti yang baik walaupun dari luar nampak seperti tidak sopan dan kurang berpelajaran

2. a smart alec – seseorang yang suka menunjuk-nunjuk yang dia lebih bijak dari orang lain

Contoh ayat : Even if you know a lot of things, you should not be a smart alec as it would annoys a lot of people

Walaupun anda mengetahui banyak perkara, anda seharusnya jangan menunjuk pandai kerana ianya boleh menjengkelkan ramai orang.

3. gift of the gab – seseorang yang petah bercakap dan mudah untuk mempengaruhi orang lain dengan kata-kata beliau

Contoh ayat : She showed to all that she have the gift of the gab by winning the annual public speaking competetion yesterday.

Dia menunjukkan kebolehan dia bercakap dengan memenangi pertandingan pidato awam itu semalam.

4. all talk and no action – seseorang yang hanya banyak bercakap tentang apa yang akan dibuat tanpa ada berbuat sesuatu tentangnya

5. would not harm a fly – seseorang yang baik hati dan lemah lembut

Contoh ayat : Don’t worry about your new mathematics teacher, he might look fierce but he would not harm a fly.

Jangan risau tentang guru matematik baru anda itu sebab walaupun dia nampak garang dia sebenarnya seorang yang baik hati.

6. a good samaritan – seseorang yang memberi bantuan kepada anda yang memerlukannya.

Contoh ayat : If your friends are in trouble, you should be a good samaritan and help them.

Jika kawan awak mengalami kesulitan, awak patut menjadi seorang yang baik hati dan membantu anda.