Sertai Kursus Asas-Asas Komunikasi Bahasa Inggeris di JB 17 dan 18 Disember ini!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda ingin kuasai asas-asas bahasa Inggeris dengan mudah?

Anda inginkan kursus yang mudah difahami?

Anda inginkan kursus pada yuran yang amat berpatutan?

Anda inginkan khidmat sokongan percuma selepas kursus?

Anda inginkan cikgu yang boleh anda rujuk selepas kursus?

Jika jawapan anda YA.

Sertai Kursus Asas-Asas Komunikasi Bahasa Inggeris di JB 17 & 18hb Disember ini!

Kursus 2 hari yang mudah difahami

Kursus pada hujung minggu pada 17 dan 18hb Disember

Sokongan Online percuma 2 bulan selepas kursus

Nota dwi bahasa yang lengkap

Syarahan dalam dwi bahasa yang mudah di fahami

Diajar oleh Cikgu Yusoff yang berpengalaman

Pengajar yang telah menulis lima buah buku mempelajari bahasa Inggeris

Pengajar yang mempunyai 16 tahun pengalaman sebagai pelatih

Pengajar yang pernah melatih KWSP, Kementerian Kesihatan

FAMA, Drypers, Universiti Malaya dan Kementerian Pertahanan

Yuran dari serendah RM290 untuk pendaftaran awal dan berkumpulan

Kursus terhad kepada 25 orang sahaja!

Hubungi saya segera untuk menempah tempat.

Smskan nama dan alamat email ke 0193090711 untuk makluman lanjut.

Cikgu Yusoff
cikgutuition@yahoo.com
0193090711

Persediaan untuk MUET March 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Peperiksaan MUET pertama tahun 2012 ialah pada bulan March nanti dan jika anda bercadang untuk mengambilnya tahun depan maka persediaan anda perlu bermula sekarang. Walaupun anda mungkin tidak mengambilnya pada March 2012 dan ingin mengambilnya lewat lagi, persediaannya perlu bermula sekarang kerana lebih lama persediaan anda, lebih tinggi kemungkinan untuk mendapa Band 3, Band 4 dan tidak mustahil juga mendapat Band 5 dan Band 6. Persediaan yang boleh dibuat anda sekarang ialah:-

 

1. Beli buku2 persediaan MUET terutama yang mengandungi soalan2 MUET yang lepas untuk memastikan yang anda tahu apakah format MUET itu dan pemarkahan MUET.Ramai yang kadang-kadang main redah aja ambil MUET sebab ingat yang ianya mudah untuk lulus dan dapat Band 3.

2. Menghadiri kelas bahasa Inggeris secara formal–  Sebagai seorang pendidik bahasa Inggeris dan trainer selama 15 tahun, saya cadangkan anda menghadiri kelas bahasa Inggeris secara formal terutamanya yang menekankan aspek tatabahasa bahasa Inggeris dalam pengajaran mereka. Antara punca utama kegagalan mereka yang mengambil MUET ialah kelemahan yang amat ketara dalam aspek tatabahasa bahasa Inggeris. Cuba lihat balik penerangan untuk mereka yang mendapat markah kurang dari 100 atau band 1 dalam MUET :-

Band 1 Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

 

3. Tingkatkan English vocabulary anda atau perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda – Selain dari aspek Grammar,aspek perkataan-perkataan yang sesuai juga amat penting untuk anda gunakan dalam MUET nanti. Cuba lihat komen pemeriksa kertas MUET untuk mereka yang mendapat Band 4 yang mendapat markah 180-219 (60% – 73%):-

Band 4- Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan.

 

4. Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris Ini adalah satu lagi aspek yang selalu dilupakan oleh mereka yang mengambil MUET. Jika anda ingin mengambil MUET, pastikan anda tingkatkan pembacaan anda kerana ini akan membantu anda untuk:-

i. Melihat dan menyerap contoh-contoh pembinaan ayat dalam bahasa Inggeris dengan betul.

 

ii. Menyerap ejaan perkataan bahasa Inggeris.

 

iii. Menyerap verb tenses atau kala kata kerja yang betul seperti penggunaan past tenses, present tenses dan juga future tenses. Aspek pembacaan akan turut membantu anda meningkatkan pengetahuan am anda dan akan membantu anda dalam komponen penulisan dan perbualan dalam MUET itu nanti.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang akan menekankan aspek Grammar dan Vocabulary bahasa Inggeris yang amat sesuai dan efektif untuk persediaan MUET akan saya jalankan di Kompleks Kejiranan Precint 16 pada 12 dan 13hb Nov nanti. Tempat terhad.

 

Cikgu Yusoff 0193090711

Belajar sambil bercuti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Kalau anda membawa anak-anak anda bercuti, pastikan ianya turut menyelitkan aktiviti-aktiviti akademik. Sebagai contoh, kalau untuk persediaan paper English suruh mereka gunakan digital camera untuk mengambil gambar2 yg menarik dan kemudian printkan dan buat karangan seperti ‘My last holiday” dan sebagainya.Contoh karangan anda boleh tengok dalam The Star hari Sabtu/Ahad. Kalau anak2 yang UPSR, bawa mereka ke zoo atau kalau ada binatang di kampung anda,suruh mereka tangkap gambar2 binatang itu dan kemudian suruh mereka mencari nama2 binatang itu dari segi :-

1. Nama am haiwan itu
2. Nama haiwan jantan
3.Nama haiwan betina
4. Nama anak haiwan itu
5. Nama daging haiwan
6.  Bunyi binatang itu
7. Tempat tinggal binatang itu

Sebagai contoh, untuk lembu.

1. Nama am haiwan itu – cattle
2. Nama haiwan jantan -bull
3.Nama haiwan betina -cow
4. Nama anak haiwan itu -calf
5. Nama daging haiwan -beef
6.  Bunyi binatang itu -moo
7. Tempat tinggal binatang itu -farm/ranch/barn

Anda juga boleh suruh mereka selitkan adjectives yang sesuai untuk haiwan2 dan keadaan sekeliling itu mengikut kategori adjectives seperti:-

1. opinion – beautiful, smelly, fierce, tame,
2. size – big, enormous, small, large
3. shape – round, square
4.  temperature – hot,cold, warm
5. age – young, new, old
6. colour – black, brown, blackish (kehitam-hitaman)
7. origin – Malaysian, Australian
8. material – wooden, metal

Anda juga boleh suruh anak-anak anda buat satu scrap book untuk mereka tampal gambar-gambar dan lain-lain kenangan yang berkaitan seperti tiket masuk ke zoo, tiket bas dan sebagainya. Dengan cara sebegini, percutian anda bukan sekadar makan angin tetapi turut membantu anak-anak anda memperbaiki bahasa Inggeris mereka.

 

Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris untuk pelajar UPSR/PMR dan SPM akan saya adakan di Prct 16,Putrajaya dan Sunway selama 3 minggu berturut2 bermula 19hb November nanti. Tempat terhad kepada 15 orang pelajar sahaja. Hubungi saya segera jika berminat.

 

Cikgu Yusoff

0193090711

cikgutuition@gmail.com

Tingkatkan pembacaan untuk memahirkan diri dalam komunikasi bahasa Inggeris

Untuk mahir dalam masa yang singkat, anda kena banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris mengikut minat anda. Kalau anda tanya apa rahsia saya yang membolehkan saya mahir dalam bahasa Inggeris ialah saya boleh dikatakan setiap hari membaca akhbar bahasa Inggeris semenjak tahun 1983 lagi semasa saya di dalam tingkatan 4 lagi! Kenapa membaca banyak membantu saya? Dengan membaca anda akan:-

1. Lihat dan serap struktur-struktur ayat bahasa Inggeris.

2. TIngkatkan kosa kata bahasa Inggeris anda.

3. Serap ejaan perkataan-perkataan bahasa Inggeris.

4. Berfikir dalam bahasa Inggeris.

5. Meningkatkan pengetahuan am anda yang dapat membantu anda dalam membuat karangan bahasa Inggeris untuk apa saja peperiksaan seperti UPSR,PMR,SPM, MUET dan juga untuk TOEFL dan IELTS.

6. Melihat kala kata kerja (verb tenses) yang perlu digunakan mengikut kesesuaian masa dan situasi.

Pastikan anda konsisten dan anda perlu membaca setiap hari dan bukannya mengikut mood anda. Jika anda perhatikan, mereka yang fasih dalam bahasa Inggeris, pembacaan bahasa Inggeris ialah sebahagian dari kehidupan harian mereka dan bukannya sekadar hobi.

SPM English 1119 Syllabus

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

 

Saya selalu sarankan kepada pelajar-pelajar dan ibubapa tentang pentingnya untuk kita menganalaisa dulu syllabus sesuatu matapelajaran itu untuk memastikan yang pelajar-pelajar dan anak-anak kita boleh cemerlang dalam matapelajaran itu. Dengan cuti sekolah yang akan bermula tidak lama lagi pada 19hb November nanti, inilah masanya untuk pelajar-pelajar dan ibubapa untuk menganalisa syllabus kertas SPM English 1119 yang saya cuba analisakan di bawah sebagai persediaan untuk kursus Intensif Asas bahasa Inggeris yang saya akan mulakan pada cuti sekolah ini untuk pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM nanti di Putrajaya dan Sunway . Moga analisa ini dapat membantu anda semua untuk SPM 2012, InsyaAllah.

 

 

  1. Kertas Satu SPM English 1119

 

  1. Masa yang diberikan – 105 minit
  2. Bahagian – Seksyen A – Directed Writing (35 markah)

Seksyen B – Continuous Writing (50 markah)

 

 

 

1. Seksyen A – Directed writing – Karangan berpanduan.

 

Ini ialah soalan pertama di dalam Seksyen A, Kertas 1. Pelajar akan diberi arahan-arahan yang spesifik berkenaan dengan karangan yang pelajar perlu karangkan. Poin-poin utama atau idea untuk karangan dalam soalan ini akan diberi dalam bentuk nota-nota pendek atau dalam bentuk gambar-gambar. Pelajar perlu menghuraikan di dalam karangan mereka berdasarkan poin-poin atau gambar-gambar yang telah diberikan. Pelajar juga boleh menambah pendapat dan poin-poin mereka bila mereka rasa ianya berkaitan dengan poin-poin yang telah diberikan. Pastikan yang pelajar membaca betul-betul arahan yang telah diberikan untuk memastikan pelajar mematuhi arahan dan memaksimakan markah yang boleh mereka perolehi. Ini kerana secara amnya, karangan jenis Directed Writing ini lebih mudah untuk mendapat markah tinggi jika dibandingkan dengan Continuous Writing kerana pelajar telah di berikan panduan dan poin yang jelas untuk membantu pelajar merangka karangan mereka. Markah penuh untuk Seksyen A ini ialah 85 markah dan pelajar diberikan 105 minit untuk menyiapkannya. Markah untuk Directed writing ini ialah 35 markah dan oleh itu  adalah disarankan untuk pelajar menghabiskan  cuma 35 minit untuk mengarangnya. Jika pelajar menghabiskan terlalu banyak masa untuk seksyen ini kerana dikuatiri tidak cukup masa pula untuk menghabiskan seksyen Continuous Writing yang memberi markah yang lebih tinggi dan lebih sukar untuk dijawab.

 

  1. Seksyen B – Continuous Writing –Karangan bebas bertajuk

 

Ini ialah soalan kedua di dalam Seksyen A, Kertas 1. Pelajar biasanya akan diberikan 5 tajuk untuk pelajar memilih cuma satu tajuk sepanjang 350 patah perkataan. Ianya berbeza dengan Directed writing di mana pelajar diberikan panduan untuk menulis karangan mereka. Dalam bahagian Continuous Writing ini, pelajar cuma diberikan topik dan arahan ringkas. Pelajar diberikan kebebasan untuk mengolah karangan mereka berdasarkan tajuk yang telah mereka pilih itu. Ini bermakna, intepretasi, kandungan, pendekatan, dan teknik adalah bergantung kepada pelajar sendiri untuk menentukannya. Markah untuk Directed writing ini ialah 50 markah dan oleh itu  adalah disarankan untuk pelajar menghabiskan  cuma 50 minit untuk mengarangnya. Ini adalah satu masa yang panjang jika digunakan dengan baik. Pelajar disarankan untuk membuat draf kasar tentang apa yang hendak dikarang agar lebih berstruktur dan lebih licin olahan karangan nanti.

 

Saya akan sambung lagi dengan Syllabus SPM English ini dalam masa yang terdekat.

 

Cikgu Yusoff

cikgutuition@yahoo.com

0193090711

Persediaan untuk MUET 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Untuk mereka yang akan mengambil Malaysia University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan MUET adalah penting untuk anda mengetahui apakah komponen-komponen atau aspek yang akan diuji dalam MUET, markah maksima untuk setiap komponen dan juga markah yang diperlukan untuk mencapai sesuatu Band. Anda perlu tahu kesemua ini dengan terang dan jelas agar anda akan lebih bersedia untuk mengambil MUET dan mendapat keputusan cemerlang.

Malaysian University English Test (MUET) mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Ujian MUET ini dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April/Mei dan Oktober/November. Bagaimanapun bermula dari tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia akan menjalakan MUET sebanyak 3 kali setahun iaitu pada Mac, Julai, dan November.

Ada empat komponen dalam MUET iaitu Listening dengan markah penuh 45, Speaking dengan markah penuh 45; Reading dengan markah penuh 120 dan Writing dengan markah penuh 90. Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah.

Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band di mana Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.

Berikut adalah pemarkahan untuk kesemua Band dan komen.

Band 6
   Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah:260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5
   Pengguna yang Bagus (Jumlah markah:220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4
  Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3
   Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah:140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2
    Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1
   Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Ada sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:-

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.

2. Permakahan untuk setiap aspek.

3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.

4. Persediaan dari segi Grammar atau tatabahasa.

5. Persediaan dari segi Vocabulary atau kosa kata.

6. Persediaan dari segi perbualan.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, bermula dari tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia akan menjalakan MUET sebanyak 3 kali setahun iaitu pada Mac, Julai, dan November.

Oleh itu, jika anda bercadang mengambil MUET anda tahun depan pada bulan March, anda ada kira-kira 5 bulan untuk menyediakan diri anda. Pada pandangan saya, 5 bulan ini cukup jika anda merancang betul2 persediaan anda itu. Bagaimanapun, untuk mereka yang lemah dan pernah mendapat Band 1 dan 2 dalam MUET anda sebelum ini, saya sarankan anda menyertai mana-mana kelas bahasa Inggeris formal yang menekankan aspek Tatabahasa dan Kosa Kata.

Modul 1, Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris akan saya jalankan pada 8 dan 9hb Oktober ini di Sunway. Kursus ini amat sesuai untuk anda yang bercadang mengambil MUET pada tahun 2012. Yuran cuma RM250 sahaja untuk pelajar.

Cikgu Yusoff

cikgutuition@yahoo.com

0193090711