Pujian vs Galakan

Pujian vs Galakkan

(Dipetik daripada buku Cara Mudah memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda)

 

Oleh: Mohd Yusoff Noordin

Harga buku : Cuma RM19 termasuk kos pos.

 

Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita perlu memberi pujian dengan betul dan berpada-pada. Mungkin anda

tertanya-tanya, adakah pujian-pujian yang anda berikan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar kita itu

ada keburukannya? Ya, pujian ada keburukannya jika tidak digunakan dengan betul.

Memang pujian itu merupakan satu cara yang agak berkesan untuk meningkatkan harga diri seseorang

tetapi terdapat satu lagi strategi yang lebih berkesan.

 

         Dr. Rudolph Dreikur, seorang pakar psikologi yang terkenal, pernah berkata, “…seorang

kanak-kanak itu memerlukan galakan seperti pokok perlukan matahari dan air”.

Strategi ini lebih memberikan kesan berpanjangan kepada cara kanak-kanak itu melihat dirinya.

Pujian dan galakan itu merupakan strategi yang positif, berkesan dan membawa

manfaat jika digunakan.

 

Kedua-dua teknik ini boleh:

 

i.       Membina harga diri

ii.       Meningkatkan rasa bangga

iii.      Menggalakkan kerjasama

iv.     Membina perhubungan yang positif

v.      Membantu kanak-kanak semasa mereka

         menghadapi kesukaran dan masalah

 

         Bagaimanapun, jika anda kaji betul-betul,

sebenarnya ada perbezaan yang ketara antara

pujian dan galakan. Cuba anda lihat perbezaannya:

 

1.      Pujian ialah satu ganjaran yang perlu dimenangi:

         “Tahniah Haziq kerana berjaya dapat A dalam ujian semalam!

 

         Galakan pula ialah satu hadiah:

         ”Abah berasa bangga kerana Haziq betul-betul berusaha dengan gigih untuk

         peperiksaan kali ini!

 

2.      Pujian menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan kita menghakimi:

          “Awak dapat jawab semua soalan dengan betul. Tahniah!

 

         Galakan menggunakan pertuturan perkataan yang menunjukkan kita mengambil berat:

         Saya berasa gembira apabila awak mencuba untuk menjawab soalan saya tadi.

 

3.      Pujian menggalakkan pertandingan:

         Tahniah Aiman! Aiman dapat nombor satu dalam kelas!

 

         Galakan menggalakkan kerjasama:

         ”Teruskan usaha Ain! Nampak makin bagus keputusan periksa Ain.

 

4.      Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat:

         Emak sayangkan Odah apabila Odah dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

 

         Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat:

         “Emak sayangkan Odah apabila Odah berada di sisi emak.

 

5.      Pujian mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati orang dewasa:

         “Bagus betul Hafiz hari ini kerana tolong mak mengemas rumah. Mak rasa bangga dengan Hafiz.

 

         Galakan pula mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati mereka sendiri:

         “Abah perhatikan sekarang ini, Syakirin semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Syakirin patut bangga dengan diri ]           

         Syakirin.

 

6.      Pujian hanya boleh diberi apabila kanak-kanak itu berjaya:

         Tahniah, Zul kerana berjaya mendapat keputus-an cemerlang dalam peperiksaan.

 

         Galakan pula boleh digunakan apabila seseorang kanak-kanak itu sedang menghadapi kegagalan atau kekecewaan:

         Tak apa, adik. Emak tahu adik dah berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian

          Matematik itu. Teruskan usaha adik itu!

 

         Daripada penerangan-penerangan di atas, anda boleh lihat bahawa puji-pujian boleh mendatangkan ketagihan dan boleh menyebabkan kanak-kanak itu mencari motivasi yang berbentuk luaran. Sebaliknya, galakan akan kurang menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman kanak-kanak itu. Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!

 

         Topik ini dapat mendidik kita agar memberi pujian dan galakan bagi memotivasikan kanak-kanak untuk belajar dengan lebih gigih dalam memahirkan diri mereka dalam bahasa Inggeris. Selain dua strategi ini, ada satu strategi yang lain. Strategi ini juga sering disarankan oleh penulis perhubungan manusia yang tersohor, Dale Carnegie, dalam buku beliau “How to Win Friends and Influence People”. Lihat dalam cerita berikut bagaimana strategi ini digunakan dengan efektif:

 

         “Strategi ini saya pelajari daripada John William, yang merupakan Pengerusi di syarikat tempat saya bekerja dahulu. John merupakan seorang ahli korporat yang hebat dan amat berbakat. ‘Kemahiran manusia’ beliau amat menakjubkan dan beliau disayangi, dihormati dan disegani oleh semua orang yang me-ngenali beliau. Saya amat seronok memerhati dan mempelajari cara beliau berinteraksi dengan orang lain.

 

    Bila-bila sahaja setiausaha saya memberitahu bahawa John sedang di talian, saya akan berasa teruja. Saya amat seronok berbual dengan beliau. Suatu hari, saya cuba menganalisa sebab-sebab penggilan beliau cukup menyeronokkan saya. Selepas membuat analisa, saya mula memahaminya! John sering memuji saya, “Minit mesyuarat yang awak buat itu cukup hebat”. Beliau juga sering memberi galakan kepada saya, “Saya berasa gembira melihat awak hadir ke perlawanan persahabatan bola sepak syarikat kita semalam. Bagus kerana awak sudi meluangkan masa awak untuk datang memberikan sokongan”.

 

    Tetapi apa yang lebih penting ialah John sering menunjukkan minat beliau terhadap diri, keluarga, aktiviti-aktiviti dan juga kehidupan saya. Beliau sering menunjukkan minat kepada saya sebagai seorang insan dan bukan sekadar pekerja beliau. Apabila John menelefon saya, beliau sudah tentu ingin bertanyakan urusan syarikat tetapi beliau akan memulakan perbualan beliau dengan bertanyakan anak-anak, isteri atau aktiviti-aktiviti saya. Beliau menunjukkan minat terhadap diri saya dan saya amat menyukainya.

 

    Apabila saya menyedari akan kuasa minat ini, saya mula menggunakannya untuk membina dan mengekalkan perhubungan dengan kanak-kanak dan pekerja-pekerja saya. Saya masih ingat lagi pada suatu hari saya bertembung dengan seorang pekerja muda di pejabat dan kami mula berbual. Dengan mengambil iktibar daripada sikap John, saya tidak memberi pujian atau galakan kepada beliau. Sebaliknya, saya menunjukkan minat yang ikhlas terhadap diri beliau. “Saya nampak awak baru beli kereta ya, David. Cantik warna kereta awak tu. Di mana awak beli kereta tu?” Muka pekerja muda itu kelihatan teruja! Pengurus Besar syarikat beliau menyedari kereta baru beliau dan mengambil masa untuk memberitahu beliau! Perbualan yang ringkas itu lebih bermakna kepada beliau daripada sebarang pujian dan galakan.

 

  Pengajaran daripada cerita ini, anda sebagai ibu bapa dan pendidik boleh memberikan hadiah menakjubkan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan mereka. Sebagai contoh, jika anak anda pulang dengan hasil lukisan yang dilukis oleh mereka di sekolah, anda mungkin boleh meluahkan perasaan anda,Wah! Menariknya lukisan adik ni. Adik baru belajar di sekolah ke? ataupun jika di sekolah, anda boleh me-nunjukkan minat anda dengan seseorang pelajar dengan berkata,Cikgu dapat tahu bapa awak seorang anggota polis. Awak tahu tak datuk saya dulu pun seorang anggota polis?” Cuba tunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan dan aktiviti-aktiviti anak-anak dan pelajar-pelajar anda.

 

More collective nouns for animals

 

Animals

Colective nouns

Nota

21.

Hippopotamus

shrewdness

*badak air

 

Hog

drove, herd, litter (a group of young born to one mother)

*babi jantan

litter ( sekumpulan anak babi jantan yang lahir dari emak yang sama )

22.

Horse

stable, harras, herd

 

23.

Human

clan (related), crowd, family (closely related), community, gang, mob, tribe, etc

clan (bersaudara), family (saudara dekat)

24.

Kangaroo

troop, herd, mob

 

25.

Leopard

leap, prowl

 

26.

Lion

Pride

 

27.

Louse (plural lice)

colony, infestation, lice

Louse = seekor kutu

Lice = lebih dari seekor kutu

28.

Monkey         

troop, cartload

 

29.

Mosquito

swarm

 

30.

Mouse

horde, mischief

 

31.

Ostrich

flock

*burung unta

32.

Otter

family, raft, romp

 

33

Ox

drove, herd, yoke

 

34.

Oyster

bed

*tiram

35.

Parrot

company, flock

*burung kakak tua

36.

Peafowl

muster, ostentation

*merak

37.

Penguin

rookery

 

38.

Pig

drove, herd, litter (of pups), sounder

litter (anak-anak babi)

39.

Rabbit

colony, drove, leash, nest, trace, warren

 

40.

Rat

horde, mischief

 

41.

Sheep

drift, drove, flock,herd, mob, trip

 

42.

Tiger

ambush, streak

 

43.

Whale

gam, grind, herd, pod, school

 

44.

Wolf

pack, rout

 

45.

Zebra

herd, crossing

 

 

Collective nouns for animals.

Dalam bahasa Inggeris, collective nouns digunakan bila sesuatu nouns itu dalam jumlah yang banyak. Perhatikan penggunaan collective nouns untuk haiwan-haiawan yang diberikan ini:-

Animals

Colective nouns

Nota

1.

Ape

shrewdness

Bat

colony

2.

Bear

sleuth, sloth

3.

Bird

flock

4.

Cat

clutter, clowder, litter (young born to one female)

litter ( anak kucing dari emak yang sama)

5.

Cattle

drift, drove, herd, mob

6.

Chicken

flock, brood (of hens), clutch (of chicks), peep (of chicks)

brood (ayam betina), clutch (anak-anak ayam) , peep (anak-anak ayam)

7.

Deer

herd, mob

8.

Dog

litter (pups from one mother), pack (wild), kennel

litter (anak anjing dari emak yang sama), pack (anjing liar)

9.

Donkey

drove, herd

10.

Elephant

herd, parade

11.

Fish

draft, run, school, shoal

12.

Fox

skulk, leash

13.

Frog

army, knot

14.

giraffe

herd, corps, tower, group

15.

Goat

herd, tribe, trip

16.

Goose

flock, gaggle

17.

Gorilla

band

18.

Hamster

horde

19.

Hare

down, husk, warren

20.

Hawk

aerie, cast, kettle

A Class With A View…

I call it as A Class With A View..

The Fundamentals of English course that is going to start this 19th August will be held in Saujana Puchong.. To me, it is a nice tranquil and serene place and from the class you can see and enjoy the view of Air Hitam Forest Reserve… Here are some pics for you to enjoy..

A view of the Air Hitam forest reserve from the class..

p/s I’ll upload more pics later..Seems that Photobucket is experiencing some problems at the moment..

The class can seats 10 participants comfortably…

Gender in animals

                   Gender  in animals  – In English, most of the times, there are separate names for the male, female and its young.

 

Dalam bahasa Inggeris, biasanya ada nama yang berbeza untuk haiwan jantan, betina dan juga untuk anak-anak haiwan itu.

 

 

 

Animals

Male

Female

Baby / Young

1.

Ape

male

female

baby

2.

Bear

boar

sow

cub

3.

Bird

cock

hen

hatchling, chick

4.

Cat

tomcat

queen

kitten

5.

Cattle

bull

cow

calf

6.

Chicken

rooster

hen

chick, pullet (young hen), cockrell (young rooster)

7.

Deer   

buck, stag

doe

fawn

8.

Dog    

dog

bitch

pup

9.

Donkey

jack, jackass

jennet, jenny

colt, foal

10.

Elephant

bull

cow

calf

11.

Fish

fry, fingerling

12.

Fox

reynard, dog, dog fox, or tod

vixen

kit, cub, pup

13.

Frog

tadpole, polliwog, froglet

14.

giraffe

bull

doe

calf

15.

Goat   

buck, billy

doe, nanny

kid, billy

16.

Goose

gander

goose

gosling

17.

Gorilla

male

female

infant

18.

Hamster

buck

doe

pup

19.

Hare

buck

doe

leveret

20.

Hawk              

tiercel

hen

eyas