Verb TO HAVE – Penggunaan have,has,had,having dan sebagainya

Verb TO HAVE

Verb TO HAVE Nama untuk Kata Kerja ini biasanya di panggil Verb TO HAVE. Ini antara topik yang paling saya suka ajar kerana ianya dapat membantupelajar-pelajar saya untuk berupaya membuat ayat dengan betul dari segia tatabahasa atau grammar dalam bahasa Inggeris.

Dari segi bentuk ia, anda perlu tahu lima bentuk yang boleh wujud iaitu:-

1. Infinitive / Kata dasar – Kata dasar ia ialah HAVE

2. Third person singular form – Have + ‘s’ = Has Third person singular merujuk kepada singular nouns seperti Ali, the boy, my child atau singular pronouns iaitu He, She dan It Ramai yang tidak tahu bahawa ‘has’ sebenarnya ialah Infinitive + -s ——> Have + -s = Has

3. Past tense = Had Ramai yang tidak tahu bahawa ‘had’ sebenarnya ialah Infinitive + -ed ——> Have + -ed = Had

4. Past participle = Had Infinitive + -ed ——> Have + -ed = Had

5. Present participle – Having Ramai yang tidak tahu bahawa ‘having’ sebenarnya ialah Infinitive + -ing ——> Have + -ing = Having

Anda perlu tahu bahawa anda bukan boleh pada setiap masa menggunakan Verb TO HAVE dalam bentuk Present Participle ia kerana Verb TO HAVE adalah sejenis Mixed Verb di mana ianya bergantung kepada definisi Verb TO HAVE itu sendiri.

Berdasarkan kamus Oxford English-English-Malay ada 9 definisi untuk Verb TO HAVE iaitu:-

1. To Hold something / To Possess Mempunyai / Ada Abu has a house in Bangi.

2. To be ill with something Menghidap My mother has a bad cold.

3. To have a particular duty or plan Ada tugas atau rancangan sesuatu. I have a lot of homework this week.

4. To hold somebody/something; to keep something in a particular place Memegang; menahan; meletakkan sesuatu We have our books up on the shelves.

5. Used with many nouns to talk about doing something I am having my breakfast tight now. I had nasi lemak for breakfast this morning.

6. To experience something/ Mengalami Ali is having some problems at the office now.

7. To cause somebody or something to do something in a particular state Digunakan dengan maksud menyebabkan seseorang/sesuatu membuat sesuatu atau berada dalam keadaan sesuatu. I will have lunch ready by the time you get home.

8. Have something done Digunakan dengan maksud mengatur bagi seseorang untuk membuat sesuatu I have my car washed once a week at a car wash near my house. Ali is having his hair cut now.

9. To look after or entertain somebody Menjaga; meraikan We are having some guests to lunch tomorrow. Penerangan penuh Verb TO HAVE ini boleh anda semua dapati daripada Manual Lengkap bahasa Inggeris saya yang setebal 632 muka (bersaiz A4) atau dengan menghadiri Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya yang akanakanbermula di Sunway pada 9hb Mei ini dan pada 10hb Mei ini. Cikgu Yusoff WhatsApp 019-3090711

Leave a comment