Kursus MUET 2010

Kursus Persediaan MUET 2010 di Sunway

Anda belum bersedia untuk mengambil MUET?

Anda sudah ambil MUET tetapi tidak mencapai Band yang dikehendaki?

Tidak pasti dengan Format MUET?

Tidak ada cikgu yang boleh membimbing anda?

Kursus-kursus bahasa Inggeris di kampus anda tidak mencukupi?

Kursus-kursus bahasa Inggeris di luar terlalu mahal?

Sertailah kursus komprehensif persediaan MUET 2010 di Sunwaybermula 8hb Mei ini!!!

Kursus persediaan MUET yang komprehensif!!!

Merangkumi semua 4 komponen MUET iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing!!!

Merangkumi Aspek Grammar dan Vocabulary!!!

Contoh-contoh soalan MUET sebagai latihan!!!

Bengkel latihan dan ualangkaji MUET percuma!!!

Bimbingan secara Online dan melalui Telefon!!!

Butiran lanjut Kursus Persediaan MUET 2010

1. 3 peringkat kursus iaitu:

i. Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris bermula 8hb Mei 2010 di Sunway

ii. Kursus Intermediate English bermula Julai 2010

iii. Bengkel Persediaan MUET pada Ogos 2010

2. Yuran Kursus

i. Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris – RM450

ii. Kursus Intermediate English – RM250

iii. Bengkel Persediaan MUET– PERCUMA (bernilai RM180)

iv. Online dan Phone Support selama 4 bulan – PERCUMA (bernilai RM200)

v. Nota lengkap – PERCUMA (bernilai RM200)

KOS sebenar ialah RM1,280. Anda cuma bayar RM590. Jimat RM680 atau 54%

3. Metodologi Pengajaran

i. Dari peringkat paling ASAS. Mudah untuk difahami.

ii. Pengajaran dan Nota dalam dwi bahasa, BM dan BI

iii. Latihan-latihan MUET untuk pengukuhan pemahaman.

iv Latihan-latihan tambahan melalui email.

4. Lokasi

i. Sunway – Leisure Commerce Square,Mentari.P.J.

Kepada yang berminat, sila hubungi saya segera di cikgutuition@gmail.com atau telefon/sms di 019309071 kerana tempat terhad.

Kelas bahasa Inggeris di Facebook

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Saya telah memulakan Group bahasa Inggeris di facebook di bawah nama Yusoff’s English made Simple (YES) di mana anda boleh turut serta menjadi ahli. Saya akan siarkan artikel2 yang anda juga boleh baca di WordPress blog saya ini tetapi Insya-Allah ada juga artikel2 dan tips2 yang anda tidak akan dapat di sini.

Untuk menyertainya anda boleh pergi ke http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=113090958720559 atau gunakan fungsi carian dan taip ‘ Yusoff’s English’

Jumpa anda di sana…

Yusoff

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi dengan SMS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk adik-adik yang ingin menyemak Keputusan Permohonan Matrikulasi mereka boleh berbuat begitu dengan mudah dengan menggunakan SMS.

Anda boleh gunakan perkhidmatan SMS 15888

Caranya

Taip : MOE MAT [no i/c] dan hantar ke 15888

Caj : RM0.15 caj penghantaran SMS & RM0.20 caj penerimaan balasan SMS.

Untuk mereka yang ingin belajar Asas2 bahasa Inggeris sebelum menyambung pelajaran, saya akan mulakan Kursus Asas2 bahasa Inggeris di Sunway bermula 8hb Mei ini. kursus setiap Sabtu petang 2.30-5.30 selama 7 minggu.

Kursus akan menekankan Tatabahasa yang biasanya tidak diajar di universiti dan kolej. Kursus ini sesuai juga untuk persediaan MUET.

Yusoff
cikgutuition@yahoo.com
0193090711

Back to the basics of Englis grammar – Jenis-jenis Verbs

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Jenis-jenis Verbs

Sebelum anda belajar secara mendalam tentang Verb Tenses seperti Present tenses, Past Tenses dan sebagainya, pastikan anda kenal jenis Verb terlebih dahulu. Ini amat penting kerana anda perlu tahu samaada Verbs yang anda akan gunakan itu boleh wujud dalam semua Tenses atau tidak.

Ada 3 jenis utama iaitu:-

1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif
2. Non progressive Verbs – Kata kerja tidak progresif
3. Mixed Verbs – Kata kerja campuran

1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif

Kebanyakan verbs adalah dalam kategori ini iaitu Verb jenis ini boleh ditambah -ing untuk menunjukkan ianya sedang berlaku (progressive /continuous)

Biasanya Verbs jenis ini ialah verbs Physical Actions yang mana anda boleh lihat seseorang/sesuatu itu membuatnya.

Progressive Verbs boleh wujud dalam semua 12 bentuk Tenses dalam bahasa Inggeris.

Cth2 Verbs – walk, talk, sleep, eat dsbnya

Untuk jenis ini anda boleh gunakan mereka dalam bentuk Verb + -ing atau Present Participle

Jadi anda boleh gunakan dalam Progressive tenses seperti:-

1. Ali is sleeping right now. –Kala Present Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku sekarang.

2. Ali was sleeping last night when I went to his house. –Kala Past Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku di masa lepas(was sleeping)dan dicelah oleh perbuatan lain ( I went)

3. Ali will be sleeping when I go to his house tonight. – Kala Future Progressive untuk perbuatan yang akan sedang berlaku di masa akan datang (will be sleeping) dan dicelah oleh perbuatan lain ( I go)

Ada lagi bentuk Progressive tenses seperti Present perfect progressive, Past perfect progressive, Future perfect progressive yang semuanya diterangkan oleh saya dalam kelas Intermediate Grammar saya..

Nanti sambung lagi ya..

Yusoff
0193090711

p/s Kelas Putrajaya boleh lagi disertai Ahad ini 18hb di Precint 9 dan di Sunway bulan dpn 8hb Mei tapi yg ni dua2 kelas Fundamentals..
p/s Kelas Putrajaya boleh lagi disertai Ahad ini 18hb di Precint 9 dan di Sunway bulan dpn 8hb Mei tapi yg ni dua2 kelas Fundamentals..

Tawaran khas kelas BI di Putrajaya – cuma RM390!!

Untuk mereka yang tinggal sekitar Putrajaya, ada tawaran khas untuk anda di mana anda cuma perlu bayar RM390 sahaja untuk yuran kelas dan bukannya RM450!!!

Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris bermula 18 hb April ini di Putrajaya!!!

Yuran cuma RM390!!!

Yuran biasa ialah RM450!!

Cuma ada 5 kekosongan sahaja lagi!!!

1. Tarikh mula kursus -Ahad 18 Aprill.

1b. Kekerapan kelas – Setiap minggu hari Ahad .

2. Masa kelas – 2.30-5.30 petang hari Ahad .

3.b Lokasi Kelas – Bilik Mesyuarat, Pusat Kejiranan Precint 9,

4. Tempoh kelas : 6 minggu (6 kelas @ 18 jam)

Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau sms /call di 019-3090711 jika berminat.

Kenapa Grammar bahasa Inggeris penting untuk anda pelajari #2?

Kenapa Grammar bahasa Inggeris penting untuk anda pelajari – Siri 2?

Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam artikel #1 saya sebelum ini saya ada menerangkan secara ringkas kenapa Grammar bahasa Inggeris itu penting jika anda ingin menjadi fasih dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Saya terangkan lagi serba sedikit penggunaan Grammar lagi dalam artikel saya ini dengan harapan anda semua dapat manfaat dan dapat memahaminya dan kemudian boleh menggunakan perkataan-perkataan bahasa Inggeris anda dengan betul.

1. Grammar memudahkan anda memahami fungsi setiap perkataan yang ada dalam bahasa Inggeris

Rasanya hampir semua daripada anda mempunyai kamus bahasa Inggeris di pejabat atau di rumah untuk membantu anda dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda. Apa yang penting ialah anda perlu mempunyai kamus yang lengkap fungsinya seperti Kamus Oxford English-English-Malay yang sering saya sarankan kepada pelajar-pelajar saya. Kepada yang menggunakan Kamus Dwi Bahasa Oxford dan lain2, anda perlu mempunyai kamus seperti Kamus Oxford English-English-Malay kerana fungsinya lebih lengkap.
Antara fungsi yang ada dalam Kamus Oxford English-English-Malay ialah kamus ini akan memberikan anda apakah jenis-jenis perkataan yang ada dalam kamus itu.
Sebagai contoh, anda mungkin merasakan yang anger, angry dan angrily semuanya mempunyai maksud yang sama. Anda betul dari satu segi tetapi jika anda halusi kesemua perkataan-perkataan ini, setiap satu digunakan dengan berbeza kerana:-

1. Anger – Noun – Kemarahan / amarah
2. Angry –Adjective – Marah
3. Anger – Verb – Membuat seseorang/sesuatu itu marah
4. Angrily – Adverb – Dengan marah
Perhatikan yang ada empat bentuk perkataan utama yang perlu anda tahu dalam bahasa Inggeris iaitu:-
1. Noun – Ini ialah Kata Nama yang anda gunakan untuk menamakan seseorang atau sesuatu.
2. Adjective –Ini ialah Kata Sifat yang anda gunakan untuk menceritakan sifat seseorang atau sesuatu. Sifat boleh merujuk kepada perasaan, emosi, keadaan fizikal, warna, saiz, bentuk dan lain-lain. Adjective digunakan untuk menerangkan Noun atau Pronoun sahaja.
3. Verb –Ialah kata kerja yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dibuat oleh seseorang atau sesuatu.
4. Adverb –Ialah Kata Keterangan yang digunakan untuk menerangkan bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Adverb juga boleh digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang Adjektif dan juga Adverb yang lain.
Dengan mengetahui apakah jenis perkataan-perkataan itu dan fungsi2nya maka anda akan dapat menggunakan perkataan-perkataan tersebut dengan betul. Dalam mengajar pelajar2 saya di peringkat Fundamentals, saya akan menerangkan fungsi2 Noun, Pronoun, Adjective dan Adverb. Apabila mereka telah faham fungsi2 Empat perkataan utama ini maka adalah lebih mudah untuk mereka menggunakan kamus untuk meningkatkan Kosa Kata atau Vocabulary mereka.

Kelas Fundamentals Grammar saya akan bermula pada 11hb April ini di Pusat Kejiranan Precint 9 dan kelas Fundamentals Grammar di Sunway pada 8hb Mei nanti.
Saya akan sambung lagi Siri ini dalam masa yang terdekat untuk menerangkan kenapa anda perlu kuasai Grammar jika anda ingin fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris baik dalam penulisan mahupun perbualan.

Jumpa lagi

Yusoff
yusoff@gmail.com
0193090711