Back To Basic English # 7 – Adverbs

Adverb

 

Adverb atau kata keterangan adalah satu lagi jenis ayat yang utama dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Topik kali ini akan mendedahkan anda kepada definisi adverb  dan juga cara menggunakan  adverb  dengan tepat baik dalam penulisan dan pertuturan bahasa Inggeris anda. Amat penting  untuk anda fahami betul-betul penggunaannya dan pada masa yang sama anda juga perlu fahami perbezaannya dengan adjective  dan jangan campur adukkan penggunaannya. Sama juga seperti jenis perkataan-perkataan yang lain dalam bahasa Inggeris, apabila ada keraguan, jangan lupa untuk merujuk kepada kamus bahasa Inggeris yang komprehensif kerana kamus bahasa Inggeris yang komprehensif akan dapat membimbing anda dari segi definisi sesuatu perkataan itu dan juga cara-cara penggunaannya. Anda mungkin selama ini menyangkakan yang fungsi adverb ini hanyalah untuk digunakan dengan verb tetapi dalam topik ini anda akan lebih faham tentang penggunaannya yang lebih meluas.

 

Definisi

 

Adverb adalah satu jenis perkataan yang menerangkan dengan lebih jelas :-

 

1. Verb – Ini antara fungsi utama sesuatu adverb di mana ianya digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana sesuatu verb  itu dilakukan. Anda telah pelajari dalam topik tentang verb iaitu ianya digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau aksi.  Lihat contoh ayat berikut:-

 

a.   He spoke softly.

Dia bercakap dengan lembut.

 

b.      He drove dangerously.

Dia memandu secara merbahaya.

 

Dalam ayat (a) spoke ialah verb  dan adverb softly pula digunakan untuk menjawab soalan “ How did he speak?” . Jadi jelas yang dalam ayat ini softly digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut  tentang bagaimana verb spoke itu dilakukan.

 

Dalam contoh ayat (b) pula, sekali lagi anda boleh perhatikan yang adverb dangerously digunakan untuk menerangkan bagaimana satu verb, iaitu drove  dilakukan.

 

c.   He spoke soft.

Dia becakap lembut.

 

d.  He drove dangerous.

                       Dia memandu bahaya.

 

Ayat (c) dan (d) pula adalah satu contoh ayat yang salah dari segi tatabahasanya walaupun anda mungkin boleh faham dan mengagak apa yang cuba disampaikan oleh pembuat ayat itu. Ini kerana dalam ayat (c), soft ialah satu adjective dan oleh itu ianya tidak boleh digunakan dalam ayat itu untuk menerangkan bagaimana verb spoke itu dilakukan.

 

Begitu juga dalam ayat (d) dimana dangerous adalah satu adjective  dan adalah tidak tepat dari segi tatabahasa jika digunakan untuk menerangkan verb dalam ayat itu iaitu drove.

 

2. Adjective – Selain dari digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang sesuatu verb itu, adverb juga turut digunakan untuk menerangkan tentang sesuatu adjective. Lihat contoh ayat berikut:-

 

e. He drove a very fast car.

    Dia memandu sebuah kereta yang amat laju.

 

Dalam ayat (e), perkataan fast berfungsi sebagai adjective dimana ianya digunakan untuk menerangkan tentang satu  noun iaitu ‘car’.Bagaimanapun masih ada lagi persoalan yang boleh dijawab dari segi  ‘How fast was his car?’. Untuk menerangkan ‘how fast’ atau ‘berapa laju’ kereta itu dipandu maka anda boleh gunakan perkataan very sebagai adverb dimana ianya akan memberi tahu dengan lebih lanjut tentang berapa laju kereta itu. Ini bermakna, dengan penambahan very kepada ayat itu, ianya telah menukar maksudnya daripada  ‘kereta yang laju’ kepada ‘kereta yang amat laju’.

 

 3. Adverb yang lainAdverb juga boleh digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang adverb yang lain.

 

f. She moved slowly to her car.

   Dia bergerak perlahan ke kereta beliau.

 

Dalam ayat (f), perkataan slowly  digunakan sebagai adverb untuk menerangkan verb  ‘moved’.  Adverb  slowly ini juga boleh diterangkan lagi untuk menjawab persoalan “How slowly did she move?’. Oleh itu anda boleh tambahkan satu lagi adverb  iaitu ‘quite’ untuk menerangkan adverb ‘ slowly’ dan membuat satu ayat baru seperti dalam (g) berikut:

 

g. She moved quite slowly to her car.

    Dia bergerak dengan agak perlahan ke kereta beliau.

 

Jika anda perhatikan, adverb  digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan :-

 

 

  1. When
  2. Where
  3. Why
  4. How

 

Lihat contoh ayat-ayat  di bawah.

 

 

 

Contoh ayat

Perkataan yang diterangkan

Persoalan

Adverb / Adverb phrase

1

The teacher will arrive soon.

verb = arrive

when?

soon

2

Haziq hid the keys nearby.

verb = hid

where?

nearby

3

He ate a lot because he was hungry.

verb = ate

why?

because he was hungry

4

She spoke softly.

verb = spoke

how?

softly

 

Syllabus kursus Fundamentals of English this July!

If you are wondering about the syllabus of the class that would start this 1st July here it is..Ini lah syllabus Kursus Fundamental of English yang akan saya mulakan pada 1hb Julai ini. Ianya merangkumi semua aspek-aspek asas bahasa Inggeris yang boleh membantu anda dalam penulisan dan juga perbualan bahasa Inggeris anda:-

Syllabus Kelas English Dewasa

 

 

  1. Pengenalan
  2. Petua-petua asas untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris.

2.1 Kepentingan sikap yang positif

2.2 Rahsia menjadi mahir dalam masa yang singkat

2.3 Apa yang perlu dielakkan dalam pembelajaran bahasa Inggeris ?

 

 

3. Penggunaan efektif dictionary, thesaurus, grammar books dan idiom dictionary

 

3.1 Jenis kamus yang ada dalam pasaran

3.2 Apa jenis kamus yang terbaik untuk saya?

3.3 Apa yang ada dalam kamus dan bagaimana nak menggunakannya denga efektif.

3.4 Penggunaan thesaurus untuk meningkatkan vocabulary dengan cepat

3.5 Kepentingan Gramar Book dalam pembelajaran bahasa Inggeris

3.6 Idiom dictionary untuk mempelajari ‘figurative speech’ atau bahasa tersirat dalam bahasa Inggeris.

4. Penggunaan Noun dalam bahasa Inggeris.

4.1 Function of a noun –Fungsi penggunaan nouns

4.2 Count in nounsCountable dan uncountable nouns

4.3 How to use Plural and Singular Nouns?

4.4 Spelling of plural nouns – Cara mengeja Plural Nouns dengan betul

4.5 Subject Verb Agreement – Penggunaan nouns dengan auxiliary verb seperti am/is/are, was/were, do/does/did, have/has/had.

4.6 Possessive Nouns – Bagaimana untuk menggunakan possessive nouns untuk menunjukkan pemilikan dengan penggunaan apostrophe s (‘s) atau apostrophe (‘) sahaja.

4.7 Collective nouns – Collective nouns untuk bilangan nouns yang banyak

5. Fungsi dan penggunaan pronouns yang betul

 

5.1 Function of a noun –Macam mana nak guna pronouns dengan tepat

5.2 Singular pronouns and Plural pronouns – Apa itu singular pronouns dan plural pronouns?

5.3 Subject pronouns – Apa itu subject pronoun dan fungsinya dalam ayat?

5.4 Object pronoun – Apa itu Object pronoun dan kaitannya dengan Subject Pronoun?

5.5 Possessive pronoun – Penggunaan possessive pronouns seperti mine, yours, hers dan sebagainya untuk menunjukkan pemilikan.

5.6 Reflexive pronouns – Cara yang betul untuk menggunakan reflexive pronouns seperti myself, herself, ourselves dan sebagainya.

5.7 Demonstrative pronouns – Penggunaan demonstrative pronouns seperti this/these dan that/those untuk menunjukkan nouns.

5.8 Indefinite pronouns – Penggunaan indefinite pronouns seperti everyone, each dan sebagainya.

6. Adjectives

 

 

 

6.1 What is adjectives?–Apa itu adjectives?

6.2 Characteristics of an adjectives Ciri-ciri adjectives

6.3 Adjectives of quality – Apa itu Adjectives of quality dan bagaimana nak gunanya.?

6.4 Adjectives of quantity – Apa itu adjectives of quantity dan bagaimana nak gunanya.?

6.5 Possessive adjectives – untuk menunjukkan pemilikan dan perbezaanya dengan possessive pronouns.

6.6 Positive, comparative and superlative adjectives – Penggunaan positive, comparative dan superlative adjectives seperti tall, taller dan tallest untuk menunjukkan perbandingan.

7. Adverb

 

 

 

7.1 Adverb function – Fungsi adverb dalam menerangkan verb, adjectives dan adverb

7.2 Position of an adverb – Kedudukan adverb dalam sesuatu ayat

7.3 Characteristics of an adverb – Ciri-ciri formal sesuatu adverb

7.4 Flat adverb – Bagaimana nak membezakannya dengan adjectives

7.5 Grading adverb – Penggunaan adverb untuk menunjukkan gred

7.6 Comparative and Superlative Adverb – Adverb sebagai penunjuk perbandingan

8. Verb

 

8.1 Verb function – Fungsi verb dalam bahasa Inggeris

8.2 Type of verbs – Jenis-jenis verb yang ada

8.3 Transitive Verb and Intransitive Verb

8.4 Verb in active and passive sentence – Ayat verb pasif dan aktif

8.5 Continuous verb, continuous verb and mixed verbs

8.6 What is Verb TO BE?

8.7 Usage of am, is, are, was dan were in Verb To BE

8.8 Present tense, Past tense and Future tense – Konsep present tense, past tense dan future tense dan penggunaan am, is, are, was dalam verb to be

8.9 What is Verb TO DO? Fungsi dan penggunaan ‘verb to do’

8.10 What is Verb TO HAVE? –Apa itu Verb TO HAVE dan fungsinya dalam sesuatu ayat

9. Preposition

 

9.1 What is preposition? – Apa itu preposition?

9.2 Usage of preposition – Pengunaan preposition untuk menunjukkan direction, position, time

9.3 ‘By someone’ and ‘by something’ preposition

9.4 Bagaimana preposition boleh digunakan untuk menunjukkan ‘with someone’ dan ‘with something’

10. Articles

 

 

10.1 What is an article? – Apa itu article dan kepentingannya dalam pembentukan ayat

10.2 Menggunakan ‘the’ dengan betul

10.3 Bila pula article tidak diperlukan?

10.4 Penggunaan ‘a’ dalam ayat.

10.5 Penggunaan ‘an’ dalam ayat dan apa perbezaanya dengan penggunaan ‘a’?

10.6 Penggunaan article untuk nouns dalam bentuk plural

11.Conjunction

 

 

 

11.1 Function of a conjuntion – Fungsi conjunction dalam penyambungan ayat

11.2 Usage of but, or, and, either..or, neither..nor

11.3 Peraturan yang perlu diingat apabila menggunakan conjunction

Kelas Dewasa bahasa Inggeris bermula 1hb Julai ini!!!

Kelas Dewasa Bahasa Inggeris Bermula Julai ini!

 

 

Anda ingin mahirkan bahasa Inggeris anda untuk kerjaya anda?

 

Anda ingin mahirkan bahasa Inggeris anda untuk mengajr anak-anak anda?

 

Anda ingin belajar di tempat yang anda mudah untuk faham?

 

Anda ingin senang naik pangkat dan mudah bertukar kerja?

 

 

Jika YA, maka Kelas bahasa Inggeris KnowledgeCentre akan bermula 1hb Julai ini!

 

Cuba lihat apa kata pelajar-pelajar saya sebelumini :-

 

 

1. Cukup puas hatiii..Saya dapat gambaran jelas sangat.. Masa saya tanya soalan yang saya tak faham, En. Yusoff beri penjelasan yg begitu baik..

 

Huda – Kuala Lumpur

 

2. I have gone through the notes given and found it very interesting. On behalf of all my friends ,  we appreciate your dedication and commitment.

 

Sham – Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur

 

3. Saya rasa macam saya belajar balik macam di sekolah dulu tapi lebih faham dengan apa yang di ajar.

 

Rina – Philips, Nilai.

 

Butir-butir lanjut

  Yuran Pendaftaran – RM50 (utk confirm tempat!)

Tempoh masa kelas – 3 bulan

 

Lokasi kelas   – Saujana Puchong (berdekatan Puchong Perdana)

 

Kekerapan kelas – Dua kali sebulan dan setiap kelas 3 jam

 

Kelas –Selesa dan berhawa dingin

 

Waktu kelas – Hari Ahad pagi

 

Yuran –Masih pada RM360 untuk keseluruhan kelas. Boleh bayar dua kali!

 

Cara pengajaran – Dwi bahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu

 

Nota – Nota lengkap dalam dwi bahasa untuk semua topik

Lain-lain kelebihan – Nota-nota dan tips tambahan melalui email.

                                   Pertanyaan lanjut tentang apa2 topik melaui email.

                                   Latihan2 esei percuma yang akan disemak oleh saya melalui email.

 
Credentials Pengajar

1. Trainer in English selama 7 tahun

2. Penulis 3 buah buku :-
1. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris
2. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris 2 – Perbualan telefon
3. Cara Mudah mengajar Anak-Anak Mempelajari bahasa Inggeris (akan terbit)

3.Trainer untuk staff FAMA pada 10-12 July nanti dalam kursus “Basic English Conversation”

4. Trainer untuk staff Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Terengganu di Hotell Dynasty pada 23-25 Mei dalam kursus “Practising Proper English at the workplace”

5. Trainer di School of Banking Affin Bank (1996-2000)

6. Speaker jemputan di Persatuan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT), Sungai Buloh.1996 -2000

Semua buku terbitan Perintis Publication dan boleh dilihat di laman web mereka di http://www.books.perintis.com.my/ dan biodata saya boleh di lihat di Panel Penulis,

 

Jika berminat sila hubungi saya segera kerana tempat terhad!

 

Hubungi saya di cikgutuition@yahoo.com atau sms /call di 019-3090711