Matlamat akhir belajar bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Jika anda tertanya-tanya apakah matlamat akhir belajar bahasa Inggeris, cikgu boleh bantu anda.

image

Inilah yang perlu akhirnya anda ketahui. The 12 verb tenses. Jika anda perhatikan, ada 12 bentuk ayat dalam bahasa Inggeris yang perlu anda tahu dalam bahasa Inggeris. Walaupun ada 12, anda mungkin hanya perlu tahu sekitar 8 tenses sahaja. Jika anda betul2 ingin fasih, anda digalakkan tahu kesemua Verb tenses ini.

Aspek Verb tenses ini akan cikgu ajar dalam Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang akan bermula pada 11hb Oktober ini di Sunway dan pada 2hb November di Prct 16, Putrajaya. Kursus yang sama juga akan dibuat di Paloh Inn, Kota Bharu pada 19 dan 20 hb Disember 2014.

Cikgu Yusoff
Whatsapp 0193090711

Kuasai tatabahasa bahasa Inggeris dengan mudah bersama cikgu Yusoff

image

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Apa khabar anda semua?Saya harap rakan-rakan saya di sini dalam keadaan sihat walafiat dan sama-sama berusaha untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita untuk memajukan diri kita sendiri, keluarga kita dan seterusnya negara kita.

Ramai yang sudah maklum yang kursus-kursus bahasa Inggeris saya amat menekankan aspek tatabahasa atau Grammar di samping aspek kosakata atau Vocabulary.

Jika anda tertanya-tanya kenapalah saya sentiasa menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini maka saya cuba untuk menerangkan dalam artikel ini supaya kita sama-sama dapat manfaat dari ia.

Antara sebab-sebab utama kenapa saya menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini ialah kerana pada saya Grammar ini dapat membantu kita menguasai bahasa Inggeris dalam masa yang amat singkat dan juga membuatkan pembelajaran bahasa Inggeris kita menjadi amat mudah! Jika anda mencari-cari jalan pintas untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris, jawaban ia ialah Kuasai Grammar! Mudah bukan?

Cuba kita lihat kenapa Grammar mempercepatkan dan mempermudahkan pembelajaran bahasa Inggeris kita:-

1. Grammar memudahkan kita faham kenapa apabila kita menggunakan kata nama kita kadang-kadang perlu menambah s,es,ies atau ves kepada sesuatu kata nama itu.

2. Grammar juga membantu kita memahami konsep uncountable nouns atau kata nama yang tidak boleh dikira seperti water,sugar,flour dan sebagainya di mana kata-kata nama ini tidak boleh kita tukar bentuk mereka kepada kata nama majmuk atau plural nouns seperti waters,sugars dan flours.

3. Grammar juga akan membantu kita dari segi penambahan apostrophe dan apostrophe s kepada kepada kata nama untuk menukarkan mereka kapada possessive nouns seperti Ali’s car dan the boys’ mother.

4. Dalam topik Pronouns atau Kata Ganti Nama juga, grammar akan membantu kita apakah bezanya antara he, him, his dan himself.

5. Dalam topik Pronouns juga, grammar akan membuat kita lebih faham bila kita boleh menggunakan pronouns yang dalam bentuk reflexive seperti himself,herself, yourself dan sebagainya.

Jika anda perhatikan grammar dalam dua topik sahaja sudah boleh membantu kita membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris dan ini akan memudahkan semua orang untuk memahami bahasa Inggeris yang kita gunakan tidak kiralah mereka ini daripada Malaysia, Singapore, U.S.A. mahupun U.K. kerana kita menggunakan standard atau piawai yang sama dalam komunikasi bahasa Inggeris kita.Kita tidak akan teragak-agak lagi tentang bahasa Inggeris kita dan kita akan lebih yakin berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walau bagaimana hebat sekalipun mereka.

InsyaAllah saya akan lebih kerap berkongsi ilmu bahasa Inggeris yang sedikit ini.Saya harapkan anda dapat terus mendoakan kesihatan saya dan agar saya sentiasa diselamatkan Allah dan dimurahkan rezeki oleh Nya.

Jika ada yang berhajat belajar dengan saya secara terus dan lebih komprehensif,Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya akan bermula pada 11hb Oktober ini di Leisure Commerce Square, Petaling Jaya dan pada 2hb November di Prct 16,Putrajaya. InsyaAllah jika anda bersungguh2 dalam mempelajari bahasa Inggeris ini,anda akan sedari yang bahasa Inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar mana.

Moga maju jaya!

Cikgu Yusoff
Call/Whatsapp 0193090711
cikgutuition@yahoo.com

Teknik What, Why,How and Other Impact

image

Antara aspek yang agak mengelirukan dalam bahasa Inggeris ialah perubahan dari segi ejaan kepada perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris itu. Sekarang ini saya kerap mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak sekadar menghafal perubahan-perubahan ejaan ini tetapi perlu faham betul-betul dari segi:-

1. What – Apakah nama perubahan kepada ejaan itu.

2. Why – Kenapa ada perubahan dalam ejaan.

3. How – Bagaimana kita menukar ejaan itu.

4. Other impact – Adakah impak-impak lain  selain dari perubahan ejaan itu?

Antara sub topic yang paling penting dalam topik Nouns atau Kata Nama ialah Singular and Plural Nouns.

Jika kita gunakan 4 aspek semakan di atas, kita boleh buat analisa seperti berikut:-

1.   What – Perubahan ejaan ini dinamakan perubahan daripada Singular Noun kepada Plural Noun.Apa yang kita pelajari amat penting untuk kita mengetahui nama ia kerana ini memudakan kita untuk mencari bahan-bahan rujukan tambahan dan juga memudahkan kita menggunakan Google untuk mencari nota tambahan dan juga latihan-latihan tambahan untuk pengukuhan pemahaman kita.

2.      Why – Kenapa ada perubahan dalam ejaan?

Perubahan ejaan berlaku kerana jumlah noun itu berubah daripada satu atau Qty = 1 kepada lebih daripada satu Qty > 1. Dalam bahasa Inggeris apabila jumlah sesuatu kata nama itu satu maka ianya dinamakan Singular Noun dan apabila jumlah sesuatu kata nama itu lebih daripasa satu maka ianya dinamakan Plural Noun.Kebanyakan noun kita perlu tukar ejaan mereka apabila kuantiti yang kita maksudkan adalah lebih daripada satu.Bagaimanapun anda perlu berhati-hati kerana ada juga beberapa nouns yang tidak berubah bentuk mereka apabila ditukar daripada bentuk singular ke plural seperti sheep,deer dan sebagainya.

3.      How – Untuk perubahan ejaan dari singular ke plural,ada 7 bentuk yang perlu anda tahu iaitu.

i. Tambah ‘s’

One car – Many cars

ii. Tambah -es

A box – Two boxes

iii. Tambah -ies

That country – Those countries

iv. Tambah -ves

His wife – his wives

v. Tukar ejaan

One child – Several children

vi. Kekalkan ejaan A sheep – A few sheep

vii. Ejaan plural turut digunakan sebagai ejaan singular.
      One headquarters – Two headquarters

4.      Other impact – Adakah impak-impak lain  selain dari perubahan ejaan itu?

Selain daripada perubahan daripada segi ejaan,antara impak yang paling penting ialah pasangan-pasangan kepada singular dan plural nouns ini dan antara pemasangan atau pemadanan ayat yang paling penting ialah pemadanan nouns dengan verbs yang sesuai atau lebih dikenali sebagai subject verb agreement di mana verb yang digunakan dengan noun mesti bersetuju atau tepat dengan jenis noun yang digunakan.

Jika jumlah sesuatu kata nama itu satu ( Qty = 1), iaitu singular noun,ianya mesti dipadankan dengan Singular Verbs.

e.g. of singular verbs = is,was,has,does,goes etc

Jika jumlah sesuatu kata nama itu lebih daripada satu ( Qty > 1), iaitu plural noun,ianya mesti dipadankan dengan Plural Verbs.

e.g. of Plural verbs = are,were, have, do, go etc

Ini adalah pendekatan yang cikgu banyak gunakan dalam kelas-kelas cikgu sekarang untuk membuat pelajar-pelajar cikgu lebih berfikir tentang aspek tatabahasa dan bukan sekadar menghafal kerana jikalau sekadar menghafal ianya satu teknik yang merbahaya dan akan melambatkan proses untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 4 hb Oktober 2014 di Sunway dan pada 2hb November di Putrajaya. Yuran masih RM790 untuk keseluruhan kursus dan akan naik ke RM890 tahun depan.

Hubungi Cikgu Yusoff segera dgn menelefon/ Whatsapp di 019-3090711.

Bagaimana nak dapat minimum Band 3 dalam MUET anda?

Sertai kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu yang bermula pada 7hb September ini di Kompleks Kejiranan Precint 16 dan pada 4hb Oktober di Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9, Sunway untuk persediaan MUET anda!

 

# 1 Buat persediaan awal

 

Ramai yang tidak benar-benar bersedia untuk MUET mereka kerana menganggap yang MUET ini tidak sesukar mana. Ada juga yang membuat persiapan cuma di saat-saat akhir untu MUET mereka. Lebih awal anda bersedia, lebih tingi kemungkinan anda untuk mendapat Band 3 dan mungkin juga Band 4 atau Band 5. Ianya tidak mustahil. Pastikan anda membeli buku-buku MUET yang sesuai untuk persediaan anda.

Untuk yang pernah mengambil MUET dan cuma mendapat Band 1, anda perlu sekurang2nya 6 bulan sebagai persediaan anda.

Untuk yang pernah mengambil MUET dan cuma mendapat Band 2, anda perlu sekurang2nya 3bulan sebagai persediaan anda.

 

#2 Masuk kelas bahasa Inggeris yang formal

 

Cara paling cepat untuk anda meningkatkan kemahiran anda berbahasa Inggeris dalam matlamat mendapat sekurang2nya Band 3 dalam MUET anda ialah dengan memasuki kelas bahasa Inggeris yang formal yang menekankan aspek grammar (tatabahasa) dan vocabulary (kosakata). Ini cara yang paling efektif kerana dengan menggunakan pendekatan grammar dan vocabulary, anda akan boleh membuat ayat2 dengan baik dalam komponen Speaking (15% ) dan Writing (30%). Ianya juga akan membantu anda memahami karangan2 dalam komponen Reading yang memberi markah 40% daripada jumlah markah MUET anda!

Mungkin anda rasa yuran RM790 untuk kursus Asas-Asas Komunikasi cikgu sebanyak RM790 itu mahal tetapi ianya merupakan pelaburan yang amat berbaloi and worth every cent kerana anda bukan sahaja memahirkan diri anda untuk MUET tetapi juga untuk persediaan alam pekerjaan anda nanti. Semua pelajar cikgu akan diberikan khidmat sokongan melalui WhatsApp dan juga email. Ini bermakna, anda boleh bertanya dengan cikgu melalui WhatsApp setiap hari!

 

#3 Banyakkan Membaca

 

Anda perlu banyakkan membaca kerana Komponen Reading memberi markah sebanyak 120 markah atau 40% daripada jumlah markah MUET anda! Pastikan anda mempelbagaikan pembacaan anda untuk merangkumi:-

i. Newspaper

ii. Magazines – Pastikan anda membaca majalah yang menggunakan bahasa tinggi seperti Reader’s Digest, National Geographic dan sebagainya kerana salah satu karangan dalam MUET Dec 13 mengambil satu artikel daripada majalah National Geographic!

iii. Story books – Buku cerita amat efektif untuk meningkatkan kebolehan anda bercerita dan membuat ayat untuk persediaan komponen Speaking dan Writing.

iv. Non fiction books – Non fiction books merujuk kepada buku-buku yang berasaskan fakta seperti Biography tokoh-eotkoh terkenal.

#4 Dapatkan bantuan daripada cikgu yang berpengalaman

Pastikan anda belajar dengan guru yang berpengalaman dari segi pengajaran grammar dan vocabulary bahasa Inggeris. Cikgu tersebut juga perlu arif dengan format soalan MUET dan boleh mengatur strategi yang sesuai dengan tahap kemahiran bahasa Inggeris anda.

 

 

Kursus Persediaan MUET Nov 2014 dan March 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Anda ingin tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda?

Anda ingin mengambil MUET, IELTS atau TOEFL?

Anda ingin mudah untuk mengajar anak-anak anda bahasa Inggeris?

Anda kurang yakin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?

Anda ingin mudah mendapat kerja dan kenaikan pangkat?

Jika jawaban anda ialah YA, Kursus Intensif Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula September/Oktober 2014 ini boleh membantu anda!
 
Untuk mereka yang berminat meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka dari aspek perbualan dan penulisan, Kursus Intensif Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris  akan diadakan dalam masa yang terdekat di Sunway dan Putrajaya.Kursus sesuai untuk persediaan MUET Nov 14 dan March 15.  :-

Tempat terhad kepada 15 orang sahaja.

Segera daftar!!! Tinggal  2 tempat sahaja untuk kelas Putrajaya dan 8 tempat untuk kelas Sunway!!

Apa yang akan diajar?


 
i. Teknik dan petua mudah fasih bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

ii. Teknik mudah menggunakan kamus untuk menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris dengan tepat dengan menggunakan International Phonetic Spelling

ii. Teknik mudah menggunakan kamus untuk membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris

iii. Penggunaan Nouns dalam bahasa Inggeris

iv. Cara menggunkan Pronouns untuk menggantikan Nouns

v. Penggunan adjectives untuk menerangkan Nouns dan Pronouns

vi. Memahami penggunaan Auxiliary Verbs aitu Verb TO BE dan Verb TO HAVE.

vii. Pengenalan kepada Verb Tenses dalam bahasa Inggeris

viii Memahami dan menggunakan Present tenses, Past tenses dan Future tenses



Kursus ini amat sesuai untuk:-

1. Yang sedang bekerja
2. Yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS.
3. Yang akan mengambil MUET.
4. Yang baru tamat SPM.
5. Yang ingin membimbing anak-anak mereka.
6. Guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris.

Butiran kursus:-

i. Lokasi Putrajaya

1. Tarikh Kursus – 7/9, 14/9, 21/9, 28/9, 5/10, 12/10, 19/10,

2. Masa – 9 a.m. – 2 p.m.

3. Lokasi –  Kompleks Kejiranan Precint 16, Jalan P16G. Putrajaya

ii. Lokasi Sunway

1. Tarikh – 4/10, 11/10, 18/10, 25/10, 1/11, 8/11, 15/11

2. Masa – 9 a.m. – 2 p.m.

3. Lokasi –Leisure Commerce Square, Jalan PJS 9/9. Petaling Jaya (Bersebelahan dengan Stesyen Komuter Setia Jaya)


4. Yuran – Yuran asal kursus untuk keseluruhan kursus ialah RM1,080 tetapi tetapi  yuran cuma RM790 seorang jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 1hb September 2014 tertakluk kepada kekosongan.

Lain-lain manfaat tambahan:-

1. Latihan karangan, objektif dan subjektif mingguan selama 3 bulan.
2. Khidmat sokongan individu melalui WhatsApp, email, internet chatting selama 3 bulan.
3. Kelas susulan pada diskaun 50%


Daftar dua orang dan yuran untuk kedua-dua modul cuma RM750 seorang jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 6hb September 2014


Cikgu Yusoff
019-3090711

Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak 2006
Trainer semenjak 199
6