Back to Basic English # 12 – Verb TO HAVE part 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam artikel saya sebelum ini saya telah memperkenalkan kepada anda penggunaan Verb TO HAVE dari segi fungsinya dan juga saya juga telah memberi anda bentuk-bentuk ayat dalam bentuk Simple Present yang anda perlu gunakan untuk pemilikan dan aktiviti yang sedang betul sekarang dan juga yang ada kekerapan.

Kali ini saya akan berikan anda bentuk Verb TO HAVE dalam bentuk Simple Past iaitu Kala Masa Lampau yang anda gunakan untuk

1. Pemilikan lampau Ini merujuk kepada pemilikan di masa lepas di mana benda/harta yang dimiliki itu tidak lagi dimiliki pada masa sekarang.

Cth

I had a cat but it died last year

Ali had a house in Puchong but he sold it in 2008.

2. Aktiviti di masa lepas  Verb TO HAVE dalam bentuk Simple Past juga digunakan untuk aktviti-aktiviti yang sudah berlaku di masa lepas.

Cth

We had a meeting with the management last week.

I had nasi lemak for breakfast this morning.

3.Penyakit di masa lepas Verb TO HAVE dalam bentuk Simple Past juga digunakan untuk menceritakan penyakit/sakit yang dihidapi di masa lepas.

Cth

I had a headache just now but now I am feeling better.

Abu had a stomach ache because he drank sour milk last night.

Bentuk Ayat-ayat Verb TO HAVE dalam bentuk Simple Past

Simple Past FORM

Subject verb form
I Simple past form – had
You had
Singular – Nouns/Pronouns had
Plural  – Nouns/Pronouns had
Uncountable Nouns had

  1. 1. Negative

Subject Verb to DO verb form
I did not / didn’t simple form – have
You did not / didn’t have
Singular – Nouns/Pronouns did not / didn’t have
Plural  – Nouns/Pronouns did not / didn’t have
Uncountable Nouns did not / didn’t have

Bentuk negatif Simple Past menggunakan Verb dalam bentuk Kata Dasar iaitu HAVE kerana penggunaan DID sudah menunjukkan Past tense.Oleh itu Verb tidak perlu anda tukarkan kepada HAD.

  1. 2. Question

Verb to DO Subject verb form
Did I simple form – have ?
Did You have ?
Did Singular – Nouns/Pronouns have ?
Did Plural  – Nouns/Pronouns have ?
Did Uncountable Nouns have ?

Kursus Intensif Fundamentals English Grammar  akan saya mulakan pada 11hb Oct ini di Sunway. Cuma perlu datang 3 Ahad sahaja.Hubungi saya segera di cikgutuition@gmail.com atau 0193090711 kerana tempat terhad.