Cara Mudah Mengajar Kanak-Kanak Mempelajari bahasa Inggeris – Pujian vs Galakan

Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita perlu memberi pujian dengan betul dan berpada-pada. Mungkin anda tertanya-tanya, adakah pujian-pujian yang anda berikan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar kita itu ada keburukannya? Ya, pujian ada keburukannya

jika tidak digunakan dengan betul. Memang pujian itu merupakan satu cara yang agak berkesan untuk meningkatkan harga diri seseorang tetapi terdapat satu lagi strategi yang lebih berkesan.

 

         Dr. Rudolph Dreikur, seorang pakar psikologi yang terkenal, pernah berkata, “…seorang kanak-kanak  itu memerlukan galakan seperti pokok perlukan matahari dan air”. Strategi ini lebih memberikan kesan berpanjangan kepada cara kanak-kanak itu melihat dirinya. Pujian dan galakan itu merupakan strategi yang positif, berkesan dan membawa manfaat jika digunakan.

 

Kedua-dua teknik ini boleh:

 

i.       Membina harga diri

ii.       Meningkatkan rasa bangga

iii.      Menggalakkan kerjasama

iv.     Membina perhubungan yang positif

v.      Membantu kanak-kanak semasa mereka

         menghadapi kesukaran dan masalah

 

         Bagaimanapun, jika anda kaji betul-betul, sebenarnya ada perbezaan yang ketara antara pujian dan galakan. Cuba anda lihat perbezaannya:

 

1.      Pujian ialah satu ganjaran yang perlu dimenangi:

         “Tahniah Haziq kerana berjaya dapat A dalam ujian semalam!

 

         Galakan pula ialah satu hadiah:

         ”Abah berasa bangga kerana Haziq betul-betul berusaha dengan gigih untuk   peperiksaan kali ini!

 

2.      Pujian menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan kita

         menghakimi:

          “Awak dapat jawab semua soalan dengan betul. Tahniah!

 

         Galakan menggunakan pertuturan perkataan yang menunjukkan kita

         mengambil berat:

         Saya berasa gembira apabila awak mencuba untuk menjawab soalan saya    tadi.

 

3.      Pujian menggalakkan pertandingan:

         Tahniah Aiman! Aiman dapat nombor satu dalam kelas!

 

         Galakan menggalakkan kerjasama:

         ”Teruskan usaha Ain! Nampak makin bagus keputusan periksa Ain.

 

4.      Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat:

         Emak sayangkan Odah apabila Odah dapat keputusan yang baik dalam

         peperiksaan.

 

         Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat:

         “Emak sayangkan Odah apabila Odah berada di sisi emak.

 

5.      Pujian mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati orang dewasa:

         “Bagus betul Hafiz hari ini kerana tolong mak mengemas rumah. Mak rasa

         bangga dengan Hafiz.

 

         Galakan pula mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati mereka sendiri:

         “Abah perhatikan sekarang ini, Syakirin semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Syakirin patut bangga dengan diri Syakirin.

 

6.      Pujian hanya boleh diberi apabila kanak-kanak itu berjaya:

         Tahniah, Zul kerana berjaya mendapat keputus-an cemerlang dalam

         peperiksaan.

 

         Galakan pula boleh digunakan apabila seseorang kanak-kanak itu sedang  menghadapi kegagalan atau kekecewaan:

         Tak apa, adik. Emak tahu adik dah berusaha keras untuk mendapatkan

         keputusan yang cemerlang dalam ujian Matematik itu. Teruskan usaha adik itu!

 

         Daripada penerangan-penerangan di atas, anda boleh lihat bahawa puji-pujian boleh mendatangkan ketagihan dan boleh menyebabkan kanak-kanak itu mencari motivasi yang berbentuk luaran. Sebaliknya, galakan akan kurang menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman kanak-kanak itu. Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!

 

         Topik ini dapat mendidik kita agar memberi pujian dan galakan bagi memotivasikan kanak-kanak untuk belajar dengan lebih gigih dalam memahirkan diri mereka dalam bahasa Inggeris. Selain dua strategi ini, ada satu strategi yang lain. Strategi ini juga sering disarankan oleh penulis perhubungan manusia yang tersohor, Dale Carnegie, dalam buku beliau “How to Win Friends and Influence People”. Lihat dalam cerita berikut bagaimana strategi ini digunakan dengan efektif:

 

         “Strategi ini saya pelajari daripada John William, yang merupakan Pengerusi di syarikat tempat saya bekerja dahulu. John merupakan seorang ahli korporat yang hebat dan amat berbakat. ‘Kemahiran manusia’ beliau amat menakjubkan dan beliau disayangi, dihormati dan disegani oleh semua orang yang me-ngenali beliau. Saya amat seronok memerhati dan mempelajari cara beliau berinteraksi dengan orang lain.

 

    Bila-bila sahaja setiausaha saya memberitahu bahawa John sedang di talian, saya akan berasa teruja. Saya amat seronok berbual dengan beliau. Suatu hari, saya cuba menganalisa sebab-sebab penggilan beliau cukup menyeronokkan saya. Selepas membuat analisa, saya mula memahaminya! John sering memuji saya, “Minit mesyuarat yang awak buat itu cukup hebat”. Beliau juga sering memberi galakan kepada saya, “Saya berasa gembira melihat awak hadir ke perlawanan persahabatan bola sepak syarikat kita semalam. Bagus kerana awak sudi meluangkan masa awak untuk datang memberikan sokongan”.

 

    Tetapi apa yang lebih penting ialah John sering menunjukkan minat beliau terhadap diri, keluarga, aktiviti-aktiviti dan juga kehidupan saya. Beliau sering menunjukkan minat kepada saya sebagai seorang insan dan bukan sekadar pekerja beliau. Apabila John menelefon saya, beliau sudah tentu ingin bertanyakan urusan syarikat tetapi beliau akan memulakan perbualan beliau dengan bertanyakan anak-anak, isteri atau aktiviti-aktiviti saya. Beliau menunjukkan minat terhadap diri saya dan saya amat menyukainya.

 

    Apabila saya menyedari akan kuasa minat ini, saya mula menggunakannya untuk membina dan mengekalkan perhubungan dengan kanak-kanak dan pekerja-pekerja saya. Saya masih ingat lagi pada suatu hari saya bertembung dengan seorang pekerja muda di pejabat dan kami mula berbual. Dengan mengambil iktibar daripada sikap John, saya tidak memberi pujian atau galakan kepada beliau. Sebaliknya, saya menunjukkan minat yang ikhlas terhadap diri beliau. “Saya nampak awak baru beli kereta ya, David. Cantik warna kereta awak tu. Di mana awak beli kereta tu?” Muka pekerja muda itu kelihatan teruja! Pengurus Besar syarikat beliau menyedari kereta baru beliau dan mengambil masa untuk memberitahu beliau! Perbualan yang ringkas itu lebih bermakna kepada beliau daripada sebarang pujian dan galakan.

 

    Pengajaran daripada cerita ini, anda sebagai ibu bapa dan pendidik boleh memberikan hadiah menakjubkan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan mereka. Sebagai contoh, jika anak anda pulang dengan hasil lukisan yang dilukis oleh mereka di sekolah, anda mungkin boleh meluahkan perasaan anda, “Wah! Menariknya lukisan adik ni. Adik baru belajar di sekolah ke?” ataupun jika di sekolah, anda boleh me-nunjukkan minat anda dengan seseorang pelajar dengan berkata, “Cikgu dapat tahu bapa awak seorang anggota polis. Awak tahu tak datuk saya dulu pun seorang anggota polis?” Cuba tunjukkan minat yang ikhlas dengan kehidupan dan aktiviti-aktiviti anak-anak dan pelajar-pelajar anda.

 

Dipetik dari buku terbaru saya, “Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris kepada Anak-Anak Anda” terbitan Perintis Books Sdn. Bhd.

 

Hubungi saya di cikgutuition@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.

Buku “Cara Mudah Memperkenalkan bahasa Inggeris kepada Anak-Anak Anda” sudah siap!!!

Assalamualaikum semua,

Happy to inform you that my 3rd book, “Cara Mudah Memperkenalkan bahasa Inggeris kepada Anak-Anak Anda”, is available now.The price of the book is only RM18.Details buku :-

Penerbit : Perintis Books Sdn. Bhd.

Penulis : Mohd Yusoff Noordin

Jumlah muka surat : 160
Saiz : 5″ x 7.5″
Paperback

Details on the pricing are as follows:-

1. Sebuah bukuRM18 (sudah termasuk kos penghantaran)

2. Dua buah buku RM34 – Jimat RM2!

3. Set 3 buku berikut:- (Cuma ada 10 set!)

1. Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris RM12
2. Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 -Perbualan Telefon – RM16
3. Cara Mudah Memperkenalkan bahasa Inggeris kepada Anak-Anak Anda -RM18

Harga satu set buku2 ini cuma RM40. Jimat RM6!

The contents are as follows:-

  1. Pengenalan

1.1 Gunakan buku ini untuk membantu anak dan pelajar anda

1.2 Maksimumkan penggunaan buku ini!

 

  1. Perkembangan bahasa bayi

2.1 Pengenalan

2.2 Perkembangan bahasa bayi dari lahir hingga setahun

2.3 Bagaimanakah anda boleh membantu bayi anda bertutur?

2.3.1 Berbual dengan bayi anda!

2.3.2 Bersikpa konsisten

2.3.3 Gunakan lagu kanak-kanak

2.4 Bagaimana untuk manfaatkannya?

 

 

  1. Mengenal masalah pertuturan anak

3.1 Pengenalan

3.2 Siapakah yang perlu diperiksa?

 

  1. Bayi anda boleh diajar untuk bertutur dua bahasa!

4.1 Pengenalan

4.2 Adakah pertuturan bayi saya akan terbantut?

4.3 Adakah bayi saya akan keliru?

4.4 Adakah saya sudah terlambat?

4.5 Berapa bahasakah yang mampu dipelajari?

4.6 Bagaimana saya hendak bertutur dalam bahasa Inggeris kalau saya tidak fasih?

4.7 Keluarga dan kawan-kawan saya berpendapat pendedahan kepada bahasa kedua tidak sesuai untuk bayi saya

4.8 Bagaimanakah jika saya dan pasangan saya lansung tidak mahir bertutur bahasa masing-masing?

4.9 Apakah kaedah terbaik untuk membesarkan anak yang petah bertutur pelbagai bahasa?

4.10 Saya berasa segan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris

4.11 Risiko-risiko yang mungkin berlaku jika anda mengunakan lebih dari satu bahasa

4.12 Anak saya boleh memahami saya bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi anak saya sering menjawab dalam bahasa ibunda

 

 

 

  1. Memuji dan memotivasi dalam pengajaran

5.1 Pengenalan

5.2 Cara untuk memberi pujian yang positif

5.3 Pujian vs Galakan

 

 

  1. Kaedah Penggunaan Kad Imbas

6.1 Pengenalan

6.2 Buat sendiri flashcard anda!

6.3 Permainan pendidikan menggunakan kad imbas

6.3.1 Ujian Memori

6.3.2 Aktiviti Latihtubi – Kad ghaib

6.3.3 Aktiviti Pengenalan – Dedahkan perkataan itu

6.3.4 Aktiviti mengejar kad imbas

 

6.4 Latihan Pemahaman

6.4.1 Ucapkan Hello!

6.4.2 Aktiviti Rangkaian

6.4.3 Dimana dia?

6.4.4 Siapa lebih cepat?

 

6.5 Latihan Pengulangan

6.5.1 Aktiviti Burung Kakak Tua

6.5.2 Aktiviti berbisik

 

6.6 Latihan Penghasilan

6.6.1 Siri kad imbas

6.6.2 Permainan memori

6.6.3 Tunggang terbalik

6.6.4 Berikan bola itu!

6.6.5 Kad yang hilang

6.6.6 Teka saya!

 

 

  1. Belajar Melalui Pendengaran

7.1 Pengenalan

7.2 Sifat Mendengar

7.3 Kenapa kita perlu kembangkan kemahiran mendengar

 

 

  1. Empat Cara Efektif Mengajar Kanak-Kanak Membaca

8.1 Kaedah Fonik

8.2 Kaedah Lihat Dan Sebut

8.3 Kaedah Pengalaman Bahasa

8.4 Kaedah Sokongan Konteks

8.5 Menggunakan keempat-empat kaedah dengan berkesan

 

 

 

 

  1. Memperkenalkan Tatabahasa Dengan Mudah

9.1 Pengenalan

9.2 Pendekatan buku ini’

9.3 Cara untuk memahami penerangan kala dalam topik ini

9.4 Jadual kala verb

9.5 Perbuatan yang kerap berlaku dan keterangan fakta – Simple Present

9.6 Penggunaan verb + ing untuk perbuatan/aktiviti yang sedang berlaku sekarang – Present Progressive

9.7 Perbuatan yang berlaku pada masa lepas – Simple Past

9.8 Perbuatan yang sedang berlaku di masa lepas – Past Progressive

9.9 Perbuatan yang berlaku di masa hadapan – Future Time

9.10 Perbuatan yang sedang berlaku di masa hadapan – Future Progressive

9.11 Jadual bentuk irregular verb

 

  1. Memperkenalkan Matematik peringkat rendah

10.1 Pengenalan

10.2 Sumber Pengajaran Matematik

10.2.1 Poster

10.2.2 Kad imbasan

10.2.3 Lembaran Kerja

10.2.4 Buku-buku

 

10.3 Apakah langkah seterusnya

 

  1. Memperkenalkan Sains peringkat rendah

11.1 Pengenalan

11.2 Mengajar dengan menggunakan sukatan pelajaran

11.3 Penggunaan sumber-sumber pengajaran

11.3.1 Kad imbasan

11.3.2 Poster

11.3.3 Buku-buku

11.3.4 VCD/DVD Pendidikan

11.3.5 Persian komputer

 

11.4 Apakah langkah seterusnya

 

  1. Penutup


Jika berminat sila buat pembayaran ke akaun Maybank Siti Raaodah Sabran bernombor 108159253453 dan maklumkan saya melaui email atau sms di 019-3090711.

Tq

Yusoff

Kenapa saya recommend buku latihan Simple English Nor Bi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tq kepada yang dah buat payment untuk buku Nor Bi tu, Kalau ada yang x dapat saya harap boleh bersabar sikit sebab stok saya perlu ambil di Kl.

Kalau ada yang tertanya2 kenapa saya syorkan buku Simple English by Nor Bi ni elok saya jelaskan kenapa:-

1. Untuk meningkatkan lagi kemahiran anda – Buku ini hanya mengandungi latihan2 yang amat sesuai untuk anda gunakan untuk lebih memahami topik2 yang akan saya ajar dalam siri Back To Basic English saya tu.

2. Buku ini banyak latihan – Buku ini tebalnya 479 muka dan latihan2nya setebal 446 muka semuanya!

3, Buku ini ada jawapan yang anda boleh semak latihan2 yang anda telah buat.

Just nak clear kan sikit:-

1. Untung – Saya x banyak buat untung dari buku ini sebab ini bukan buku saya dan saya ambil stok pun dari kedai buku di KL.Jauh ni dari Puchong n saya biasanya naik LRT je. So biasanya sekali ambik cuma 10 buah je. So kalau ambil kira masa, tambang n parking saya nak beli buku ni maybe saya pulang modal sahaja.Silap2 rugi..

2. Kos stamp – kos stamp dah sekitar RM3-3.50

Buku ni sesuai untuk siapa?

1, Sesuai untuk beginner and intermediate level – Maknanya anda dan anak2 anda pun boleh guna. Jadi anda cuma perlu satu buku ini sahaja.

KESIMPULANNYA?

1. Buku ini untuk manfaat anda dan anak2 anda dan boleh anda gunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran anda dalam berbahasa Inggeris.

2. Saya cuma akan menawarkan buku ini untuk dijual secara pos sehingga pertengahan bulan depan sahaja ya.

Jadi pada yang berminat sila inform saya dengan segera untuk manfaat anda juga.

Terima kasih

Kelas Dewasa bahasa Inggeris bermula 5hb Mei ini!!!

Kelas Dewasa Bahasa Inggeris Bermula Mei ini!

 

 

Anda ingin mahirkan bahasa Inggeris anda untuk kerjaya anda?

 

Anda ingin mahirkan bahasa Inggeris anda untuk mengajr anak-anak anda?

 

Anda ingin belajar di tempat yang anda mudah untuk faham?

 

Anda ingin senang naik pangkat dan mudah bertukar kerja?

 

 

Jika YA, maka Kelas bahasa Inggeris KnowledgeCentre akan bermula 5hb Mei ini!

 

Cuba lihat apa kata pelajar-pelajar saya sebelumini :-

 

1. Cukup puas hatiii..Saya dapat gambaran jelas sangat.. Masa saya tanya soalan yang saya tak faham, En. Yusoff beri penjelasan yg begitu baik..

 

Huda – Kuala Lumpur

 

2. I have gone through the notes given and found it very interesting. On behalf of all my friends ,  we appreciate your dedication and commitment.

 

Sham – Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur

 

3. Saya rasa macam saya belajar balik macam di sekolah dulu tapi lebih faham dengan apa yang di ajar.

 

Rina – Philips, Nilai.

 

Butir-butir lanjut

 

Tempoh masa kelas – 3 bulan

 

Lokasi kelas   – Saujana Puchong (berdekatan Puchong Perdana)

 

Kekerapan kelas – Dua kali sebulan dan setiap kelas 3 jam

 

Kelas –Selesa dan berhawa dingin

 

Waktu kelas – Hari Sabtu petang

 

Yuran –Masih pada RM360 untuk keseluruhan kelas. Boleh bayar dua kali!

 

Cara pengajaran – Dwi bahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu

 

Nota – Nota lengkap dalam dwi bahasa untuk semua topik

Lain-lain kelebihan – Nota-nota dan tips tambahan melalui email.

                                   Pertanyaan lanjut tentang apa2 topik melaui email.

                                   Latihan2 esei percuma yang akan disemak oleh saya melalui email.

 
Credentials Pengajar

1. Trainer in English selama 7 tahun

2. Penulis 3 buah buku :-
1. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris
2. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris 2 – Perbualan telefon
3. Cara Mudah mengajar Anak-Anak Mempelajari bahasa Inggeris (akan terbit)

3. Trainer di School of Banking Affin Bank (1996-2000)

4. Speaker jemputan di Persatuan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT), Sungai Buloh.1996 -2000

Semua buku terbitan Perintis Publication dan boleh dilihat di laman web mereka di http://www.books.perintis.com.my/ dan biodata saya boleh di lihat di Panel Penulis,

 

Jika berminat sila hubungi saya segera kerana tempat terhad!

 

Hubungi saya di cikgutuition@yahoo.com atau sms /call di 019-3090711

 

Back To Basic English # 6 – Usage of Thesaurus in improving your Vocabulary

Saya telah banyak kali menekankan the importance of expanding your
vocabulary
or ‘kosa kata’. Antara cara-cara yang anda boleh gunakan untuk mengembangkan vocabulary anda ialah dengan :-

 

1. Membanyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris – Cara ini akan membolehkan anda ‘menjumpai’ perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang baru yang anda tidak kenal sebelum ini. Anda digalakkan untuk rajin menyemak dengan dictionary jika terjumpa sebarang perkataan yang tidak anda ketahui maksudnya. Bagaimanapun jika anda sekadar membaca secara santai atau tidak membawa dictionary  anda masih dapat manfaat daripada pembacaan anda itu. Ini kerana biasanya dalam satu ayat itu anda mungkin tidak mengetahui maksud cuma satu jenis perkataan saahaja

Without the arsenal of good vocabulary you CAN’T TALK or WRITE in
English smoothly and efficiently.

2. Mengunakan Thesaurus untuk mengembangkan Vocabulary
Thesaurus adalah satu sumber untuk anda mengembangkan vocab anda
dengan cepat dan berkesan oleh kerana ia akan memberi and perkataan-perkataan
seerti dan berlawanan.Untuk thesaurus yang saya gunakan ini ianya
turut memberi Idiom atau Simpulan Bahasa yang mempunyai maksud yang
sama untuk perkataan yang diberi.

Penggunaan tesaurus amat sesuai digunakan untuk anda yang sudah dapat menguasai asas-asas bahasa Inggeris. Jika sebelum ini anda banyak merujuk dengan kamus, langkah seterusnya ialah untuk mengembangkan kosa kata anda dengan penggunaan tesaurus ini.Apa sebenarnya tesaurus ini dan bagaimana pula ianya boleh membantu anda menjadi mahir dalam bahasa Inggeris anda? Sesebuah tesaurus itu memberi perkataan synonim (sinonim / makna seerti) dan antonym (antonim / makna berlawanan) untuk perkataan yang disenaraikan di dalamnya.

 

Untuk memudahkan anda faham kita ambil satu contoh perkataan yang mudah iaitu quiet dan kita lihat bagaimana ianya diterangkan dalam Roget’s Super Thesaurus.

 

Quiet – adverb

 

 

 Synonym – 1.  Soundless – silent,still, peaceful, hushed, soft, quiescent, inaudible, low, muted, noiseless

 

2.   Not Talkative – close mouthed, silent, taciturn,    reserved, mute, tightlipped, not big on small talk

 

  3.   Calm – tranquil, peaceful, motionless, undisturbed, still,

serene, placid, halcyon

 

 

Antonym        1.  noisy, loud, deafening,

2. louacious, talkative

3. turbulent, wild, agitated

 

Anda boleh lihat melalui contoh di atas dengan penggunaan perkataan quiet. Anda sudah memahami makna perkataan quiet dan anda patut menggunakan pula tesaurus untuk mengembangkan kosa anda itu  berdasarkan satu perkataan ‘quiet’ itu. Untuk perkataan ini, Roget’s Super Thesaurus membahagikan sinonim berdasarkan tiga makna untuknya iaitu tidak berbunyi (soundless), pendiam (not talkative) dan aman (calm).

 

Perkataan antonim yang berlawanan maksud juga dibahagikan kepada tiga berdasarkan makna yang berbeza untuk perkataan quiet  itu.Susunan sebegini memudahkan anda memahami sinonim dan antonim yang berbeza-beza.

 

Dengan menggunakan tesaurus berdasarkan perkataan quiet maka anda boleh mengembangkan kosa kata kita sebanyak 36 perkataan iaitu 28 sinonim dan 8 perkataan antonim. Pada peringkat permulaan anda mungkin perlu hafal perkataan-perkataan baru tersebut tetapi bila anda mula menggunakannya dalam penulisan dan pertuturan anda ianya akan menjadi sebahagian daripada kosa kata anda secara semulajadi.

 

 

Harap anda akan printkan thesuarus ini dan tampal di mana-mana yg mudah
untuk anda refer.

1. Abandon – Verb

Synonym (perkataan seerti)

1. leave
2. desert
3. discard
4. forsake
5. quit
6. dump
7. cast off
8. reject
9. relinquish
10. discontinue
11. renounce
12. lay aside
13. strand
14. drop
15. give up

 

Idiom Synonym (Simpulan bahasa/ungkapan yang seerti)

1. leave in the lurch
2. cut one’s losses
3. throw in the towel
4. wash one’s hand of
5. deep six

Antonym (perkataan berlawanan)

1. stick with
2. take up
3. continue
4. adopt

2. Abate – Verb to subside

Synonym (perkataan seerti)

1. subside
2. lessen
3. reduce
4. weaken
5. slacken
6. diminish
7. decrease
8. wane
9. dwindle
10. decline
11. let up
12. taper off

Antonym (perkataan berlawanan)

1. grow
2. expand
3. intensify
4. surge

6 new words from the thesaurus.

1. astonishing

Part of Speech: adjective

Definition: surprising

Synonyms (Perkataan seerti) amazing, astounding, bewildering, breathtaking,extraordinary, impressive, marvelous, miraculous, spectacular,staggering, startling, striking, stunning, stupefying, stupendous,wonderful, wondrous

Antonyms (Perkataan berlawanan): boring, dull, expected, humdrum

2. breathtaking

Part of Speech: adjective

Definition: beautiful

Synonyms (Perkataan seerti) amazing, astonishing, awe-inspiring, awesome, exciting,hair-raising, heart-stirring, impressive, magnificent, moving, overwhelming, spine-tingling, stunning, thrilling

Antonyms (Perkataan berlawanan): anticipated, banal, boring, ho-hum, ordinary, run-of-the-mill, ugly

3. extraordinary

Part of Speech: adjective

Definition: strange

Synonyms (Perkataan seerti) amazing, bizarre, boss*, curious, darb, exceptional, fab*,

fantastic, flash*, gnarly*, heavy*, inconceivable, incredible, marvelous, odd, outstanding, particular, peculiar, phenomenal, primo, rare, remarkable, singular, some, special, strange, stupendous, surprising, terrific, tough, uncommon, unfamiliar, unheard-of,

unimaginable, unique, unprecedented, unthinkable, unusual, unwonted, weird, wicked*, wonderful, zero cool

Antonyms (Perkataan berlawanan): common, normal, ordinary, regular, usual

* = informal or slang

4. fabulous

Part of Speech: adjective

Definition: wonderful

Synonyms (Perkataan seerti) aces*, amazing, astonishing, astounding, bang-up, best,

breathtaking, cool*, crack, dilly, doozie*, extravagant, fab*,fantastic, fictitious, first class, gone, greatest, groovy*, immense,in spades, inconceivable, incredible, legendary, marvelous, mind-blowing*, out-of-this-world*, outrageous, peachy*, phenomenal, primo*,prodigious, rad*, remarkable, spectacular, striking, stupendous,super, superb, terrific, top drawer*, tops*, turn-on*, unbelievable,unreal, wicked*, wondrous

Antonyms (Perkataan berlawanan): common, normal, ordinary, routine, run-of-the-mill

* = informal or slang

5. incredible

Part of Speech: adjective

Definition: marvelous

Synonyms (Perkataan seerti) ace*, amazing, astonishing, astounding, awe-inspiring,

extraordinary, fab, fabulous, fantasmo, far-out, glorious, great,prodigious, superhuman*, unreal*, wonderful

Antonyms (Perkataan berlawanan: unspectacular

* = informal or slang

6. miraculous

Part of Speech: adjective

Definition: wonderful

Synonyms (Perkataan seerti) amazing, anomalous, astonishing, astounding, awesome,

extraordinary, fabulous, fantasmo, far out, freakish, gas, heavy,incredible, inexplicable, magical, marvelous, monstrous, numinous,phenomenal, preternatural, prodigious, spectacular, staggering,strange, stupefying, stupendous, superhuman, superior, supermundane,supernatural, supranatural, thaumaturgic, the utmost, too much,

unaccountable, unbelievable, unearthly, unimaginable, unreal,wonderworking, wondrous

 

Late for breakfast…

Thanks to Salasiah for the contribution.

It was a busy morning, approximately 8:30 am, when an elderly
gentleman in his 80’s, arrived to have stitches removed from his
thumb. He stated that he was in a hurry as he had an appointment at 9:
00 am. I took his vital signs and had him take a seat, knowing it
would be over an hour before someone would to able to see him. I saw
him looking at his watch and decided, since I was not busy with
another patient, I would evaluate his wound.

On exam it was well healed, so I talked to one of the doctors, got the
needed supplies to remove his sutures and redress his wound. While
taking care of his wound, we began to engage in conversation I asked
him if he had a doctor’s appointment this morning, as he was in such
hurry. The gentleman told me no, that he needed to go to the nursing
home to eat breakfast with his wife. I then inquired as to her health.
He told me that she had been there for a while and that she was a
victim of Alzheimer Disease.

As we talked, and I finished dressing his wound, I asked if she would
be worried if he was a bit late. He replied that she no longer knew
who he was, that she had not recognized him in five years now. I was
surprised, and asked him. “And you still go every morning, even though
she doesn’t know who you are?” He smiled as he patted my hand and
said. “She doesn’t know me, but I still know who she is.”

I had to hold back tears as he left, I had goose bumps on my arm, and
thought, “That is the kind of love I want in my life.”

True love is neither physical, nor romantic. True love is an cceptance
of all that is, has been, will be, and will not be. With all the jokes
and fun that are in e-mails, sometimes there are some that come along
that have an important message, and this is one of those kinds. Just
had to share it with you all.

“The happiest of people don’t necessarily have the best of everything;
they just make the best of everything that comes along their way.”

Peace is seeing a sunset and knowing who to thank.

Please share this with someone you care about –

I JUST DID…..

Idioms explained…

Idioms explained

1. a peeping Tom

a man who secretly watches people (often women getting undressed)
through windows:

Jane reported the peeping Tom to the local police when she saw him at
her bedroom window.

2. earn an honest an penny

to earn money in a honest way:

Teaching may be hard work but at least I earn an honest penny.

2. Common expressions

1.not to have the ghost of a chance

(idiom/cliché) to have no possibility of success; used in fairly
informal contexts:

Bert doesn’t have the ghost of a chance of getting that job with his
qualifications.

Lisa hasn’t studied hard and doesn’t have the ghost of a chance of
passing the exam.

2. by fair means or foul

(cliché) in any possible way, whether this is honest and just or not;
used to indicate someone’s determination to do something:

George intends to get that job, by fair means or foul.

Joan has every intention of getting a place in the team, by fair means
or foul.

“Foul” as an adjective now usually means dirty, disgusting or very
unpleasant but in this context its meaning is similar to that of the
noun, an action which is against the rules of a game or sport:

The player was sent off the field for committing a foul.

Recommended book for improving your English grammar

Sinopsis : SIMPLE ENGLISH
Bagi mereka yang sudah memiliki Easy English, buku ini adalah pilihan terbaik untuk menajamkan dan meningkatkan lagi tahap penguasaan bahasa Inggeris. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian utama. Setiap bahagian menumpukan kepada beberapa elemen berbeza di dalam ‘English Grammar’. Penyusunan isi kandungan buku ini adalah mengikut tahap kesukarannya supaya para pelajar dapat mengikuti setiap pembelajaran dengan lebih berkesan.Jangan tunggu lama untuk mendapatkan buku ini. Tidak rugi anda memilikinya! Dapatkan segera daripada saya melalui pos dengan mudah dan cepat. Buku ini kadang-kadang sukar didapati di kedai-kedai buku biasa.
 
Harga : RM 20.00 (Sudah Termasuk kos Pos dan Penghantaran)
Halaman :480Buku ini sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga untuk mereka yang ingin mempelajari semula Grammar bahasa Inggeris mereka dengan betul dan tepat.Sila hubungi saya di cikgutuition@yahoo.com jika berminat untuk mendapatkan buku ini.

Kursus Perbualan dan Asas bahasa Inggeris Mei ini!!!

Anda ingin mampu berbual dengan baik dalam bahasa Inggeris?

 

Anda ingin pastikan yang anda menggunakan tatabahasa yang betul?

 

Anda ingin orang lain kagum dengan cara anda berbual?

 

Anda ingin cepat mahir dalam masa yang singkat?

 

Anda ingin sertai kursus Perbualan bahasa Inggeris pada harga diskaun?

 

Jika jawapan anda semuanya YA, maka

 

Saya akan mengadakan bengkel Perbualan bahasa Inggeris pada cuti umum Hari Buruh bulan Mei nanti. Penyertaan adalah berdasarkan first-come-first-served dan keutamaan diberikan kepada mereka yang membuat pembayaran awal.

Butir-butir adalah seperti berikut:-

 

1. Tarikh – 1hb Mei 2007 (Selasa, cuti umum Hari Pekerja)

2. Tempat – Rumah saya di Saujana Puchong (berdekatan dengan Puchong Utama n Bukit Puchong). Bilik latihan adalah berhawa dingin.

3. Yuran – Cuma RM50 untuk bengkel setengah hari dan termasuk minum dan makanan ringan (snack). Datang dua orang dan fee cuma RM90 untuk dua orang. Fee biasa kursus sebegini ialah RM80!

4. Masa – Pukul 9.30 pagi – 2.30 petang

5. Jumlah pesertaterhad kepada 10 orang sahaja! Tinggal beberapa kekosongan sahaja!

6. Syllabus – Merangkumi aspek-aspek asas Perbualan bahasa Inggeris bahasa Inggeris iaitu:-

 

1. Pengenalan

 

1.1 Kepentingan perbualan bahasa Inggeris yang baik

1.2 Kepentingan Latihan Perbualan

1.3 Cara untuk memaksimakan kursus ini

 

2. Etiket Dalam Perbualan

 

2.1 Pengenalan

2.2 Etiket yang perlu diamalkan dalam perbualan.

 

 

3. Memahirkan diri dalam perbualan dengan kaedah permulaan perbualan

 

3.1 Mendapatkan maklumat / Bertanya soalan

3.2 Memberi nasihat

3.3 Menawarkan pertolongan/ bantuan

3.4 Menolak sesuatu pelawaan/ permintaan dengan baik

3.5  Memperkenalkan diri dan menyapa orang lain

3.6 Selepas memperkenalkan diri sendiri

3.7 Sebelum berpisah

 

4. Kaedah permulaan perbualan dengan perbualan kosong

 

4.1 Pengenalan

4.2 SIAPA yang berbual kosong?

4.3 APA topik yang orang perbualkan dalam perbualan kosong?

4.4 DI MANA orang berbual kosong

4.5 BILA orang berbual kosong?

4.6 KENAPA orang berbual kosong?

4.7 Contoh-contoh permulaan perbualan dengan berbual kosong

      4.7.1. Talking about the weather / Berbual tentang cuaca

      4.7.2 Talking about current events / Bercakap tentang isu-isu semasa

      4.7.3 At the office / Di pejabat

      4.7.4 At a social event / Di acara sosial

      4.7.5 Out for a walk / Berjalan-jalan

      4.7.6 Waiting / Menunggu

 

5.  Grammar Mudah Untuk Perbualan

 

5.1 Pengenalan

5.2 Apa itu verb tenses?

5.3 Pendekatan buku ini

5.3 Kala Simple Present

5.4 Kala  Present Progressive

5.5 Kala  Simple Past

5.6 Kala  Simple Past Progressive

5.7 Kala  Future Time

5. 8 Kala Future Progressive

5.9 Bagaimana menggunakan Verb Tenses dalam perbualan anda.

 

 

Sila hubungi saya melalui email atau di 019-3090711 untuk menempah tempat!.