Apa khabar anda semua? Saya amat berharap rakan-rakan saya di sini dalam keadaan sihat walafiat dan sama-sama berusaha untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita untuk memajukan diri kita sendiri, keluarga kita dan seterusnya negara kita.
2. Grammar juga akan membuat anda lebih faham kepada konsep pemasangan dimana singular noun perlu dipasangkan dengan singular verb dan
pural noun perlu dipasangkan dengan singular verb. Sebagai contoh The boy is sick kalau ianya subjek dalam ayat ialah singular dan The boys are sick kalau subjek dalam ayat itu plural. 3. Grammar juga membantu kita memahami konsep uncountable nouns atau kata nama yang tidak boleh dikira seperti water,sugar,flour dan sebagainya di mana kata-kata nama ini tidak boleh kita tukar bentuk mereka kepada kata nama majmuk atau plural nouns seperti waters,sugars dan flours.4. Setelah anda kenal uncountable nouns anda akan lebih faham kenapa ianya tiada bentuk plural dan kenapakah ianya hanya dipadankan dengan singular verbs sahaja.
7.
Grammar juga akan membuat anda lebih faham kena he,she dan it perlu dipadankan dengan singular verbs sahaja manakala we dan they dipadankan dengan plural verbs sahaja
Penguasaan grammar yang baik akan membantu kita menjadi lebih yakin dalam pembinaan ayat-ayat bahasa Inggeris kita dan kita tidak lagi teragak-agak dan samar dalam pembentukan ayat bahasa Inggeris yang tepat dan mudah difahami oleh orang lain.
Inilah sebab utama kenapa saya suka mengajar grammar walaupun ada juga cikgu yang tidak minat mengajar grammar. Saya juga suka mengajar cara bagaimana menggunakan kamus dengan betul dari segi aspek tatabahasa.Jika selama ini kita hanya menggunakan kamus untuk mencari makna-makna perkataan bahasa Inggeris sahaja, saya akan ajar pelajar-pelajar saya bagaimana untuk menggunakan kamus untuk menyemak tatabahasa kita.
Jika ada yang berhajat belajar dengan saya secara terus dan lebih komprehensif,Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris intensif saya akan dijalankan pada 15hb dan 16hb Jun ini di Leisure Commerce Square, Sunway, Petaling Jaya. InsyaAllah jika anda bersungguh2 dalam mempelajari bahasa Inggeris ini,anda akan sedari yang bahasa Inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar mana.Tinggal 8 tempat sahaja lagi.
Antara yang saya akan ajar dalam kursus nanti ialah:-
i. Teknik mudah menggunakan kamus untuk menyebut perkataaan bahasa Inggeris seperti orang di UK dan USA.
ii. Teknik efektif menggunakan kamus untuk membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris.
iii. Teknik senang dan cepat meningkatkan kosakata bahasa Inggeris dengan thesaurus dan Teknik 4 part of speech
iv. Teknik mudah membuat ayat dengan Teknik 3W’s yang dicipta oleh Cikgu Yusoff sendiri.
v. Teknik berkesan memahami menggunakan verbs seperti am,is,are,was,were dan have,has dan had.
Moga maju jaya!
Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak 2006
Trainer semenjak 1996