Penggunaan Verb TO BE dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Ramai yang masih keliru dengan penggunaan Verb TO BE yang terdiri daripada be, am,is,are,was,were,will be, dan being.

Secara AMnya, Verb TO BE digunakan untuk membantu dalam ayat terutamanya untuk membantu memberitahu dari segi MASA perbuatan-perbuatan,fakta-fakta ,perasaaan, dimana dan sebagainya.

Itulah sebabnya Verb TO BE banyak digunakan apabila anda menggunakan Nouns, Adjectives dan Adverbs. Ini kerana Nouns, Adjectives dan Adverbs tidak boleh anda tukar bentuk mereka untuk memberitahu MASA dan oleh sebab itu apabila anda menggunakan Nouns, Adjectives dan Adverbs, ayat-ayat anda perlu dibantu oleh Verbs terutamanya Verb TO BE.

Sebagai contoh, anda tidak boleh gunakan Nouns, Adjectives dan Adverbs anda dalam bentuk Past Tense untuk memberitahu cerita di MASA LEPAS seperti:-

1. I a teachered before. – Penggunaan Noun ‘teacher’ yg salah.

2. I hungried just now. – Penggunaan Adjective ‘hungry’ yg salah.

3. I thered just now. – Penggunaan Adverb ‘there’ yg salah.

Perhatikan dalam contoh ketiga-tiga ayat diatas,kita telah cuba menukarkan teacher kepada ‘teachered’, hungry kepada ‘hjungried’ dan there kepada ‘thered’.

Anda perlu ingat yang dalam bahasa Inggeris, yang Nouns, Adjectives dan Adverbs tidak ada bentuk Past Tense untuk memberitahu masa. Dalam bahasa Inggeris, cuma VERBS sahaja yang ada bentuk Past Tense untuk memberitahu MASA.

Oleh itu, penggunaan ayat di atas perlu dibantu oleh Verbs seperti Verb TO BE.

1. I was a teacher before. – Penambahan Verb TO BE ‘was’ yang betul untuk memberitahu yang pembuat ayat ialah seorang guru di masa lepas.

2. I was hungry just now. – Penambahan Verb TO BE yang betul untuk memberitahu yang pembuat ayat lapar sebentar tadi.

3. I was there just now. Penambahan Verb TO BE ‘was’ yang betul untuk memberitahu yang pembuat ayat berada di sana sebentar tadi.

Adalah diharap penerangan ringkas ini dapat membantu anda serba sedikit memahami penggunaan Verb TO BE ini. Bagaimanapun, jika anda ingin penerangan yang lebih lanjut, anda boleh menyertai Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang akan bermula 10hb March ini di Putrajaya dan 11hb ini di Sunway. Yuran cuma RM490 untuk kursus selama 7 minggu (3 jam seminggu) dan cuma RM450 jika mendaftar dua orang.

Penerangan lanjut dalam nota padat boleh juga didapati menerusi Manual Lengkap bahasa Inggeris saya yang setebal 544 muka itu.

Selamat Belajar

Cikgu Yusoff
0193090711
cikgutuition@yahoo.com

Apa yang anda perlu anda pelajari dalam Topik pertama grammar bahasa Inggeris- Nouns

Di atas adalah apa yang anda akan pelajari dari saya dalam topik pertama iaitu Nouns atau Kata Nama bila anda mengikuti Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula 10hb March ini di Precint 16,Putrajaya dan 11hb March di Sunway.

Anda juga boleh gunakan ia sebagai panduan jika anda ingin belajar bahasa Inggeris secara sendiri. Topik Nouns ini adalah topik pertama yang perlu anda pelajari dan amat2 penting.

Kepada yang akan mengambil pperiksaan UPSR, PMR, SPM dan juga MUET perlu menguasai topik pertama ini terlebih dahulu jika anda ingin cemerlang dalam peperiksaan anda nanti.

Apa yang anda akan capai selepas meyertai kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan BI saya?

Jika anda tertanya-tanya apakah yang dapat anda capai selepas menghadiri Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya yang akan bermula pada 10hb March di Putrajaya dan 11hb di Sunway, maka ini jawapannnya.

Anda akan dapat:-

1. Mengeja dengan betul dan tepat dari segi tatabahasa bahasa Inggeris seperti penammbahan -s, -es, -ies, -ves dan sebagainya dalam pembentukan Kata Nama Majmuk atau Plural Nouns.

2. Membuat ayat dalam struktur yang betul tatabahasanya dan mudah difahami oleh orang lain seperti penggunaan am,is,are,awa,were,have, has dan had yang betul.Susunan ayat yang betul dan tidak mengikut susunan ayat bahasa Melayu.

3. Pemilihan perkataan2 yang betul seperti bila anda perlu gunakan stength, strong, strengthen dan bila pula perlu menggunakan had? Anda juga tahu bila anda perlu gunakan angry, angrier dan angriest dan anda tahu kenapa good=baik tetapi lebih baik bukannya ‘gooder’ tetapi ‘better’.

4. Anda juga akan menyebut perkataan-perkataan bahasa Inggeris dengan betul samaada mengikut sebutan British English mahupun American English dengan menggunakan Phonetic spelling.

5. Anda akan merasa lebih yakin bila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana anda akan sudah tahu susunan ayat yang betul, struktur ayat yg betul, pilihan perkataan yang betul dan juga sebutan yang betul

6. Anda juga boleh menyemak sendiri kerja2 anda sebelum dihantar kepada boss anda kerana anda akan diajar teknik2 penyemakan tatabahasa dalam bahasa Inggeris seperti Teknik 3W’s yang dicipta sendiri oleh saya di mana anda perlu sentiasa menyemak WHEN atau masa dan WHAT/WHEN dari aspek Subject dalam bahasa Inggeris.

Jika anda berminat menyertai Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya yang akan bermula pada 10hb March di Putrajaya dan 11hb di Sunway sila hubungi saya di 019-3090711 atau di cikgutuition@yahoo.com

Regards

Cikgu Yusoff

Kandungan kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris bermula Feb ini

The syllabus for my Fundamentals of English Grammar courses that start on 11th Feb at Precint 16,Putrajaya and on 12th at Leisure Commerce Square,Sunway. Back to the basics of English to help you master the language much easier and much faster.

Ini adalah kandungan kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris bermula Feb ini. Kursus akan berjalan selama 7 minggu dari 9 a.m. ke 12 thari pada 11hb di Kompleks Kejiranan Precint 16,Putrajaya dan 12hb di Leisure Commerce Square,Sunway.Yuran cuma RM490 untuk keseluruhan kursus.Di tempat lain,yuran untuk kursus yang lebih kurang sama panjang ialah sekitar RM800-1,000++.

Daftar dua orang dan yuran cuma RM450 seorang! Tiada yuran pendaftaran dan nota lengkap bersama file akan diberikan percuma.

Teknik semakan 3W’s dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris

**Ulangan posting sebelum ini dengan penambahan penerangan.
###################################################

Kalau anda tertanya2 dalam bahasa Inggeris ni apa yg nak kita check ya sebelum bercakap dan menulis pada saya senang sahaja..

Check the 3 W’s.

1. When
2. Who or What

When – Basically is to check your tense. ie tense mana yang nak gunakan. Setiap
ayat yang kita buat in English mesti gunakan 1/12 or satu dari 12 tenses yang ada.

Who / What – Bila dah check ‘when’ check pulak anda bercakap tentang siapa atau apa sebab Who / What akan menentukan verb apa yang perlu anda gunakan.I have modified sedikit jenis Who/What yang diperkenalkan oleh Puan Norbi dan ada lima kategori Who / What iaitu:-

1. I
2. You
3. Singular – nouns and pronouns
4. Plural – nouns and pronouns
5. Uncountable nouns

Sebagai contoh,jika anda bercakap tentang fakta yang masih betul sekarang (fact that is still true now), dimana WHEN=now anda kena gunakan ia dalam bentuk Simple Present.

Selepas itu semaklah pulak the Who / What yang anda ingin ceritakan kerana ianya mungkin tidak sama. e.g.

1. I – I am dirty.
2. You – You are dirty.
3. Singular – Ali is dirty
4. Plural – They are dirty
5. Uncountable nouns -The water is dirty.

Perhatikan yang Verb TO BE yang berbeza ( am, is, are) digunakan di dalam ayat di atas.

Dalam contoh 5 ayat di atas, Ver TO BE perlu diselitkan kerana ‘dirty’ ialah satu adjective atau kata sifat dan adjective cuma menerangkan dgn lebih lanjut tentang sesuatu noun itu.

Dalam ayat di atas ‘dirty’ menerangkan tahap kebersihan nouns itu semua.Bagaimanapun ‘dirty’ tidak menunjukkan ‘tense’ atau ‘bila’ keadaan itu berlaku. Itulah sebabnya,anda perlu selitkan Verb TO BE untuk membantu dlm ayat itu untuk memberitahu ttg MASA.

Kalau anda ingin menceritakan tentang ‘dirty’ yg sekarang,anda perlu gunakan am,is dan are seperti dlm cth di atas.

Dengan menggunakan subjects yang sama tetapi anda ingin bercerita tentang ‘dirty’ di masa lepas maka anda perlulah menggunakan Verb TO BE anda dalam bentuk Past Tense isitu ‘was’ dan ‘were’

1. I – I was dirty yesterday.
2. You – You were dirty yesterday.
3. Singular – Ali was dirty yesterday.
4. Plural – They were dirty yesterday.
5. Uncountable nouns -The water was dirty yesterday.

Perhatikan yang kebiasaannya apabila anda menggunakan Verb TO BE dalam Simple Past Tense, penunjuk masa lepas seperti ‘yesterday’ ‘just now’, ‘one hour ago’ perlu digunakan.

Harap dapat membantu ya.

Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris untuk dewasa di Putrajaya akan bermula pada 11hb Feb ini dan di Sunway pada 12hb Feb.Tempat terhad.

Tuisyen pelajar2 sekolah akan bermula esok di Kompleks Kejiranan Prct 16,Putrajaya dan minggu depan di Taman Universiti,Bangi dan sudah bermula di Sunway.Penekanan kepada aspek tatabahasa,kosakata dan latihan persediaan peperiksaan.

Cikgu Yusoff
cikgutuition@yahoo.com
019-3090711

Teknik menjawab aspek Reading dalam MUET

Assalamualaikum semua

Kepada yang akan mengambil MUET pada tahun ini saya ingin memberikan sedikit petua dan tips berkenaan dengan aspek Reading dalam MUET.

Aspek READING amat penting kerana ianya akan memberi markah maksima 120 daripada jumlah markah 300. Ini bermakna aspek ini berpotensi memberi 40% dari jumlah markah kepada anda dalam MUET anda!

Apakah kesilapan yang biasanya di buat oleh pelajar dalam komponen READING ini?

1. Tidak bersedia lansung dengan mencuba soalan2 sebenar dan soalan2 klon MUET.

2. Tidak membaca karangan dan graf yang diberikan dengan betul.

3. Tidak membahagi masa dengan betul untuk setiap soalan. Anda cuma diberikan 90 minit untuk menjawab 6 soalan dan oleh itu anda ada 15 minit secara purata untuk menjawab setiap soalan.

4. Tidak meneliti jawapan yang telah mereka pilih. Anda perlu ‘justify’ kenapa anda memilih sesuatu jawapan itu kerana ada soalan2 yang memberi jawapan yang hapir2 sama dan hanya dengan penelitian baru anda dapat memilih jawaban yang betul.

5. Tidak menanda graf dengan betul. Kadang2 anda perlu mencari sesuatu nilai dan ada pelajar yang sekadar meneka nilai tersebut tanpa membuat garisan di graf kepada paksi untuk mencari nilai sebenar yang perlu di cari.

Sekian buat kali ini dan saya akan sambung lagi di masa akan datang.

Kursus Persediaan MUET selama 3 bulan (11 minggu) akan bermula 11hb ini di Putrajaya dan 12hb di SUnway. Yuran biasa ialah RM780 tetapi untuk pelajar MUET cuma RM650 jika di bayar penuh pada kelas pertama.

Cikgu Yusoff
0193090711
FB – Cikgu Yusoff’s English