Benarkah data kita disimpan di bateri telefon Samsung?

image

Assalamualaikum  dan Salam sejahtera semua

Nampaknya video tentang bahaya menggunakan handphone  Samsung disebabkan oleh  bateri ia yang boleh menyimpan data kita telah menjadi viral di media-media  sosial.Semalam saya menonton video yang dibuat oleh rakyat India  dan hari ini pula oleh rakyat Malaysia sendiri.

Semada saya menonton video itu pun saya sudah skeptikal tentang kebenaran fakta yang cuba diviralkan.Yang kelihatan seperti chip itu sebenarnya ialah antena NFC.NFC ialah singkatan kepada  Near Field  Communication yang membolehkan kita bertukar data/maklumat dengan peralatan lain yang mempunyai teknologi NFC  seperti telefon pintar lain dan juga peralatan penerima pembayaran . NFC  membolehkan telefon kita menjadi dompet elektronik atau e-wallet.

Antena NFC dan sistem NFC di telefon Samsung diletakkan dalam battery utk mengelakkan pengguna telefon Samsung membeli bateri original Samsung .Ini bermakna jika kita membeli bateri yang tidak asli untuk telefon Samsung kita,ianya tidak mempunyai teknologi NFC.

NFC ni bergungsi sama seperti teknologi  bluetooth yg kita kena turn on untuk memboleh berfungsi.Untuk menggunakan NFC ini, kita perlu dekatkan telefon kita dgn device lain yg ada NFC utk membolehkan berlakunya pertukaran data. Oleh itu,anda tidak perlu risau tentang ‘rompakan’ data oleh pihak lain.

Yg boleh org lain ambil data kita ialah daripada internal dan external memory card yang tidak dipadamkan betul2.

Cuba tgk di website ini.macam biasa,kdg2 org Malaysia ni suka sgt fwd2 hal2 yang belum disahihkan.Kalau maklumat saya ini salah,sila berikan sumber yg sohih.

  http://www.bgr.in/manufacturers/samsung/is-the-chip-inside-samsungs-smartphone-batteries-covertly-sending-your-data/

Leave a comment