Kelab Perbualan My Knowledge Centre bermula Jan 2010

Kelab Perbualan bahasa Inggeris My Knowledge Centre

My Knowledge Centre, sebuah syarikat berdaftar, dengan kerjasama Cikgu Yusoff akan memulakan Kelab Perbualan bahasa Inggeris bermula Januari 2010. Seperti biasa, tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja dan tempat Cuma tinggal 10 kekosongan.

Objektif Kelab

1. Meningkatkan kemahiran perbualan bahasa Inggeris.

2. Menyediakan untuk mereka yang ingin mengambil MUET.

3. Memberi peluang untuk berlatih berbualan dalam bahasa Inggeris dalam persekitaran yang kondusif.

4. Mendedahkan ahli-ahli kepada petua-petua perbualan Mudah

5. Mendedahkan ahli-ahli kepada Vocabulary untuk perbualan bahasa Inggeris

Pendekatan Kelas

1. Kelas sekurang-kurangnya sebulan sekali.

2.  Setiap sessi selama 3 jam.

  1. Dimulakan dengan sessi :-

1. Petua-petua dan tips-tips

2. Sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris menggunakan fonetik

3. Sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris dari bahasa asing.

4. Tatabahasa untuk perbualan bahasa Inggeris.

5. Vocabulary untuk perbualan bahasa Inggeris

4. Diikuti dengan Sessi latihan

1. Perbualan mengikut teks (prepared speech)

2. Perbualan spontan

3. Perbualan dalam perbincangan

4. Pengucapan Awam (Public speaking)

5. Perbualan santai

6. Perbulan kosong

7. Perbualan bersituasi

Butiran lanjut

1. Tempat – Pusat latihan My Knowledge Centre di Leisure Commerce Square, Petaling Jaya (berdepan dengan Motorola Sg. Way) dan setempat dengan Taylors College dan ibupejabat Kurnia Insurance dan Mentari.

2. Kekerapan – sekurang-kurangnya sebulan sekali

3. Masa dan Hari –Sabtu 3 petang sehingga 6 petang.Kelas pertama bermula 16hb Januari.

4. Yuran –Cuma RM250 untuk keahlian selama 4 bulan. Untuk yang menyertai kelas Intake Januari dan bekas pelajar yuran cuma RM150.(jimat RM100)

5. Nota – nota-nota lengkap akan diberikan

Kepada yang berminat sila hubungi saya segera di cikgutuition@yahoo.com atau telefon 019-3090711. Tempat terhad.

Kursus persediaan MUET 2010 di Sunway n Tg Malim

Kursus Persediaan MUET 2010 di Sunway dan Tg Malim

Anda belum bersedia untuk mengambil MUET?

Anda sudah ambil MUET tetapi tidak mencapai Band yang dikehendaki?

Tidak pasti dengan Format MUET?

Tidak ada cikgu yang boleh membimbing anda?

Kursus-kursus bahasa Inggeris di kampus anda tidak mencukupi?

Kursus-kursus bahasa Inggeris di luar terlalu mahal?

Sertailah kursus komprehensif persediaan MUET 2010 di Sunway dan Tg Malim!!!

Kursus persediaan MUET yang komprehensif!!!

Merangkumi semua 4 komponen MUET iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing!!!

Merangkumi Aspek Grammar dan Vocabulary!!!

Contoh-contoh soalan MUET sebagai latihan!!!

Bengkel latihan dan ualangkaji MUET percuma!!!

Bimbingan secara Online dan melalui Telefon!!!

Butiran lanjut Kursus Persediaan MUET 2010

1. 3 peringkat kursus iaitu:

i. Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris bermula 9hb Januari 2010 di Sunway

ii. Kursus Intermediate English bermula 6hb March 2010

iii. Bengkel Persediaan MUET pada 3hb April 2010

2. Yuran Kursus

i. Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris – RM380

ii. Kursus Intermediate English – RM260

iii. Bengkel Persediaan MUET– PERCUMA (bernilai RM180)

iv. Online dan Phone Support selama 4 bulan – PERCUMA (bernilai RM200)

v. Nota lengkap – PERCUMA (bernilai RM200)

KOS sebenar ialah RM1,220. Anda Cuma bayar RM640. Jimat 47%

Bayar penuh dan yuran kursus CUMA RM590 (Jimat RM50)

3. Sistem Pengajaran

i. Dari peringkat paling ASAS. Mudah untuk difahami.

ii. Pengajaran dan Nota dalam dwi bahasa, BM dan BI

iii. Latihan-latihan MUET untuk pengukuhan pemahaman.

iv Latihan-latihan tambahan melalui email.

4. Lokasi

i. Sunway – Leisure Commerce Square,Mentari.P.J.

ii. Tg. Malim – Taman Bahtera, Hulu Bernam. Tg Malim

Kepada yang berminat, sila hubungi saya segera di cikgutuition@gmail.com atau telefon/sms di 0193090711

Back to Basic Conversation # 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Antara masalah yang dihadapi kita dalam bercakap dalam bahasa Inggeris ialah sebutan yang betul. Ramai yang takut untuk bercakap dalam bahasa Inggeris kerana takut tersalah sebut perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris itu terutamanya perkataan-perkataan yang jarang mereka dengar.

Ada banyak sebab kenapa sebutan-sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris boleh menjadi sukar kepada kita.Antaranya ialah:-

1. Setengah2 cara sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris tidak sama dengan cara sebutan perkataan-perkataan bahasa Melayu kita.

2. Sesetengah perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang biasa kita dengar tidak disebut dengan betul oleh penutur di Malaysia ini.

3. Bahasa Inggeris cuma sekitar 20% sahaja asalnya dari bahasa Inggeris asli dan lebih 80% perkataan-perkataan bahasa Inggeris itu dipinjam dari bahasa-bahasa lain seperti Latin, Perancis, Itali, Cina dan juga bahasa Melayu kita. Banyak perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang dipinjam ini sebutanya kekal mengikut sebutannya dalam bahasa asalnya seperti perkataan2 yang berasal dari Perancis seperti Grand Prix (x tidak berbunyi), Bon Voyage, abattoir (di sebut abetwa).

4. Ejaan perkataan-perkataan bahasa Inggeris itu tidak dibunyikan seperti ejaannya. Anda perlu berhati2 kerana banyak sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris jauh berbeza dari ejaannya. Ada banyak perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang mempunyai ’silent word’ atau pun huruf2 yang tidak dibunyikan seperti dumb ( b tidak dibunyikan), plumber ( b tidak dibunyikan),bomber ( b tidak dibunyikan), debt ( b tidak dibunyikan), extraordinary ( a dalam extra tidak dibunyikan)

5. Lain negara lain sebutan mereka. Ini lebih kepada telo atau accent di mana perkataan yang sama dalam bahasa Inggeris disebut berbeza di UK dan US atau pun di Australia. Di Malaysia ini sebutan kita banyak dipengaruhi sebutan UK dan US dan mungkin juga sebutan yang unik kepada orang Malaysia (Malaysian English)

Ada banyak cara anda boleh gunakan untuk membantu anda dalam memastikan anda menyebut sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris itu dengan betul.

1. Mendengar lebih banyak program-program dalam bahasa Inggeris. Jika anda ingin sebutan cara UK maka anda perlulah menonton cerita2, dokumentari dan berita dari negara UK. Kalau di Astro di saluran Hallmark 702 ada rancangan dari UK seperti Midsummer Murders dan Doc Martin. Anda juga boleh menonton berita BBC.

2. Menggunakan kamus elektronik yang mempunyai fungsi sebutan. Anda juga boleh menggunakan Kamus Online yang mempunyai fungsi sebutan.

3. Mengetahui penggunaan simbol fonetik. Simbol fonetik ialah cara paling baik untuk anda mengetahui cara sebutan yang betul untuk sebarang sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris. Dengan mengetahui simbol2 fonetik ini anda akan tahu cara yang betul untuk menyebut semua perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris tanpa ragu-ragu. Sesetengah kamus seperti Oxford Advanced Learner’s Dictionary memberi simbol fonetik untuk sebutan US English dan UK English.

Diharap penerangan ringkas saya ini boleh membantu anda dar segi sebutan2 perkataan-perkataan bahasa Inggeris. Cara menggunakana simbol fonetik akan saya ajar dalam kelas pertama Kursus Perbualan Asas BI yang bermula Ahad ini,13hb Disember  di Sunway dan juga di dalam kelas Asas-Asas BI di Sunway pada 9 Januari . Hubungi saya di 0193090711 atau di cikgutuition@gmail.com

Back to Basic English Conversation # 1

Dalam komunikasi bahasa Inggeris ada empat aspek yang perlu anda kuasai sebelum anda boleh berkomunikasi dengan baik iaitu:-

  1. Speaking ataupun bercakap
  2. Listening ataupun mendengar
  3. Reading ataupun membaca
  4. Writing ataupun menulis

Seringkali saya mendengar keluhan dari pelajar-pelajar saya yang mereka menghadapi kesukaran untuk berbual dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja mereka. Ini belum lagi bila menghadiri mesyuarat di mana mereka perlu bercakap dalam bahasa Inggeris. Kemahiran bercakap dalam bahasa Inggeris ini banyak gunanya dalam:-

1. Perbualan santai dengan kawan-kawan.
2. Perbualan santai dengan rakan-rakan sekerja.

3. Perbualan dalam berurusniaga bila membeli belah atau bertanya tentang barangan dan perkhidmatan.

4. Perbualan formal dengan pelanggan.

5. Pembentangan cadangan dalam mesyuarat.

6. Perbincangan dalam mesyuarat.

7. Pembentangan produk dan perkhidmatan dalam promosi syarikat.

Ada banyak lagi kegunaan perbualan dalam bahasa Inggeris yang tidak tersenarai diatas tetapi rasanya anda sendiri tahu kepentingan kemahiran bercakap dalam bahasa Inggeris terutamanya jika anda bekerja di syarikat-syarikat swasta.

Apakah masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh pelajar-pelajar saya dalam perbualan bahasa Inggeris? Antaranya ialah:-

  1. Faham apa yang diperkatakan oleh orang lain tetapi sukar untuk membalas balik.
  2. Sukar membentuk ayat.
  3. Ayat-ayat lambat keluar sebab perlu berfikir dalam bahasa Melayu terlebih dahulu.
  4. Tidak pasti sebutan-sebutan yang betul.
  5. Malu untuk bercakap dalam bahasa Inggeris.
  6. Kurang faham apa yang diperkatakan oleh pihak lain.
  7. Tidak faham dengan sebutan orang lain terutamanya dengan pihak dari luar Negara seperti dari Austalia, United Kingdom dan sebagainya.

Rasanya mungkin ini adalah masalah-masalah yang sama yang anda hadapi dan anda boleh juga berkongsi masalah-masalah anda dalam perbualan bahasa Inggeris dengan menghantar email kepada saya di cikgutuition@gmail.com

Saya akan sambung lagi Siri Perbualan bahasa Inggeris ini di masa akan datang.

Saya akan mengadakan kursus Perbualan bermula 13 hb Disembar ini yang akan merangkumi aspek Sebutan, Tatabahasa, Etiket dan Teknik perbualan mudah. Tempat terhad dan cuma tinggal 5 kekosongan.

Yusoff

0193090711