Cara mudah buat ayat dengan Verb TO BE

image

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Maaf kerana agak lama jugak cikgu tak posting tentang grammar. Dah seminggu cikgu kurang sihat.Masih belum 100% sihat ni tetapi cikgu teringat pulak dah lama cikgu tidak menulis di sini.

Untuk artikel kali ini cikgu cuma ingin tunjukkan contoh paling mudah membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan  Verb TO BE yang sesuai dalam membuat ayat untuk menceritakan tentang diri kita sendiri dari segi:-

1. Nama
2. Status perkahwinan
3. Asal
4. Perasaan
5. Pekerjaan
6. Hobi
7. Asal usul

dan lain2 lagi.

Jangan lupa bahawa Verb TO BE = am,is,are,was,were,have been dan sebagainya.Fungsi utama verb TO BE ini ialah  untuk menunjukkan masa dan ianya dinamakan sedemikian kerana BE sebenarnya ialah kata dasar untuk am, is, are, was, were dan sebagainya.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 1hb Ogos ini di Sunway dan Putrajaya.Untuk yang daftar awal, yuran masih RM790. Yuran biasa ialah RM890. Kursus  ini amat menekankan aspek:-

1. Tatabahasa
2. Kosakata
3. Latihan
4. Bimbingan melalui WhatsApp

Cikgu Yusoff
WhatsApp 019-3090711

Leave a comment