Persediaan untuk UPSR, PMR dan SPM semasa cuti sekolah ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Pastikan kita ada merancang sedikit program akademik untuk anak-anak kita terutamanya akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM mereka tahun depan kerana inilah masa untuk kita mengukuhkan semula pemahaman mereka tentang topik-topik yang telah mereka pelajari sebelum ini.

Masa cuti sekolah ini amat berharga untuk kita gunakan sepenuhnya agar anak-anak kita nanti tidak terlalu tertekan bila memasuki tahun 2013 nanti.

Apa yang anda boleh buat ialah:-

1. Kenalpasti apakah yang telah mereka pelajari tahun ini dan tahun-tahun sebelum ini yang berkaitan dengan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM mereka tahun depan.

2. Kenalpasti apakah topik-topik atau aspek-aspek yang anak-anak anda masih lemah.

3. Kenalpasti apakah topik-topik atau aspek-aspek yang perlu dikuasai oleh anak-anak anda terlebih dahulu.

4. Daftar anak-anak anda untuk kelas-kelas ulangkaji yang sesuai untuk anak-anak anda.Pastikan keberkesanan pusat tuisyen itu terlebih dahulu.

5.Pantau juga perkembangan anak-anak anda itu kerana mungkin ada yang tidak mengambil serius kelas-kelas tersebut kerana mereka masih dalam ‘mood cuti’

6. Nilai semula peningkatan mereka dihujung 2012 dan buat persediaan untuk kelas tuisyen mereka untuk tahun 2013.

Saya doakan semoga persedian anak-anak anda untuk UPSR, PMR dan SPM sentiada dipermudahkan Allah.

Cikgu Yusoff
019-3090711
cikgutuition@yahoo.com
Trainer since 1996
English language teacher since 2004
Author of 5 books on learning English

Petua menjawab soalan bahasa Inggeris SPM

Untuk mereka yang mengambil kertas bahasa Inggeris SPM esok. ni beberapa tips yg cikgu nak pesan sebelum jawab soalan esok ya.

1. Baca dan faham soalan betul2.
Jangan kelam kabut nak jawab tapi akhirnya jawab tidak mengikut apa yg soalan kehendaki dan ini akan mengakibatkan kita dapat markah yang rendah.

2. Ambil masa ikut markah yang diberikan.
Jangan ambil masa lebih dari yang sepatutnya untuk sesuatu soalan itu.Jika markah yg diberi ialah 30% u ntuk satu soalan itu dan masa yang diberi ialah 2 jam, maka masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan itu ialah 30% X 2 jam (120 minit) = 36 minit.

3. Sentiasa ingat tentang masa sesuatu yang ingin anda tulis itu iaitu ianya cuma boleh masuk bawah tiga zon masa iaitu Present (skrg), Past (sudah lepas) dan Future (Akan datang)

Jika sekarang, Present, maka jika anda gunakan dengan Verb TO BE pastikan anda menggunakan am,is dan are.

e.g. I am sick today.
Ali is sick today.
You are sick today.
They are sick today.

Kalau menceritakan tentang sesuatu yang sudah lepas, gunakan dengan Verb TO BE yang dalam bentuk past tense iaitu was dan were.

e.g. I was sick yesterday.
Ali was sick yesterday.
You were sick yesterday.
They were sick yesterday

Kalau menceritakan tentang sesuatu yang belum berlaku, gunakan dengan Verb TO BE yang dalam bentuk future iaitu will be

e.g. I will be busy tomorrow.
Ali will be busy tomorrow.
You will be busy tomorrow.
They will be busy tomorrow.

4. Semak juga subjects anda kerana kalau anda perhatikan di atas

Kalau anda bercerita tetang ‘I’ verb TO BE yang anda gunakan ialah:-

i. ‘am’ kalau bercerita tentang sekarang

ii. ‘was’ kalau bercerita tentang sesuatu/senario di masa lepas

iii. ‘will be’ kalau bercerita tentang sesuatu/senario yang akan berlaku/di masa akan datang

Kalau anda bercerita tetang ‘you’ verb TO BE yang anda gunakan ialah:-

i. ‘are’ kalau bercerita tentang sekarang

ii. ‘were’ kalau bercerita tentang sesuatu/senario di masa lepas

iii. ‘will be’ kalau bercerita tentang sesuatu/senario yang akan berlaku/di masa akan datang

Kalau anda bercerita tetang ‘singular nouns’ iaitu noun yang jumlah ia satu seperti Ali, the man, he, she dan it verb TO BE yang anda gunakan ialah:-

i. ‘is’ kalau bercerita tentang sekarang

ii. ‘was’ kalau bercerita tentang sesuatu/senario di masa lepas

iii. ‘will be’ kalau bercerita tentang sesuatu/senario yang akan berlaku/di masa akan datang

Kalau anda bercerita tetang ‘plural nouns’ iaitu noun yang jumlah ia lebih daripada satu seperti Ali and Abu, the men,those boys, we dan they verb TO BE yang anda gunakan ialah:-

i. ‘are’ kalau bercerita tentang sekarang

ii. ‘were’ kalau bercerita tentang sesuatu/senario di masa lepas

iii. ‘will be’
kalau bercerita tentang sesuatu/senario yang akan berlaku/di masa akan datang

Kukuhkan persedian untuk UPSR English anak-anak anda!

InsyaAllah saya akan memulakan tuisyen bahasa Inggeris bermula Disember ini untuk mereka yang bakal mengambil UPSR di Bangi dan Putrajaya dan saya juga akan dari masa ke semasa membuat posting di sini untuk membantu ibubapa di sini membimbing anak-anak mereka menghadapi peperiksaan yang akan membantu mereka menghdapi cabaran di sekolah menengah dengan lebih yakin dan bersemangat.

Tujuan utama saya menjalan tuisyen itu ialah untuk:-

1. Memperkukuhkan kosa kata bahasa Inggeris pelajar kerana berdasarkan pengalaman saya pelajar-pelajar peringkat UPSR masih amat lemah perbendaharaan kata bahasa Inggeris mereka sehingga sukar untuk mengajar aspek tatabahasa bahasa Inggeris kepada mereka

2. Mengajar pelajar cara-cara membuat ayat yang betul tatabahasa ia dalam bahasa Inggeris.

3. Meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar dengan mengukuhkan tatabahasa dan kosa kata bahasa Inggeris mereka.

4. Membiasakan pelajar-pelajar dengan format kertas bahasa Inggeris UPSR agar mereka tahu apa yang perlu mereka pelajari untuk menjawab dengan cemerlang kelak.

5. Memahirkan pelajar-pelajar dengan teknik-teknik menjawab soalan-soalan UPSR agar mudah mereka menghadapi apa soalan yang diberi nanti.

6. Melatih mereka menulis karangan-karangan yang bagus dari segi tatabahasa, kandungan, format dan kosa kata secara mingguan.

Kelas akan dibuat di Putrajaya setiap Sabtu malam 8-9.30 dan di Bangi di kawasan Sg. Tangkas setiap Jumaat malam 8-9.30 malam.

Tempat terhad dan kelas bermula 7hb Disember di Bangi dan 8hb Disember di Putrajaya.

Cikgu Yusoff
019 – 3090711