Whole Numbers

1. A salesman sold 30 Mathematics books and 20 Science books to a library for RM430. If the salesman sold the Science books at RM8 each, what is the price of one Mathematics book?

Vocabulary

1. Salesman – jurujual
2. Sold – telah menjual
3. At RM8 each – pada harga RM8 sebuah
4. What is the price of one Mathematics book? – berapakah harga sebuah buku matematik?

Tips menjawab soalan

1. Analisa apakah maklumat yang diberikan di dalam soalan.

2. Lihat juga apakah soalan yang ditanya di akhir maklumat dan kemudian baca semula maklumat yang diberikan agar anda dapat mengenalpasti apakah maklumat yang relevan dalam menjawab soalan yang diberikan.

3. Untuk lebih jelas, tulis maklumat-maklumat itu di kertas kosong yang berasingan agar mudah adik-adik melihatnya semula.

4. Ada tiga maklumat utama yang perlu adik-adik proses untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang ditanya iaitu:-

1. Sold 30 Mathematics books and 20 Science books. – Jual 30 buah buku Matematik dan 20 buah buku Sains
2. The 30 Mathematics books and 20 Science books were sold for a total of RM430. – 30 buah buku Matematik dan 20 buah buku Sains itu dijual pada jumlah harga RM430.
3. The salesman sold the Science books at RM8 each – Jurujual itu menjual buku Sains itu pada harga RM8 sebuah.

Analisa Soalan

1. What is asked by the question? – The price of one Mathematics book. / Apa yang ditanya oleh soalan? – Berapakah harga sebuah buku Matematik?

2. How many books were sold? – 30 Mathematics books and 20 Science books / Berapakah jumlah buku yang telah dijual? – 30 buah buku Matematik dan 20 buah buku Sains
3. What was the total selling price for all the 30 Mathematics books and 20 Science books? – RM430 / Berapakah jumlah jualan untuk 30 buah buku Matematik dan 20 buah buku Sains? – RM430

Solution

Total selling price for all the 30 Mathematics books and 20 Science books = RM430.

i.e. ( 30 x price of one Mathematics book ) + ( 20 x price of one Science book) = RM430

Simplified to – 30M + 20S = RM430

Given – Price of one Science book is RM8. i.e. S = 8

Replace S=8 in 30M + 20S = RM430

30M + 20(8) = 430

30M + 160 = 430

30M = 430 – 160

30M = 270

M = 270 / 30

M = 9

The price of one Mathematics book is RM8.

Penyelesaian

Harga jualan untuk 30 buku Matematik dan 20 buku Sains = RM430.

i.e. ( 30 x harga sebuah buku Matematik) + ( 20 x harga sebuah buku Sains) = RM430

Permudahkan kepada – 30M + 20S = RM430

Diberi– harga sebuah buku Sains ialah RM8. i.e. S = 8

Gantikan S=8 dalam persamaan 30M + 20S = RM430

30M + 20(8) = 430

30M + 160 = 430

30M = 430 – 160

30M = 270

M = 270 / 30

M = 9

Harga sebuah buku Matematik ialah RM9.

Nota – Ini adalah penyelesaian dengan menggunakan persamaan. Saya akan semak semula cara yang digunakan di peringkat PMR dan akan postkan jika ianya berlainan. Bagaimanapun, adik-adik boleh gunakan contoh penyelesaian yang telah cikgu berikan di atas sebagai panduan.