Kursus-kursus bahasa Inggeris Februari dan March ini di Petaling Jaya/ Sunway

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada bulan Februari dan March ini ada beberapa Kursus bahasa Inggeris
yang akan di jalankan oleh saya bertempat di lokasi baru di Leisure
Commerce Square yang berhadapan dengan kilang Freescale (dulunya
Motorolla) di sebelah Federal Highway dan setempat dengan HQ Kurnia
Insurance.. Lokasi kelas juga mudah untuk anda datang dengan :-

1. Komuter – Kelas terletak di sebelah Stesyen Setia Jaya, PJ. Ada
jejambat pejalan kaki terus ke bangunan Leisure Commerce Square.

2. LRT Putra – Anda boleh naik LRT Putra ke stesyen Kelana Jaya dan
kemudian naik feeder bus ke Pyramid dan turun di Leisure Commerce
Square. (Dlm 15 minit )

3. Bas awam – Anda boleh naik dari Stesyen Bas Kelang dan naik apa2
bas yang melalui Batu 10, Federal Highway.

KURSUS-KURSUS dalam bulan Februari dan March ini

1. Kursus Fundamentals of English Communication selama 3 1/2 bulan
bermula 14hb Februari ini. Kelas dibuat Sabtu petang pukul 2.30 – 5.30
petang, dua minggu sekali. Yuran cuma RM360 untuk keseluruhan kursus
dan cuma RM320 jika dibayar secara penuh pada kelas pertama.

Kelas ini akan memudahkan memahami aspek-aspek asas dalam bahasa
Inggeris seperti Nouns (Kata Nama), Pronouns (Kata ganti nama),
Adjectives (Kata sifat), Adverb (Kata keterangan) dan lain-lain.

2. Kursus Teknik Mudah dan Senang Mempelajari bahasa Inggeris pada 9hb
March (Cuti Umum Mauludul Rasul). Kelas dari 9 pagi hingga 2 petang.
Yuran cuma RM80 dan anda akan dapat Kamus Oxford yang terbaru percuma.

Kursus ini akan mendedahkan teknik2 yang mudah dan senang untuk mahir
dalam bahasa Inggeris melalui pembacaan, pendengaran, TV dan juga
kamus.

3. Kursus Intermediate English Communication selama 2 bulan (4 kelas)
bermula 14hb Februari ini. Kelas dibuat setiap Sabtu pagi,  pukul
10.00 – 1 petang. Yuran cuma RM240 untuk keseluruhan kursus dan cuma
RM220 jika dibayar secara penuh pada kelas pertama.

Kelas ini akan memudahkan memahami Verb Tenses dimana anda akan
belajar penggunaan Kata Kerja dalam bahasa Inggeris seperti study,
studies, studied, studying dan sebagainya.

Semua kursus ini akan diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris dan
juga Melayu dan mudah untuk difahami.

Kepada yang berminat, sila hubungi saya segera kerana semua kursus
terhad kepada 20 orang sahaja,

Yusoff
019-3090711

Advertisements