Kursus Intensif Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula April 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuaAnda ingin tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda?Anda ingin mengambil MUET, IELTS ataua TOEFL?

Anda ingin mudah untuk mengajar anak-anak anda bahasa Inggeris?

Anda kurang yakin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?

Anda ingin mudah mendapat kerja dan kenaikan pangkat?

Jika jawaban anda ialah YA, Kursus Intensif Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula April 2014 ini boleh membantu anda!

Untuk mereka yang berminat meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka dari aspek perbualan dan penulisan, Kursus Intensif Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris  akan diadakan dalam masa yang terdekat di Sunway dan Putrajaya  iaitu:-
Tempat terhad kepada 15 orang sahaja.Segera daftar!!! Tinggal  6 tempat sahaja untuk kelas Putrajaya dan 8 tempat untuk kelas Sunway!!
Apa yang akan diajar?1.  Kursus Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris

i. Teknik dan petua mudah fasih bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

ii. Teknik mudah menggunakan kamus untuk menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris dengan tepat dengan menggunakan International Phonetic Spelling

ii. Teknik mudah menggunakan kamus untuk membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris
iii. Penggunaan Nouns dalam bahasa Inggerisiv. Cara menggunkan Pronouns untuk menggantikan Nouns

v. Penggunan adjectives untuk menerangkan Nouns dan Pronouns

vi. Memahami penggunaan Auxiliary Verbs aitu Verb TO BE dan Verb TO HAVE.

vii. Pengenalan kepada Verb Tenses dalam bahasa Inggeris

viii Memahami dan menggunakan Present tenses, Past tenses dan Future tenses

Kursus ini amat sesuai untuk:-

1. Yang sedang bekerja
2. Yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS.
3. Yang akan mengambil MUET.
4. Yang baru tamat SPM.
5. Yang ingin membimbing anak-anak mereka.
6. Guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris.
Butiran kursus:-i. Lokasi Putrajaya1. Tarikh Kursus – 6/4, 20/4,27/4,11/5,25/5,1/6/8/6

2. Masa – Ahad 9 a.m. – 2 p.m. setiap kelas

3. Lokasi –  Kompleks Kejiranan Precint 16, Jalan P16G. Putrajaya

ii. Lokasi Sunway

1. Tarikh – 5/4, 19/4,26/4,10/5,24/5,31/5, 7/6

2. Masa – Sabtu 9 a.m. – 2 p.m. setiap kelas
3. Lokasi –Leisure Commerce Square, Jalan PJS 9/9. Petaling Jaya (Bersebelahan dengan Stesyen Komuter Setia Jaya)4. Yuran – Yuran asal kursus untuk keseluruhan kursus ialah RM1,080 tetapi tetapi  yuran cuma RM790 seorang jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 25hb March 2014Lain-lain manfaat tambahan:-

1. Latihan karangan, objektif dan subjektif mingguan selama 3 bulan.
2. Khidmat sokongan individu melalui WhatsApp, email, internet chatting selama 3 bulan.
3. Kelas susulan pada diskaun 50%

Daftar dua orang dan yuran untuk kedua-dua modul cuma RM750 seorang jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 25hb April 2014

Cikgu Yusoff
019-3090711

Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak 2006
Trainer semenjak 1996

Persediaan MUET 2014


Bukan nak menakutkan tapi inilah hakikat ttg MUET di mana cuma 45% sahaja yang dapat Band 3 ke atas untuk satu peperiksaan MUET dalam tahun 2007 yang lepas dan saya percaya inilah statistik yang lebih kurang sama untuk MUET tahun ini dan yang akan datang.

Kepada yang akan mengambil MUET dalam tahun 2014 nanti, adakah anda betul-betul sudah bersedia?

1. Sudahkah anda memantapkan tatabahasa bahasa Inggeris anda?

2. Sudahkan anda meningkatkan kosakata bahasa Inggeris anda?

3. Sudahkah anda tingkatkan pembacaan anda?

4. Sudahkan anda membeli buku2 MUET dengan soalan-soalan sebenar untuk membiasakan diri anda dengan format MUET?

Untuk yang akan ambil MUET tahun depan dalam tahun 2014 pastikan anda mula bersedia daripada sekarang lagi kerana apa yang cikgu perhatikan punca kenapa ramai yang gagal dapat band 3 (lebih kurang 55% daripada keseluruhan calon) ialah kerana:-

1. Kurang persediaan

2. Masih lemah dalam aspek Tatabahasa bahasa Inggeris

3. Kurang perbendaharaan kata bahasa Inggeris

4. Kurang membuat latihan soalan2 MUET

5. Tidak ada bimbingan dari guru yang berpengalaman.

6. Mensasarkan untuk mendapat Band 3 dan belajar cuma untuk mendapat Band 3 sahaja.Pelajar perlu membuat sasaran yang lebih tinggi seperti Band 4 atau band 5 dan belajar dengan gigih dan komprehensif untuk mendapat band yang lebih tinggi.

Cuba analisa 6 punca di atas dan jika ianya salah satu punca kenapa anda masih gagal mendapat Band 3 atau pun Band 4 untuk sesetengah kursus seperti TESL dan Law maka anda perlu ambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Jika anda sudah berkali2 ambil MUET tapi masih gagal dapat band 3 atau Band 4, maka ada aspek persediaan MUET anda itu yang kurang efektif. Buat penilaian semula semua aspek persediaan anda dan ubahsuai mana-mana aspek yang masih ada kekurangan dalam persediaan anda.

People don’t plan to fail but people fail to plan.

Orang tidak merancang untuk gagal tetapi orang gagal untuk merancang.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang sesuai untuk persediaan MUET 2014 anda akan bermula pada 18hb Januari 2014 di Precint 16,Putrajaya dan Leisure Commerce Square, Petaling Jaya.

Cikgu Yusoff
0193090711

Kursus Intensif Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula Januari 2014 ini.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuaAnda ingin tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda?

Anda ingin mengambil MUET, IELTS ataua TOEFL?

Anda ingin mudah untuk mengajar anak-anak anda bahasa Inggeris?

Anda kurang yakin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?

Anda ingin mudah mendapat kerja dan kenaikan pangkat?

Jika jawaban anda ialah YA, Kursus Intensif Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula Januari 2014 ini boleh membantu anda!

Untuk mereka yang berminat meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka dari aspek perbualan dan penulisan, Kursus Intensif Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris  akan diadakan dalam masa yang terdekat di Sunway dan Putrajaya  iaitu:-
Tempat terhad kepada 15 orang sahaja. Segera daftar!!! Tinggal  6 tempat sahaja untuk kelas Putrajaya dan 5 tempat untuk kelas Sunway!!

Apa yang akan diajar?1. Modul Pertama – Kursus Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris

i. Teknik dan petua mudah fasih bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

ii. Teknik mudah menggunakan kamus untuk menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris dengan tepat dengan menggunakan International Phonetic Spelling

ii. Teknik mudah menggunakan kamus untuk membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris
iii. Penggunaan Nouns dalam bahasa Inggerisiv. Cara menggunkan Pronouns untuk menggantikan Nouns

v. Penggunan adjectives untuk menerangkan Nouns dan Pronouns

vi. Memahami penggunaan Auxiliary Verbs aitu Verb TO BE dan Verb TO HAVE.

vii. Pengenalan kepada Verb Tenses dalam bahasa Inggeris

viii Memahami dan menggunakan Present tenses, Past tenses dan Future tenses

Kursus ini amat sesuai untuk:-

1. Yang sedang bekerja
2. Yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS.
3. Yang akan mengambil MUET.
4. Yang baru tamat SPM.
5. Yang ingin membimbing anak-anak mereka.
6. Guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris.
Butiran kursus:-i. Lokasi Putrajaya

1. Tarikh Kursus – 18/1, 19/1, 25/1,26/1,1/2,2/2,15/2,22/2 , 1/3 & 8/3

2. Masa – 9 a.m. – 12.30 p.m.

3. Lokasi –  Kompleks Kejiranan Precint 16, Jalan P16G. Putrajaya

ii. Lokasi Sunway

1. Tarikh – 18/1, 19/1, 25/1,26/1,1/2,2/2,15/2,22/2 , 1/3 & 8/3

2. Masa – 2.30 – 5.45 p.m.
3. Lokasi –Leisure Commerce Square, Jalan PJS 9/9. Petaling Jaya (Bersebelahan dengan Stesyen Komuter Setia Jaya)4. Yuran – Yuran asal kursus untuk keseluruhan kursus ialah RM1,080 tetapi tetapi  yuran cuma RM790 seorang jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 31hb Disember 2013.

Lain-lain manfaat tambahan:-

1. Latihan karangan, objektif dan subjektif mingguan selama 3 bulan.
2. Khidmat sokongan individu melalui WhatsApp, email, internet chatting selama 3 bulan.
3. Kelas susulan pada diskaun 50%

Daftar dua orang dan yuran untuk kedua-dua modul cuma RM750 seorang jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 31hb Disember

Cikgu Yusoff
019-3090711

Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak 2006
Trainer semenjak 199
6

Mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan siri #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Alhamdulillah, cikgu telah memulakan kursus mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan, bulan lepas di Putrjaya dan Sunway dan akan memulakan satu lagi Intake Kursus Mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan di Putrajaya dan Sunway,Disember ini pula.

Adakah mungkin mahir cuma dalam 6 bulan sahaja?

Ini mungkin soalan pertama yang terdetik dihati mereka yang memang ingin mahir dalam masa terdekat untuk tujuan peperiksaan seperti MUET dan SPM dan juga untuk mereka yang ingin meningkatkan kerjaya mereka dan ingin mendapatkan kenaikan gaji dan juga untuk mereka yang ingin berpindah tempat kerja. Mungkin ada juga yang skeptikal dengan janji saya ini tetapi ini jawaban saya:-

1. 6 bulan satu masa yang panjang – Saya melihat 6 bulan ini sebagai 180 hari dan pada saya 180 hari adalah satu masa yang panjang dan mencukupi untuk anda mahir dalam bahasa Inggeris.Alhamdulillah, untuk pelajar-pelajar Intake September, saya membimbing mereka SETIAP HARI melalui whatsapp di mana mereka boleh bertanya kepada saya tentang

i. Apa2 topik yang telah mereka pelajari

ii. Topik yang mereka belum pelajari

iii. Susunan ayat.

iv. Perbendaharaan kata

v. Latihan karangan mingguan yang telah saya berikan

Saya juga memberikan pelajar saya file audio untuk ringkasan2 topik yang telah mereka pelajari dan maklumbalas daripada mereka,ianya membantu mereka dalam ulangkaji mereka dan juga untuk mengingati apa yang telah saya ajari mereka.

2. Kuatkan semangat – Untuk mereka yang bertekad untuk mahir dalam bahasa Inggeris dalam 6 bulan ini anda perlu mempunyai keazaman dan keinginan yang kuat untuk mahir dalam bahasa Inggeris.Walaupun anda rasa anda agak lemah,saya percaya anda mampu dan boleh mahir dalam bahasa Inggeris dengan syarat anda mempunyai semangat yang betul2 kuat.

Buat masa ini saya perhatikan pelajar-pelajar saya amat bersemangat untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris saya terutamanya saya apabila saya sentiasa memotivasikan mereka di dalam whatsapp dan juga sentiasa mengingatkan mereka apa yang perlu mereka buat setiap hari dari segi tatabahasa, kosakata dan latihan. Setahu saya, di pusat-pusat bahasa yang lain termasuk yang lebih terkenal dan lebih hebat daripada kelas saya,tidak memberi sokongan selepas kelas sebegini.Saya mampu berbuat demikian kerana saya mengajar bahasa Inggeris secara sepenuh masa dan mempunyai banyak masa lapang untuk membimbing pelajar-pelajar saya.Lagipun,walaupun saya mempunyai pejabat di Sunway saya tidak mempunyai staff dan oleh itu saya tidak perlu membuang masa ke pejabat setiap hari dan boleh menggunkan masa yang terluang untuk bekerja dari rumah membimbing pelajar-pelajar saya.

3. Sertai  kelas bahasa Inggeris formal – Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, jika anda ingin mahir dalam jangkamasa cuma 6 bulan, anda perlu menyertai kelas bahasa Inggeris secara formal. Anda perlu sertai kelas yang akan mengajar anda aspek tatabahasa dan aspek pembentukan ayat yang betul dalam bahasa Inggeris. Jangan sertai kelas yang terus pergi ke kelas perbualan dan penulisan. Anda tidak boleh kuasai bahasa Inggeris dalam 6 bulan jika anda tidak sanggup belajar aspek tatabahasa kerana pengetahuan tatabahasa yang bagus akan mempercepatkan proses meningkatkat kemahiran bahasa Inggeris anda. Jika anda sanggup  belajar aspek tatabahasa dengan rajin dan komited, InsyaAllah anda boleh mahir dalam komunikasi dalam bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan.

Selain kelas formal, anda juga perlu berterusan belajar seperti yang saya buat dengan pelajar-pelajar Intake September saya. Pembelajaran mereka bukan sekadar dua hari dalam setiap modul tetapi mereka belajar setiap hari dengan saya dari pagi hingga ke malam melalui interaksi di kelas BI kami di WhatsApp.

4. Cari pusat pembelajaran dan guru yang komited dan berpengalaman – Pastikan anda memilih pusat pembelajaran bahasa Inggeris yang mampu membantu anda dan bukan memilih kerana pusat itu terkenal atau glamour.Saya sendiri menggunakan pendekatan dwi bahasa dalam pengajaran saya dimana nota dan syarahan saya adalah dalam dwi bahasa agar pelajar lebih cepat memahami aspek tatabahasa bahasa Inggeris ini.Itulah sebab saya mulakan kursus Mahir Bahasa Inggeris Dalam 6 Bulan saya itu dengan Modul Asas-Asas bahasa Inggeris dimana saya mengajar pelajar-pelajar saya aspek-aspek tatabahasa terlebih dahulu dan saya menekankan teknik-teknik mudah membuat ayat dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasa ia dan boleh difahami oleh semua orang dalam dunia ini kerana ianya meggunakan standard tababahasa antarabangsa.

Pastikan juga anda mencari guru yang benar2 ingin melihat anda menjadi mahir dalam bahasa Inggeris dan bukan guru yang sekadar ingin menjana pendapatan. Cari guru yang betul-betul mahir dari segi aspek tatabahasa dan juga kosakata.Cari juga guru yang sanggup melayan segala persoalan anda tentang bahasa Inggeris walau semudah manapun soalan anda itu.

Saya akan sambung lagi artikel saya ini dari masa ke semasa dan berharap yang artikel-artikel saya ini dapat menaikkan semangat anda dalam usaha anda untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa cuma 6 bulan,InsyaAllah.

Kursus Mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan akan bermula pada 14 dan 15hb Disember ini. Untuk yang ingin menyertai Modul Kursus Asas2 Perbualan bahasa Inggeris, saya akan buat pada 26 dan 27hb Oktober ini di Putrajaya dan pada 9 dan 10hb Nov di Sunway.Yuran cuma RM290 sahaja seorang atau RM260 seorang jika daftar dua orang. Kursus merangkumi aspek sebutan perkataan bahasa Inggeris, tatabahasa, etiket perbualan, teknik perbualan mudah dan latihan perbualan individu dan berkumpulan.

Cikgu Yusoff
0193090711

Aside

Image

Dari aspek perbendaharaan kata anda perlu tahu bagaimana untuk menamakan nouns anda dari segi:-

i. Occupation atau Pekerjaan nouns anda itu.

ii. Relationship atau jenis perhubungan yang wujud.

Ali is my father.

Anda juga boleh menggunakan nouns sebegini untuk menceritakan apakah jenis subject itu.

Ali is a father.

iii.Belief /Kepercayaan – Anda juga boleh gunakan nouns untuk menamakan kepercayaan sesuatu subjek itu.

Ali is a Muslim.

He is an atheist.

iv.Nationality or race atau Kewarganegaraan atau bangsa sesuatu subjek itu.

Ali is Malaysian.

Ali is a Malay.

v.Type atau jenis nouns itu. Selain menggunakan Adjectives atau Kata Sifat untuk menerangkan nouns,anda juga sebenarnya boleh menggunakan Nouns untuk membuat kenyataan tentang jenis sesuatu noun itu.

Ali is a genius.

 

Anda perlu ingat yang Nouns amat-amat penting untuk memulakan ayat-ayat anda dalam bahasa Inggeris.Ramai yang risau tentag aspek Verb Tenses atau penggunaan Kata Kerja dalma bahasa Inggeris tetapi sebelum anda ingin tahu Verbs yang mana patut anda gunakan,anda perlu tahu Nouns anda dengan baik iaitu adakah Nouns anda itu:-

i. Singular dimana kuantiti =1 e.g. One boy

ii. Plural dimana kuantiti >1 Two boys

ii. Uncountable dimana kuantiti noun tidak boleh dikira atau telah digabungkan menjadi satu

e.g. water(tidak boleh dikira) furniture (digabungkan menjadi satu)

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris akan dijalankan pada 15 dan 16hb Jun ini di Sunway. Yuran cuma RM290 untuk yang mendaftar awal!

Hubungi Cikgu Yusoff di cikgutuition@yahoo,com atau di 0193090711

Penggunaan Nouns of People

Fungsi nouns dalam bahasa Inggeris

Image

Aspek yang perlu anda tahu dalam mempelajari dalam aspek Nouns ini ialah:-

1. Proper and Common Nouns – Kata nama am dan kata nama khas.

i. Proper nouns – Kata nama khas yang spesifik untuk orang,haiwan, benda dan tempat dan mesti digunakan dengan huruf besar.

iii. Common nouns – Kata nama am yang menamakan orang,haiwan, benda dan tempat dan benda secara am dan dieja dengan huruf kecil.

2. Gender in nouns – Jantina dalam nouns.

i. Nama-nama yang khas untuk lelaki/jantan

Orang – boy, man, father

Haiwan – tomcat, bull, peacock

ii. Nama-nama yang khas untuk perempuan/betina.

Orang – girl, woman, mother

Haiwan – queen, cow, peahen

iii. Nama-nama yang boleh digunakan untuk kedua-dua jantina.

Orang – child, parent

Haiwan – cat, cattle, peafowl

iv. Nama-nama untuk benda-benda yang tidak ada jantina.

table, chair, cow

3. Count in nouns – Countable and uncountable nouns.

i. Nouns yang boleh dikira

car, house, book

ii. Nouns yang tidak boleh dikira.

water, flour, English, smoke

4. Quantity in nouns

i. Qty =1 —–> Singular Nouns – Kata nama tunggal

ii. Qty > 1 —–Plural nouns – Kata nama majmuk

5. Subject Verb Agreement – Penggunaan verbs yang sesuai dengan:-

i. Uncountable nouns
ii. Countable singular nouns
iii. Countable plural nouns

6. Collective nouns – Penjodoh bilangan berkelumpuk untuk:-

i. Sekumpulan orang – A class of students, a faculty of lecturers

ii. Sekumpulan haiwan – A herd of cattle, a flock of chickens

iii. Sekumpulan benda – A loaf of bread

7. Possessive nouns – Kata Nama pemilikan

i. Penggunaan apostrophe ‘s’ – Ali’s car

ii. Penggunaan apostrophe sahaja – The boys’ mother

8. Matching with other words

i. Singular with singular and plural with plural

e.g. The man is a teacher.

The men are teachers.

ii. Usage with articles

Ali is a teacher.

Ali and Abu are teachers.

iii. Usage with demonstrative pronouns

That man is a teacher.

This man is a teacher.

These men are teachers.

Those men are teachers.

iv. Replacing them with pronouns

Singular noun must be replaced with a Singular pronoun

I met Ali yesterday. He gave me a book.

I met Ali and Abu yesterday. They gave me a book

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris intensif akan dibuat pada 15 dan 16hb Jun nanti di Sunway.Yuran biasa RM350 tapi cuma RM290 untuk mereka yang mendaftar awal! Terhad kepada 20 tempat tapi tinggal 10 kekosongan sahaja lagi.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris Jun ini!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Atas permintaan ramai daripada mereka yang sukar menghadiri kursus yang cikgu jalankan secara minggun itu, maka satu kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris akan cikgu jalankan secara intensif dua hari pada 15 dan 16hb Jun nanti.

Tempat terhad kepada 20 orang sahaja dan setakat ni sudah 6 orang yang mendaftar dan tinggal 14 kekosongan sahaja lagi.

Apa yang akan diajar?

i. Teknik mudah menggunakan kamus untuk menyebut perkataaan bahasa Inggeris seperti orang di UK dan USA.
ii. Teknik efektif menggunakan kamus untuk membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris.
iii. Teknik senang dan cepat meningkatkan kosakata bahasa Inggeris dengan thesaurus dan Teknik 4 part of speech
iv. Teknik mudah membuat ayat dengan Teknik 3W’s yang dicipta oleh Cikgu Yusoff sendiri.
v. Teknik berkesan memahami menggunakan verbs seperti am,is,are,was,were dan have,has dan had.
vi. Teknik memulakan perbualan dan membuat ayat-ayat mudah dalam perbualan.

Kursus ini amat sesuai untuk:-

1. Yang sudah bekerja
2. Yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS.
3. Yang akan mengambil MUET.
4. Yang baru tamat SPM.
5. Yang ingin membimbing anak-anak mereka.
6. Guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris.
Butiran kursus:-
1. Tarikh – 15 dan 16hb Jun 2013
2. Masa – 10 a.m. – 5 p.m.
3. Lokasi – Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9.Petaling Jaya (bersebelahan dengan Federal Highway dan Stesyen Komuter Setia Jaya.

Cikgu Yusoff
019-3090711

Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak 2006
Trainer semenjak 1996
cikgutuition@yahoo.com
   019-3090711

 
 
 

 

TIPS – Cara paling cepat untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Kita sudah menghampiri penghujung Januari walaupun rasanya seperti baru sahaja kita melangkah masuk tahun 2013.Alhamdulillah untuk Intake Januari ramai yang mempunyai azam baru meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris mereka dalam tahun 2013 ini.
 
Sekali lagi saya ingin memberi tips dan petua kepada anda semua untuk membantu anda menjadi lebih fasih dan lebih mahir dalam berbahasa Inggeris anda dalam tahun 2013 ini.
 
1. Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris. Saya selalu memberitahu pelajar-pelajar saya jika mereka ingin mahir dalam bahasa Inggeris,aspek membaca antara aspek paling pentig dan kritikal.Dengan membaca setiap hari, anda akan dapat menyerap struktur-struktur ayat bahasa Inggeris yang betul,menyerap ejana-ejaan bahasa Inggeris yang betul,gaya penulisan yang menarik dan mudah dan juga melihat bagaimana aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang betul digunakan dalam ayat-ayat bahasa Inggeris. Apa yang anda boleh baca bergantung kepada minat anda dan ianya boleh jadi akhbar,majalah,buku cerita dan sebagainya.
 
2. Banyakkan mendengar dalam bahasa Inggeris. Belajar bahasa Inggeris tidak semestinya perlu formal dan serius. Sambil anda mendengar lagu-lagu bahasa Inggeris, anda boleh mendengar sebutan-sebutan bahasa Inggeris yang betul, pembentukan ayat yang betul dan juga tatabahasa yang betul dalam lirik-lirik lagu yang anda dengar itu. Bagaimanapun anda perlu berhati2 bukan semua lagu-lagu bahasa Inggeris itu betul tatabahasa bahasa Inggeris mereka terutama lagu-lagu baru genre rap,hip hop dan sebagainya.Anda lebih digalakkan mendengar lagu-lagu lama era 60an ke 90an kerana biasanya tatabahasa bahasa Inggeris lagu-lagu dari era ini betul dan tepat.
 
3. Banyakkan merujuk kepada kamus anda. Ini memang agak renyah atau melecehkan kepada kita tetapi ganjaran kepada mereka yang sanggup dan rajin merujuk kepada kamus adalah amat-amat besar. Saya sendiri banyak mengajar pelajar-pelajar saya teknik menggunakan kamus untuk mengetahui sebutan-sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang betul, jenis-jenis sesuatu perkataan itu, pasangan kepada sesuatu perkataan itu seperti bila kita menggunakan perkataan afraid ianya akan dipasangkan dengan of. Dengan merujuk kepada kamus anda akan lebih pasti penggunaan sesuatu perkataan itu dan dengan itu ianya juga akan membantu anda menjadi lebih yakin untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
 
 
Ingat 3 tips utama ini dan saya akan ceritakan lagi tips dan petua yang boleh membantu anda menjadi lebih mahir dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris nanti.
 
Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 2hb Februari ini di Putrajaya dan 10hb Februari ini di Sunway.
 
Cikgu Yusoff
019-3090711
 
 

Bengkel Intensif Mudah dan Efektif MUET March 13

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
 
Anda akan mengambil MUET March ini?
 
Anda inginkan tips dan petua untuk mudah lulus MUET?
 
Anda inginkan skrip-skrip mudah untuk komponen Speaking?
 
Anda inginkan skrip-skrip membuat ayat dalam komponen Writing?
 
Anda inginkan teknik menjawab komponen Reading?
 
Anda ingin ketahui teknik untuk menjawab dalam komponen Listening?
 
Anda ingin contoh-contoh karangan yang bagus isi dan tatabahasa ia?
 
Anda inginkan contoh-contoh soalan sebenar MUET?
 
Anda ingin latihan karangan anda disemak sebelum MUET?
 
Jika jawaban and ialah YA!
 
Sertai Bengkel Bengkel Intensif Mudah dan Senang MUET pada 12hb Februari ini!
 
 
Kursus sehari yang lengkap dengan nota, contoh soalan, tips dan petua
 
Nota lengkap dalam dwi bahasa yang mudah difahami
 
Nota yang penuh dengan latihan dan peta minda dan peta konsep
 
Syarahan dalam dwi bahasa dan tidak membosankan
 
Diajar oleh Cikgu Yusoff yang mempunyai 17 tahun pengalaman dalam latihan
 
Khidmat sokongan Online dari mula anda mendaftar sehinggalah ke tarikh MUET anda
 
Yuran yang amat berpatutan dari serendahn RM130 jika daftar dua orang.
 
 
Butiran lanjut kursus:-
 
 
Tarikh – 12hb Februari 2013
 
Masa – 9 a.m. – 5 p.m.
 
Yuran – RM150 seorang atau RM130 seorang kalau daftar dua orang
 
Jumlah peserta – Terhad kepada 20 orang sahaja
 
Lokasi – Leisure Commerce Square,Jalan PJS 8/9.Petaling Jaya. Bersebelahan dengan Stesyen Komuter Setia Jaya (hala Port Klang)
 

Kandungan Kursus

1. Pengenalan dan ringkasan kursus
2. Petua-petua asas dalam mempelajari bahasa Inggeris.
3. Komponen-komponen dalam MUET.
4. Sistem pemarkahan MUET
5. Strategi mendapat Band 3 dan lebih dalam MUET.
6. Komponen Listening dan strategi menjawab soalan.
7. Komponen Speaking dan teknik mendapat markah tinggi dalam komponen ini.
8. Teknik menggunakan skrip dalam komponen Speaking.
9. Komponen Reading dan kepentingannya.
10. Teknik membaca soalan dan mengimbas.
11. Komponen Reading dan kepentingan Grammar.
12. Sesi Soal Jawab.

Tempat terhad kepada 20 orang dan sekarang cuma tinggal 10 kekosongan sahaja kerana 10 tempat telah diambil oleh pelajar-pelajar saya.

Cikgu Yusoff
019-3090711

 
 

Persedian MUET 2013 – Macam mana nak dapat Band 3 atau Band 4 dalam MUET

Secara puratanya, 55% calon yang mengambil MUET sekadar mendapat Band 1 atau Band 2. Antara punca-punca calon gagal mendapat sekurang-kurangnya Band 3 yang telah saya kenal pasti ialah :

1. Tidak arif dengan format MUET itu sendiri.

2. Tidak mengatur strategi dalam persediann MUET mereka.Ramai calon yang risau aspek Speaking dalam MUET sedangkan markah speaking cuma 15% dari jumlah markah MUET. Komponen Reading memberi markah maksima 40% dan Writing 30%! Komponen inilah yang calon kena lebih bersedia.

3. Masih lemah dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Inggeris kerana masih lemah dalam aspek tatabahasa bahasa Inggeris.

4. Kurang kosakata bahasa Inggeris.

5. Kurang membuat latihan-latihan MUET samaada soalan-soalan klon atau soalan-soalan sebenar MUET.

Kursus Asas-Asas Penulisan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 2hb Februari di Putrajaya dan 10hb Februari di Sunway.Amat sesuai untuk pelajar-pelajar yang akan memasuki IPTA dan IPTS dan juga untuk mereka yang akan mengambil MUET.

Cikgu Yusoff
019-3090711
Trainer semenjak 1996
Trainer bahasa Ingeris semenjak 2006.
Penulis 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris.

By knowledgecentre Posted in MUET