Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris bermula 12hb July ini!!!

Kuasai Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris!

Kelas setiap Ahad dua jam seminggu!

Boleh menulis dan berbual dalam bahasa Inggeris dengan baik selepas kursus!

Kandungan kursus meliputi aspek Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris!

Latihan-latihan Perbualan dan Penulisan setiap minggu!

Percuma bimbingan Penulisan karangan dan juga contoh2 Audio Perbualan!

Naik pangkat dengan Mudah bila BI lebih baik!

Bantu anak-anak anda dalam bahasa Inggeris mereka!


Dijamin Mudah untuk difahami dan Kelas dalam Dwi Bahasa!


Kos yang murah tapi efektif!

Kelas pada hujung minggu!
Khidmat sokongan selepas kelas melalui e-mail!
Nota LENGKAP dalam BM n BI / Nota Dwi bahasa!
Diskaun untuk pendafataran 2 atau lebih!
Weekend classes!

Cuma 15 pelajar setiap kelas!

Tempat terhad – Cuma tinggal 10 kekosongan!

Join the Fundamentals of English Communication starting this 12th July 2009!

Cuba lihat apa kata pelajar-pelajar saya sebelum ini :-

1.Sebelum ini saya memang amat suka dengan cara cikgu menulis di buku cikgu dan sekarang ini saya lebih faham selepas menghadiri kelas cikgu untuk intake March 2008.

Sara – Kuala Lumpur

2. I have gone through the notes given and found it very interesting. On behalf of all my friends , we appreciate your dedication and commitment.

Sham – Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur

3. Saya rasa macam saya belajar balik macam di sekolah dulu tapi lebih faham dengan apa yang di ajar.

Rina – Philips, Nilai.

4. Saya seronok dengan kelas pertama cikgutu sebab banyak yang saya boleh belajar dari menggunakan kamus yang saya tak tahu selama ini. Sebelum cikgu ajar tadi saya cuma guna kamus untuk tengok maksud sahaja. Tak sedarpun kelas 3 jam dah habis.

Rohaya – Kuala Lumpur (Intake Jan 2009)

Butir-butir lanjut

Yuran Pendaftaran – RM100 (utk confirm tempat!)

Tempoh masa kelas – 12 minggu

Lokasi kelas – Block A,Leisure Commerce Square, Sunway. (setempat dengan ibupejabat Kurnia Insurarance).

Kemudahan Pengangkutan Awam! – Sebelah Stesyen Komuter Setia Jaya, dekat dengan LRT Putra Kelana Jaya dan bersebelahan dengan laluan bas2 ke Kelang dan Shah Alam.

Kekerapan kelas – Setiap minggu sekali dan setiap kelas 2 jam

Kelas –Selesa dan berhawa dingin

Waktu kelas – Kelas pertama AHAD 12.00 hingga 2.00 ptg

Yuran-Yuran Sepatutnya RM720 untuk 3 bulan

ANDA CUMA BAYAR RM450 untuk keseluruhan kelas! Cuma RM400 jika bayar penuh!!!

Boleh bayar dua kali!

Cara pengajaran – Dwi bahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu

Nota – Nota lengkap dalam dwi bahasa untuk semua topik

Lain-lain kelebihan – Nota-nota dan tips tambahan melalui email.

Pertanyaan lanjut tentang apa2 topik melalui email.

Latihan2 esei percuma yang akan disemak oleh saya melalui email.

Credentials Pengajar

1. Trainer English selama 7 tahun

2. Penulis 5 buah buku :-

1. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris
2. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris 2 – Perbualan telefon
3. Cara Mudah mengajar Anak-Anak Mempelajari bahasa Inggeris

4. Perbualan Mudah Bahasa Inggeris

5. Cara Mudah Mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah rendah.

3. Trainer di organisasi-organisasi besar

i. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate  English Grammar untuk staff EPF, Kuala Lumpur –July 08 – Nov 08

ii. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate  English Grammar untuk staff Platinum Victory Sdn. Bhd., Kuala Lumpur –July 08 – Nov 08

iii. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate  English Grammar untuk staff Platinum Victory Development Sdn. Bhd., Kuala Lumpur –July 08 – Nov 08

iv. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk staff Kementerian Kesihatan, Putrajaya – Nov 07 – February 08

v. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk SCA Packaging Malaysia, Beranang, Selangor – Ogos 2007

vi. Trainer kursus Basic English Conversation untuk staff FAMA pada 10-12 July di Kalumpang Resort and Training Centre dan di Amansari Beach Resort, Kuantan pada 3-6 September 2007

vii. Trainer untuk staff Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Terengganu di Hotel Dynasty pada 23-25 Mei dalam kursus “Practising Proper English at the workplace”

viii. Trainer di School of Banking, Affin Bank (1996-2000)

ix Speaker jemputan di Persatuan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT), Sungai Buloh.1996 -2000

Semua buku terbitan Perintis Publication dan boleh dilihat di laman web mereka di http://www.books.perintis.com.my/ dan biodata saya boleh di lihat di Panel Penulis,

Jika berminat sila hubungi saya segera kerana tempat terhad!

Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau sms /call di 019-3090711

Back to Basic English # 10 – Verb TO HAVE

Verb ‘To HAVE’ – part one

Sebelum ini dalam siri Back To Basic English #9 saya telah menerangkan tentang Auxiliary Verb atau Verb Pembantu yang penting iaitu Verb TO BE.

Selain dari Verb TO BE, Verb TO HAVE ialah satu lagi Auxiliary Verb atau Verb Pembantu yang penting. Verb TO HAVE mempunyai banyak fungsi dan antara fungi utamanya ialah untuk menunjukkan pemilikan. Verb TO HAVE juga digunakan untuk pelbagai tujuan dalam bahasa Inggeris.  Dalam siri #10 ini saya akan menerangkan penggunaan Verb TO HAVE dari segi bentuk-bentuk ia dan juga penggunaan ia.

Perkataan-perkataan yang terletak bawah Verb TO HAVE ini ialah :-

Verb TO HAVE Jenis
1. have Infinitive / Simple form / Kata dasar
2. has Present Tenses – digunakan dengan Singular nouns dan Uncountable nouns.
3. had Past Tense – Kala Masa Lepas
4. having Present Participle – Kala Sedang Berlaku
5. have been Past Participle
6. will have / going to have Future Tenses – Kala Masa hadapan

Penggunaan Verb TO HAVE di atas ini akan bergantung juga kepada dua faktor iaitu:-

1.   Masa – Secara amnya MASA kita bahagikan kepada tiga zon masa iaitu :-

i.Present – Sekarang dan menggunakan Present Tenses.

ii. Past – Sudah lepas dan menggunakan Past Tenses

iii. Future – Akan berlaku dan menggunakan Future Tenses

2.  Subject – Subject merujuk kepada Pembuat Perbuatan atau pelakon utama dalam ayat anda itu. Saya telah kategorikan subject kepada lima jenis iaitu:-

i. I – digunakan oleh seseorang yang membahasakan diri beliau dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Pertama

ii. You – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak kedua yang beliau sedang beliau berkomunikasi dalam dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Kedua

iii. Singular – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya satu ( seorang, seekor, satu benda). Ia adalah Kata Ganti Nama Ketiga

iv. Plural – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya lebih daripada satu

v. Uncountable Nouns – Nouns yang tidak boleh dikira seperti water, fire, smoke, coffee dan sebagainya. Kamus Oxford Dictionary menyenaraikan nouns2 ini sebagai U iaitu Uncountable.

3.  Subject Verb Agreement – Ini merujuk kepada apakah jenis2 Verb TO HAVE yang perlu anda gunakan dengan lima Subject yang telah diterangkan sebelum ini.

Subject Example Present Tense Past

Tense

Future

Tense

I I have had will have / am going to have
You You have had will have / are going to have
Plural – Nouns/Pronouns students

we/they

have had will have / are going to have
Singular – Nouns/Pronouns Ali, Garfield, student, Putrajaya

he / she / it

has had will have / is going to have
Uncountable Nouns coffee, tea, sand, water has had will have / is going to have

4. Penggunaan Verb TO HAVE

Berikut adalah Penggunaan Verb TO HAVE secara am:-

1.  Untuk menunjukkan pemilikan noun/nouns itu seperti:-

Contoh :-

1.   I have a cat. (Guna present tense ‘have’ sebab ianya menujukkan pemilikan SEKARANG dimana noun/nouns itu masih ada dan masih dimiliki.)

2.   I had a cat last year. (Guna Past tense ‘had’ sebab sebab ianya menujukkan pemilikan DI MASA LEPAS dimana noun/nouns itu sudah tiada dan sudah tidak dimiliki lagi.)

3.   I will have a cat tomorrow as my father will buy me one.  (Guna Future tense ‘will have’ sebab  ianya menujukkan pemilikan DI MASA AKAN DATANG dimana noun/nouns itu belum ada lagi dan cuma akan dimiliki di masa akan datang)

AWAS!!!

Untuk menunjukkan pemilikan Verb TO HAVE tidak digunakan dalam bentuk Present Participle iaitu Having.

Cth:-

1. I am having a Proton Wira right now. – Penggunaan yang salah

2. Aminah is having a house in Puchong.   – Penggunaan yang salah

3. She’s having my book right now. – Penggunaan yang salah

Ketiga-tiga ayat di atas adalah penggunaan yang SALAH kerana Verb to HAVE tidak boleh digunakan dalam bentuk Present Participle walaupun anda ingin menunjukkan pemilikan sekarang.

Oleh itu anda pelu ingat yang untuk Pemilikan Sekarang, anda perlu gunakan Verb to HAVE dalam bentuk Present Tense sahaja iaitu samaada Have atau Has. Untuk menentukan samaada anda perlu gunakan Have atau Has, anda perlu tahu siapa atau apa kah Subject anda dalam ayat anda itu seperti berikut:-

1. I have a Proton Wira right now. – Penggunaan yang betul

2. Aminah has a house in Puchong.   – Penggunaan yang betul

3. She has my book right now. – Penggunaan yang betul

AWAS!!! – Pengecualian

Walaupun anda membuat ayat dalam bentuk Present tense, jika anda menggunakan TO, anda Cuma boleh gunakan Verb To HAVE dalam bentuk kata dasarnya iaitu HAVE.

1. Ali wants to has a car. – Penggunaan yang salah

2. She wants to has some cats at home.   – Penggunaan yang salah

3. The boy likes to has a dog for a pet. – Penggunaan yang salah

1. Ali wants to have a car. – Penggunaan yang betul

2. She wants to have some cats at home.   – Penggunaan yang betul

3. The boy likes to have a dog for a pet. – Penggunaan yang betul

Layari laman web saya di https://knowledgecentre.wordpress.com atau laman interaktif saya di www.myknowledgecentre.com/forum untuk artikel-artikel bahasa Inggeris. Kelas mingguan Asas-asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 12hb Julai ini. Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau 019-3090711.

Portal terbaru di www.myknowledgecentre.com/forum

Salam Saya telah mewujudkan satu portal baru di [url]www.myknowledgecentre.com/forum/[/url] dan saya akan aktif di sana untuk menjawab sebarang soalan berkenaan dengan bahasa Inggeris. Anda juga boleh mendapat maklumat tentang pelbagai bidang terutamanya bidang kewangan, perbankan, ICT dan lain-lain samaada yang ditulis oleh saya sendiri, ditulis oleh ahli-ahli forum dan juga yang diambil dari web-web yang informatif.

Saudara/i dijemput untuk mendaftar dan berforum di sana. Terima kasih