Asas-Asas perakaunan – Memahami Konsep Perakaunan

Image

Dah lama saya nak menulis tentang subject accounting ini tetapi tidak tertulis-tulis.Mungkin ramai yang lebih mengenali saya sebagai guru/trainer bahasa Inggeris tetapi tidak ramai yang mengetahui yang saya mempunyai Diploma in Banking dan juga BBA Finance daripada UiTM dan subjek perakaunan itu adalah salah satu matapelajaran yang amat saya minati walaupun pada peringkat permulaannya amat memeningkan saya kerana saya tidak begitu memahami konsep asas disebalik perakaunan ini.
Saya juga ada membuat kursus dan tuisyen perakaunan dari masa ke semasa dan apa yang saya perhatikan ialah ramai pelajar yang kurang faham konsep atau asas sebenar perakaunan ini dan hal ini membuat saya terpanggil untuk menulis tentang perakaunan dengan harapan dapat membantu pelajar-pelajar dan juga mereka yang bekerja di bahagian perakaunan untuk lebih mahir dalam hal ini.
Aspek yang paling penting kepada saya untuk di fahami ialah Konsep Perakaunan atau Accounting Concepts, Apa yang perlu anda fahami ialah WHAT,WHY dan HOW

1. WHAT – Anda perlu tahu apakah Konsep perakaunan yang ada dan cuba fahami konsep2 yang ada itu dengan jelas dan nyata.

2. WHY – Anda juga perlu tahu KENAPA anda perlu tahu konsep-konsep perakaunan ini dan kenapa anda perlu mempelajari mereka?

3. HOW – Dari segi HOW pada saya ialah BAGAIMANA konsep ini akan mempengaruhi akaun-akaun yang ada.Sebagai contoh, ramai yang pening dengan accrual dan prepayment dalam accounting atau pun akaun prabayar dan terakru dan ramai yang mendapati sub topik ini amat memeningkan kerana mereka kurang faham Konsep Pemadanan di mana dalam konsep ini telah dinyatakan bahawa ” Hasil untuk sesuatu tahun perkaunan itu hendaklah dipadankan dengan kos yang terbabit untuk menjana hasil tersebut”
Inilah sebabnya jika kita telah menerima hasil sewa terdahulu, ianya kena dilaraskan dan dikeluarkan daripada hasil tahun perkaunan semasa kerana jika tidak,hasil dan kos tidak padan.

Amat penting untuk pelajar-pelajar dan juga guru-guru akaun untuk cuba faham kaitan konsep dengan akaun dan bukan sekadar menghafal akaun mana yang perlu didebit dan akaun mana yang perlu dikredit dan sebagainya.Itu sekadar “meghafal” akaun dan bukan “memahami” akaun.

Cikgu Mohd Yusoff
Diploma in Banking, UiTM – Best Student Overall Nov 93
BBA (Hons) Finance – 2nd Class Upper
Wechat MrYusofff

Penulis boleh dihubungi juga di cikgutuition@yahoo.com untuk kursus-kursus asas-asas perkaunan, kewangan dan pengurusan
http://www.knowledgecentre.wordpress.com