Persediaan MUET 2012 dan statistik pencapaian MUET


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Bukan nak menakutkan tapi inilah hakikat ttg MUET di mana cuma 45% sahaja yang dapat Band 3 ke atas untuk satu peperiksaan MUET in 2007 yang lepas.Dan saya percaya inilah statistik yang lebih kurang sama untuk MUET tahun ini dan yang akan datang.

Kepada yang akan mengambil MUET bermula 2hb Julai kelak, adakah anda betul-betul sudah bersedia?

1. Sudahkah anda memantapkan tatabahasa bahasa Inggeris anda?

2. Sudahkan anda meningkatkan kosakata bahasa Inggeris anda?

3. Sudahkah anda tingkatkan pembacaan anda?

4. Sudahkan anda membeli buku2 MUET dengan soalan-soalan sebenar untuk membiasakan diri anda dengan format MUET?

Untuk mereka yang akan mengambil Malaysia University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan MUET adalah penting untuk anda mengetahui apakah komponen-komponen atau aspek yang akan diuji dalam MUET, markah maksima untuk setiap komponen dan juga markah yang diperlukan untuk mencapai sesuatu Band. Anda perlu tahu kesemua ini dengan terang dan jelas agar anda akan lebih bersedia untuk mengambil MUET dan mendapat keputusan cemerlang.

Malaysian University English Test (MUET) mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Ujian MUET ini dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April/Mei dan Oktober/November. Ada empat komponen dalam MUET iaitu Listening dengan markah penuh 45, Speaking dengan markah penuh 45; Reading dengan markah penuh 120 dan Writing dengan markah penuh 90. Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah.

Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band di mana Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.
Berikut adalah pemarkahan untuk kesemua Band dan komen.

Band 6- Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah:260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5- Pengguna yang Bagus (Jumlah markah:220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4- Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah:140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2- Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1- Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Ada sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:-

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.

2. Permakahan untuk setiap aspek.

3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.

4. Persediaan dari segi Grammar atau tatabahasa.

5. Persediaan dari segi Vocabulary atau kosa kata.

6. Persediaan dari segi perbualan.

Jika belum dan anda sudah daftar untuk sesi Julai.Pastikan anda mula sekarang. Jika anda ingin menyertai kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 1hb Jun di Prct 16, Putrajaya dan 2hb Jun di Sunway.

Anda boleh juga dapatkan Manual Lengkap Tatabahasa bahasa Inggeris setebal 600 muka beserta dengan soalan-soalan dan jawaban kertas sebenar MUET dari cikgu pada harga yang amat berpatutan.

Cikgu Yusoff
019-3090711
012-2947792
cikgutuition@gmail.com

Kursus persediaan MUET Kursus persediaan MUET Kursus persediaan MUET Kursus persediaan MUET
Kursus persediaan MUET Kursus persediaan MUET Kursus persediaan MUET Kursus persediaan MUET
Belajar untuk MUET Belajar untuk MUET Belajar untuk MUET Belajar untuk MUET Belajar untuk MUET
Belajar untuk MUET Belajar untuk MUET Belajar untuk MUET Belajar untuk MUET Belajar untuk MUET

Manfaat Senaman Berjalan Laju

Manfaat Senaman Berjalan Laju

Selain dari makan makanan yang kalorinya lebih rendah dari kalori yang dibakar setiap hari atau:-

kalori dimakan sehari < kalori dibakar sehari

Anda juga boleh membuat senaman seperti jogging, berjalan laju (brisk walking), berbasikal dan sebagainya.

Menurut http://www.medicine.net di http://www.medicinenet.com/walking/article.htm berjalan laju mempunyai 10 manfaat untuk kesihatan anda iaitu:-

1. Walking prevents type 2 diabetes. The Diabetes Prevention Program menunjukkan yang berjalan 150 seminggu dan menurunkan berat badan anda sebanyak 7% akan menurunkan risiko penyakit kencing manis sebanyak 58%.

2. Walking strengthens your heart if you’re male. Dalam satu kajian, kadar kematian dikalangan lelaki yang berjalan kurang dari sebatu atau 1.6 kilometer sehari dua kali tinggi daripada mereka yang berjalan lebih dari dua batu sehari.

. 3. Walking strengthens your heart if you’re female. Dalam kajian ke atas wanita yang dibuat oleh Nurse’s Health Study (72,488 jururawat wanita) mereka yang berjalan tiga jam atau lebih sehari mengurangkan risiko sakit jantung atau apa2 penyakit jantung yang lain sebanyak 35% jika dibandingkan dengan wanita yang kurang berjalan.

4. Walking is good for your brain. Dalam satu kajian ke atas berjalan dan fungsi otak, pengkaji mendapati wanita yang berjalan pada kadar sederhana sekurang-kurangnya 1.5 jam seminggu mempunyai fungsi otak atau kemampuan berfikir yang lebih tinggi daripada wanita yang berjalan kurang 40 minit seminggu.

5. Walking is good for your bones. Kajian menunjukkan yang wanita yang sudah putus haid yang berjalan sebatu atau 1.6 kilometer sehari mempunyai ketumpatan tulang seluruh badan yang lebih tinggi daripada wanita yang berjalan kurang daripada 1 batu sehari. Berjalan juga efektif dalam memperlahankan kadar kehilangan tulang dari kaki.

6. Walking helps alleviate symptoms of depression. Berjalan selama 30 minit, tiga ke lima kali seminggu selama 12 minggu mengurangkan simtom atau tanda-tanda kemurungan sebanyak 47% yang diukur dengan soalan piawai kemurungan.

7. Walking reduces the risk of breast and colon cancer. Berjalan juga boleh mengurangkan risiko kanser buah dada dan kanser colon. Wanita yang berjalan laju sejam 15 minit ke dua setengah jam seminggu mengurangkan risiko risiko kanser buah dada sebanyak 18% jika dibandingkan dengan wanita-wanita yang tidak aktif.Banyak kajian telah membuktikan yang senaman boleh mencegah kanser colon dan manfaat senaman boleh meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan risiko kematian.

8. Walking improves fitness. Berjalan laju 3 kali seminggu selama 30 minit akan meningkatkan dengan banyak kecergasan cardio respiratory.

9. Walking in short bouts improves fitness, too! Berjalan laju dalam masa yang singkat (tiga sesi sehari dan 10 minit setiap sesi) akan menghasilkan peningkatan yang sama dalam kecergasan dan sama berkesan dalam menurunkan lemak badan

10. Walking improves physical function.Berjalan laju juga meningkatkan fungsi fizikal. Kajian menunjukkan yang berjalan meningkatkan kecergasan dan fungsi fizikal dan mencegah kecacatan fizikal di kalangan orang tua.

Moga artikel ini dapat membantu anda menjadi lebih sihat dan cergas. Hubungi saya jika anda ingin mengetahui rahsia saya menurunkan berat badan saya sebanyak 15kg dalam masa 80 hari tanpa berlapar.

Cikgu Yusoff

0193090711 0122947792

cikgutuition di gmail.com

Teknik memulakan perbualan dengan baik

Bagaimana memulakan perbualan dengan baik.

1. Sebut perkatan pertama dengan betul dan jelas kerana tanggapan pertama penting. Jangan cakap terlalu kuat atau terlalu perlahan dan gunakan tempo yang sesuai.

2. Bertenaga dan bersemangat dalam memulakan perbualan anda itu.Jika anda bercakap dalam nada yang lemah, ianya mungkin disalah tanggap yang anda tidak bemrinat berjumpa dan bercakap dengan pihak lain itu.

3. Kerap gunakan nama orang yang anda sedang berbual itu untuk membina kemesraan. -Orang suka nama mereka disebut dan ini memberitahu mereka juga yang anda sukakan mereka dan ingat mereka selalu.

4. Pastikan anda mesra – senyum dan berbual ringan sahaja.-Walaupun anda keletihan, pastikan anda senyum walaupun ketika berbual dalam telefon.

5. Kawal perbualan itu tapi beri laluan kepada orang lain untuk bercakap. Perlu seimbangkan.Jangan memonopolin sesuatu perbualan itu. Jika pihak lain itu sedang menceritakan masalah mereka, anda mungkin perlu banyakkan mendengar terlebih dahulu.

Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris akan bermula pada 1hb Jun di Sunway dan 2hb Jun di Prct 16, Putrajaya.Tempat terhad kepada 15 orang sahaja.

Cikgu Yusoff

Celcom 0193090711 / Maxis 019-2947792

cikgutuition@gmail.com