Contoh diet 1800 kalori

Menu ini saya ambil dari Mingguan Wanita keluaran 27/4-03/5 untuk kita kongsi bersama sebagai panduan. Minggun Wanita banyak artikel-artikel tentang pemakanan yang anda boleh gunakan sebagai panduan.

Contoh diet 1800 kalori ini sesuai untuk mereka yang tidak membuat kerja-kerja berat dan bekerja di pejabat. Ni bukan diet untuk kurus ya tetapi untuk maintain berat yang sedia ada.

Perhatikan untuk nasi sahaja dah hampir 700 kalori sehari.Kalau anda boleh omit the rice and minum SD2, baru boleh turun berat badan anda

Kaedah Cikgu Yusoff’s English # 1untuk memudahkan anda kuasai BI anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Dalam siri terbaru saya kali ini saya akan cuba menerangkan semula aspek Grammar atau Tatabahasa bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah-kedah memformulakan bahasa Inggeris yang saya panggil Kaedah Cikgu Yusoff’s English Kaedah ini telah saya mulakan dalam pengajaran bermula dari kelas Intake Januari 2010.

Kaedah Cikgu Yusoff’s English ini akan banyak menggunakan formula-formula untuk memudahkan anda dan juga anak-anak anda mengingati peraturan-peraturan dalam perkara-perkara berikut:-

1. Fungsi perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris

Cth 1. Nouns = Subject
2. Nouns = Object
3. Nouns = Object to preposition

2. Ejaan-ejaan perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris

Nouns = 1 = singular form of spelling

ie Bila kuantiti nouns sama dengan satu ejaan nouns adalah dalam bentuk singular dan anda perlu tahu apakah bentuk singular yang betul untuk sesuatu perkataan itu.

Nouns > 1 = plural form of spelling

ie Bila kuantiti nouns lebih daripada satu ejaan nouns adalah dalam bentuk plural dan anda perlu tahu apakah bentuk plural yang betul untuk sesuatu perkataan itu.

3. Pemasangan sesuatu perkataan dengan perkataan yang lain

Singular nouns + Singular verbs

Bila sesuatu noun itu dalam bentuk singular ianya mesti dipadankan dengan Singular verbs juga.

e.g. Ali is sick. Bukannya Ali are sick.

Cth Singular verbs = is,was, has dsbnya

Plural nouns + Plural verbs

Bila sesuatu noun itu dalam bentuk plural ianya mesti dipadankan dengan Plural verbs juga.

e.g. Ali and Abu are sick. Bukannya Ali and Abu is sick.

Cth plural verbs = are,were, have dsbnya

Penggunaan formula ini saya gunakan dalam kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang saya jalankan di Sunway dan Precint 16,Putrajaya dan juga di Johor Bharu pada 2 dan 3hb Jun nanti. Saya dapati ianya amat membantu pelajar-pelajar saya baik di peringkat sekolah mahupun yang sudah bekerja kerana mereka lebih jelas mengetahui kenapakah ada perbezaan-perbezaan dalam perkatan2 bahasa Inggeris dan juga kenapa ada perbezaan dalam Kata Kerja atau verbs yang digunakan dengan Nouns itu.

Jika anda berminat untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara yang mudah dan efektif daftar segera untuk mendaftar pada yuran RM490 dan bukannya RM550! Daftar dua org dan yuran Cuma RM460!

Cikgu Yusoff
019-3090711

Cara mudah mengurangkan berat badan dan menjadi kurus

Kepada kawan-kawan yang kenal saya tentu ingat yang semasa saya remaja dan pada umur 20an saya agak slim orangnya.

Tetapi bila umur masuk ke umur 30an dan kemudian 40an berat badan saya makin meningkat dan pada 15/2 berat saya sudah cecah 93.5kg!


53 hari yg lepas pada 15 Feb 2012 saya mulakan diet saya yg berdasarkan diet Dr. Atkin di mana saya ambil amat sikit makanan yang mengandungi karbohidrat dan lebih kepada protin. Tapi saya juga pada masa yang sama mengambil diet supplement,SD2 yang meupakan produk susu berasaskan soya dari New Zealand untuk membantu mempercepatkan pembakaran lemak di badan saya.

Saya telah berjaya mengurangkan 11.2kg dalam masa cuma 50 hari dan hari ini selepas 53 hari saya dah mengurangkan berat badan saya sebanyak 11.7 kg!

Kalau anda tanya kenapa saya sanggup diet maka jawabannya mudah.Saya nak sihat dan tak nak datang apa2 penyakit akibat berat badan berlebihan dikala umur sudah 40an ini.

Kalau berminat sila message saya or call/sms saya di 019-3090711

Cara mudah untuk kurus Petua kurus Tips kurangkan berat badan Petua kuruskan badan

Teknik perbualan kosong dalam bahasa Inggeris

Pengenalan

Selain dari menggunakan kaedah permulaan perbualan, perbualan kosong juga boleh membantu anda dalam memulakan perbualan dengan orang yang anda tidak kenali atau dengan orang yang anda tidak berapa rapat. Oleh itu, adalah penting anda mengetahui dengan lebih lanjut apa itu perbualan kosong, siapa dan kenapa orang berbual kosong dan apakah topik yang boleh diperbualkan apabila berbual kosong dengan orang lain.

SIAPA yang berbual kosong? – Hampir semua daripada kita perlu kadang-kadang berbual kosong dengan orang lain. Orang yang selalu menggunakan perbualan kosong ini biasanya orang yang tidak mengenali satu sama lain. Adalah berhemah untuk kita bercakap beberapa patah perkataan atau berbual kosong dengan orang lain dalam situasi tertentu. Kadang-kadang kita akan berjumpa dengan kawan kepada kawan kita yang kita tidak begitu rapat dan sudah tentu anda perlu berbual kosong dengan mereka. Selain dari itu anda juga patut berbual kosong dengan mereka yang sepejabat dengan anda tetapi bekerja di jabatan yang lain. Jika anda bekerja dalam bidang perkhidmatan seperti pegawai perhubungan pelanggan , pelayan restoran. pendandan rambut dan penyambut tetamu maka anda akan senantiasa perlu berbual dengan pelanggan atau bakal pelanggan anda.

APA topik yang orang perbualkan dalam perbualan kosong? – Oleh kerana anda biasanya akan berbual kosong ereka yang tidak rapat dengan anda maka pastikan topik perbualan anda sesuai dan berhemah. Antara jenis-jenis topik yang selamat untuk anda gunakan dalam perbualan kosong ialah :-

1. Cuaca – Anda senantiasa boleh berbincang tentang keadaan cuaca semasa seperti musim hujan, jerebu, banjir dan sebagainya. Topik ini juga amat sesuai untuk anda gunakan dengan kawan-kawan rapat anda sebagai permulaan perbualan.

2. Isu-isu semasa – Bagaimanapun cuba elakkan dari berbual kosong tentang isu-isu agama, bangsa dan politik kerana ini mungkin isu yang sensitif untuk diperbualkan.

3. Berita sukan ­– Sukan adalah topik yang sesuai diperbualkan terutamanya jika ianya melibatkan prestasi pasukan kebangsaan Malaysia. Cuba elakkan dari mengutuk pasukan-pasukan sukan tertentu kerana orang yang anda sedang berbual kosong itu mungkin penyokong kuat pasukan yang anda perbualkan itu!

4. Berita-berita hiburan – Berita terbaru tentang filem, artis dan konsert juga sesuai digunakan apabila anda berbual kosong.

APA topik yang perlu dielakkan dalam perbualan kosong? Anda perlu ingat untuk mengelakkan dari berbual kosong tentang perkara-perkara berikut:-

1. Perkara-perkara peribadi – Antaranya ialah umur, status perkahwinan, gaji, fahaman politik dan sebagainya yang dianggap sensitif untuk orang yang anda baru kenali.

2. Kritikan peribadi – Elakkan juga dari mengkritik apa-apa sahaja tentang orang yang anda sedang berbual itu. Ini termasuklah mengkritik bentuk fizikal mereka, pakaian mereka, perangai mereka dan sebagainya.

3. Hal-hal peribadi anda – Elakkan juga dari mendedahkan hal-hal peribadi anda kepada orang lain kerana anda tidak pasti siapakah kawan-kawan mereka dan di mana mereka bekerja.

4. Apa-apa topik yang tidak selesa diperbualkan – Anda juga kena prihatin dengan bahasa badan atau body language seseorang itu apabila anda sedang berbual kosong dengan mereka. Jika mereka kelihatan seperti malu, marah atau tidak selesa dengan apa sahaja topik yang anda perbualkan maka adalah lebih bijak untuk anda menukarkan topik perbualan anda dengan serta merta.

Dipetik dari buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Perbualan Bahasa Inggeris yang ditulis oleh saya sendiri dan diterbitkan oleh Perintis Publication.

Kursus Asas-Asas Perbualan selama sehari akan saya buat pada 11/4 ini (cuti Pertabalan Agong) dari 10 a.m. – 5 p.m di Leisure Commerce Square, Sunway.

Yuran biasa RM150 tapi untuk yg daftar minggu ini cuma RM120 sahaja dan tinggal 5 kekosongan sahaja lagi.