Tingkatkan kosakata bahasa Inggeris dengan Degree Adverbs

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Antara masalah utama dalam komunikasi bahasa Inggeris ialah dalam mencari perkataan-perkataan yang sesuai dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris. Jika dalam kelas saya lebih mengutamakan aspek Tatabahasa, saya juga telah meningkatkan penjelasan dalam aspek Kosa Kata kata Vocabulary dengan memberi senarai hampir 2,000 perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang kerap di gunakan dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan pelajar-pelajar saya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Jika anda merasakan yang anda masih lemah dan sederhana dalam komunikasi bahasa Inggeris anda, anda perlu meningkatkan Vocabulary anda. Tanpa vocabulary bahasa Inggeris yang mencukupi anda akan menghadapi banyak masalah dalam memulakan perbualan dan penulisan bahasa Inggeris anda. Anda perlu buat sesuatu dengan tahap vocabulary anda itu jika anda benar-benar serius dalam usaha anda ingin menjadi fasih dalam bahasa Inggeris. Jangan puas hati dengan vocabulary anda yang sedia ada dan anda mesti sentiasa meningkatkan ia.

Antara rahsia dalam menggunakan perkataan-perkataan bahasa Inggeris dengan tepat makna mereka ialah mengetahui kekuatan perkataan tersebut atau intensity of the word. Ini kerana sekali imbas perkataan-perkataan seperti hungry, famished, starving dan sebagainya mempunyai maksud yang hampir serupa tetapi sebenarnya ianya agak berbeza kerana hungry bermaksud lapar dan oleh itu makna ia tidaklah sekuat makna famished iatu sangat. Bagaimapun jika anda teramat-amat lapar, anda perlu gunakan perkataan yang lebih kuat maksud ia seperti starving yang bermaksud teramat-amat lapar.

Jangan risau jika anda masih kurang vocabulary anda dan anda rasa ianya membantut dan merisaukan anda bila ingin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Saya ingin memperkenalkan penggunaan degree adverbs yang boleh anda gunakan dengan kata sifat atau Adjective dan juga dengan Kata Keterangan iaitu Adverbs. Penggunaan degree adverbs boleh membantu anda mengurangkan kekuatan makna sesuatu perkataan dan juga untuk menguatkan makna sesuatu perkataan itu.

Sebagai contoh, jika anda cuma tahu perkataan hungry iaitu lapar maka anda boleh gunakan quite untuk mengurangkan kekuatan makna hungry itu.

1. I am hungry.

2. I am quite hungry.

Dalam ayat pertama anda bermaksud, Saya lapar. Tetapi dengan penambahan quite di sebelum hungry di dalam ayat kedua, ianya bukan lagi saya lapar tetapi saya agak lapar.

Jika anda ingin menguatkan makna lapar itu, anda boleh tambah adverb very.

3. I am very hungry.

Ini bermaksud yang anda sangat lapar dan mempunyai maksud dengan

4. I am famished.

Jika anda tersangat lapar dan anda tidak tahu makna starving yang bermaksud amat lapar maka anda boleh gunakan degree adverb extremly.

5. I am extremely hungry

Jadi jangan terlalu risau jika vocabulary anda masih terhad buat masa ini. Gunakan degree adverbs untuk memudahkan anda menyampaikan maksud anda dengan tepat. Bagaimanapun jangan selesa dengan apa yang and tahu dan cuba cari perkataan-perkataan seerti yang lain seperti famished, starving dan sebagainya. Rajin-rajinlah buka kamus dan juga rajin-rajinlah menggunakan Thesaurus untuk mencari perkataan seerti dan berlawanan untuk perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang anda ketahui sekarang.

Untuk betul-betul mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris anda perlu tahu aspek Grammar atau Tatabahasa bahasa Inggeris dengan jelas. Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya akan bermula pada 9hb April ini di Precint 16, Putrajaya dan pada 10hb April ini di Sunway,Petaling Jaya.

Untuk makluman lanjut berkenaan kandungan kursus, masa kursus dan bayaran SMSkan Nama anda alamat email ke 0193090711 atau email ke cikgutuition@yahoo.com Anda juga boleh telefon terus ke 0193090711 untuk makluman lanjut kelas.

Check STPM 2010 results through sms/ internet / Semak STPM melalui sms / online

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

As informed earlier on TV, the STPM results will be out this Monday, 21st February. You can collect your results from 11 a.m. on Monday from your schools.
Alternatively, you can also check your results via SMS by keying in your identity card number and then send it to 15888.
You can also check it online at http://www.mpm.edu.my from 11 a.m. this Thursday.

Seperti yang telah dimaklumkan di TV, keputusan peperiksaan STPM 2010 akan dikeluarkan pada hari Isnin ini, 21hb Februari. Anda boleh mengambilnya di sekolah anda bermula pukul 11 pagi, 21hb Feb atau boleh menyemaknya menggunakan perkhidmatan SMS dengan menaip nombor kad pengenalan anda dan menghantarnya ke 15888

Oleh kerana kemasukan tahun ini untuk peringkat Ijazah di cuma akan bermula September 2011 maka mungkin masa yang terluang boleh anda gunakan untuk mengambil Kursus Persediaan MUET yang akan bermula 9hb April di Precint 16, dan 10hb April di Sunway, Petaling Jaya. Yuran kursus jauh lebih murah dari pusat-pusat bahasa yang lain kerana saya sendiri yang akan mengajar.

Untuk maklumat lanjut sms kan MUET -jarak- Nama -jarak- alamat email ke 0193090711

Cikgu Yusoff