Luangkan masa sejam sehari untuk bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Luangkan masa sejam sehari untuk bahasa Inggeris

Dalam artikel saya sebelum ini, Tips dan petua mahir dalam bahasa Inggeris dalam 2011, saya ada menulis dalam poin kelima di mana Usaha Perlu Berterusan. Saya menulis di mana usaha anda dalam meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris anda perlulah berterusan.
Ianya mesti dibuat setiap hari dan bukannya mengikut mood anda. Anda tidak boleh mahir jika sekadar 2 3 hari sehari sekali membaca dalam BI. Ini bermakna anda perlu luangkan sekurang-kurangnya sejam sehari dalam aktiviti meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris anda. Mungkin ada yang memberi komen, ’Cukupke sejam sahaja sehari?’ . Pada saya sejam sehari ini adalah masa yang minima yang perlu anda luangkan. Jika anda boleh luangkna lebih masa, ianya adalah lebih baik untuk anda. Jika anda dalam persediaan untuk peperiksaan bahasa Inggeris seperti MUET, IELTS atau TOEFL maka anda perlu menghabiskan lebih banyak masa anda dalam persediaan anda itu.

Untuk mahir dalam bahasa Inggeris perlu ada konsistensi. Anda perlu cari masa. Pada saya ianya tidak sesukar mana kerana, masa sejam minima itu tidak semestinya pembelajaran formal bahasa Inggeris tetapi boleh melibatkan aktiviti-aktiviti seperti:-

1. Membaca akhbar-akhbar bahasa Inggeris
2. Membaca buku-buku cerita Inggeris
3. Membaca majalah-majalah Inggeris
4. Menonton rancangan-rancangan bahasa Inggeris seperti dokumentari, berita dan sebagainya.
5. Mendengar rancangan-rancangan bahasa Inggeris di radio
6. Membaca buku-buku Tatabahasa BI
7. Membuat latihan-latihan bahasa Inggeris.
8. Menambahkan perbendaharaan kata BI secara terus dengan penggunaan kamus atau Thesaurus.

Aktiviti nombor 6, 7 dan 8 perlu anda buat sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Pembelajaran sebegini penting kerana anda perlu memantapkan aspek Grammar dan Vocabulary anda. Tidak cukup jika anda sekadar menjalankan aktiviti-aktiviti lain sahaja kerana ini akan memperlahankan proses anda meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris anda

Semua aktiviti ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh anda tetapi juga anak-anak anda samaada di sekolah rendah, menengah dan juga universiti. Anda boleh pelbagaikan bentuk bacaan mereka mngikut minat mereka seperti novel, komik dan sebagainya. Tidak mengapa jika mereka ingin membaca komik asalkan ianya dalam bahasa Inggeris. Saya dulupun amat suka buku-buku cerita tulisan Enid Blyton dan juga komik-komik seperti Beano.

Untuk pelajar sekolah rendah anda juga boleh langgan Cartoon Network di Astro kerana sudah banyak rancangan yang berbentuk pendidikan seperti WordWorld, Mickey Mouse Clubhouse, Diego dan sebagainya.

Apa yang penting ialah aktiviti ini mestilah dilakukan setiap hari tidak boleh ikut mood anda sekejap buat sekejap tidak.

INGAT!!! Luangkan sekurang-kurangnya sejam SEHARI.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya bermula 6hb Feb dan 13 Feb di Putrajaya dan Sunway. Kursus Asas-Asas Tatabahasa untuk pelajar sekolah menengah saya akan bermula 12 Feb di Putrajaya.

Regards

Yusoff
0193090711
cikgutuition@gmail.com

Kursus Asas-Asas Tatabahasa bahasa Inggeris pelajar menengah Februari ini di Putrajaya!!!

Anak anda sudah memasuki sekolah menengah dan masih lemah dalam BI?

Anak anda sukar membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris?

Anak anda sukar memahami Tatabahasa bahasa Inggeris?

Anak anda sukar memahami pelajaran bahasa Inggeris di sekolah?

Anak anda masih lemah dalam bahasa Inggeris walaupun telah menghadiri kelas tuisyen tambahan?

Anda risaukan persediaan anak anda untk PMR dan SPM?


Jangan risau dan gusar lagi!!!!

Saya akan mulakan Kursus Asas-Asas Tatabahasa bahasa Inggeris pada 12 Februari ini di Precint 16 Putrajaya!!!

Kursus hujung minggu setiap Sabtu petang selama 7 minggu

Kursus akan diajar dari peringkat paling Asas untuk mudah difahami

Penekanan ke atas aspek Tatabahasa dan Perbendaharaan Kata

Latihan-latihan di dalam kelas dan latihan karangan mingguan

Khidmat sokongan Online selama 3 bulan selepas tamat kursus

Diskaun tambahan untuk Kursus Intermediate Grammar

Nota lengkap dan menyeluruh setebal hampir 500 muka untuk keseluruhan kursus Asas dan Intermediate.

Details kelas

Lokasi Pusat kejiranan Precint 16 (sebelah Alamanda)

Masa 2.30 hingga 5.30 petang


Tarikh kursus
12 Feb hingga 26 March

Yuran Yuran asal RM490 tetapi sekarang cuma RM390 untuk

keseluruhan kursus

Tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja.

Hubungi saya segera jika berminat kerana tinggal 8 kekosongan sahaja lagi!!!

Yusoff

0193090711

cikgutuition@yahoo.com

Tips dan petua mahir dalam bahasa Inggeris dalam 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Ini merupakan artikel pertama saya untuk tahun 2011 dan adalah diharap anda semua lebih bersemangat dan mempunyai azam tahun baru untuk meningkatkan kemahiran anda dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Saya akan mulakan tahun 2011 ini dengan memberi anda tips-tips dan petua untuk anda boleh cepat mahir dalam bahasa Inggeris. Jika sebelum ini saya jarang masukkan aspek-aspek negatif yang boleh membantutkan proses kemahiran bahasa Inggeris maka kali ini saya akan selitkan juga aspek-aspek negatif yang perlu anda elak jika anda betul-betul serius mahu mahir.

1. Ikhlas

– Jika anda ingin mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris, anda perlu ikhlas dengan kemampuan dan kelemahan anda. Anda perlu jujur dengan diri anda sendiri dan mesti mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan anda. Jika anda tidak jujur dengan diri anda, anda sebenarnya menipu diri anda sendiri dan ini tidak akan menyelesaikan masalah anda.

2. Kenal pasti kelemahan anda –

Anda perlu kenal pasti kelemahan anda dan ambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan anda itu. Anda boleh cuba latihan-latihan BI yang mudah di buku-buku latihan bahasa Inggeris seperti dalam buku Simple English tulisan Puan Nor Bi (Alaf 21) ataupun mencuba latihan-latihan dalam Manual Lengkap yang ditulis oleh saya. Anda juga boleh menghantar emel kepada saya untuk latihan-latihan percuma untuk mengukur tahap kemampuan bahasa Inggeris anda.

3. Perlu berguru –

Untuk peringkat permulaan dan pertengahan (Fundamentals and Intermediate) anda perlu mempunyai guru. Ini bermakna samaada anda menghadiri kelas bahasa Inggeris yang formal ataupun anda juga boleh belajar sendiri dengan sokongan guru secara jarak jauh atau Online seperti yang saya buat dalam Kursus Online saya. Agak sukar untuk anda memahami konsep-konsep dalam bahasa Inggeris terutamanya yang tiada dalam bahasa Melayu seperti penggunaan Auxiliary Verbs seperti penggunaan Verb TO BE seperti penggunaan am, is, are, was dan were dan juga penggunaan Verb Tenses atau Kala Kata Kerja seperti Present tenses, Past Tenses dan Future tenses. Ramai yang cuba mengelak aspek tenses ini sedangkan setiap ayat akan ada tenses yang perlu anda gunakan dalam bentuk verbs.

4. Perlu ada perubahan dalam gaya hidup

– Saya sentiasa menasihati dan mengingati pelajar-pelajar saya dari masa mereka dalam Kursus Asas dan Kursus Intermediate English Grammar yang perlu ada perubahan dalam gaya hidup mereka jika mereka ingin fasih dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat. Hanya sekadar menghadiri kelas bahasa Inggeris sahaja tidak mencukupi. Sekadar memabaca setiap hari dalam bahasa Inggeris saja tidak mencukupi. Ianya perlu TOTAL. Anda perlu menghadiri kelas, anda perlu membaca dalam bahasa Inggeris, anda perlu menonton rancangan-rancangan dalam bahasa Inggeris , anda perlu mendengar dalam bahasa Inggeris dan anda juga perlu mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

5. Usaha perlu berterusan


– Usaha anda dalam meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris anda perlulah berterusan. Ianya mesti dibuat setiap hari dan bukannya mengikut mood anda. Anda tidak boleh mahir jika sekadar 2 3 hari sehari sekali membaca dalam BI. Atau seminggu sekali menonton dan mendengar rancangan-rancangan bahasa Inggeris. Perlu ada konsistensi. Jangan cari alasan.Alasan memang banyak menunggu kita seperti tiada masa, sibuk di pejabat, sibuk dirumah dan seribu satu alasan yang menunggu. Cuba pandai mengatur masa anda atuapun anda kena pandai mencuri masa. Sebagai contoh anda boleh membaca akhbar atau buku-buku bahasa Inggeris sebelum mula waktu kerja, sewaktu waktu rehat, sewaktu dalam bas atau komuter. Jangan cari alasan tetapi sebaliknya carilah masa untuk anda curi.

6. Jangan cepat mengalah

– Ramai yang gagal dalam usaha mereka manjadi fasih dalam bahasa Inggeris kerana mereka cepat mengalah. Cepat letih, cepat semput dan cepat lemah semangat. Memang saya akui kadang-kadang ianya sukar tapi kalau anda tidak mengalah dan dapat menguatkan semangat anda, hasil yang menunggu diakhir perjalanan anda itu amatlah manis. Cuba cari kawan-kawan yang mempunyai objektif yang sama dengan anda dan sama-sama anda memotivasikan diri masing-masing. Ajak isteri atau suami anda untuk turut serta. Ajak kawan-kawan anda, kekasih anda dan juga adik beradik anda. Mungkin dengan cara ini anda tidak akan cepat mengalah. Jika tidak anda akan rasa amat payah atau lemah untuk pergi ke kelas pada hujung minggu selama 2 atau 3 bulan sedangkan hati anda ingin berehat dan bersantai pada hujung minggu. Tanya diri anda berbaloi atau tidak anda berkorban selama 3 bulan sahaja untuk kerjaya dan hidup anda dan anak-anak anda selama 20 atau 30 tahun lagi.

7. Jangan berlengah-lengah.

– Jika anda rasa kelemahan bahasa Inggeris membantutkan pelajaran dan kerjaya anda apa lagi yang anda tunggu? Kenapa berlengah dan menangguh-nangguh? Apa yang tunggu lagi? Lagi lama anda tunggu lagi jauh anda akan ketinggalan. Anda mahu orang lain lebih cemerlang dari anda? Anda ingin orang lain yang baru masuk kerja naik pangkat lebih tinggi dari anda? Gunakan slogan Nike. JUST DO IT. Jangan tunggu-tunggu lagi. Kalau dulu yuran kelas saya cuma RM3600 sekarang sudah RM490. Yuran kursus bahasa Inggeris semakin meningkat. Yuran Diploma dan Ijazah juga makin meningkat koleh kerana faktor kos yang meningkat. Jika anda tunggu anda bukan sahaja rugi dari segi kos pembelajaran yang meningkat tetapi juga anda juga rugi dari segi kenaikan gaji yang rendah atau peluang mendapat gaji yang 20 atau 30 pertaus lebih tinggi jika anda dapat kerja ditempat lain.

Dunia dalan tahun 2011 ini amat mencabar. Awal-awal tahun sudah banyak barang-barang asas yang harganya naik seperti minyak masak, bawang merah, barang putih, gula dan sebagainya. Kita masih bernasib baik kerana minyak RON95 disubsidi kerajaan tetapi jangan terlalu selesa kerana ianya mungkin naik juga jika harga pasaran dunia naik tinggi kerana pada masa artikel ini ditulis, harga setong minyak mentah hampir mencecah USD100 setong. Saya tidak mengatakan yang hanya bahasa Inggeris sahaja yang boleh membantu anda dalam pelajaran dan kerjaya anda tetapi hakikatnya memang ianya banyak akan membantu anda. Saya sendiri telah banyak cuba membantu anda dalam penghataran-penghataran artikel-artikel bahasa Inggeris tetapi anda sendiri perlu berusaha dengan lebih kuat dan dengan lebih cekal untuk berjaya. Saya cuma boleh membantu sebahagian sahaja dan anda yang perlu melengkapkannya. Saya amat ingin anda semua berjaya dalam tahun 2011 ini dan harap anda dapat doakan saya agar sihat sentiasa dan murah rezeki untuk sama-sama berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini.

Hubungi saya di cikgutuition@yahoo.com atau cikgutuition@gmail.com atau di 0193090711 jika ada pertanyaan. Saya akan cuba membantu sedaya yang mampu.

Kursus persediaan MUET 2011

Kursus Persediaan MUET 2011 di Sunway dan Putrajaya


Anda belum bersedia untuk mengambil MUET?

Anda sudah ambil MUET tetapi tidak mencapai Band yang dikehendaki?

Tidak pasti dengan Format MUET?

Tidak ada cikgu yang boleh membimbing anda?

Kursus-kursus bahasa Inggeris di kampus anda tidak mencukupi?

Kursus-kursus bahasa Inggeris di luar terlalu mahal?

Sertailah Kursus Komprehensif Persediaan MUET 2011 di Sunway dan Putrajaya

Kursus persediaan MUET yang komprehensif!!!

Merangkumi semua 4 komponen MUET iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing!!!

Merangkumi Aspek Grammar dan Vocabulary!!!

Contoh-contoh soalan MUET sebagai latihan!!!

Bengkel latihan dan ualangkaji MUET percuma!!!

Bimbingan secara Online dan melalui Telefon!!!

Butiran lanjut Kursus Persediaan MUET 2011


1. 3 peringkat kursus iaitu:

i. Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris bermula 13hb Feb di Sunway dan 5hb Feb di Putrajaya.

ii. Kursus Intermediate English bermula April 2011 di Sunway dan Putrajaya

iii. Bengkel Persediaan MUET pada Mei 2011 di Sunway


2. Yuran Kursus

i. Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris – RM490

ii. Kursus Intermediate English – RM350

iii. Bengkel Persediaan MUET– PERCUMA (bernilai RM180)

iv. Online dan Phone Support selama 4 bulan – PERCUMA (bernilai RM200)

v. Nota lengkap – PERCUMA (bernilai RM200)


KOS sebenar ialah RM1,420. Anda cuma bayar RM740. Jimat 30%!!!

Bayar dalam dua ansuran iaitu RM390 dan RM350.

Bayar penuh pada kelas pertama dan cuma bayar RM680. Jimat 52%!!!


3. Sistem Pengajaran

i. Dari peringkat paling ASAS. Mudah untuk difahami.

ii. Pengajaran dan Nota dalam dwi bahasa, BM dan BI

iii. Latihan-latihan MUET untuk pengukuhan pemahaman.

iv Latihan-latihan tambahan melalui email.

4. Lokasi

i. Sunway – Leisure Commerce Square,Mentari.P.J.

ii. Putrajaya – Pusat kejiranan Precint 16

Tempat cuma akan disahkan selepas penerimaan deposit RM150.

Yusoff

019-3090711

2010 in review

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

A helper monkey made this abstract painting, inspired by your stats.

About 3 million people visit the Taj Mahal every year. This blog was viewed about 51,000 times in 2010. If it were the Taj Mahal, it would take about 6 days for that many people to see it.

In 2010, there were 40 new posts, growing the total archive of this blog to 212 posts. There was 1 picture uploaded, taking a total of 34kb.

The busiest day of the year was July 8th with 1,488 views. The most popular post that day was MUET 2010 results out today / Keputusan MUET 2010 keluar hari ini!.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were en.wordpress.com, google.com.my, search.conduit.com, mail.yahoo.com, and zappafly.com.

Some visitors came searching, mostly for kelas bahasa inggeris, peribahasa inggeris, bunyi haiwan, kursus bahasa inggeris, and latihan matematik pmr.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

MUET 2010 results out today / Keputusan MUET 2010 keluar hari ini! July 2010

2

Latihan Matematik PMR – Percentage / Peratusan March 2007
17 comments

3

Belajar bahasa Inggeris Secara Online March 2007
1 comment

4

Pengenalan kepada Verbs, Verb to BE dan Verb to HAVE August 2008

5

Animal sounds / Bunyi-bunyi haiwan December 2007
2 comments