TIPS – Cara paling cepat untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Kita sudah menghampiri penghujung Januari walaupun rasanya seperti baru sahaja kita melangkah masuk tahun 2013.Alhamdulillah untuk Intake Januari ramai yang mempunyai azam baru meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris mereka dalam tahun 2013 ini.
 
Sekali lagi saya ingin memberi tips dan petua kepada anda semua untuk membantu anda menjadi lebih fasih dan lebih mahir dalam berbahasa Inggeris anda dalam tahun 2013 ini.
 
1. Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris. Saya selalu memberitahu pelajar-pelajar saya jika mereka ingin mahir dalam bahasa Inggeris,aspek membaca antara aspek paling pentig dan kritikal.Dengan membaca setiap hari, anda akan dapat menyerap struktur-struktur ayat bahasa Inggeris yang betul,menyerap ejana-ejaan bahasa Inggeris yang betul,gaya penulisan yang menarik dan mudah dan juga melihat bagaimana aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang betul digunakan dalam ayat-ayat bahasa Inggeris. Apa yang anda boleh baca bergantung kepada minat anda dan ianya boleh jadi akhbar,majalah,buku cerita dan sebagainya.
 
2. Banyakkan mendengar dalam bahasa Inggeris. Belajar bahasa Inggeris tidak semestinya perlu formal dan serius. Sambil anda mendengar lagu-lagu bahasa Inggeris, anda boleh mendengar sebutan-sebutan bahasa Inggeris yang betul, pembentukan ayat yang betul dan juga tatabahasa yang betul dalam lirik-lirik lagu yang anda dengar itu. Bagaimanapun anda perlu berhati2 bukan semua lagu-lagu bahasa Inggeris itu betul tatabahasa bahasa Inggeris mereka terutama lagu-lagu baru genre rap,hip hop dan sebagainya.Anda lebih digalakkan mendengar lagu-lagu lama era 60an ke 90an kerana biasanya tatabahasa bahasa Inggeris lagu-lagu dari era ini betul dan tepat.
 
3. Banyakkan merujuk kepada kamus anda. Ini memang agak renyah atau melecehkan kepada kita tetapi ganjaran kepada mereka yang sanggup dan rajin merujuk kepada kamus adalah amat-amat besar. Saya sendiri banyak mengajar pelajar-pelajar saya teknik menggunakan kamus untuk mengetahui sebutan-sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang betul, jenis-jenis sesuatu perkataan itu, pasangan kepada sesuatu perkataan itu seperti bila kita menggunakan perkataan afraid ianya akan dipasangkan dengan of. Dengan merujuk kepada kamus anda akan lebih pasti penggunaan sesuatu perkataan itu dan dengan itu ianya juga akan membantu anda menjadi lebih yakin untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
 
 
Ingat 3 tips utama ini dan saya akan ceritakan lagi tips dan petua yang boleh membantu anda menjadi lebih mahir dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris nanti.
 
Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 2hb Februari ini di Putrajaya dan 10hb Februari ini di Sunway.
 
Cikgu Yusoff
019-3090711
 
 

Bengkel Intensif Mudah dan Efektif MUET March 13

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
 
Anda akan mengambil MUET March ini?
 
Anda inginkan tips dan petua untuk mudah lulus MUET?
 
Anda inginkan skrip-skrip mudah untuk komponen Speaking?
 
Anda inginkan skrip-skrip membuat ayat dalam komponen Writing?
 
Anda inginkan teknik menjawab komponen Reading?
 
Anda ingin ketahui teknik untuk menjawab dalam komponen Listening?
 
Anda ingin contoh-contoh karangan yang bagus isi dan tatabahasa ia?
 
Anda inginkan contoh-contoh soalan sebenar MUET?
 
Anda ingin latihan karangan anda disemak sebelum MUET?
 
Jika jawaban and ialah YA!
 
Sertai Bengkel Bengkel Intensif Mudah dan Senang MUET pada 12hb Februari ini!
 
 
Kursus sehari yang lengkap dengan nota, contoh soalan, tips dan petua
 
Nota lengkap dalam dwi bahasa yang mudah difahami
 
Nota yang penuh dengan latihan dan peta minda dan peta konsep
 
Syarahan dalam dwi bahasa dan tidak membosankan
 
Diajar oleh Cikgu Yusoff yang mempunyai 17 tahun pengalaman dalam latihan
 
Khidmat sokongan Online dari mula anda mendaftar sehinggalah ke tarikh MUET anda
 
Yuran yang amat berpatutan dari serendahn RM130 jika daftar dua orang.
 
 
Butiran lanjut kursus:-
 
 
Tarikh – 12hb Februari 2013
 
Masa – 9 a.m. – 5 p.m.
 
Yuran – RM150 seorang atau RM130 seorang kalau daftar dua orang
 
Jumlah peserta – Terhad kepada 20 orang sahaja
 
Lokasi – Leisure Commerce Square,Jalan PJS 8/9.Petaling Jaya. Bersebelahan dengan Stesyen Komuter Setia Jaya (hala Port Klang)
 

Kandungan Kursus

1. Pengenalan dan ringkasan kursus
2. Petua-petua asas dalam mempelajari bahasa Inggeris.
3. Komponen-komponen dalam MUET.
4. Sistem pemarkahan MUET
5. Strategi mendapat Band 3 dan lebih dalam MUET.
6. Komponen Listening dan strategi menjawab soalan.
7. Komponen Speaking dan teknik mendapat markah tinggi dalam komponen ini.
8. Teknik menggunakan skrip dalam komponen Speaking.
9. Komponen Reading dan kepentingannya.
10. Teknik membaca soalan dan mengimbas.
11. Komponen Reading dan kepentingan Grammar.
12. Sesi Soal Jawab.

Tempat terhad kepada 20 orang dan sekarang cuma tinggal 10 kekosongan sahaja kerana 10 tempat telah diambil oleh pelajar-pelajar saya.

Cikgu Yusoff
019-3090711

 
 

Persedian MUET 2013 – Macam mana nak dapat Band 3 atau Band 4 dalam MUET

Secara puratanya, 55% calon yang mengambil MUET sekadar mendapat Band 1 atau Band 2. Antara punca-punca calon gagal mendapat sekurang-kurangnya Band 3 yang telah saya kenal pasti ialah :

1. Tidak arif dengan format MUET itu sendiri.

2. Tidak mengatur strategi dalam persediann MUET mereka.Ramai calon yang risau aspek Speaking dalam MUET sedangkan markah speaking cuma 15% dari jumlah markah MUET. Komponen Reading memberi markah maksima 40% dan Writing 30%! Komponen inilah yang calon kena lebih bersedia.

3. Masih lemah dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Inggeris kerana masih lemah dalam aspek tatabahasa bahasa Inggeris.

4. Kurang kosakata bahasa Inggeris.

5. Kurang membuat latihan-latihan MUET samaada soalan-soalan klon atau soalan-soalan sebenar MUET.

Kursus Asas-Asas Penulisan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 2hb Februari di Putrajaya dan 10hb Februari di Sunway.Amat sesuai untuk pelajar-pelajar yang akan memasuki IPTA dan IPTS dan juga untuk mereka yang akan mengambil MUET.

Cikgu Yusoff
019-3090711
Trainer semenjak 1996
Trainer bahasa Ingeris semenjak 2006.
Penulis 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris.

By knowledgecentre Posted in MUET

Tips tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda dalam tahun 2013.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Ini antra ringkasan tips dan petua yang cikgu rasa anda boleh gunakan untuk membimbing anda dalam usaha anda meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam tahun 2013 ini.

1. Kuasai tatabahasa bahasa Inggeris dan ianya akan memudahkan usaha anda untuk menjadi lebih mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris anda.

Ramai yang tidak suka dan agak phobia apabila mereka mendengar yang mereka perlu belajar balik grammar bahasa Inggeris ini sedangkan mengikut pengalaman cikgu mengajar bahasa Inggeris,secara ikhlasnya memang kena belajar semula grammar bahasa Inggeris ini kerana inilah cara paling cepat dan mudah untuk mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris dan grammar bahasa Inggeris akan:-

i. Memudahkan kita memilih perkataan yang betul dalam ayat-ayat bahasa Inggeris kita seperti bilakah kita perlu gunakan beauty, beautify, beautiful dan beautifully yang semuanya seakan-akan serupa tetapi yang mana satu yang perlu kita gunakan berdasarkan konteks ayat.

ii. Membantu kita membuat perubahan yang betul kepada sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris seperti bilakah boy menjadi boys dan bila pula kita tukarkan kata kerja eat menjadi ate atau eaten dan bila pula kita perlu gunakan eating?

iii. Memastikan subject yang terdiri dari kata nama dan kata ganti nama di padannkan dengan verbs yang betul dan menunjukkan masa yang betul seperti I dipadankan dengan am untuk untuk menunjukkan sekarang seperti I am hungry now dan is di padankan dengan kata nama tunggal seperti Ali is busy right nowdan sebagainya.


2. Membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris

Mengikut pengalaman peribadi cikgu,inilah antara aspek yang paling penting dan paling berkesan untuk membantu kita menjadi mahir dalam bahasa Inggeris. Pembacaan bahan-bahan dalam bahasa Inggeris akan membantu kita untuk:-

i. Meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris kita.

ii. Menyerap struktur ayat bahasa Inggeris yang betul yang kemudiannya boleh kita gunakan semula dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris.

iii. Memahami tatabahasa bahasa Inggeris dengan melihat bagaimana ayat-ayat bahasa Inggeris ditulis dalam tatabahasa yang betul.

iv. Membantu aspek perbualan kita dengan melihat contoh-contoh ayat dalam bahan bacaan tersebut. Dengan membaca kuat,kita juga boleh melatihkan diri kita untuk lebih selesa bercakap dalam bahasa Inggeris.

3. Merujuk kepada kamus

Kamus patut menjadi bahan rujukan utama kita dalam mempelajari bahasa Inggeris dan oleh itu kita perlu mepunyai kamus yang agak lengkap fungsi ia seperti kamus Oxford English-English-Malay yang boleh memberi maklumat penting seperti:-

i. Makna sesuatu perkataan itu.

ii. Jenis perkataan itu samaada ianya kata nama, kata ganti nama,adjektif dan sebagainya.

iii. Kata sandang yang perlu digunakan dengan sesuatu adjektif itu seperti afraid perlu dipadankan dengan of seperti I am afraid of ghost.

iv. Makna tersirat phrasal verb seperti I look up kalau dari segi tersurat bermakna melihat ke atas tetapi makna tersiratnya ialah meghormati seseorang atau memandang tinggi kepada seseorang seperti I look up to my father.

v. Peribahasa atau idiom yang berkaitan dengan perkataan tersebut.

Cikgu amat berharap agar 2013 ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua dan sebenarnya untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris tidaklah sesukar mana sebab kita semua seperti berlian kasar yang cuma perlu digilap oleh guru yang berpengalaman untuk menjadi berlian yang amat berharga.Cikgu doakan anda semua diterangkan hati oleh Allah dan sentisa diberikan kesihatan yang bagus untik menjadi umatNya yang berjaya dalma tahun 2013 ini,InsyaAllah.

Kursus Asas-Asas Komunikasi Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 2hb februari di Putrajaya dan 10hb Februari di Sunway.Daftar awal untuk mendapat diskaun sehingga RM130.

Cikgu Yusoff
019-3090711
Guru/Trainer bahasa Inggeris semenjak 2006.
Trainer semenjak 1996.
Penulis 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris.

Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris di Pulau Pinang March ini!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Atas permintaan ramai daripada mereka yang tinggal jauh di utara dan tidak dapat menghadiri kursus yang cikgu jalankan di Lembah Kelang maka satu kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris akan cikgu jalankan pada bulan March ini di Pulau Pinang.

Tempat terhad kepada 30 orang sahaja dan setakat ni dah 11 orang yang mendaftar dan tinggal 19 kekosongan sahaja lagi.

Kursus ini amat sesuai untuk:-

1. Yang sudah bekerja
2. Yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS.
3. Yang akan mengambil MUET.
4. Yang baru tamat SPM.
5. Yang ingin membimbing anak-anak mereka.
6. Guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris.

Cikgu Yusoff
Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak 2006
Trainer semenjak 1996
cikgutuition@yahoo.com
019-3090711