Kesalahan lazim dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Sejajar dengan permulaan Kursus Mahir bahasa Inggeris Dalam 6 Bulan cikgu yang akan bermula bulan depan di Sunway dan Putrajaya, cikgu akan postkan kesalahan-kesalahan biasa atau common mistakes dalam bahasa Inggeris.

1. “Everybody are happy.”

Perkataan-perkataan seperti everybody, somebody,anybody, nobody adalah singular dan bukannya plural. Walaupun “everybody”merujuk kepada ramai orang, ianya digunakan dengan singular verb – oleh itu ayat yang betul ialah “Everybody is happy.”

2. “I’ll explain you the problem.”

In this sentence, there are two objects – the direct object (the problem) and the indirect object (you). After explain,we need to use to before the indirect object – the person to whom we are doing the explaining. Also, it’s more common to put the direct object first, so the correct sentence is “I’ll explain the problem to you.”

Dalam ayat ini, terdapat dua objek – objek langsung (the problem) dan objek yang tidak langsung (you). Selepas explain, kita perlu gunakan to sebelum objek tidak langsung – orang yang kita sedang menjelaskan. Selain itu, ia adalah lebih biasa untuk meletakkan object langsung dahulu, jadi ayat yang betul ialah “I’ll explain the problem to you.”

3.“I have the possibility to study in Canada next year.”

With “have,” we use opportunity, not possibility– so the correct sentence is “I have the opportunityto study in Canada next year.” The word possibility is more used with “There is…,” for example, “There’s a possibility I  may study inCanada next year.”

Dengan perkataan “have,” kita sepatutnya menggunakan opportunity, bukan possibility– oleh itu, ayat yang betul ialah “I have the opportunityto study in Canada next year.” Perkataan possibility lebih digunakan dengan “There is…,” for example, “There’s a possibility I  may study inCanada next year.”

4. “I think she doesn’t like tomatoes.”

Although there’s no specific grammar rule here, it’s more common to say “I don’t thinkshe likes tomatoes.”

Walaupun tidak ada peraturan tatabahasa tertentu di sini, ia adalah lebih biasa untuk mengatakan “I don’t thinkshe likes tomatoes.”

5. “If I will see John later, I’ll give him the message.”

Although both events are technically in the future, this sentence should be in the first conditional form – “If I see John later, I’ll give him the message.”

Walaupun secara teknikalnya, kedua-dua perbuatan berlaku di masa hadapan depan, ayat ini perlu dalam bentuk first conditional.

Kursus Mahir Bahasa Inggeris Dalam Masa 6 Bulan akan bermula pada 21hb September ini di Sunway dan 28hb September. Yuran dari serendah RM650 sahaja.Tempat terhad.

Kursus Mahir Bahasa Inggeris Dalam Masa 6 Bulan secara Online juga turut disediakan dari serendah RM390.

Cikgu Yusoff
019-3090711

 
 
 

Kursus Mahir Dalam Bahasa Inggeris Dalam 6 Bulan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
 
Ramai yang apabila menghubungi saya tentang kursus-kursus bahasa Inggeris yang saya jalankan bertanyakan keberkesanan kursus yang saya jalankan umtuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris untuk tujuan bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris. Ada yang kurang yakin yang kursus-kursus bahasa Inggeris yang disertai mereka boleh membantu mereka menjadi mahir dalam bahasa Inggeris.
 
Dengan menggunakan pengalaman saya sebagai pengguna bahasa Inggeris selama hampir 45 tahun dan pengalaman mengajar bahasa Inggeris masuk tahun kelapan tahun ini maka saya telah merangka Kursus Jamin Mahir Dalam 6 bulan bermula September ini.
 
1. Kenapa 6 bulan?
 
1. Masa yang cukup panjang selama 180 hari untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan berkesan.
 
2. Pelajar tidak tertekan untuk menguasai bahasa Inggeris dalam masa yang terlalu singkat.
 
3. Masa yang mencukupi untuk dipantau oleh saya untuk membantu pelajar betul-betul mahir.
 
Apa yang akan dirangkumi dalam 6 bulan ini?
 
1. 3 Modul kursus bahasa Inggeris yang terdiri daripada :
 
    1. Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris
    2. Kursus Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris
    3. Kursus Asas-Asas Penulisan bahasa Inggeris
 
2.Latihan pemantapan bahasa Inggeris setiap hari yang terdiri daripada :-
 
 
    1. Latihan pemantapan tatabahasa bahasa Inggeris
    2. Latihan karangan mingguan
    3. Latihan perbualan bahasa Inggeris
 
3.Latihan pemantapan kosakata bahasa Inggeris setiap hari yang terdiri daripada :-
 
 
    1. Senarai 3,000 perkataan-perkataan asas bahasa Inggeris daripada Oxford
    2. Teknik menghafal  4 perkataan utama bahasa Inggeris

    3. Latihan penggunaan kosakata yang sesuai
    4. Latihan penggunaan thesaurus untuk pemantapan kosakata

2. Apakah 3 Modul yang akan diajar?

i. Modul Pertama – Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris

i. Teknik mudah menggunakan kamus untuk memudahkan membuat ayat2 dalam bahasa Inggeris.

ii. Teknik efektif menggunakan kamus untuk membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris.

iii. Teknik senang dan cepat meningkatkan kosakata bahasa Inggeris dengan thesaurus dan Teknik 4 part of speech

iv. Teknik mudah membuat ayat dengan Teknik 3W’s yang dicipta oleh Cikgu Yusoff sendiri.

v. Teknik berkesan memahami menggunakan verbs seperti am,is,are,was,were dan have,has dan had.

ii. Modul Kedua – Kursus Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris

i. Teknik mudah menggunakan kamus untuk menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris dengan tepat dengan menggunakan International Phonetic Spelling

ii. Asas-asas tatabahasa untuk perbulana bahasa Inggeris

iii. Etiket dalam perbualan

iv. Teknik memulakan perbualan – Conversation Starter technique

v. Teknik mendapatkan maklumat dan bertanya soalan dalam perbualan bahasa Inggeris

vi. Latihan perbualan mudah

iii. Modul Kedua – Kursus Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris

i. Asas-asas tatabahasa untuk perbulana bahasa Inggeris

ii. Etiket dalam penulisan

iv. Penulisan untuk komunikasi di pejabat

v. Format penulisan untuk e-mail, minit mesyuarat, laporan

3. Apakah khidmat sokongan yang akan diberikan sepanjang 6 bulan nanti?

i. Khidmat semakan latihan karangan mingguan sebanyak 24 karangan

ii. Khidmat penerangan tambahan untuk latihan-latihan pengukuhan harian

iv. Khidmat penerangan melalui WhatsApp

v. Khidmat sokongan melalui emel, sms dan telefon

4. Apakah dijamin akan mahir dalam bahasa Inggeris selepas 6 bulan nanti?

Ya, anda dijamin akan mahir membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris tertakluk kepada syarat-syarat berikut

i. Menyiapkan semua latihan harian yang diberi dan juga latihan karangan yang diberi.

ii. Menguasai kesemua perkataan yang ada di dalam senarai 3,000 perkataan-perkataan asas bahasa Inggeris daripada Oxford.Anda sudah tahu sebahagian daripada perkataan-perkataan asas dalam senarai ini dan tak banyak yang perlu anda hafal.

iv. Bertanya terus di semasa kursus atau tidak lama selepas kursus jika ada apa-apa aspek pengajaran yang tidak difahami.

v. Sanggup datang ke kelas-kelas tambahan pada masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh saya samaada di Sunway,Putrajaya atau Bangi.

5. Dimana dan bila kursus akan dijalankan?

i. Lokasi Putrajaya

1. Tarikh – Modul pertama 28hb dan 29hb Sept 2013
                 Modul kedua 26hb dan 27hb Okt 2013
                Modul ketiga 30hb Okt dan 1hb Nov 2013

2. Masa – 10 a.m. – 5 p.m.

3. Lokasi – Kompleks Kejiranan Precint 16, Jalan P16G. Putrajaya

i. Lokasi Sunway

1. Tarikh – Modul pertama 21hb dan 22hb Sept 2013
                 Modul kedua 19hb dan 20hb Okt 2013
                Modul ketiga 23hb dan 24hb Okt

2. Masa – 10 a.m. – 5 p.m.

3. Lokasi – Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9.46150 Petaling Jaya

Selepas tamat kursus,peserta akan dibimbing secara Online/WhatsApp/Email dan juga kelas-kelas tambahan percuma(jika pelajar memenuhi syarat) selama 3 bulan lagi.

6. Kursus ini sesuai untuk siapa?

Kursus ini amat sesuai untuk:-

1. Yang sedang bekerja
2. Yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS.
3. Yang akan mengambil MUET.
4. Yang baru tamat SPM.
5. Yang ingin membimbing anak-anak mereka.
6. Guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris.

7. Berapakah yuran kursus?

Yuran asal kursus untuk setiap modul ialah RM350 tetapi tetapi  yuran cuma RM290 seorang jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 1hb September 2013.

Daftar untuk ketiga-tiga modul dan yuran cuma RM790 (jimat RM260) jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 1hb September 2013.


Daftar dua orang dan yuran setiap modul cuma RM250 seorang
jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 1hb September.

Bayar untuk ketiga2 modul dan yuran cuma RM 690 seorang jika daftar dengan deposit pada atau sebelum 1hb September


Hubungi saya segera jika berminat kerana tempat terhad kepada 15 orang sahaja

Cikgu Yusoff
019-3090711