Verb TO HAVE – Penggunaan have,has,had,having dan sebagainya

Verb TO HAVE

Verb TO HAVE Nama untuk Kata Kerja ini biasanya di panggil Verb TO HAVE. Ini antara topik yang paling saya suka ajar kerana ianya dapat membantupelajar-pelajar saya untuk berupaya membuat ayat dengan betul dari segia tatabahasa atau grammar dalam bahasa Inggeris.

Dari segi bentuk ia, anda perlu tahu lima bentuk yang boleh wujud iaitu:-

1. Infinitive / Kata dasar – Kata dasar ia ialah HAVE

2. Third person singular form – Have + ‘s’ = Has Third person singular merujuk kepada singular nouns seperti Ali, the boy, my child atau singular pronouns iaitu He, She dan It Ramai yang tidak tahu bahawa ‘has’ sebenarnya ialah Infinitive + -s ——> Have + -s = Has

3. Past tense = Had Ramai yang tidak tahu bahawa ‘had’ sebenarnya ialah Infinitive + -ed ——> Have + -ed = Had

4. Past participle = Had Infinitive + -ed ——> Have + -ed = Had

5. Present participle – Having Ramai yang tidak tahu bahawa ‘having’ sebenarnya ialah Infinitive + -ing ——> Have + -ing = Having

Anda perlu tahu bahawa anda bukan boleh pada setiap masa menggunakan Verb TO HAVE dalam bentuk Present Participle ia kerana Verb TO HAVE adalah sejenis Mixed Verb di mana ianya bergantung kepada definisi Verb TO HAVE itu sendiri.

Berdasarkan kamus Oxford English-English-Malay ada 9 definisi untuk Verb TO HAVE iaitu:-

1. To Hold something / To Possess Mempunyai / Ada Abu has a house in Bangi.

2. To be ill with something Menghidap My mother has a bad cold.

3. To have a particular duty or plan Ada tugas atau rancangan sesuatu. I have a lot of homework this week.

4. To hold somebody/something; to keep something in a particular place Memegang; menahan; meletakkan sesuatu We have our books up on the shelves.

5. Used with many nouns to talk about doing something I am having my breakfast tight now. I had nasi lemak for breakfast this morning.

6. To experience something/ Mengalami Ali is having some problems at the office now.

7. To cause somebody or something to do something in a particular state Digunakan dengan maksud menyebabkan seseorang/sesuatu membuat sesuatu atau berada dalam keadaan sesuatu. I will have lunch ready by the time you get home.

8. Have something done Digunakan dengan maksud mengatur bagi seseorang untuk membuat sesuatu I have my car washed once a week at a car wash near my house. Ali is having his hair cut now.

9. To look after or entertain somebody Menjaga; meraikan We are having some guests to lunch tomorrow. Penerangan penuh Verb TO HAVE ini boleh anda semua dapati daripada Manual Lengkap bahasa Inggeris saya yang setebal 632 muka (bersaiz A4) atau dengan menghadiri Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya yang akanakanbermula di Sunway pada 9hb Mei ini dan pada 10hb Mei ini. Cikgu Yusoff WhatsApp 019-3090711

Jom sertai page Cikgu Yusoff’s English di Facebook

FB CYE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Terima kasih kepada anda semua yang telah mengikuti blog cikgu ini

InsyaAllah cikgu akan cuba untuk lebih aktif dalam blog. Untuk mereka yang inginkan lebih banyak artikel-artikel bahasa Inggeris dan sedikit untuk bidang-bidang lain, jangan lupa Like Facebook page cikgu di Cikgu Yusoff’s English

Ini kerana,kadang-kadang cikgu cuma post di FB page sahaja dan tidak dipostkan di blog cikgu ini.

Untuk mereka yang ingin menyertai group WhatsApp cikgu,ada tinggal 20 kekosongan sahaja lagi untuk mereka yang betul2 berminat nak meningkatkan bahasa Inggeris mereka.Anda boleh WhatsApp cikgu di 019-3090711 untuk menyertai ia.

Cikgu Yusoff
WhatsApp

Pelajari semula aspek tatabahasa anda untuk kuasai bahasa Inggeris dengan cepat dan tepat!

Grammar cartoon Grammar cartoon2 Grammar personality

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Tahun 2015 ini merupakan tahun ke 10 cikgu mengajar bahasa Inggeris secara sepenuh masa dan jika anda perhatikan dalam posting-posting cikgu di FB ini dan di blog cikgu ini, cikgu masih menekan aspek tatabahasa bahasa Inggeris.

Dalam kelas Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang cikgu jalankan di Sunway dan Putrajaya, cikgu akan mulakan dengan topik yang paling penting dalam aspek tatabahasa bahasa Inggeris iaitu Noun atau Kata Nama. Selepas itu cikgu akan ajar pelajar-pelajar cikgu aspek Pronoun atau Kata Ganti Nama dan kemudiannya topik Verb TO BE dan Verb TO HAVE.Selepas topik Verb TO HAVE, pelajar-pelejar kemudiannya akan diajar topik Adjective, Adverb dan Verb tenses.

CIkgu akan cukup teruja apabila mula mengajar aspek Verbs dalam bahasa Inggeris yang cikgu mulakan dengan Verb TO BE kerana dengan pengajaran Verb TO BE ini, pelajar-pelajar akan boleh buat ayat dengan 2 jenis perkataan sahaja iaitu Noun dan Verb TO BE.

Komponen yang ada dalam Verb TO BE ialah am,is,are,was,were dan sebagainya.

Topik2 seperti Noun, Pronoun,Verb TO BE dan sebagainya di panggil Part of Speech dalam bahasa Inggeris.Anda boleh gabungkan Noun dengan Verb TO BE untuk membentuk ayat-ayat mudah yang betul dari segi grammar atau tatabahasa yang membolehkan semua orang di seluruh dunia memahami apa yang anda ingin sampaikan.

Sebagai contoh, anda boleh gunakan formula berikut:-

1. Noun + Verb TO BE + Nouns of occupation

Ali is a teacher.

Verb TO BE dalam ayat di atas ialah ‘is’ dan kita gunakan ‘is’ atas faktor:-

i. Masa
ii. Subject

‘is’ digunakan kerana kita ingin memberitahu orang bahawa Ali itu masih lagi bekerja sebagai seorang guru.

‘is’ juga digunakan dan bukannya ‘are’ kerana Subject dalam ayat ini ialah ‘Ali’ yang merupakan Singular Subject dan oleh itu ianya akan dipadankan dengan ‘is’ disebabkan ‘is’ ialah singular verb.

Singular subject bermaksud kuantiti/jumlah noun itu sama dengan satu.

Quantity of noun =1 —————-> Singular noun

Singular noun + singular verb

Lihat pula contoh berikut:-

1. Noun + Verb TO BE + Nouns of occupation

Ali and Abu are teachers.

Verb TO BE dalam ayat di atas ialah ‘are’ dan kita gunakan ‘are’ atas faktor:-

i. Masa
ii. Subject

‘are’ digunakan kerana kita ingin memberitahu orang bahawa Ali dan Abu itu masih lagi bekerja sebagai seorang guru.

‘are’ juga digunakan dan bukannya ‘is’ kerana Subject dalam ayat ini ialah ‘Ali and Abu’ yang merupakan Plural Subject dan oleh itu ianya akan dipadankan dengan ‘are’ disebabkan ‘are’ ialah plural verb.

Plural noun + Plural verb

Plural subject bermaksud kuantiti/jumlah noun itu lepbih daripada satu.

Quantity of noun > 1 —————-> Plural noun

Plural noun + Plural verb

Aspek ini akan kerap ditekan dalam kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang akan bermula di Sunway pada 9hb Mei dan di Putrajaya pada 10hb Mei selama 7 minggu sahaja,Yuran masih RM790 untuk keseluruhan kursus untuk yang mendaftar awal. anda cuma perlu bayar deposit sahaja dulu untuk mendaftar.

Cikgu Yusoff
SMS/Call/WhatsApp 019-3090711

Penggunaan Indefinite pronouns atau kata ganti nama tidak spesifik

image

image

Indefinite  Pronouns

What? – Kata gantinama  tidak spesifik . Digunakan untuk  menggantikan kata nama secara am.

Why? –

1. Kita tidak menggunakan kata nama secara berterusan dan  biasanya dalam ayat kedua,kata nama digantikan dengan pronouns  seperti  yang di dalam gambarajah.

2. Indefinite pronouns  juga digunakan apabila nouns itu tidak diketahui.

e.g. i.Someone has stolen my book.

*pencuri buku  itu tidak diketahui.

ii. Somebody called  you just now but he did not give his name .

*penelefon  itu tidak diketahui nama dia.

3. What is the impact?

Oleh kerana  mereka ialah  Pronouns,mereka boleh menjadi subjek (pelakon utama dalam ayat ) dan perlu mengetahui samaada ianya  singular atau plural.

4. HOW? – Seperti dalam gambarajah, everyone,someone,something  adalah singular,oleh itu mereka mesti dipadankan dengan singular verb

***Please remember

Singular  Verbs – is,was,has,does etc

i. Someone is here.

ii. There was something  in the bush just now.

iii. Everyone  is waiting for you right now.

Seperti dalam gambarajah, both,few,others adalah plural,oleh itu mereka mesti dipadankan dengan plural verb

***Please remember

Plural  Verbs – are,were,have,do etc

i. Both are here.

ii. Few were there  just now.

iii. Others  are waiting for you right now.

Kursus Asas2 Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada awal Mei di Putrajaya dan Sunway dan berjalan selama 7 minggu.Yuran cuma RM790  untuk yang daftar awal.

Cikgu Yusoff
Call/WhatsApp 019-3090711

Cara menyemak kesahihan GST ID Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Masih ramai yang tak pasti bagaimana cara untuk menyemak samaada satu2 perniagaan itu telah mendaftar secara sah dengan pihak kastam Malaysia untuk mengenakan GST kepada pengguna.

image

Anda boleh menggunakan contoh resit ini sebagai contoh.Anda boleh menggunakan satu daripada 3 maklumat yang ada dalam resit ini iaitu:-

1. Nombor pendaftaran syarikat
2. Nombor pendaftaran GST atau GST ID
3. Nama perniagaan /syarikat

Gunakan maklumat ini dan kemudian pergi ke laman web https://gst.customs gst.my/tap dan masukkan salah satu maklumat yang anda ada.

image

Sebagai contoh

image

<

image