Kelas persediaan dan ulangkaji bahasa Inggeris UPSR,PMR dan SPM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Anda inginkan anak anda cemerlang dalam kertas bahasa Inggeris UPSR, PMR dan SPM?

Anda inginkan anak anda bersedia lebih awal untuk peperiksaan mereka?

Anda inginkan penilaian tahap kesediaan anak anda untuk peperiksaan mereka?

Anda inginkan anak anda didedahkan kepada teknik mahir bahasa Inggeris?

Jika jawapan anda ialah YA

Maka daftar segera anak-anak anda untuk Kelas Persediaan dan Ulangkaji untuk UPSR, PMR dan SPM Disember ini!!!

Butiran lanjut Kelas:

Tarikh kelas :
UPSR 18 Dec, 25 Dec dan 1 Jan jam 9 pagi – 12 thari

PMR 12 Dec, 19 Dec dan 26 Dec jam 9 pagi – 12 thari

SPM 18 Dec, 25 Dec dan 1 Jan jam 2 ptg hingga 5 ptg

Lokasi : Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9. Petaling Jaya. Berdepan dengan kilang Freescale Sg Way (dulu Motorola) dan Stesyen Komuter Setia Jaya.Setempat dengan HQ Kurnia Insurance dan bersebelahan dengan apartment Mentari Court.

Yuran untuk keseluruhan kelas : UPSR RM120
PMR RM150
SPM RM180

Diskaun ; Untuk 10 pelajar pertama, diskaun yuran selepas didiskaun ialah

UPSR RM90
PMR RM120
SPM RM140

Kandungan Kelas:

Sesi Satu

1. Pengenalan
2. Ujian penilaian
3. Overview sukatan pepelajaran peperiksaan
4. Persediaan untuk peperiksaan
5. Strategi pembelajaran
6. Penggunaan kamus dan dalam pembelajaran
7. Penggunaan thesaurus dan dalam pembelajaran
8. Penggunaan buku Grammar dan dalam pembelajaran

Sesi Dua

1. Pengenalan kepada tatabahasa
2. Latihan dan ujian penilaian tatabahasa
3. Pengenalan kepada perbendaharaan kata
4. Latihan dan ujian penilaian perbendaharaan kata

Sesi Tiga

1. Analisa soalan peperiksaan
2. Latihan dan ujian penilaian peperiksaan
3. Penerangan kepada jawapan
4. Overview keseluruhan kursus
5. Sesi soal jawab

Kelebihan Kursus

1. Nota yang dipenuhi dengan latihan-latihan, peta minda dan tips dan petua.
2. Percuma 5 latihan karangan selepas kursus bernilai RM100.
3. Sokongan secara online percuma untuk 2 bulan selepas tamat kursus.
4. Diskaun untuk kelas-kelas akan datang.

Hubungi saya segera jika berminat kerana tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja untuk setiap Intake.

Yusoff
0193090711
cikgutuition@gmail.com

Kekeliruan lazim dalam bahasa Inggeris # 2 – Nouns

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Hari itu saya telah mulakan siri artikel Kekeliruan Lazim dalam bahasa Inggeris yang saya harap boleh membantu anda semua dalam mengurangkan kesilapan dalam komunikasi bahasa Inggeris. Bagaimanapun penerangan yang diberikan adalah dalam bentuk ringkasan dan anda digalakkan membeli buku-buku tatabahasa atau menyertai kursus bahasa Inggeris secara formal supaya anda lebih jelas tentang tatabahasa bahasa Inggeris ini.


Kekeliruan lazim dalam penggunaan Nouns

1. Ramai yang menyangkakan yang kalau jumlah sesuatu noun itu banyak maka anda perlu tukarkan ke bentuk plural. Sebenarnya sebelum anda bertanya samaada sesuatu noun itu dalam bentuk singular iaitu Kata Nama Tunggal atau plural iaitu Kata Nama Majmuk anda perlu tanya dulu samaada noun itu boleh dikira atau tidak iaitu is it countable or not? Ini kerana dalam penggunaan bahasa Inggeris, hanya nouns yang boleh dikira atau countable nouns sahaja yang ada bentuk singular dan plural seperti one car two cars.

2. Nouns yang tidak boleh dikira atau uncountable nouns tidak mempunyai bentuk plural dan ianya juga bukanlah juga singular nouns. Ianya adalah dalam kategori ia sendiri. Ramai yang tidak pasti atau tidak pernah di ajar yang uncountable nouns tidak boleh ditukarkan ke bentuk plural seperti little water kepada much waters atau a bit of salt kepada some salts.Ianya mesti kekal dalam bentuk asalnya walaupun jumlahnya banyak.

3. Kekeliruan juga wujud dalam apakah jenis-jenis nouns yang masuk di bawah kategori uncountable nouns. Antara kategori nouns yang merupakan uncountable nouns ialah benda yang halus dan kecil seperti salt, sugar dan sebagainya. Benda yang dalam bentuk gas seperti air, haze dan smoke. Cecair juga ialah uncountable seperti water, petrol dan juice. Bahasa juga tidak boleh dikira seperti English, Mandarin dan Arabic. Matapelajaran juga tidak boleh dikira seperti English, Mathematics dan sebagainya,

4. Yang lebih mengelirukan dalam uncountable nouns ialah generic nouns yang asalnya ialah countable nouns seperti one chair, two tables, four cupboards tetapi bila semua perabot ini digabungkan menjadi satu iaitu furniture maka furniture pula menjadi uncountable.

5. Uncountable tidak boleh digunakan dengan articles seperti a dan an kerana a dan an digunakan dengan singular nouns sahaja seperti a boy, an umbrella dan sebagainya. Anda tidak boleh ayat seperti I bought a furniture yesterday, walaupun anda ingin maksudkan yang anda beli sebuah meja atau kerusi. Anda masih boleh gunakan a dengan furniture tetapi anda perlu selitkan quantity expression yang sesuai iaitu piece dan ayat yang betul ialah I bought a piece of furniture yesterday.

Kekeliruan sebeginilah yang akan saya jelaskan dalam kelas Asas-Asas bahasa Inggeris saya dan ada dua kelas akan saya buat pada masa terdekat ini iaitu pada 5 Dec di Sunway dan 9hb Januari di Melawati.

Selagi anda tidak tahu apakah peraturan-peraturan dalam penggunaan Nouns seperti di atas maka selagi itulah anda akan keliru dan akan membuat kesilapan.Pengetahuan perbendaharaan kata bahasa Inggeris atau vocabulary sahaja tidak mencukupi.

Yusoff
0193090711
cikgutuition@yahoo.com

Kursus Asas Komunikasi bahasa Inggeris di Sunway dan Melawati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Kuasai Asas-Asas Komunikasi Bahasa Inggeris dengan mudah!

Kelas di Melawati Sabtu 4 jam seminggu!

Kelas di Sunway Ahad 4 jam seminggu!

Boleh menulis dan berbual dalam bahasa Inggeris dengan baik selepas kursus!

Kandungan kursus meliputi aspek Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris!

Percuma bimbingan Penulisan karangan!

Naik pangkat dengan Mudah bila BI lebih baik!

Bantu anak-anak anda dalam bahasa Inggeris mereka!

Dijamin Mudah untuk difahami dan Kelas dalam Dwi Bahasa!

Kos yang murah tapi efektif!

Kelas pada hujung minggu!

Khidmat sokongan percuma selama 3 bulan selepas kelas melalui e-mail!

Nota LENGKAP dalam BM n BI / Nota Dwi bahasa!

Diskaun untuk pendafataran 2 atau lebih!

Weekend classes!

Cuma 15 pelajar setiap kelas!

Tempat terhad – Cuma tinggal 10 kekosongan!

Join the Fundamentals of English Communication starting this December and January!

Cuba lihat apa kata pelajar-pelajar saya sebelum ini :-

1.Sebelum ini saya memang amat suka dengan cara cikgu menulis di buku cikgu dan sekarang ini saya lebih faham selepas menghadiri kelas cikgu untuk intake March 2008.

Sara – Kuala Lumpur

2. I have gone through the notes given and found it very interesting. On behalf of all my friends , we appreciate your dedication and commitment.

Sham – Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur

3. Saya rasa macam saya belajar balik macam di sekolah dulu tapi lebih faham dengan apa yang di ajar.

Rina – Philips, Nilai.

4. Saya seronok dengan kelas pertama cikgutu sebab banyak yang saya boleh belajar dari menggunakan kamus yang saya tak tahu selama ini. Sebelum cikgu ajar tadi saya cuma guna kamus untuk tengok maksud sahaja. Tak sedarpun kelas 3 jam dah habis.

Rohaya – Kuala Lumpur (Intake Jan 2009)

Butir-butir lanjut

Yuran Pendaftaran RM150 (utk confirm tempat!)

Tempoh masa kelas 5 minggu sahaja!!!

Lokasi kelas Leisure Commerce Square, Sunway. (setempat dengan ibupejabat Kurnia Insurance).

Wangsa Melawati (Bersebelahan Giant)

Kemudahan Pengangkutan Awam untuk kelas Sunway! Sebelah Stesyen Komuter Setia Jaya, dekat dengan LRT Putra Kelana Jaya dan bersebelahan dengan laluan bas2 ke Kelang dan Shah Alam.

Kekerapan kelas Seminggu sekali hari Sabtu di Melawati dan Ahad di Sunway

Kelas Selesa dan berhawa dingin

Waktu kelas Sunway 2 ptg – 6 ptg

Melawati 9 pagi – 1 ptg

Yuran-Yuran Sepatutnya RM600

ANDA CUMA BAYAR RM450 untuk keseluruhan kelas!

Yuran biasa ialah RM490!!!

Lebih murah dari tempat lain yang mengenakan yuran dari RM700 hingga RM1,000++ untuk kursus yang sama!

Cara pengajaran Dwi bahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu

Nota – Nota lengkap dalam dwi bahasa untuk semua topik

Lain-lain kelebihan – Nota-nota dan tips tambahan melalui email.

Pertanyaan lanjut tentang apa2 topik melalui email / online chat dan telefon

Latihan2 esei mingguan percuma yang akan disemak oleh saya melalui email.

Credentials Pengajar

1. Trainer English selama 7 tahun

2. Penulis 5 buah buku :-

1. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris
2. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris 2 – Perbualan telefon
3. Cara Mudah mengajar Anak-Anak Mempelajari bahasa Inggeris

4. Perbualan Mudah Bahasa Inggeris

5. Cara Mudah Mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah rendah.

3. Trainer di organisasi-organisasi besar

i. Trainer Kursus Basic English Conversation untuk staff Universiti Malaya, Kuala Lumpur July 10

ii. Trainer Kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Puchong April 10 hingga Jun 10

iii. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff P.T. Widuri, Kuala Lumpur Jun 10 hingga Aug 10

iv. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk staff Kementerian Kesihatan, Putrajaya Nov 07 hingga February 08

v. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff EPF, Kuala Lumpur July 08 hingga Nov 08

vi. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Platinum Victory Sdn. Bhd., Kuala Lumpur July 08 hingga Nov 08

vii. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Platinum Victory Development Sdn. Bhd., Kuala Lumpur July 08 hingga Nov 08

viii. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk staff Kementerian Kesihatan, Putrajaya Nov 07 hingga February 08

ix. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk SCA Packaging Malaysia, Beranang, Selangor Ogos 2007

x. Trainer kursus Basic English Conversation untuk staff FAMA pada 10-12 July di Kalumpang Resort and Training Centre dan di Amansari Beach Resort, Kuantan pada 3 hingga 6 September 2007

xi. Trainer untuk staff Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Terengganu di Hotel Dynasty pada 23-25 Mei dalam kursus “Practising Proper English at the workplace”

xii. Trainer di School of Banking, Affin Bank (1996-2000)

xiii Speaker jemputan di Persatuan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT), Sungai Buloh.1996 -2000

Semua buku terbitan Perintis Publication dan boleh dilihat di laman web mereka di http://www.books.perintis.com.my/ dan biodata saya boleh di lihat di Panel Penulis,

Jika berminat sila hubungi saya segera kerana tempat terhad!

Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau sms /call di 019-3090711

Kenapa Grammar aspek paling penting dalam BI.

Salam sejahtera semua

Bila bercakap tentang mempelajari bahasa Inggeris majoriti yang menghubungi saya lebih berminat untuk terus memasuki kursus-kursus yang berkaitan dengan penulisan dan perbualan. Pada saya ini adalah sifat biasa antara kita kerana kita banyak menghadapi masalah dalam aspek penulisan dan perbualan dalam kerjaya dan kehidupan kita sehari-harian.

Ramai juga yang inginkan kursus yang membolehkan mereka mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa yang cepat. Ini juga satu perkara biasa di kalangan kita terutamanya di kalangan pelajar-pelajar dewasa yang sudah bekerja kerana keperluan kemahiran bahasa Inggeris yang semakin mendesak dan mereka perlu memperbaiki bahasa Inggeris mereka secepat mungkin kerana kelemahan dalam bahasa Inggeris menghalang mereka untuk naik pangkat ataupun untuk mendapatkan pekerjaan baru.

Begitu juga dengan mereka yang perlu mengambil peperiksaan bahasa Inggeris untuk tujuan akademik seperti MUET, TOEFL dan juga IELTS. Sekali lagi permintaan dari golongan ini ialah untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam bahasa Inggeris agar mereka boleh lulus ataupun mendapat markah atau band yang dikehendaki oleh kursus-kursus tertentu, universiti-universiti tertentu dan juga yang dikehendaki oleh pemberi biasiswa.

Ada juga yang inginkan jaminan dari saya untuk memastikan mereka boleh tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris bila mereka tamat menjalani Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris dan kursus Intermediate English yang saya jalankan buat masa ini.

Jika anda tanya saya berdasarkan pengalaman saya belajar bahasa Inggeris selama hampir 40 tahun, berdasarkan pengalaman saya belajar bahasa Inggeris secara intensif selama 6 bulan untuk persediaan TOEFL dan juga berdasarkan pengalaman saya pegi ke negara-negara asing seperti Australia, Arab Saudi, Dubai, Singapura dan Thailand maka saya boleh mempermudahkan tiga aspek untuk membolehkan anda:-

1. Fasih bercakap dalam bahasa Inggeris.
2. Lancar dan mudah difahami dalam peulisan bahasa Inggeris.
3. Cepat mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan hingga setahun.
4. Mudah lulus dan mendapat markah atau band yang tinggi dalam peperiksaan bahasa Inggeris seperti MUET, TOEFL dan IELTS.

Tiga ASPEK penting ini ialah:-

1. Pengetahuan Grammar bahasa Inggeris yang betul.
2. Perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang mencukupi.
3. Latihan yang berterusan dan mencukupi.

Pandangan peribadi saya sebagai pelajar selama 40 tahun dan pengajar bahasa Inggeris hampir 10 tahun sudah tentu aspek Grammar yang paling penting. Mungkin sesetengah pengajar bahasa Inggeris kurang bersetuju dengan saya dan lebih memikirkan yang aspek Vocabulary atau Perbendaharaan kata bahasa Inggeris adalah yang paling penting. Saya bersetuju yang aspek vocabulary juga penting dalam bahasa Inggeris tetapi biar saya terangkan secara ringkas kenapa Grammar yang paling penting dalam memahirkan penggunaan bahasa Inggeris anda. Saya amar berharap penjelasan saya ini boleh mencetus minat dan keinginan tinggi dalam diri anda untuk mempelalajari Grammar bahasa Inggeris selepas ini.

Secara ringkasnya aspek Grammar paling penting walaupun apapun tujuan dan niat anda mempelajari bahasa Inggeris kerana:-

1. Grammar membantu anda menyusun ayat dengan betul bila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tanpa terikut-ikut tatabahasa bahasa Ibunda anda.

2. Grammar membantu anda tahu bila sesuatu perkataan bahasa Inggeris itu perlu ditukar.Antaranya konsep singular plural dalam Nouns atau kata nama dimana ianya mungkin perlu ditukar seperti one boy ditukar kepada two boys bila bilangan noun itu lebih daripada satu.

3. Grammar juga membantu anda untuk tahu Nouns yang bagaimana yang tidak boleh ditukar bentuk walaupun jumlahnya banyak dan lebih daripada satu khasnya Uncountable Nouns atau Kata Nama tidak boleh dikira seperti water, sugar, furniture, hardware dan sebagainya yang tidak boleh anda tambah s,es,ies dan sebagainya walaupun jumlahnya banyak.

4. Grammar juga membantu anda untuk tahu Nouns yang bagaimana boleh anda gunakan dengan a dan an dan Nouns yang bagaimana yang tidak boleh anda gunakan dengan a dan an. A dan an ialah seperti penggunaan seorang, seekor, sebuah dna oleh itu Cuma boleh digunakan dengan singular nouns sahaja seperti a boy, a house dan sebagainya dan tidak bole digunakan dengan plural nouns seperti a boys, a children dan tidak boleh juga digunakan dengan uncountable nouns seperti a sugar, a furniture or an advice.

5. Grammar membantu anda dalam penggunaan kuantiti ekspresi bila anda menggunakan uncountable nouns seperti a piece of furniture dan bukannya a furniture. A piece of advice dan bukannya an advice.Two bottles of water dan bukannya two water atau two waters.

6. Grammar membantu anda dalam penggunaan apsotrophe s iaitu ’s atau pengunaan apostrophe sahaja iaitu ’ untuk menunjukkan pemilikan dalam bahasa Inggeris seperti Ali’s house dan the boys’ house.

Penerangan saya setakat ini baru dari segi penggunaan Grammar dalam Nouns atau Kata Nama. Anda dapat perhatikan yang baru satu topik anda sudah perlu tahu banyak undang-undang yang betul dan hanya pengetahuan Grammar yang menyeluruh sahaja akan memastikan anda dapat berkomunikasi dengan lancar dan tepat dalam bahasa Inggeris. Saya akan sambung lagi artikel ini di masa yang terdekat ini, InsyaAllah.

Inilah sebabnya dalam kursus asas dan kursus Intermediate saya, saya amat menekankan aspek Grammar agr anda semua boleh cepat pandai dalam komunikasi bahasa Inggeris.Saya cadangkan anda belajar dari peringkat paling paling asas kerana semua topik berkaitan.

Kursus Intensif Asas bahasa Inggeris akan saya mulakan Sabtu ini di Putrajaya dan Ahad di Sunway. Kursus di Putrajaya merupakan kursus terakhir dalam masa terdekat ini.

Jika anda ingin belajar sendiri, saya sarankan anda dapatkan buku Basic English Gammar tulisan Betty Azar yang diterbitkan oleh Longman atau anda juga boleh dapatkan Manual Lengkap bahasa Inggeris tulisan saya sendiri. Buku Basic English itu bagaimanapun tidak mengajar sepenuhnya dari peringkat paling asas.

Yusoff
0193090711