Bengkel Persediaan Menghadapi MUET di Sunway Ahad ini 3hb April ini!!!

Bengkel Persediaan MUET 2011

Anda tidak tahu apakah itu MUET?

Anda ingin mengambil MUET tahun ini dan tidak pasti bagaimana ingin tahu bagaimana untuk bersedia mengambinya?

Tidak pasti dengan Format MUET?

Inginkan tips dan petua-petua menjawab soalan-soalan MUET?

Bengkel Persediaan MUET di tempat lain mahal?

Sertailah Bengkel Persediaan Menghadapi MUET di Sunway Ahad ini 3hb April ini!!!

Merangkumi perediaan semua 4 komponen MUET iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing!!!

Contoh-contoh soalan MUET sebagai latihan dalam Bengkel!!!

Kandungan Bengkel MUET 2011

1. Pengenalan kepada Bengkel – Objektif Bengkel

2. Pengenalan kepada MUET
2.1 Sejarah MUET
2.2 Tujuan MUET diperkenalkan

3. 4 komponen MUET – Apakah yang ditanya dalam keempat2 komponen ini
3.1 Komponen Listening
3.2 Komponen Reading
3.3 Komponen Writing
3.4 Komponen Speaking

4. Tips-tips dan petua menjawab dalam komponen Listening

5. Tips-tips dan petua menjawab dalam komponen Reading

6. Tips-tips dan petua menjawab dalam komponen Writing

7. Tips-tips dan petua menjawab dalam komponen Speaking

8. Panduan Tatabahasa Asas

9. Latihan MUET

10. Post Mortem latihan MUET

Butiran lanjut:-

1. Tarikh kursus – Ahad ini 3hb April 2011

2. Lokasi – Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9, Petaling Jaya. Bersebelahan dengan Federal Hughway dan bersebelahan dengan Stesyen Komuter Setia Jaya (hala Port Klang) dan tidak jauh dari Stesyen LRT Putra Kelana Jaya (dalam laluan bas transit stesyen ke Sunway Pyramid).

3. Masa – 9 pagi hingga 1 petang

4. Yuran cuma RM90 seorang.Daftar 2 org keatas dan yuran cuma RM80

Hubungi saya di cikgutuition@yahoo atau di 0193090711. Tempat terhad

By knowledgecentre Posted in MUET

Keputusan SPM 2010 keluar Rabu ini! / SPM 2010 results out this Wednesday!

Majlis Peperiksaan Malaysia semalam mengumumkan yang keputusan peperiksaan SPM 2010 akan dikeluarkan hari Rabu depan, 23hb March 2011.

Calon-calon SPM 2010 boleh mengambil keputusan SPM mereka di sekolah masing-masing dari pukul 10 pagi, 23hb ini. Calon-calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos.

Seramai 467,970 calon mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2010 lepas.

Penyemakan keputusan melalui SMS bagaimanapun belum diberitahu lagi oleh pihak MPM.

Untuk mereka yang ingin mengambil Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris pada diskaun 20% untuk lepasan SPM 2010 sila hubungi saya di cikgutuition@yahoo.com atau call 019-3090711.

Untuk makluman lanjut melalui email SMS Nama JARAK Alamat email ke 0193090711

Senang sahaja nak mahir dalam bahasa Inggeris ni…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua

Kekadang kita sering bertanya, susah sangatke nak jadi mahir dalam bahasa Inggeris?

Susah sangat kah nak jadi fasih dalam bahasa Inggeris?

Susah sangat kah nak buat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris?

Kenapa aku dah belajar bertahun-tahun BI ni masih kurang fasih?

Boleh ke mahir dalam BI ni sedangkan umur aku dah 20an, 30an, 40an dan 50an ni?

Kalau anda tanya soalan ini kepada saya, jawapannya TIDAK! Kenapa tidak?

Kalau jawapannya SENANG kenapa ramai orang Malaysia sekarang ini yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris?

Kenapa ramai orang Malaysia sekarang ini yang sukar untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris?

Kenapa ramai orang Malaysia sekarang ini yang sekadar boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan bahasa pasar sahaja?

Kalau anda tanya soalan ini kepada saya sekali lagi, jawapannya ialah ramai yang masih lemah dalam TATABAHASA bahasa Inggeris atau English Grammar.

Hakikatnya, Grammar tidak ditekankan di sekolah rendah, tidak ditekankan di sekolah menengah dan tidak ditekankan di kolej-kolej dan universiti.

Ya, memang ada di ajar tetapi tidak DITEKAN kan aspek grammar ini. Apa yang lebih ditekankan ialah functional English di mana pelajar-pelajar lebih disuruh membuat karangan dan bercakap dalam bahasa Inggeris dan akibatnya ramai orang Malaysia yang tidak berkemampuan membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris.

Dalam kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris dan Intermediate Grammar yang saya jalankan sekarang ini di Sunway dan Putrajaya saya memang tekankan aspek tatabahasa atau grammar bahasa Inggeris.

Sememangnya ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang kursus penulisan dan juga kursus perbualan bahasa Inggeris kerana mereka menyangkakan lebih cepat untuk mereka mahir jika mereka terus menghadiri kursus-kursus sebegini.

Hakikatnya saya lebih suka menjalankan kursus-kursus tatabahasa kerana masih ramai yang masih lemah dalam bahasa Inggeris dari segi aspek tatabahasa.

TIADA JALAN SINGKAT. Itulah hakikatnya jika anda ingin mahir dalam bahasa Inggeris. BERITA BURUKNYA ialah anda perlu kuasai aspek Grammar jika nak mahir dalam bahasa Inggeris.

TETAPI, ada berita baiknya pula. Apa dia? Berita baiknya ialah:-

1. Banyak aspek grammar bahasa Inggeris sebenarnya mirip tatabahasa bahasa Melayu.

Dalam BM dan BI anda perlu tahu Kata Nama, Kata Ganti Nama, Adjektif, Adverba, Kata Sendi dan sebagainya. Ini bermakna taklah susah sangat anda nak faham tatabahasa English ni.Anda sebenarnya sudah faham konsep-konsep dalam mempelajari bahasa ini, tetapi yang anda mahir sekarang ini ialah penggunaan konsep-konsep ini dalam bahasa Melayu. Sekarang ini anda cuma belajarlah pulak konsep-konsep tatabahasa ini dalam bahasa Inggeris pula.

2. Cara paling cepat nak mahir dalam bahasa Inggeris ialah dengan menguasai Grammar bahasa Inggeris.

Anda tidak perlu membaca buku-buku bahasa Inggeris banyak2 tapi kalau boleh ingat peraturan dan hukum dalma Grammar bahasa Inggeris secara otomatik bahasa Inggeris anda boleh menjadi sempurna! Anda tidak boleh lagi berfikir dalam bahasa Melayu dan menggunakan konsep tatabahasa bahasa Melayu dalam komunikasi bahasa Inggeris anda. Mengetahui Grammar membolehkan anda berfikir dalam bahasa Inggeris.

3. Grammar English ni taklah sesukar grammar sesetengah bahasa seperti bahasa Perancis dan sesetengah bahasa lain.

Bahasa Perancis lebih sukar untuk dikuasai sehingga orang Perancis pun kata bahasa mereka itu susah! Ada lagi bahasa asing yang lebih sukar untuk anda kuasai seperti Mandarin yang agak sukar untuk dikuasai terutamanya dari segi penulisan kerana bahasa Mandarin tidak menggunakan abjad A sehingga Z tetapi menggunakan character yang berasal dari lukisan untuk menggambarkan perkataan-perkataan dalam Mandarin itu.

4. Dengan memahami Grammar anda boleh gunakan kamus sahaja selepas tamat kursus BI saya tu sebagai rujukan yang cepat dan tepat tanpa memerlukan pertolongan seorang guru lagi!

Itulah sebabnya saya ajar pelajar-pelajar saya cdara-cara menggunakan kamus Oxford English-English-Malay secara efektif untuk membantu pelajar-pelajar saya berdikari selepas tamat kursus. Tak ramai dari kita menggunakan kamus dengan menyeluruh walaupun memiliki kamus yang komprehensif dan tebal sedangkan kamus-kamus ini boleh menjadi guru bahasa Inggeris anda yang baik jika anda tahu menggunakannya dan tahu aspek-aspek tatabahasa yang ditekankan dalam kamus itu.

BAGAIMANAPUN, perlu anda ingat dan sedar bahawa dari segi Grammar, ada sedikit perbezaan antara Grammar BM dengan BI iaitu:-

1. Bukan semua tatabahasa BM yang sama atau mirip dengan Grammar BI.

Ini bermakna anda perlu tahu perbezaan mereka agar tidak menggunakan tatabahasa BM dalam komunikasi bahasa Inggeris anda. Bagaimanapun konsep tatabahasa BI tidak banyak berbeza dari konsep tatabahasa BM dan ini memudahkan anda.

2. Ada konsep-konsep Grammar dalam BI yang tidak wujud lansung dalam bahasa Melayu seperti penggunaan Verb TO BE seperti am,is,are,was dan were.

Bagaimanapun tak lah susah sangat konsep ini dan anda cuma kena ingat sahaja bila nak diselitkan dalam ayat-ayat bahasa Inggeris anda itu sahaja.Apa yang penting ialah anda perlu ingat Teknik Semakan 3W’s yang pernah saya tulis sebelum ini iaitu ingat When, What dan Who.

Sekian sahaja artikel saya buat masa ini.

Kepada yang nak belajar BI secara sendiri boleh dapatkan Manual Lengkap Bahasa Inggeris saya pada harga RM190 sahaja. Kalau nak belajar secara Online, yuran cuma tambah RM150 sahaja lagi. Kalau nak sertai Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya, ianya akan bermula 10hb April ini di Sunway dan 9hb April di Precint 16, Putrajaya. Diskaun khas untuk lepasan SPM 2010 dan pelajar-pelajar yang akan mengambil MUET. Tempat amat terhad!

Cikgu Yusoff
019-3090711
cikgutuition@gmail.com

Persediaan untuk MUET 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Untuk mereka yang akan mengambil Malaysia University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan MUET adalah penting untuk anda mengetahui apakah komponen-komponen atau aspek yang akan diuji dalam MUET, markah maksima untuk setiap komponen dan juga markah yang diperlukan untuk mencapai sesuatu Band. Anda perlu tahu kesemua ini dengan terang dan jelas agar anda akan lebih bersedia untuk mengambil MUET dan mendapat keputusan cemerlang.

Malaysian University English Test (MUET) mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Ujian MUET ini dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April/Mei dan Oktober/November
Ada empat komponen dalam MUET iaitu Listening dengan markah penuh 45, Speaking dengan markah penuh 45; Reading dengan markah penuh 120 dan Writing dengan markah penuh 90. Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah.

Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band di mana Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.

Berikut adalah pemarkahan untuk kesemua Band dan komen.

Band 6
– Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah:260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5
– Pengguna yang Bagus (Jumlah markah:220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4
– Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3
– Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah:140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2
– Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1
– Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Ada sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:-

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.
2. Permakahan untuk setiap aspek.
3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.
4. Persediaan dari segi Grammar atau tatabahasa.
5. Persediaan dari segi Vocabulary atau kosa kata.
6. Persediaan dari segi perbualan.

Saya akan memulakan Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris akan datang di Putrajaya dan Sunway yang sesuai untuk persediaan MUET anda.

Sila hubungi saya segera di cikgutuition@yahoo.com atau di 0193090711 jika berminat kerana tempat terhad.

Diskaun khas untuk pelajar2 yang akan mengambil peperiksaan MUET tahun ini.Kursus akan dimulakan dengan Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris pada 9hb April ini di Putrajaya dan 10hb April di Sunway. Tempat terhad.

By knowledgecentre Posted in MUET

Yang positif dan negatif dalam mempelajari bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Kita masih berada di dalam suku pertama tahun 2011 dan Alhamdulillah semakin ramai yang belajar bahasa Inggeris dengan saya tahu ini. Dalam artikel kali ini saya cuba kupaskan faktor-faktor positif untuk anda meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda tahu ini juga. Adalah diharap yang artikel ini dapat menaikkan semangat anda untuk tidak menangguh-nangguh lagi dan terus mengambil tindakan untuk belajar tahun ini.

i. Umur bukan faktor – Ia. Ramai yang meyangkakan yang umur merupakan satu halangan kepada proses pembelajaran mereka. Pada saya, tidak. Saya ada pelajar yang dalam usia 50an yang paling rajin semasa dalam kelas dan tidak menghadapi masalah untuk mengikuti kelas dan memahami apa yang saya ajar. Yang penting bukannya umur tetapi semangat dan sikap anda. Anda mesti sentiasa bersikap positif dan tidak terlalu memikirkan tentang umur anda jika ingin mahir dalam masa yang singkat.kekadang kematangan dari segi umur mematangkan anda dan sebenarnya lebih memudahkan anda untuk mengikuti dan memahami apa yang diajar di dalam kelas nanti. Bak kata pepatah Melayu, Belakang parang kalau diasah pun boleh tajam.

ii. Masa – Ramai juga yang risaukan dari segi mencari masa untuk menghadiri kelas dan mengulangkaji apa yang akan mereka pelajari. Bila sudah bekerja dan berkahwin, sudah tentu banyak masa yang perlu dihabiskan untuk kerjaya dan juga untuk keluarga. Sememangnya masa adalah kekangan utama bagi mereka yang ingin belajar bahasa Inggeris tetapi pada saya kadang-kadang untuk maju untuk diri sendiri dan keluarga perlukan pengorbanan. Kursus Asas bahasa Inggeris yang saya jalankan sekarang ini saya buat secara intensif yang tamat dalam masa 5 minggu sahaja dan oleh itu anda tidak perlu terlalu lama datang ke kelas. Bagaimanapun anda perlu teruskan usaha anda untuk belajar setelah tamat kelas. Pastikan ada khidmat sokongan selepas tamat kelas supaya anda masih boleh bertanya selepas kelas anda sudah tamat. Dengan kehebatan teknologi yang sedia ada, saya turut memberikan sokongan semasa kursus berjalan dan selepas kursus tamat melalui e-mel, online chat dan juga sms atau telefon. Gunakan sepenuhnya khidmat sokongan yang diberikan sebab kadang-kadang proses pembelajaran bahasa Inggeris ini memakan sedikit masa. Perlu ada seorang guru yang membimbing anda secara berterusan.

iii.Kewangan – Satu lagi kekangan yang sering menjadi sebab kenapa masih ramai yang tidak mula belajar bahasa Inggeris secara formal ialah masalah kewangan. Hakikatnya memang kos kelas-kelas bahasa Inggeris menjadi semakin mahal terutamanya jika anda pergi ke pusat-pusat bahasa Inggeris yang terkenal kerana mereka membelanjakan jumlah besar untuk pengiklanan dan premis mereka. Yuran di sesetengah pusat bahasa Inggeris mencecah ribuan ringgit dan ada pusat yang depositnya RM1,000!

Sesetengah pusat mengambil secara eksklusif guru-guru dari U.K. dan sebagainya. Bagaimanapun ada juga pelajar saya tidak dapat mengikuti pembelajaran di tempat-tempat sebegini kerana pengajar bercakap dengan menggunakan telo atau accent yang pekat dan sukar di fahami dan mereka tidak boleh langsung menggunakan bahasa Melayu jika ingin bertanyakan apa-apa soalan. Pada saya penting untuk anda mempunyai keserasian dengan guru bahasa Inggeris anda dan penting juga anda boleh berkomunukasi dengan guru bahasa Inggeris anda semasa kelas dan juga selepas kelas. Saya sendiri suka meluangkan masa dengan pelajar-pelajar saya selepas kelas jika mereka ada apa-apa soalan tambahan atau segan bertanya selepas kelas ataupun mereka segan untuk bertanya semasa di dalam kelas.

Jangan anggap yuran yang anda bayar untuk kelas-kelas bahasa Inggeris ini sebagai perbelanjaan tetapi anggaplah yuran itu sebagai satu pelaburan di mana ianya boleh membantu anda naik pangkat dengan mudah, naik gaji dengan banyak dan membantu anda bertukar kerja dengan mudah. Dengan pelaburan yuran cuma RM490 anda boleh dapat peratusan kenaikan gaji yang tinggi dengan amat mudah kerana dengan bahasa Inggeris yang baik anda akna di lihat sebagai aset kepada syarikat kerana boleh berkomunukasi dengan baik untuk tujuan mesyuarat, menjalankan latihan untuk staff, menulis manual-manual operasi syarikat dalam bahasa Inggeris, pergi ke luar negara dan sebagainya.

Anda pun sudah lihat dalam masa 3 bulan pertama tahun ini yang tahun 2011 ini amat mencabar dari segi kenaikan harga-harga barang keperluan seharian kita yang semakin melambung harganya. Amat sukar untuk kita untuk berjimat cermat kerana hampir semua barang keperluan untuk keluarga kita naik harganya. Kalau anda bekerja makan gaji cuma kenaikan gaji sahaja yang dapat membantu anda samaada anda kekal dalam organisasi yang sama atau anda membawa pengalaman anda untuk bekerja di syarikat lain dengan kenaikan gaji 15 -30 peratus dari gaji sedia anda.

Apa-apapun keputusan anda, jangan tangguhkan kerana sekejap sahaja 2011 akan tamat dan anda perlu lakukan sesuatu SEKARANG untuk bersedia menghadapi tahun 2012 yang mungkin lebih mencabar.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya akan bermula April ini di Putrajaya dan juga Sunway. Tempat terhad.

Cikgu Yusoff
0193090711

Back to the basics of English # 11 – Teknik semakan 3 W’s dalam Grammar BI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Ini adalah tahun keenam saya menjalankan kursus-kursus bahasa Inggeris secara sepenuh masa dan Alhamdulillah dengan pengalaman saya selama enam tahun ini saya dapat membantu pelajar-pelajar saya untuk lebih memahami tatbahasa atau Grammar bahasa Inggeris dan memudahkan mereka membentuk ayat-ayat dengan betul dalma penulisan dan perbualan bahasa Inggeris.

Secara amnya tidaklah terlalu sukar tatabahasa bahasa Inggeris ini cuma mungkin sedikit sukar atas sebab-sebab berikut:-

1. Sudah lama tidak didedahkan kepada pembelajaran Grammar.

2. Kurang membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris.

3. Takut dengan Grammar bahasa Inggeris.

4. Mempunyai tanggapan yang Grammar bahasa Inggeris ini terlalu sukar untuk dikuasai.

Dalam artikel ini saya ingin mendedahkan sistem penyemakan 3W’s yang boleh membantu anda untuk membuat ayat yang betul dari segi tatabahasa dalam bahasa Inggeris.

3W yang perlu anda ingat sebelum membuat ayat ialah:-

1. What?
2. Who?
3. When

Dua W yang pertama merujuk kepada siapa atau apa yang anda cerita dalam ayat-ayat anda itu. Kedua W ini saya ceritakan dengan menyeluruh dalam topik pertama dan kedua dalam topik Nouns dan Pronouns. Anda perlu kenal pasti Nouns dan Pronouns yang anda ingin gunakan dalam ayat-ayat anda. Secara amnya, kesemua Nouns dan Pronouns yang anda akan gunakan dalam ayat-ayat anda boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:-

1. Singular first person – Kata nama tunggal pihak pertama – I

2. Singular second person – Kata nama tunggal pihak kedua – You

3. Singular third person
– Kata nama tunggal pihak ketiga – cth: Ali, the boy, he,she,it

4. Plural nouns and pronouns
– Kata nama majmuk – cth: the boys, we, they

5. Uncountable nouns
– Kata Nama tidak boleh dikira

Selepas anda telah kenal pasti Nouns dan Pronouns yang anda akan gunakan dalam ayat-ayat anda,pastikan pula masa sesuatu perbuatan, keadaan itu berlaku dan tiga zon masa utama yang anda perlu ingat ialah :-

1. Present
2. Past
3. Future

Itu sahaja tiga perkara utama yang anda perlu ingat! Ya, memang ada banyak lagi perkara yang anda perlu tahu seperti jumlah perbuatan, penggunaan ’since’ dan ’for’ dalam perfect tenses dan sebagainya tetapi untuk peringkat Beginner rasanya anda perlu semak 3 W’s ini sahaja.

Sebagai contoh anda inging buat ayat ’Ali makan nasi lemak pagi tadi’ maka semak dulu dua W yang pertama iaitu:-

1. Who /What?

Who/What atau Siapa/Apa? Dalam ayat anda ialah Ali yang jumlahnya seorang sahaja dan merupakan Singular third person.

Selepas itu semak pula W yang ketiga iaitu:-

2.When?

Dalam ayat ini, When atau Bila? Ialah ’pagi tadi’ dan oleh itu ianya masuk dalam Zon Masa Past atau Zon Masa Lampau.

Oleh itu ayat dalam bahasa Inggeris anda ialah:-

1. Ali ate nasi lemak this morning.

Di mana anda perlu gunakan kat kerja ‘eat’ itu dalam bentuk Past Tensenya iaitu ‘ate’

Diharap penerangan ringkas tentang 3W’s ini dapat membantu anda buat masa ini. Saya akan sambung lagi di masa akan datang, InsyaAllah. Penerangan penuh saya ada tulis dalam Manual Lengkap Tatabahasa bahasa Inggeris setebal 450 muka yang cuma dijual secara Online dan juga diterangkan dengan lengkap dalam Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang akan bermula 9 dan 10 April ini di Precint 16, Putrajaya dan Sunway. Tempat terhad!

Cikgu Yusoff
cikgutuition@gmail.com
0193090711

Kursus Asas-Asas Komunikasi Bahasa Inggeris di Sunway dan Putrajaya April ini!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Kuasai Asas-Asas Komunikasi Bahasa Inggeris dengan mudah!

Kelas di Putrajaya setiap Sabtu dan di Sunway setiap Ahad 4 jam seminggu!

Boleh menulis dan berbual dalam bahasa Inggeris dengan baik selepas kursus!

Kandungan kursus meliputi aspek Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris!

Percuma bimbingan Penulisan karangan!

Naik pangkat dengan Mudah bila BI lebih baik!

Bantu anak-anak anda dalam bahasa Inggeris mereka!

Dijamin Mudah untuk difahami dan Kelas dalam Dwi Bahasa!

Kos yang murah tapi efektif!

Kelas pada hujung minggu!

Khidmat sokongan percuma selama 3 bulan selepas kelas melalui e-mail!

Nota LENGKAP dalam BM n BI / Nota Dwi bahasa!

Diskaun untuk pendafataran 2 atau lebih!

Weekend classes!

Cuma 15 pelajar setiap kelas di Putrajaya dan 20 !

Tempat terhad – Cuma tinggal beberapa kekosongan sahaja!

Join the Fundamentals of English Communication starting this 9th and 10th April!

Cuba lihat apa kata pelajar-pelajar saya sebelum ini :-

1.Sebelum ini saya memang amat suka dengan cara cikgu menulis di buku cikgu dan sekarang ini saya lebih faham selepas menghadiri kelas cikgu untuk intake March 2008.

Sara – Kuala Lumpur

2. I have gone through the notes given and found it very interesting. On behalf of all my friends , we appreciate your dedication and commitment.

Sham – Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur

3. Saya rasa macam saya belajar balik macam di sekolah dulu tapi lebih faham dengan apa yang di ajar.

Rina – Philips, Nilai.

4. Saya seronok dengan kelas pertama cikgutu sebab banyak yang saya boleh belajar dari menggunakan kamus yang saya tak tahu selama ini. Sebelum cikgu ajar tadi saya cuma guna kamus untuk tengok maksud sahaja. Tak sedarpun kelas 3 jam dah habis.

Rohaya – Kuala Lumpur (Intake Jan 2009)

Butir-butir lanjut

Yuran Pendaftaran RM150 (utk confirm tempat!)

Tempoh masa kelas 5 minggu sahaja!!!

Lokasi kelas – Precint 16, Putrajaya dan Leisure Commerce Square, Sunway. (setempat dengan ibupejabat Kurnia Insurance).

Kemudahan Pengangkutan Awam untuk kelas Sunway! Sebelah Stesyen Komuter Setia Jaya, dekat dengan LRT Putra Kelana Jaya dan bersebelahan dengan laluan bas2 ke Kelang dan Shah Alam.

Kekerapan kelas Seminggu sekali hari Ahad di Sunway

Kelas Selesa dan berhawa dingin

Waktu kelas – 1. Putrajaya Sabtu 10 a.m. – 2 p.m.
2. Sunway Ahad 10 a.m. – 2 p.m.

Yuran-Yuran Sepatutnya RM600

ANDA CUMA BAYAR RM450 untuk keseluruhan kelas!

Yuran biasa ialah RM490!!!

Lebih murah dari tempat lain yang mengenakan yuran dari RM700 hingga RM1,000++ untuk kursus yang sama!

Cara pengajaran Dwi bahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu

Nota – Nota lengkap dalam dwi bahasa untuk semua topik

Lain-lain kelebihan – Nota-nota dan tips tambahan melalui email.

Pertanyaan lanjut tentang apa2 topik melalui email / online chat dan telefon

Latihan2 esei mingguan percuma yang akan disemak oleh saya melalui email.

Credentials Pengajar

1. Trainer English selama 7 tahun

2. Penulis 5 buah buku :-

1. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris
2. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris 2 – Perbualan telefon
3. Cara Mudah mengajar Anak-Anak Mempelajari bahasa Inggeris

4. Perbualan Mudah Bahasa Inggeris

5. Cara Mudah Mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah rendah.

3. Trainer di organisasi-organisasi besar

i. Trainer Kursus Basic English Conversation untuk staff Universiti Malaya, Kuala Lumpur July 10

ii. Trainer Kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Puchong April 10 hingga Jun 10

iii. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff P.T. Widuri, Kuala Lumpur Jun 10 hingga Aug 10

iv. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk staff Kementerian Kesihatan, Putrajaya Nov 07 hingga February 08

v. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff EPF, Kuala Lumpur July 08 hingga Nov 08

vi. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Platinum Victory Sdn. Bhd., Kuala Lumpur July 08 hingga Nov 08

vii. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Platinum Victory Development Sdn. Bhd., Kuala Lumpur July 08 hingga Nov 08

viii. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk staff Kementerian Kesihatan, Putrajaya Nov 07 hingga February 08

ix. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk SCA Packaging Malaysia, Beranang, Selangor Ogos 2007

x. Trainer kursus Basic English Conversation untuk staff FAMA pada 10-12 July di Kalumpang Resort and Training Centre dan di Amansari Beach Resort, Kuantan pada 3 hingga 6 September 2007

xi. Trainer untuk staff Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Terengganu di Hotel Dynasty pada 23-25 Mei dalam kursus “Practising Proper English at the workplace”

xii. Trainer di School of Banking, Affin Bank (1996-2000)

xiii Speaker jemputan di Persatuan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT), Sungai Buloh.1996 -2000

Semua buku terbitan Perintis Publication dan boleh dilihat di laman web mereka di http://www.books.perintis.com.my/ dan biodata saya boleh di lihat di Panel Penulis,

Jika berminat sila hubungi saya segera kerana tempat terhad!

Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau sms /call di 019-3090711