Tawaran khas kelas BI di Putrajaya – cuma RM390!!

Untuk mereka yang tinggal sekitar Putrajaya, ada tawaran khas untuk anda di mana anda cuma perlu bayar RM390 sahaja untuk yuran kelas dan bukannya RM450!!!

Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris bermula 18 hb April ini di Putrajaya!!!

Yuran cuma RM390!!!

Yuran biasa ialah RM450!!

Cuma ada 5 kekosongan sahaja lagi!!!

1. Tarikh mula kursus -Ahad 18 Aprill.

1b. Kekerapan kelas – Setiap minggu hari Ahad .

2. Masa kelas – 2.30-5.30 petang hari Ahad .

3.b Lokasi Kelas – Bilik Mesyuarat, Pusat Kejiranan Precint 9,

4. Tempoh kelas : 6 minggu (6 kelas @ 18 jam)

Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau sms /call di 019-3090711 jika berminat.

Kursus-kursus bahasa Inggeris Februari dan March ini di Petaling Jaya/ Sunway

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada bulan Februari dan March ini ada beberapa Kursus bahasa Inggeris
yang akan di jalankan oleh saya bertempat di lokasi baru di Leisure
Commerce Square yang berhadapan dengan kilang Freescale (dulunya
Motorolla) di sebelah Federal Highway dan setempat dengan HQ Kurnia
Insurance.. Lokasi kelas juga mudah untuk anda datang dengan :-

1. Komuter – Kelas terletak di sebelah Stesyen Setia Jaya, PJ. Ada
jejambat pejalan kaki terus ke bangunan Leisure Commerce Square.

2. LRT Putra – Anda boleh naik LRT Putra ke stesyen Kelana Jaya dan
kemudian naik feeder bus ke Pyramid dan turun di Leisure Commerce
Square. (Dlm 15 minit )

3. Bas awam – Anda boleh naik dari Stesyen Bas Kelang dan naik apa2
bas yang melalui Batu 10, Federal Highway.

KURSUS-KURSUS dalam bulan Februari dan March ini

1. Kursus Fundamentals of English Communication selama 3 1/2 bulan
bermula 14hb Februari ini. Kelas dibuat Sabtu petang pukul 2.30 – 5.30
petang, dua minggu sekali. Yuran cuma RM360 untuk keseluruhan kursus
dan cuma RM320 jika dibayar secara penuh pada kelas pertama.

Kelas ini akan memudahkan memahami aspek-aspek asas dalam bahasa
Inggeris seperti Nouns (Kata Nama), Pronouns (Kata ganti nama),
Adjectives (Kata sifat), Adverb (Kata keterangan) dan lain-lain.

2. Kursus Teknik Mudah dan Senang Mempelajari bahasa Inggeris pada 9hb
March (Cuti Umum Mauludul Rasul). Kelas dari 9 pagi hingga 2 petang.
Yuran cuma RM80 dan anda akan dapat Kamus Oxford yang terbaru percuma.

Kursus ini akan mendedahkan teknik2 yang mudah dan senang untuk mahir
dalam bahasa Inggeris melalui pembacaan, pendengaran, TV dan juga
kamus.

3. Kursus Intermediate English Communication selama 2 bulan (4 kelas)
bermula 14hb Februari ini. Kelas dibuat setiap Sabtu pagi,  pukul
10.00 – 1 petang. Yuran cuma RM240 untuk keseluruhan kursus dan cuma
RM220 jika dibayar secara penuh pada kelas pertama.

Kelas ini akan memudahkan memahami Verb Tenses dimana anda akan
belajar penggunaan Kata Kerja dalam bahasa Inggeris seperti study,
studies, studied, studying dan sebagainya.

Semua kursus ini akan diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris dan
juga Melayu dan mudah untuk difahami.

Kepada yang berminat, sila hubungi saya segera kerana semua kursus
terhad kepada 20 orang sahaja,

Yusoff
019-3090711

Pertanyaan Marketing – Bagaimana cara membuka Salon Kecantikan?

Pertanyaan

Assalamualaikum

Cikgu, saya nak tahu apa yg perlu sediakan atau cara utk seseorang buka sebuah salun kecantikan.

t/kasih
__________

Lina
Kuala Lumpur

================================
Jawapan

Waalaikumsalam

Banyak tu kena tahu.. 🙂

Apa yang penting ialah you kena minat and tahu tentang industri tersebut. Kalau boleh maybe mulakan secara part time or kalau ada kawan2 yg dah mulakan perniagaan ini, you can also ask them macam mana perniagaan ini sekarang terutamanya pada waktu keadaan ekonomi meleset ini, industri kecantikan memang akan terjejas oleh kerana orang ramai akan mengurangkan perbelanjaan.

Dalam pemasaran perkhidmatan macam Salun ni ada 6 P yang perlu di ketahui dan perlu anda titik beratkan iaitu:-

1. Product – Kena tahu apa produk yang hendak ditawarkan iaitu produck fizikal seperti beauty products (cream, lotion, shampoo etc) dan juga produk perkhidmatan seperti massage, spa, facial treatment, andaman etc. Anda mesti kenal produk anda secara terperinci dan pastikan produk2 fizikal anda itu selamat digunakan.

2. Place – Kena kenal pasti tempat/lokasi kedai tersebut dan kena buat kajian adakah tempat itu strategik ie adakah permintaan untuk perkhidmatan anda itu tu..

3. Price – Adakah ‘prices’ untuk barangan dan service anda itu competetive..Kalau mahal dari org lain pun boleh jugak jual tapi you must be very good or mmg dah established eg pernah make up artist ke etc..

4. Promotion – Apakah promotion yang boleh dibuat untuk memperkenalkan salon you tu..? Boleh buat flyer/brochure and masukkan dalam mail box sekitar kedai (paling murah), iklankan di internet (percuma je), iklankan di akhbar2 atau magazine (mahal tapi mungkin berbaloi) dan lain2.. Boleh juga buat promotion bukak kedai baru seperti 50% off untuk tarik org cuba your service and pastikan yg 1st service tu mmg best untuk mereka dtg lagi..

5. Process – Untuk service industry ‘process’ amat penting iaitu untuk memastikan consistency dalam delivery. Maksudnya kalau orang datang untuk facial pada pertama kali di kedai anda, boleh kah anda pastikan yang bila pelanggan datang kali kedua, mereka akan dapat service yang sama kualitinya? Ini bermakna kalau anda upah pekerja, anda kena pastikan yang mereka betul2 terlatih untuk memastikan perkihdmatan yang mereka berikan adalah consistent sepanjang masa. Cuba lihat bagaimana pekerja2 McDonald melayan anda bila anda ke McD. Secara amnya mereka akan:-

i. Senyum.
ii. Ucap selamat kepada anda – eg “Selamat datang”, “:Selamat Petang” etc
iii. Tanya anda nak makan di situ atau take away.
iv. Ambil order anda.
v. Cadangkan side order seperti fries, sundae etc. untuk meningkatkan jualan.
vi. Mengulang semula pesanan anda agar mereka memberikan anda apa yang anda betul2 order.
vii. Mengucapkan “Terima Kasih‘ kepada anda bila selesai.

Ini proses di kaunter. Kalau proses di dapur MCD pun sudah disiapkan dengan begitu terperinci seperti suhu dapur, berapa lama stok makanan boleh disimpan dan sebagainya. Ini amat penting terutamanya jika anda ingin membuka cawangan2 nanti dan ingin mengekalkan kualiti perkihdmatan anda.

vi. People – Dalam industri perkihdmatan, amat penting untuk anda menguapah pekerja yang bagus untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang baik. Pastikan mereka mempunyai sikap yang bagus oleh kerana mereka perlu melayan kerenah pelbagai jenis pelanggan dan pastikan juga mereka mempunyai kemahiran yang cukup untuk memberikan perkihdmatan kepada pelanggan2 anda. Perlu diingat yang Salon Kecantikan banyak bergantung kepada ‘Words of Mouth” advertisement di mana anda perlu mengharapakan pelanggan2 anda menceritakan pengalaman positif mereka di Salon anda untuk menarik pelanggan2 baru.

Semasa cuti Raya baru2 ini saya ada melawat kedai makcik saya di Sungkai yang menawarkan perhkhidmatan andaman dan baju pengantin dan dapat melihat yang perniagaan beliau amat maju walaupun cuma berpusat di sebuah pekan yang kecil. Apa yang saya lihat ialah beliau mengamalkan strategi2 ini:-

1. Tidak menghadkan perkhidmatan beliau di pekan Sungaki sahaja tetapi turut menawarkan perkhidmatan ke Slim River, Trolak, Bidor dan Tapah. Apa yang beliau buat ialah mengenakan caj perjalanan untuk tempat2 di luar Sungkai.

2. Menawarkan pakej yang berbeza2 yang merangkumi khemah, pelaming, catering dan juga khidmat jurugambar.

Apa yang saya lihat ialah ramai pelanggan yang datang ialah pelanggan yang dapat tahu dari jiran2 mereka yang telah menggunakan perkhidmatan beliau dan mereka boleh nampak hasil perkhidmatan beliau itu.

Apa yang paling penting ialah anda perlu mempunyai ‘ILMU” yang mencukupi untuk bukan sahaja membuka kedai tersebut tetapi juga perlu tahu strategi2 pemasaran untuk :-

1. Meningkatkan jualan
2. Menghadapi persaingan
3. Membuat promosi
4. Membuka cawangan
5. Mengembangkan pasaran
6. Strategi bila ekonomi meleset

Pastikan anda hadiri  kursus2 keusahawanan yang boleh anda sertai terutamanya kursus2 percuma yang dijalankan oleh MARA dan lain2 agensi kerajaan sebelum dan juga selepas anda membuka Salon tersebut.

Bak kata Saipul Apek ‘It is easy to open a shop but not easy to keep a shop open” atau ‘ Amat mudah untuk membuka kedai tetapi bukan senang nak kekalkan kedai itu terbuka”

Saya harap penerangan saya ini serba sedikit boleh membimbing Puan.

Yusoff

Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat # 2 – Gadaian Sub Prime, inflasi dan kadar perkerjaan baru

Pertumbuhan pesat Pasaran Bon Gadaian

Pasaran Bon Gadaian atau mortgage bond market ini merujuk kepada pasaran kedua untuk pinjaman hartanah. Ini bermakna wujud satu pasaran baru untuk bank menjual beli pinjaman hartanah.

Seperti yang diterangkan dalam artikel #1, dengan wujudnya pasaran sekunder ini, bank-bank di Amerika Syarikat tidak lagi perlu mengharapkan dana dari deposit untuk memberikan pinjaman. Mereka boleh ’berhutang’ dari pihak ketiga untuk memberikan pinjaman perumahan.

Bank-bank di Iceland pun telah terjebak dengan memberikan pinjaman lebih dari kemampuan mereka. Dengan penduduk cuma 320,000 bank-bank di Iceland telah ’keluar’ dari Iceland dan turut memberikan pinjaman yang besar di Europe terutamanya di Great Britain. Tiga bank di Iceland telah diambil alih oleh kerajaan Iceland dan mereka juga terpaksa mendapatkan pinjaman dari Rusia untuk mengelakkan kebankrapan. Syarikat2 di Iceland juga turut berkembang dengan pesat dengan menggunakan hutang yang mudah didapati dari negara-negara asing.

Pinjaman jangka panjang kasar Iceland ialah 350% dari GDP atau Keluaran Domestik Kasar Iceland. Aset bank-bank Iceland yang majoritinya ialah pinjaman telah meningkat ke 10 kali GDP pada hujung 2007. (Sumber : http://www.ft.com/cms/s/0/061070b8-4781-11dd-93ca-000077b07658,dwp_uuid=a36d4c40-fb42-11dc-8c3e-000077b07658.html?nclick_check=1)

Menurut news.bbc.co, dalam lima tahun yang lepas sektor swasta telah meningkatkan penglibatan mereka dalam pasaran bon gadaian di Amerika Syarikat yang sebelum ini dikuasai oleh agensi-agensi kerajaan seperti Freddie Mac. Malangnya, sektor swasta ini lebih menjuruskan penglibatan mereka ke dalam pasaran gadaian sub prime yang baru di mana mereka telah memberian pinjaman kepada bank-bank untuk memberikan pinjaman kepada mereka-mereka yang mempunyai rekod kredit yang buruk dan tidak mempunyai bukti pendapatan yang jelas yang sebelum ini sukar untuk mendapatkan pinjaman. Pasaran ini turut dikenala sebagai ‘sub prime’.

Sektor swasta juga melibatkan diri dalam memberikan pinjaman ‘jumbo’ iaitu pinjaman melebihi USD $417,000 yang merupakan pinjaman maksikma yang diberikan oleh
Freddie Mac sebelum ini. Ini bermakna, sektor swasta dan juga bank-bank telah mendedahkan diri mereka kepada pinjaman yang berisiko tinggi dan juga dalam jumlah yang tinggi.

Pada masa keadaan ekonomi yang baik, bank-bank dan sektor swasta di Amerika Syarikat tidak menghadapai masalah kerana peminjam-peminjam dapat membayar ansuran pinjaman mereka kerana mereka ada pekerjaan yang tetap dan mungkin juga mempunyai pendapatan kedua dari pekerjaan sambilan. Apa yang terjadi ialah perubahan dalam scenario ekonomi global yang bermula pada 2007 di mana harga minyak dan juga harga makanan asasi naik dengan begitu tingi. Kenaikan harga minyak terutamanya telah mencetuskan ’Kesan Domino’ atau ”Domino Effect’ di mana ianya telah menyebabkan harga hampir kesemua barangan naik dan ini telah menjejaskan pendapatan kebanyakan peminjam-peminjam di Amerika Syarikat oleh kerana mereka perlu membayar lebih untuk barangan dan perkihdmatan mereka.
Apa yang terjadi di Amerika Syarikat ialah ramai dari penduduk di Amerika Syarikat yang berbelanja lebih dari apa yang mereka mampu. Ini didorong pula oleh kemudahan kredit seperti kad kredit yang mudah di dapati sehinggakan pelajar-pelajar kolej dan universiti yang belum berkerja pun boleh memilikinya.

Kadar Inflasi dan Kadar Pekerjaan Baru di AS turut menyumbang kepada krisis ekonomi AS

Kadar Inflasi di AS
Year Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec Ave
2008 4.28% 4.03% 3.98% 3.94% 4.18% 5.02% 5.60% 5.37%
2007 2.08% 2.42% 2.78% 2.57% 2.69% 2.69% 2.36% 1.97% 2.76% 3.54% 4.31% 4.08% 2.85%
(Sumber – http://inflationdata.com/inflation/Inflation_Rate/CurrentInflation.asp)
Berdasarkan jadual di atas, dalam tahun 2007, kadar purata inflasi AS cuma 2.85% tetapi boleh dilihat yang ianya mula meningkat dengan banyak semenjak Oktober 2007 pada kadar 3.54% dan meningkat ke 4.08% pada Disember.
Kadar inflasi As bertambah buruk pada tahun ini dengan kadar sekitar 4% dalam 5 bulan pertama dan semakin naik sehingga 5.6% dalam bulan 5.6%.
Perlu diingat yang kadar inflasi ini adalah untuk barangan yang terpilih sahaja dan oleh itu, kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi dan ini sebenarnya akan menjejas teruk warga AS yang pendapatan mereka sekadar ’cukup-cukup makan’ dan jika mereka ada mengambil pinjaman perumahan, mereka berkemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk membayar balik ansuran pinjaman mereka.

Kadar pengangguran juga semakin meningkat di AS. Menurut Biro Buruh AS, kadar pengambilan pekerja baru di AS secara amnya telah mendatar sejak Ogos 2006 sehingga September 2007 dan kemudian menurun hinggalah ke Ogos 2008. Pada kadar pengambilan pekerja pada 3% sahaja dalam 3 dari empat bulan yang lepas, ianya merupakan kadar yang paling rendah semenjak May 2003. (Sumber – http://www.bls.gov/news.release/jolts.nr0.htm )
Selain dari kadar inflasi yang tinggi dan juga kadar pengambilan pekerja yang berkurangan, kadar yang dikenakan dibawah sub prime ini juga amat tinggi iaitu sehingga dua kali ganda dari kadar yang dikenakan dalam dua tahun pertama seperti yang banyak berlaku di Cleveland. Pinjaman-pinjaman melalui sub prime ini mengenakan faedah berubah atau adjustable rate mortgages (ARMs) dan kadar faedah semasa ia bergantung kepada kadar faedah Federal AS yang juga semakin semaking meningkat.
Malangnya, ramai dari peminjam tidak mengetahui tentang kenaikan tersebut. Di AS, satu dari lima pinjaman perumahan dibuat melalui sub prime dan amat popular di kalangan imigran yang baru menetap di As dan ingin membeli rumah-rumah yang semakin mahal di AS terutamanya di kawsan bandar seperti di Southern California, Arizona, Nevada dan kawasan pinggiran bandar Washington, DC dan New York City.
Kesimpulannya ada beberapa faktor yang telah mencetuskan krisis ekonomi di Amerika Syarikat baru-baru ini iaitu:-

1. Kegagalan pihak Bank bertidak cermat dalam memberi pinjaman perumahan kepada mereka yang tidak layak.

2. Perubahan struktur pinjaman dari model konvensional kepada Model Sub Prime dimana bank meminjam dari pihak ketiga untuk memberi pinjaman.

3. Kadar inflasi yang semakin meningkat akibat kenaikan harga minyak dan makanan.

4. Kadar pengambilan pekerja baru di AS yang menurun yang mengakibatkan ramai penduduk AS tidak berkerja.

5. Sikap kerajaan AS dan juga penduduk AS yang gemar berbelanja lebih dari apa yang mereka perolehi.

Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat # 1 – Bagaimana ianya bermula?

Kebelakangan ini kita dikejutkan oleh krisis ekonomi yang amat serius yang berlaku di Amerika Syarikat. Saya sendiri amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang krisis ekonomi ini kerana walaupun mungkin ramai daripada kita yang kurang bersetuju dengan tindakan2 AS di dunia ini, kita tidak boleh menafikan yang jika ekonomi AS merudum, ianya akan mengheret ekonomi-ekonomi dunia lain termasuklah juga ekonomi Malaysia.

Indeks bursa saham seluruh dunia jatuh bagaikan pin boling dengan didahuli oleh ruduman yang menakutkan di Wall Street di mana indeks jatuh sebesar 700 mata dalam sehari!. Indeks Bursa Saham Wall Street turun di bawah 10,000 mata minggu ini dan hari ini indeks Dow Jones turun ke 9,955.50 iaitu penurunan sebanyak 369.88 mata atau 3.58%.

Walaupun kerajaan Malaysia telah berjaya mempelbagaikan negara-negara yang berdagang dengan kita seperti mempertingkatkan perdangangan dengan Jepun dan China tetapi kita juga akan merasai kesan sampingan atau ‘side effect’ daripada krisis ekonomi di AS oleh kerana negara-negara di dunia ini :-

1. Banyak berdagang dengan AS – Mengikut US Census Bereau, China mengeksport barangan berjumlah USD321 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber – http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5700.html#2007 )

Jepun pula mengeksport barangan berjumlah USD145 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber – http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5880.html#2007 )

Malaysia juga banyak mengeksport barangang ke AS dan pada tahun 2007 kita mengeksport USD32.6 billion dalam tahun 2007.

2. Banyak memegang US Treasury Bond – US Treasury Bond ialah Bon Perbendaharaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh kerajaan AS untuk membiayaai defisit perbelanjaan negara mereka. Defisit berlaku oleh kerana kerajaan AS berbelanja lebih daripada pendapatan mereka.

Menurut Chinadaily.com pada June 2008, China memegang USD $503.8 billion US treasury bonds.

(Sumber http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-08/18/content_6947539.htm )

Bila berlaku krisis ekonomi di AS, harga Bond akan jatuh dan ini akan menjejaskan aset China dan secara tidak lansung turut akan menjejaskan perdagangan China dengan Malaysia.

3. Banyak memegang US dollar dan juga membayar perdagangan dalam US Dollar.

Banyak negara-negara di dunia ini yang memegang US dollar sebagai currence reseves mereka iaitu untuk mengukuhkan nilai matawang mereka. Sebagai contoh, Malaysia juga memegang US dollar dan lain2 matawang yang sekarang berjumlah USD119 billion pada bulan September 2008. (Sumber : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=111)

Perdagangan antarabangsa juga banyak menggunakan US dollar sebagai mekanisma pembayaran.

Bila berlaku krisis ekonomi di AS, ada kemungkinan besar nilai US Dollar akan jatuh teruk dan ini akan menjejaskan:-

1. Nilai Foreign Currency reserves kebanyakan negara2.

2. Nilai barangan yang akan diterima dalam matawang tempatan. – Sebagai contoh, jika Malaysia telah memasuki kontrak untuk menjual minyak kelapa sawit pada harga USD100 juta dan USD jatuh dari USD1=RM3.5 kepada USD1=RM3 maka:-

i. Harga sawit jika 1USD= RM3.5 = RM350 juta

ii. Harga sawit jika 1USD= RM3 = RM300 juta

Dalam contoh di atas, Malaysia telah kerugian sebanyak RM50 juta akibat kejatuhan USD. Ini bermakna, eksport-eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia akan mendapat hasil yang berkurangan dalam Ringgit Malaysia.

Apakah PUNCA kriris Ekonomi di AS?

Jika anda ada mengikuti perkembangan krisis ekonomi di AS anda akan lihat yang ianya bermula daripada kerugian dan juga kebankrapan bank-bank besar di AS. Anda semua tahu yang bank-bank dan institusi kewangan di mana-mana negara merupakan tunjang ekonomi sesuatu negara dan jika ianya mula tumbang, eknomi negara itu akan turut tumbang dan jika negara yang tumbang itu ialah satu negara gergasi seperti AS maka ianya akan tumbang dan mencederakan banyaki negara-negara di dunia ini.

Menurut BBC News (Sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm) bank2 di AS sudah mengalami kerugian sebanyak USD60 billion.

Kerugian ini berpunca apabila struktur pembiayaan perumahan di AS berubah. Biasanya bank2 seperti di Malaysia akan menggunakan wang yang mereka dapat dari pendeposit untuk dipinjamkan ke peminjam. Oleh itu dalam keadaan normal, bank menggunakan wang yang ada di bank mereka untuk memberi pinjaman dan bank akan membuat keuntungan dari perbezaan faedah.

Sebagai contoh:-

Bank A terima RM100 juta deposit dan membayar faedah sebanyak 5% kepada pendeposit.

Kos faedah = 5% X 100 juta
= 5 juta setahun

Bank akan menggunakan sebahagian daripada RM100 juta itu untuk menwarkan pinjaman kepada yang memerlukan. Sebagai contoh bank Malaysia mungkin hanya dibenarkan untuk menggunakan 80% sahaja daripada deposit ie RM80 juta

Bank A pinjamkan RM80juta kepada peminjam pada faedah sebanyak 10% kepada pendeposit.

Hasil faedah = 10% X 80 juta
= 8 juta setahun

Dari contoh mudah ini Bank telah membuat keuntungan kasar sebanyak RM3 juta.

Kos faedah = 5% X 100 juta
= 5 juta setahun

Ini ialah model tradisional dalam proses pinjaman bank.

Bagaimanapun, bank-bank di AS telah menggunakan model yang berbeza dimana mereka mendapatkan dana daripada pihak ketiga iaitu mereka telah menjual Pinjaman perumahan mereka kepada pihak ketiga dan dengan itu mereka tidak perlu ada banyak deposit untuk memberi pinjaman2 yang besar.

Cth:-

Deposit diterima Bank A – RM100 juta
Dana dari pendeposit untuk dipinjamkan – RM80juta (80% dari deposit)
Dana dari Pihak ketiga – RM100 juta

Jumlah yang boleh dipinjamkan – RM180 juta

Dalam contoh di atas, Bank A boleh meminjamkan RM180 juta jika mengikut model ini berbanding dengan RM80 juta sahaja dalam Model Tradisional.

Bank A bagaimanapun perlu mengutip ansuran dari peminjam untuk RM100 juta yang didapati dari Pihak Ketiga itu dan bank akan menerima yuran perkhidmatan atau ‘fee’ dari pinjaman itu.

Malangnya dalam keghairahan bank2 membuat untung, mereka telah cuai dalam menganalisa peminjam dan kelayakan mereka. Bank2 telah memberikan pinjaman yang tinggi kepada mereka yang tidak layak dan ini menyebabkan ramai pemnjam tidak dapat membayar ansuran pinjaman merekd dan banyak rumah telah dirampas dan dilelong.

Bank A dalam contoh di atas sebenarnya berhutang RM100 juta dengan Pihak Ketiga itu dan jika peminjam gagal bayar, Bank A yang perlu menanggungnya. Jika Bank A gagal membayar RM100 juta itu,Bank A boleh di saman dan boleh bankrap. Sudah tentu Bank A akan menghadapi masalah oleh kerana jumlah deposit mereka pun cuma RM100 juta dan mereka tidak boleh menggunakan semua jumlah itu untuk membayar hutang mereka itu.

Saya akan menulis lagi tentang krisis eknomi ini dalam masa terdekat dan jika anda ada kesempatan cuba baca artikel di http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm yang menerangkan dengan jelas tentang punca Krisis Ekonomi di AS sekarang ini.

Selected prices of goods at Mydin Hypermarket

I have compiled the prices of selected goods sold at Mydin Hypermarket USJ. Prices were taken at Mydin, USJ. The writer is not responsible for any mistakes in the prices of the goods. Any comments or comparison of prices with other hypermarkets and shops are most welcome.

Berikut adalah harga jualan barang-barang tertentu yang dijual di Mydin Hypermarket di USJ, Subang Jaya semalam 18hb April 2008. Maklumat di ambil di lokasi. Penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan dalam harga-harga ini.

Barangan

Saiz / Berat / Kuantiti

Harga Biasa (RM)

1.

Minyak masak Saji

5 kg

13.35

2.

Minyak masak Seri Murni

5 kg

13.35

3.

Minyak masak Buruh

5 kg

13.35

4.

Minyak masak Neptune

5 kg

14.7

5.

Minyak masak Helang

5 kg

14.7

6.

Minyak masak Avena

5 kg

13.25

7.

Beras Thai Siam

10 kg

23.95

8.

Beras Langsat Import

10 kg

22.90

9.

Beras Rambutan 5%

10 kg

22.50

10.

Beras Mahsuri Siam

10 kg

21.5

11.

Beras Jasmine Super Special

10 kg

20.95

12.

Beras Jasmine Special

10 kg

21.9

13.

Beras Jasmine Super SST

10 kg

20.5

14.

Beras Masjid 5%

10 kg

19.5

15.

Beras Daun Sireh 5%

10 kg

22.90

16

Beras Mewah Siam Special

10 kg

19.90

Prices of goods on sale at Carrefour until 2nd April

I have compiled a partial price list of goods on sale at Carrefour from 21/3 until this 2nd April. It was extracted from the Carrefour brochure and I am not responsible for any mistakes or omission in the list. Do email me if you know the ‘normal price’ for these goods.

Berikut adalah harga jualan barang-barang tertentu yang dijual di Carrefour dari 21/3 – 2/4. Maklumat di ambil dari brochure Carrefour dan sebarang kesilapan harap maafkan. Sesiapa yang tahu harga biasa barang2 ini sila email pada saya di cikgutuition@yahoo.com. Only through this type of info kita boleh berjimat dan mengurangkan perbelanjaan.

 

 

Barangan

Saiz / Berat / Kuantiti

Harga Offer (RM)

Harga Biasa

1.

Drypers Wee Wee Dry

M84/L72/XL60

31.59

Biasanya 35-37

2.

Huggies Ultra Jumbo

S48/M40/L34/XL30

27.89

n/a

3.

Huggies Pull-Ups Unisex

M14/L12/XL10/XXL8

10.89

n/a

4.

Huggies Dry Comfort

M66/L60/XL54

33.69

Biasanya 35-38

5.

MamyPoko Pooh baby Diapers

NB52/S48/M44/L38/XL38/XXL30

32.59

n/a

6.

Fifi Baby Diapers Value Pack

NB28/S28/M26/L22/XL20

16.99

n/a

7.

Pampers All-Night Jumbo Baby Diapers

M62/L56/XL50

35.99

n/a

8.

Drypantz Unisex Pants

M44/L36/XL32

31.59

n/a

9.

Pureen Dry 5 Premium

S48/M44/L38/XL34/XXL28

30.99

Produk Baru

10.

Huggies Natural Care Baby Wipes –Pop Up

80pieces

14.99

n/a

11.

Mirinda Pet Orange / Strawberry

1.5 litres

2.29

Dalam 2.5-2.8

12.

Pepsi Pet Cola / Max / Twist

1.5 litres

2.29

Dalam 2.5-2.8

13.

7 Up / 7 Up Revive

1.5 litres

2.29

Dalam 2.5-2.8

14.

Vitagen Cultured Milk

5 x 125 ml

3.39

3.5-3.8

15.

Ramly Burger – Beef

700 grams

4.49

n/a

16

Ramly Burger – Chicken

700 grams

5.59

n/a

17.

Ayamas Drumet

1kg

11.99

n/a

18.

Kraft Cheese Singles

24 slices / 500 grams

13.99

n/a

19.

Bawal Putih

1 kg

19.90

n/a

20.

Udang Besar L

1 kg

39.90

n/a

21.

Nutriplus Plus Single Bird

1 kg

6.00

n/a

22.

Prime beef Top Slide Steak an Black

1 kg

19.90

n/a

23.

Milo Softpack

2 kg

25.80

n/a

24.

Nescafe Classic

200 grams

10.99

12-13

25.

F & N Sweetened Creamer

505grams

2.25

n/a

26.

Campbell Soup Value Pack Assorted falvours

3 x 290g / 300g / 305g

8.99

n/a

 


Prices of goods on sale at Giant until 26th March

Berikut adalah harga jualan barang-barang tertentu yang dijual di Giant selama 2 hari sahaja bermula 26hb sehingga 27 March. Maklumat di ambil dari akhbar The Star dan sebarang kesilapan harap maafkan. Sesiapa yang tahu harga biasa barang2 ini sila email pada saya di cikgutuition@yahoo.com. Only through this type of info kita boleh berjimat dan mengurangkan perbelanjaan.

 

 

Barangan

Saiz / Berat / Kuantiti

Harga Offer (RM)

Harga Biasa

1.

Peha ayam segar

1 kg

5.79

Tak pasti.Biasanya 6++

2.

Daging kambing segar Australia (bhg bahu)

1 kg

9.99

n/a

3.

Nutrigen cultured milk

5 X 125ml

2.99

3++

4.

Enfakid A++ Choline Powder

700gram

24.99

n/a

5.

King Cup sardines /mackerel

425g

2 for 5.99

n/a

6.

Teapot Sweetened Creamer

505g

6 for 11.49 (1.92 per tin)

n/a

7.

F&N Cordial

2 litre

5.69

Dalam 6++

8.

Head & Shoulders shampoo (Pelbagai)

400ml

11.99

Dalam 12.90

9.

Darlie Jumbo Size toothpaste

250g

4.49

n/a

10.

Kotex Maxi Sanitary pad

60 pieces

10.99

RM12.++

11.

Premier kitchen towels

6 rolls

6.99

n/a

12.

Cutie soft toilet tissues

3 x 10 rolls

11.99

n/a

13.

Axion dishwashing paste

800g

3.99

4.90

14.

Double A A4 paper

Weight=80grams

500 pieces

9.69

10.90

Di Mydin RM9.60

15.

Milo

1kg

12.99

13++

16

First Choice gula pasir

1kg

1.35

1.45

17.

Sotong Merah

1kg

5.99

7.00

18.

Wahington Royal Gala apples

8

4.99

n/a

19.

Australian carrot

+- 500grams

1.39

n/a

20.

MamyPoko Pooh Jumbo

S48/M44/L38/XL38/XXL30

31.99

n/a

 

Maximizing the use of your Savings Account

When I was a banker we would be happy to see if a customer put a lot of their money in the savings account. This is because the more money we have in the form of savings account, the more money we have in the category of “cheap money” where the bank can use this type of money to give out loans at a much higher rates. For example if the loan rate is 7% and the savings rate is a flat 1% then the bank is making a 6% gross profit! Imagine if there is a deposit of RM1 billion and therefore the bank will make a cool RM600 million gross profit from your deposits.

Therefore it is much wiser if you use your savings account just for your daily transactions and never ever use it for your investment purposes. As you should already know how much you are going to use for paying bills and expenses you can easily set aside an amount to put in FD or under investment assets such as ASB, unit trust or others.

As an example, just look at the rate that Maybank and CIMB are paying for Savings account.

Balance

Nominal Interest rate

Up to RM 1,000

0.20

Up to RM 5,000

0.40

Up to RM 25,000

0.50

Up to RM 50,000

0.85

Up to RM 100,000

1.50

Above RM 100,000

2.00

CIMB Bank’ Savings rates

 

 

Balance

Nominal Interest rate

Up to RM 2,000

0.20

Up to RM 10,000

0.30

Up to RM 50,000

0.80

Up to RM 100,000

1.10

Up to RM 100,000

1.20

Up to RM 500,000

1.30

Above RM 500,000

1.51

Maybank’s Savings rates.

Back To Basic Personal Finance # 2 – Recording your expenses

In my previous article, I have highlighted the importance of having a budget to take control of your finance and Before you can plan for your budget it is imperative that you record your expenses first so that you will be more aware of the following.

Sebelum anda boleh merangka Budget untuk anda atau keluarga anda, anda perlu merekodkan perbelanjaan2 anda untuk anda mengetahui perkara berikut:-

1. Fixed Monthly expenses / Perbelanjaan tetap bulanan anda – sewa/ansuran pinjaman perumahan, bayaran balik kereta, bayaran balik pinjaman peribadi dan sebagainya. Ini adalah perbelanjaan yg MESTI anda bayar setiap bulan dan tidak boleh abaikan atau kurangkan pembayarannya.

2. Daily Expenses / Perbelanjaan seharian – Expenses incurred in buying things such as newspaper, food and drinks, cigarettes and others. Perbelanjaan beli akhbar, makan minum dan lain2.

3. Weekly Expenses /Perbelanjaan mingguan – Petrol, belanja dapur dan sebagainya.

4. Monthly Expenses / – Monthly bill payments for your credit card, utilities, Astro, etc. Pembayaran untuk bil2 seperti kad kredit, api dan air, dan lain2 bil.

Seelok2nya anda perlu merekodkan dengan tepat selama sebulan. Anda boelh rekodkan dalam buku ataupun dengan merekodkan dengan menggunakan fiel Excel.

By religiously maintaining a record of every expenses incurred thoughout the monthit will help you to / Dengan merekodkan secara terperinci perbelanjaan bulanan anda ini ianya akan membantu anda untuk:-

1. Ascertain the FIXED amount that you need to pay without fail /Melihat jumlah YANG WAJIB untuk anda bayar setiap bulan.

2. Determine your spending pattern or trend. / Tren atau corak perbelanjaan anda – Anda boleh lihat perbelanjaan mana yg sebenarnya tidak begitu penting dan juga boleh jadi membazir. Perbelanjaan sebegini mempunyai potensi untuk anda kurangkan jika diperlukan.

3. Have a big picture of your total expenses and whether you are spending more than what you are earning. /Melihat jumlah perbelanjaan yang sedia ada dan samaada pendapatan anda cukup untuk menampung gaya hidup anda sekarang.

4. Whether you need to take a loan/loans to cover any deficit . / Adakah anda perlu mengambil pinjaman untuk menampung kekurangan dalam pendapatan. Anda mungkin pendapatan anda sudah cukup tetapi anda mungkin tidak sedar yg selama ini anda banyak menggunakan kad kredit untuk berbelanja lebih daripada yg anda dapat.

Jadli, langkah pertama anda sekarang ialah merekodkan perbelanjaan anda bermula daripada tarikh anda mendapat gaji anda nanti.