Kenapa anda perlu belajar grammar dalam 2015 ini?

image

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Alhamdulillah, tahun 2015 akan menjadi tahun ke 10 saya menjadi guru bahasa Inggeris sepenuh masa dan tahun ke 20 saya menjadi seorang trainer.

Sebagai cikgu bahasa Inggeris, saya tidak nampak cara lain lagi untuk pelajar dewasa menjadi mahir dlm masa yang cepat kecuali jika mereka sanggup menghadapi 3 aspek ini iaitu:-

1. Vocabulary atau kosakata bahasa Inggeris

2. Grammar atau tatabahasa bahasa Inggeris

3. Practise and using English

Agak mengecewakan apabila ada pelajar saya yang mengalah separuh jalan. Sememangnya aspek grammar memang sedikit teknikal yang memerlukan :-

1. Pemahaman
2. Penghafalan
3. Bimbingan guru
4. Latihan

Selepas 9 tahun,saya tidak nampak lagi cara lain yang paling efektif,tepat dan cepat. Bermula 2014, saya juga telah mula membimbing pelajar2 saya melalui aplikasi Whatsapp. Ini bermakna, pelajar-pelajar saya bukan sekadar menghadiri kelas saya seminggu sekali tetapi juga turut boleh belajar dgn saya melalui Whatsapp setiap hari!

Saya juga turut memberi pelajar-pelajar saya audio files untuk membantu mereka lebih memahami aspek2 tatabahasa dan kosakata bahasa Inggeris.

Untuk tahun 2015,saya bercadang untuk memuatnaikkan video2 grammar asas du Youtube untuk membantu mereka yg di luar Lembah Kelang yang tidak dapat hadir ke kelas saya,InsyaAllah.

Saya doakan yang terbaik untuk pelajar-pelajar saya untuk tahun 2015!

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan  bermula pada 3hb Januari di Sunway dan 4hb Januari di Putrajaya.

Cikgu Yusoff
Call/ Whatsapp 019-3090711