Asas-Asas perbualan bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Atas permintaan dan juga berdasarkan pengalaman saya menganjurkan kursus-kursus bahasa Inggeris, saya mulakan thread baru Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris ini. Hal ini adalah kerana ramai students saya yang menghadapi masalah dari segi perbualan bahasa Inggeris ini dan ramai yang tidak tahu bagaimanakah cara mereka boleh meningkatkan kemahiran perbualan bahasa Inggeris mereka.

Dalam komunikasi bahasa Inggeris, ada 4 aspek yang anda perlu kuasai untuk menjadi mahir iaitu:-

1. Speaking
2. Listening
3. Reading
4. Writing

Jika anda perhatikan, tiga dari empat aspek di atas iaitu Listening, Reading dan Writing boleh anda berlatih secara berseorangan tetapi aspek Speaking memerlukan anda berlatih dengan pihak lain jika anda ingin cepat mahir.

Asas-asas perbualan yang utama pada pandangan saya ialah boleh buat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris ni.So tiga ASAS yg penting ialah:-

1. Grammar

2. Vocabulary

3. Pronunciation

Tiga aspek ini yang perlu anda semua jaga-jaga bila berbual dalam bahasa Inggerisni.

Dalam kursus Perbualan saya Disember ini saya akan ajar:-

1. Sebutan mengikut ejaan Phonetics

2. Etiket perbualan – Cara berhemah untuk bercakap

3. Asas-Asas Grammar

4. Teknik memulakan sesuatu perbualan

5. Praktikal

Anda boleh gunakan aspek-aspek ini sebagai panduan kalau anda ingin belajar sendiri ya.Untuk berbual dengan baik dalam bahasa Inggeris ini, anda perlu tahu menyebut perkataan-perkataan bahasa Inggeris dengan betul dan jelas agar orang yang mendengar boleh faham tanpa timbul sebarang salah faham dengan mesej yang anda cuba sampaikan itu.

Anda perlu ingat yang kadang-kadang agak sukar menyebut perkatan2 itu dengan betul kerana:-

1. Ada huruf2 dalam ejaan tidak disebutkan seperti huruf ‘b’ yang tidak disebut dalam perkataan dumb, doubt, comb, bomb dan sebagainya.

2. Ada yang dieja dengan dengan sesuatu huruf tetapi bunyinya disebut berbeza seperti huruf ‘a’ yang disebut sebagai ‘ei’ dalam

lazy, crazy, baby dan sebagainya.

3. Ada huruf yang sebutan jauh berbeza dari ejaannya disebabkan oleh pengaruh sebutan asal bahasa asing yang dipinjam oleh bahasa Inggeris itu seperti

abattoir -rumah sembelihan binatang di sebut sebagai ebetwa. Hal ini adalah kerana sebutannya mengikut sebutan seperti di dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Perancis.

Ada banyak cara untuk anda mengetahui bagaimana untuk menyebut perkataan2 seperti mendegar berita dan dokumentari, mendengar lagu dan sebagainya. Cara yang paling tepat ialah dengan menggunakan Phonetics spelling yang akan saya ajar dalam Kursus Asas-Asas Perbualan saya pada 24 dan 25hb Dec nanti di Sunway.

Tuisyen English untuk pelajar2 sekolah peringkat rendah dan menengah akan dimulakan dalam bulan Jan 2012 di Sunway (Ahad petang), Putrajaya (Sabtu ptg) dan di Bangi.Tempat terhad kepada 10 pelajar di Bangi, 15 org di Sunway dan Putrajaya.

Regards

Cikgu Yusoff

0193090711

Semakan dan keputusan UPSR 2011 melalui SMS dan Online

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my mengumumkan yang SIDANG MEDIA: PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2011 akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh           :           17 November 2011 (Khamis)
Masa               :           9.00 Pagi
 
Tempat           :           Bilik Mesyuarat Utama
                                    Aras 6, Blok E8, Parcel E
                                    Putrajaya
 
Tetamu Kehormat     :           Y. Bhg Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

                                                            Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

 

Semakan scara Online atau SMS belum dapat dipastikan lagi bagaimanakah caranya walaupun sesetengah laman web ada memberi pautan tertentu yang saya rasa kurang tepat.

 

Menurut Cik Laiki di http://www.ciklaili.com Anda boleh menyemak keputusan UPSR melalui SMS dengan menaip UPSR <jarak> ANGKA GILIRAN ke 15888 bermula 10 pagi, esok, 17hb Nov.

 

Tuisyen bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar untuk persediaan UPSR, PMR dan SPM akan saya mulakan pada Jan 2012.Tempat terhad kepada 10 org di Taman Universiti Bangi, 14 org untuk di Precint 16, Putrajaya dan 15 orang di Sunway, Petaling Jaya.

Hubungi saya di 0193090711 atau cikgutuition@yahoo.com untuk menempah tempat.

Kursus bahasa Inggeris semasa cuti sekolah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Sedar tak sedar, cuti sekolah hujung tahun 2011 dah tak lama lagi. Cuti sekolah akan bermula pada 19hb November untuk sekolah-sekolah di barat semenanjung dan 18hb Nov di Kelantan dan Terengganu. Apakah persediaan kita untuk anak-anak kita selama lebih kurang 8 minggu ini nanti? Persediaan ini penting terutamanya untuk mereka yang mempunyia anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2012 nanti.

Anda perlu mula merancang apakah aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak-anak anda nanti dan yang penting jangan biarkan ianya sekadar menjadi ‘cuti’ semata-mata tanpa apa-apa aktiviti akademik yang berfaedah.

Untuk anak-anak yang masih lemah, ambil kesempatang di masa cuti sekolah yang panjang itu nanti untuk mengukuhkan semula pemahaman mereka dalam matapelajaran yang mereka lemah itu. Bagaimana pun janganlah pula isikan kesemua 8 minggu itu nanti dengan aktiviti akademik sahaja kerana ianya akan membosankan anak-anak anda kelak. Mungkin anda boleh campurkan dengan aktiviti percutian samaada dihujung cuti atau ditengah atau gabungan kedua-duanya seperti:-

1. 3 minggu aktiviti akademik,1  mingu cuti, disambungkan dengan 3 minggu akademik dan diakhiri dengan 1 minggu cuti.

2. 6 minggu aktiviti akademik dan 2 minggu terakhir sebagai cuti.

2. 1 minggu pertama cuti, 3 minggu akademik, 1 minggu cuti dan 3 minggu terakhir akademik.

Jadual di atas hanyalah sebagai cadangan dan anda perlu kenal anak-anak anda dari segi daya ketahanan mereka. Mungkin ada yg cepat bosan dan oleh itu anda perlu selitkan cuti-cuti pendek di dalam aktiviti akademik mereka.

Sebelum cuti sekolah bermula, apa yang anda boleh buat ialah buat kajian yang ikhlas di mana kedudukan anak anda dalam semua matapelajaran yang mereka akan ambil dalam peperiksaan nanti. Ini akan membantu anda mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak anda. Bagaimanapun kajian akan berbentuk subjektif kerana anda perlu mengambil kira juga ‘standard’ sekolah anak anda kerana sekolah yang mempunyai ‘standard’ yang rendah mungkin memberikan soalan-soalan yang agak mudah kepada anak-anak anda.

Apa yang saya boleh cadangkan ialah untuk anda menguji semula anak anda dengan soalan-soalan lepas UPS,PMR atau SPM sebenar supaya anda boleh mengukur dengan tepat kedudukan anak anda dan tidak ‘terpedaya’ dengan markah peperiksaan sekolah mereka. Dengan cara sebegini anda boleh ukur kedudukan sebenar anak-anak anda dalam semua matapelajaran mereka dan anda boleh membuat keputusan tepat tentang matapelajaran mana yang perlu anda beri lebih perhatin di masa cuti sekolah nanti.

Sebagai cikgu tuisyen dan jururunding sepenuh masa terutamanya dalam matapelajaran bahasa Inggeris lebih 10 tahun, saya akan cuba berikan tips-tips dan petua lagi. Anda juga di galakkan berkongsi petua dan pengalaman anda sendiri untuk sama-sama kita manfaatkan.

Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris untuk UPSR/PMR dan SPM  akan dijalankan pada 19hb, 20hb, 26hb, 27hb November, 2hb dan 3hb Disember 2011 di Putrjaya dan Sunway.Tempat terhad kepada 15 org pelajar sahaja.

Cikgu Yusoff

019-3090711

cikgutuition@gmail.com

Pembentukan ayat-aat asas dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum semua

Basic sentence construction in English ialah:-

Subject + verb + Object atau

Subject + verb + Complement

So, kalau anda perhatikan yang Subject + Verb to almost wajib dalam setiap perkataan yang anda buat dalam bahasa Inggeris. That is why you must master the Subject and the Verb in English if you want  to be good in English.

Subject cuma datang dari Nouns n Pronouns sahaja. While Verbs pula samaada Auxiliary Verbs atau Action Verbs.

Tak susah manapun BI ni tapi basic about the Subject and the Verb mesti dikuasai terlebih dahulu.Kenali dulu siapa atau apa yang akan boleh jadi subjek dalam ayat-ayat bahasa Inggeris anda dan dalam kelas bahasa Inggeris saya baik untuk dewasa mahupun untuk untuk pelajar-pelajar saya akan mulakan dulu dengan topik Nouns dan Pronouns.Pastikan anda kenal Nouns anda dari segi:-

1. Common n Proper Nouns  Kata nama khas dan Kata nama am

2. Gender  Nama yang berbeza mengikut jantina

3. Singular and Plural Nouns Kata nama tunggal dan kata nama majmuk. Aspek yang amat penting untuk anda ingat bila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

4. Uncountable Nouns Kata Nama tidak boleh dikira Aspek yang penting tetapi tidak diketahui oleh ramai orang yang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

5. Collective Nouns Kata Nama Berkelompok. Kata nama yang lebih sesuai anda gunakan apabila merujuk kepada sekumpulan orang, haiwan atau benda.

Jangan kelam kabut untuk mempelajari bahasa Inggeris ini dengan cuba belajar dari tengah2 atau hujung2.Anda kena mulakan dari mula dan dari peringkat asas kerana ianya semua berkait.

Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris untuk pelajar dewasa akan diadakan di precint 16, Putrajaya pada 12 dan 13hb November ini. Diskaun khas untuk kawan2 di yahoogroups Sahabat Interaktif Malaysia ini.

Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM akan berjalan selama 3 minggu bermula 19hb Nov ini. Kelas cuma pada Sabtu dan Ahad di Sunway dan Putrajaya Prct 16 (sebelah Alamanda). Diskaun khas untuk kawan2 di yahoogroups Sahabat Interaktif Malaysia ini.

Like my Page on FB at Cikgu Yusoff’s English

Cikgu Yusoff

0193090711

Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris di Putrajay pada 12 & 13hb Nov ini!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda ingin kuasai asas-asas bahasa Inggeris dengan mudah?

Anda inginkan kursus yang mudah difahami?

Anda inginkan kursus pada yuran yang amat berpatutan?

Anda inginkan khidmat sokongan percuma selepas kursus?

Anda inginkan cikgu yang boleh anda rujuk selepas kursus?

Jika jawapan anda YA.

Sertai Kursus Asas-Asas Komunikasi Bahasa Inggeris di Precint 16 pada 12 & 13hb November  ini!

Kursus 2 hari yang mudah difahami

Kursus pada hujung minggu ,hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Sokongan Online percuma 1 bulan bernilai RM100 selepas kursus

Nota dwi bahasa yang lengkap

Syarahan dalam dwi bahasa yang mudah di fahami

Diajar oleh Cikgu Yusoff yang berpengalaman

Pengajar yang telah menulis lima buah buku mempelajari bahasa Inggeris

Pengajar yang mempunyai 16 tahun pengalaman sebagai pelatih

Pengajar yang pernah melatih KWSP, Kementerian Kesihatan

FAMA, Drypers, Universiti Malaya dan Kementerian Pertahanan

Yuran dari serendah RM230 untuk pendaftaran awal dan berkumpulan

Kursus terhad kepada12 orang sahaja!

Hubungi saya segera untuk menempah tempat.

Smskan BIPjaya <jarak> nama <jarak> alamat email <>  ke 0193090711 untuk makluman lanjut.

Cikgu Yusoff
cikgutuition@yahoo.com
0193090711