TIPS – Cara paling cepat untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Kita sudah menghampiri penghujung Januari walaupun rasanya seperti baru sahaja kita melangkah masuk tahun 2013.Alhamdulillah untuk Intake Januari ramai yang mempunyai azam baru meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris mereka dalam tahun 2013 ini.
 
Sekali lagi saya ingin memberi tips dan petua kepada anda semua untuk membantu anda menjadi lebih fasih dan lebih mahir dalam berbahasa Inggeris anda dalam tahun 2013 ini.
 
1. Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris. Saya selalu memberitahu pelajar-pelajar saya jika mereka ingin mahir dalam bahasa Inggeris,aspek membaca antara aspek paling pentig dan kritikal.Dengan membaca setiap hari, anda akan dapat menyerap struktur-struktur ayat bahasa Inggeris yang betul,menyerap ejana-ejaan bahasa Inggeris yang betul,gaya penulisan yang menarik dan mudah dan juga melihat bagaimana aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang betul digunakan dalam ayat-ayat bahasa Inggeris. Apa yang anda boleh baca bergantung kepada minat anda dan ianya boleh jadi akhbar,majalah,buku cerita dan sebagainya.
 
2. Banyakkan mendengar dalam bahasa Inggeris. Belajar bahasa Inggeris tidak semestinya perlu formal dan serius. Sambil anda mendengar lagu-lagu bahasa Inggeris, anda boleh mendengar sebutan-sebutan bahasa Inggeris yang betul, pembentukan ayat yang betul dan juga tatabahasa yang betul dalam lirik-lirik lagu yang anda dengar itu. Bagaimanapun anda perlu berhati2 bukan semua lagu-lagu bahasa Inggeris itu betul tatabahasa bahasa Inggeris mereka terutama lagu-lagu baru genre rap,hip hop dan sebagainya.Anda lebih digalakkan mendengar lagu-lagu lama era 60an ke 90an kerana biasanya tatabahasa bahasa Inggeris lagu-lagu dari era ini betul dan tepat.
 
3. Banyakkan merujuk kepada kamus anda. Ini memang agak renyah atau melecehkan kepada kita tetapi ganjaran kepada mereka yang sanggup dan rajin merujuk kepada kamus adalah amat-amat besar. Saya sendiri banyak mengajar pelajar-pelajar saya teknik menggunakan kamus untuk mengetahui sebutan-sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang betul, jenis-jenis sesuatu perkataan itu, pasangan kepada sesuatu perkataan itu seperti bila kita menggunakan perkataan afraid ianya akan dipasangkan dengan of. Dengan merujuk kepada kamus anda akan lebih pasti penggunaan sesuatu perkataan itu dan dengan itu ianya juga akan membantu anda menjadi lebih yakin untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
 
 
Ingat 3 tips utama ini dan saya akan ceritakan lagi tips dan petua yang boleh membantu anda menjadi lebih mahir dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris nanti.
 
Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 2hb Februari ini di Putrajaya dan 10hb Februari ini di Sunway.
 
Cikgu Yusoff
019-3090711
 
 

Tips tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda dalam tahun 2013.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Ini antra ringkasan tips dan petua yang cikgu rasa anda boleh gunakan untuk membimbing anda dalam usaha anda meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam tahun 2013 ini.

1. Kuasai tatabahasa bahasa Inggeris dan ianya akan memudahkan usaha anda untuk menjadi lebih mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris anda.

Ramai yang tidak suka dan agak phobia apabila mereka mendengar yang mereka perlu belajar balik grammar bahasa Inggeris ini sedangkan mengikut pengalaman cikgu mengajar bahasa Inggeris,secara ikhlasnya memang kena belajar semula grammar bahasa Inggeris ini kerana inilah cara paling cepat dan mudah untuk mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris dan grammar bahasa Inggeris akan:-

i. Memudahkan kita memilih perkataan yang betul dalam ayat-ayat bahasa Inggeris kita seperti bilakah kita perlu gunakan beauty, beautify, beautiful dan beautifully yang semuanya seakan-akan serupa tetapi yang mana satu yang perlu kita gunakan berdasarkan konteks ayat.

ii. Membantu kita membuat perubahan yang betul kepada sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris seperti bilakah boy menjadi boys dan bila pula kita tukarkan kata kerja eat menjadi ate atau eaten dan bila pula kita perlu gunakan eating?

iii. Memastikan subject yang terdiri dari kata nama dan kata ganti nama di padannkan dengan verbs yang betul dan menunjukkan masa yang betul seperti I dipadankan dengan am untuk untuk menunjukkan sekarang seperti I am hungry now dan is di padankan dengan kata nama tunggal seperti Ali is busy right nowdan sebagainya.


2. Membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris

Mengikut pengalaman peribadi cikgu,inilah antara aspek yang paling penting dan paling berkesan untuk membantu kita menjadi mahir dalam bahasa Inggeris. Pembacaan bahan-bahan dalam bahasa Inggeris akan membantu kita untuk:-

i. Meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris kita.

ii. Menyerap struktur ayat bahasa Inggeris yang betul yang kemudiannya boleh kita gunakan semula dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris.

iii. Memahami tatabahasa bahasa Inggeris dengan melihat bagaimana ayat-ayat bahasa Inggeris ditulis dalam tatabahasa yang betul.

iv. Membantu aspek perbualan kita dengan melihat contoh-contoh ayat dalam bahan bacaan tersebut. Dengan membaca kuat,kita juga boleh melatihkan diri kita untuk lebih selesa bercakap dalam bahasa Inggeris.

3. Merujuk kepada kamus

Kamus patut menjadi bahan rujukan utama kita dalam mempelajari bahasa Inggeris dan oleh itu kita perlu mepunyai kamus yang agak lengkap fungsi ia seperti kamus Oxford English-English-Malay yang boleh memberi maklumat penting seperti:-

i. Makna sesuatu perkataan itu.

ii. Jenis perkataan itu samaada ianya kata nama, kata ganti nama,adjektif dan sebagainya.

iii. Kata sandang yang perlu digunakan dengan sesuatu adjektif itu seperti afraid perlu dipadankan dengan of seperti I am afraid of ghost.

iv. Makna tersirat phrasal verb seperti I look up kalau dari segi tersurat bermakna melihat ke atas tetapi makna tersiratnya ialah meghormati seseorang atau memandang tinggi kepada seseorang seperti I look up to my father.

v. Peribahasa atau idiom yang berkaitan dengan perkataan tersebut.

Cikgu amat berharap agar 2013 ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua dan sebenarnya untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris tidaklah sesukar mana sebab kita semua seperti berlian kasar yang cuma perlu digilap oleh guru yang berpengalaman untuk menjadi berlian yang amat berharga.Cikgu doakan anda semua diterangkan hati oleh Allah dan sentisa diberikan kesihatan yang bagus untik menjadi umatNya yang berjaya dalma tahun 2013 ini,InsyaAllah.

Kursus Asas-Asas Komunikasi Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 2hb februari di Putrajaya dan 10hb Februari di Sunway.Daftar awal untuk mendapat diskaun sehingga RM130.

Cikgu Yusoff
019-3090711
Guru/Trainer bahasa Inggeris semenjak 2006.
Trainer semenjak 1996.
Penulis 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris.

Meningkatkan kemahiran berkomunikasi Bahasa Inggeris anda dengan membaca

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Saya sering menasihatkan pelajar-pelajar saya agar banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris kerana secara peribadinya, membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris telah banyak membantu saya untuk menjadi lebih mahir dalam bahasa Inggeris.

Apabila kita membaca dalam bahasa Inggeris ini bermakna bahawa kita menggunakan otak anda dalam cara yang sangat aktif. Membaca adalah satu proses yang sangat aktif. Apabila anda membaca teks, anda perlu melakukan beberapa atau semua perkara berikut:

i. Bayangkan adegan-adengan dalam kepala anda
ii. Memahami dengan jelas apa yang penulis cuba perkatakan
iii. Bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang telah ditulis oleh penulis.

Kelebihan Membaca

Apabila anda belajar bahasa Inggeris, aspek mendengar, bercakap dan menulis adalah penting, tetapi membaca juga akan amat membantu kita untuk menadi mahir dalam masa yang singkat.

Terdapat banyak kelebihan yang berkaitan dengan membaca, termasuk:

Peningkatan perbendaharaan dalam konteks

Anda biasanya akan menghadapi perkataan baru apabila anda membaca. Jika terdapat terlalu banyak perkataan baru untuk anda, maka tahap adalah terlalu tinggi dan anda perlu membaca sesuatu yang mudah. Tetapi jika terdapat, katakan, maksimum lima perkataan baru setiap halaman, anda akan belajar perbendaharaan kata ini mudah. Anda mungkin tidak perlu untuk menggunakan kamus kerana anda boleh meneka makna dari seluruh teks (dari konteks). Bukan sahaja anda mempelajari perkataan-perkataan baru, tetapi anda melihat mereka sedang digunakan secara semula jadi.
Model Untuk Menulis

Apabila anda membaca, ia memberikan anda satu contoh yang baik untuk menulis. Teks yang anda membaca menunjukkan kepada anda struktur dan ungkapan yang boleh anda gunakan apabila anda menulis.

Melihat Struktur Pembinaan Ayat Yang Betul Dalam Bahasa Inggeris

Apabila orang menulis, mereka biasanya menggunakan Bahasa Inggeris yang ‘betul’ dengan struktur tatabahasa yang betul. Ini tidak selalunya benar apabila orang bercakap kerana kadang-kadang orang banyak bercakap dalam bahasa Inggeris yang informal danj juga kurang tepat tatabahasa ia. Jadi, dengan membaca anda lihat dan belajar Bahasa Inggeris tatabahasa secara semulajadi.

Belajar Mengikut Tempo Anda Sendiri

Anda boleh membaca dengan cepat atau perlahan-lahan mengikut tempo yang anda suka. Anda boleh membaca sepuluh muka surat dalam masa 30 minit, atau mengambil masa satu jam untuk meneroka hanya satu halaman. Ianya tidak penting. Pilihan adalah milik anda. Anda tidak boleh dengan mudah melakukan hal ini apabila bercakap atau mendengar. Ini adalah salah satu kelebihan besar membaca kerana orang yang berlainan bekerja pada kelajuan yang berbeza.

Faedah peribadi

Jika anda memilih untuk membaca sesuatu yang anda suka, ia sebenarnya boleh menarik minat anda untuk membaca dan ianya akan menyeronokkan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin membaca tentang bola sepak dalam bahasa anda sendiri, mengapa tidak membaca tentang bola sepak dalam bahasa Inggeris? Anda akan mendapatkan maklumat mengenai bola sepak dan memperbaiki Bahasa Inggeris anda pada masa yang sama.

Lima Tips untuk Membaca

Petua # 1

Cuba untuk membaca di tahap yang betul. Baca sesuatu yang anda (lebih atau kurang) boleh faham. Jika anda perlu untuk berhentikan setiap tiga perkataan untuk merujuk kepada kamus, ianya akan membosankan anda dan akan membuat anda kurang minat untuk meneruskan tabiat membaca itu.Pastikan bahan bacaan yang anda pilih itu tidak terlalu susah dan tidak terlalu mudah bahasa ia.Jika terlalu mudah pula, anda tidak akan belajar perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris.

Petua # 2

Buat kamus perbendaharaan kata anda sendiri untuk perkataan-perkataan baru yang anda jumpa dalam pembacaan anda. Jika terdapat empat atau lima perkataan baru pada halaman, tulis mereka dalam kamus anda atau buku perbendaharaan kata anda itu. Tetapi anda tidak perlu untuk menulis mereka semasa anda membaca. Sebaliknya, cuba untuk meneka makna mereka semasa anda membaca; menandakan mereka dengan pen; kemudian kembali apabila anda telah selesai membaca untuk memeriksa dalam kamus dan menambah perkataan-perkataan itu dalam buku perbendaharaan kata anda.

Petua # 3

Cuba untuk membaca dengan kerap. Sebagai contoh, cuba membaca untuk masa yang singkat sekali sehari. Lima belas minit setiap hari adalah lebih baik daripada dua jam setiap hari Ahad. Tetapkan masa membaca anda itu. Sebagai contoh, anda boleh membaca selama lima belas minit apabila anda pergi ke katil, atau apabila anda bangun, atau pada waktu makan tengahari.

Petua # 4

Bersedia. Pastikan anda ada bahan-bahan yang diperlukan semasa membaca iaitu:

i. Sesuatu untuk dibaca
ii. Penanda atau highlighter untuk menyerlahkan perkataan-perkataan yang sukar
iii. Kamus
iv. Kamus anda atau buku perbendaharaan kata anda
v. Pen untuk menulis perkataan baru

Petua # 5

Baca apa apa yang anda MINATI. Pilih sebuah majalah atau buku tentang subjek yang anda suka.

Adalah amat diharap artikel saya kali ini dapat membantu bagaimana membaca boleh membantu anda untuk menjadi lebih mahir dalam bahasa Inggeris.Bermula 2012 dan 2013 ini saya akan cuba untuk lebih aktif menulis untuk membantu anda semua di sini untuk menjadi mahir dalam masa yang singkat.

Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 5hb Januari di Putrajaya dan 6hb Januari di Sunway. Tempat terhad.

Cikgu Yusoff

019-3090711

Teknik berfikir dalam komunikasi bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Mereka yang pernah menghadiri Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang saya buat di Putrajaya dan Sunway yang akan bermula pada 5 dan 6hb Januari ini sudah tentu sudah biasa dengan teknik pengajaran saya yang mungkin agak berbeza dengan cikgu-cikgu bahasa Inggeris yang lain di mana saya banyak mengingatkan pelajar-pelajar saya untuk ‘berfikir’ terlebih dahulu sebelum membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris mereka dan kelebihan berfikir ini ialah:-

1. Pelajar tidak lagi mengikut ‘sedap rasa’ dalam membuat ayat tanpa memikirkan aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang betul.

2. Pelajar akan betul2 pasti yang ayat mereka itu betul 100% tatabahasa ia.

3. Pelajar boleh menyemak setiap ayat yang telah mereka tulis untuk sebarang kesilapan dan mereka.

4. Pelajar tahu bagaimana untuk menggunakan kamus untuk menyemak sebutan,jenis perkataan,pasangan kepada perkataan-perkataan dan lain-lain lagi.

Memangnya pada peringkat permulaan ada yang merasa sedikit sukar untuk menggunakan teknik ‘berfikir’ ini dalam bahasa Inggeris tetapi akhirnya pelajar-pelajar saya menyedari yang inilah cara yang paling cepat untuk menguasai bahasa Inggeris.

Teknik berfikir dan menyemak ni akan saya ajar dalam kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbulana bahasa Inggeris bermula 5hb Jan di Prct 16, Putrajaya dan 6hb Jan di Sunway.Kursus selama 8 minggu dan yuran cuma serendah RM550 untuk keseluruhan kursus.

Cikgu Yusoff
019-3090711

Teknik meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda dengan membaca teks dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagaimana untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda dengan membaca teks dalam bahasa Inggeris

Menurut laman web helping-you-learn-english.com, salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita ialah dengan membaca teks -teks bahasa Inggeris dan anda akan rasai ada peningkatan dalam bahasa Inggeris anda secara keseluruhan.

Tambahan pula, membaca adalah satu cara yang mudah, menyeronokkan dan amat murah untuk memperbaiki banyak aspek Bahasa Inggeris kita. Kita boleh meningkatkan perbendaharaan kata kita, pemahaman dan tatabahasa dengan hanya mengambil sebuah buku bahasa Inggeris atau melayari laman-laman web berbahasa Inggeris.

Membaca teks dalam Bahasa Inggeris boleh membantu kita dalam banyak aspek pembelajaran kita. Apabila kita membaca dalam Bahasa Inggeris kita dapat mempelajari perkataan baru dan struktur tatabahasa.

Jika kita berkali-kali melihat perbendaharaan kata baru kita akan mengingati perkataan-perkataan baru itu dan kemudian kita akan dapat menggunakannya apabila menulis atau bercakap dalam bahasa Inggeris.

Adalah penting untuk masuk ke dalam tabiat membaca teks dalam bahasa Inggeris: buku, surat khabar, majalah atau laman web. Jika anda membaca sekurang-kurangnya 20 atau 30 minit setiap hari, anda akan melihat peningkatan dalam perbendaharaan kata anda, ungkapan lisan dan kemahiran membaca Bahasa Inggeris anda. Saya sering memberitahu pelajar-pelajar saya yang pembacaan apa-apa bahan dalam bahasa Inggeris itu mesti dibuat setiap hari tanpa gagal dan tanpat cuti.

Apabila anda membaca teks dalam bahasa Inggeris, ia adalah idea yang baik untuk tidak melihat perkataan di dalam kamus setiap kali anda tidak memahami sesuatu perkataan itu.

Sebaliknya, ia adalah lebih baik untuk mencuba dan meneka makna perkataan baru berdasarkan konteks ayat. Apabila anda menggunakan konteks dan bukannya kamus untuk mempelajari perkataan, anda akan dapat ingat perkataan lebih mudah.

Bagaimanapun jika anda ingin menggunakan pendekatan yang agresif untuk mahir dalam masa yang singkat, anda digalakkan juga menyemak kamus dari masa ke semasa.

Dalam usaha untuk membantu anda menikmati membaca dalam Bahasa Inggeris, anda boleh memilih seorang penulis yang anda minati. Sebagai contoh, semasa kecil saya amat suka buku-buku garapan Enid Blyton dan semasa remaja saya suka novel2 tulisan Roald Dahl dan sekarang saya lebih suka novel-novel tulisan Jeffrey Archer. Anda juga boleh memberi tumpuan kepada topik yang menarik minat anda seperti bola sepak, internet, fesyen, pendidikan, berita dan sebagainya.

Jika anda berminat dalam meningkatkan kesihatan anda, mengapa tidak mengkaji cara yang berbeza untuk meningkatkan ia dalam Bahasa Inggeris? Jika anda mahu untuk melawat Kanada, mengapa tidak meneroka bandar pilihan anda dalam bahasa Inggeris. Bahasa adalah lebih mudah untuk belajar apabila anda menggunakannya dengan cara yang menarik dan relevan untuk diri sendiri.

Satu lagi perkara yang anda boleh cuba ialah dengan membaca buku yang sama, majalah, artikel atau laman web lebih daripada sekali. Jika anda membaca sesuatu dan kemudian anda membaca sekali lagi dalam beberapa hari atau minggu, anda akan notis bahawa kali kedua atau berturut-turut bahawa anda membaca, anda akan memahami lebih lanjut dan anda akan mengukuhkan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang baru.

Mulakan hari anda setiap hari dengan membaca!

Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa nggeris cikgu akan bermula pada 5hb Januari di Kompleks Kejiranan Precint 16 dan pada 6hb Januari di Leisure Commerce Square (bersebelahan Stesyen Komuter Setia Jaya).Tempat terhad kepada 15 orang sahaja dan tinggal beberapa kekosongan sahaja lagi!

Diskaun khas untuk pelajar lepasan SPM 2012

Cikgu Yusoff
019-3090711

Ingat pesan cikgu untuk mahir dalam bahasa Inggeris ya…..

Jika anda ingin mahir dalam bahasa INggeris dalam masa yang singkat maka anda perlu sanggup untuk mengikuti teknik-teknik yang telah berjaya saya gunakan atau untuk mengikuti teknik-teknik yang telah saya cipta sendiri berdasarkan pengalaman dalam mengguna bahasa Inggeris lebih daripada 40 tahun!

What do I always tell my students?

1. Read in English, everyday.

2. Try to speak in English,everyday.

3. Memorize ten new words, everyday.

4. Have an inquisitive mind.

5. Practice, everyday.

6. Master your grammar. There are no short cuts!

7. Know how to use the dictionary and use it everyday.

8. Attend a formal English class and relearn your grammar.

As a teacher I always want my students to improve their English and it pains me if they fail.

Apa yang saya selalu beritahu pelajar saya?

1. Baca apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris setiap hari.

2. Cuba untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap hari.

3. Menghafal sepuluh perkataan baru bahasa Inggeris setiap hari.

4. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

5. Buat latihan-latihan tatabahasa bahasa Inggeris anda setiap hari.

6. Kuasai tatabahasa bahasa Inggeris anda. Terdapat tiada jalan pintas!

7. Tahu bagaimana untuk menggunakan kamus dan menggunakan ia setiap hari.

8. Menghadiri kelas bahasa Inggeris formal dan belajar semula tatabahasa anda.

Sebagai seorang guru saya sentiasa mahu pelajar-pelajar saya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dan ianya menyedihkan saya jika mereka gagal.

Kursus Asas-Asas Komunikasi Penulisan dan Perbulan cikgu akan bermula pada 5hb Januari di Putrajaya dan 6hb januari di Sunway.Diskaun khas untuk pelajar2 lepasan SPM 2012!

TIPS – Nak mahir dengan cepat ke lambat dalam bahasa Inggeris anda?


http://www.facebook.com/pages/Cikgu-Yusoffs-English

http://www.imejbaru.wordpress.com/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Untuk mahir dalam BI,ada dua aspek penting yang perlu anda tanya diri anda sendiri iaitu:-

1. Nak mahir dalam waktu yang singkat?

2. Nak mahir dalam masa yang terdekat tapi tak terlalu urgent.?

Jawapan kepada dua persoalan di atas ialah:

1. Jika nak mahir dalam masa yang singkat anda perlu:-

i. Join mana2 kelas BI yang formal

ii. Kena beli buku2 rujukan BI, kamus BI yang baik, buku2 latihan BI

iii. Betul2 komited untuk belajar dan mengulangkaji sendiri.

iv. Senantiasa mencari masa untuk belajar dan membaca bahan2 dalam BI

v. Sanggup berkorban wang ringgit dan tenaga dan masa anda

2. Jika anda tidak terlalu terdesak untuk mahir dalam BIdalam masa yang terdekat anda boleh:-

i. Beli bahan2 rujukan BI secara berperingkat.

ii. Amalkan membaca bahan2 BI yang ringan2 seperti akhbar, majalah

iii. Sesekali baca dan ulangkaji BI

iv. Sesekali attend kursus2 jangka pendek BI

Jadi apakah jalan atau langkah2 yang perlu anda ambil bergantung kepada apa yang anda mahu dan bila anda mahukannya. Itu sahaja dan sebenarnya penyelesaiannya amat mudah kalau anda fikir2 kan tentang nya..

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris akan bermula pada 1hb September depan di Precint 16,Putrajaya dan2hb September di Sunway.Kursus 3 jam seminggu selama 7 minggu.

Yuran biasa RM550 tp daftar bulan ini dan yuran RM490.Daftar dua orang dan yuran cuma RM450.Daftar dengan deposit cuma RM100 dan ini merupakan sebahagian daripada yuran anda.

Cikgu Yusoff
0193090711

Nak mahir cepat atau lambat dalam bahasa Inggeris?

Untuk mahir dalam BI,ada dua aspek penting yang perlu anda tanya diri anda sendiri iaitu:-

1. Nak mahir dalam waktu yang singkat?

2. Nak mahir dalam masa yang terdekat tapi tak terlalu urgent.?

Jawapan kepada dua persoalan di atas ialah:

1. Jika nak mahir dalam masa yang singkat anda perlu:-

i. Join mana2 kelas BI yang formal

ii. Kena beli buku2 rujukan BI, kamus BI yang baik, buku2 latihan BI

iii. Betul2 komited untuk belajar dan mengulangkaji sendiri.

iv. Senantiasa mencari masa untuk belajar dan membaca bahan2 dalam BI

v. Sanggup berkorban wang ringgit dan tenaga dan masa anda

2. Jika anda tidak terlalu terdesak untuk mahir dalam BIdalam masa yang terdekat anda boleh:-

i. Beli bahan2 rujukan BI secara berperingkat.

ii. Amalkan membaca bahan2 BI yang ringan2 seperti akhbar, majalah

iii. Sesekali baca dan ulangkaji BI

iv. Sesekali attend kursus2 jangka pendek BI

Jadi apakah jalan atau langkah2 yang perlu anda ambil bergantung kepada apa yang anda mahu dan bila anda mahukannya. Itu sahaja dan sebenarnya penyelesaiannya amat mudah kalau anda fikir2 kan tentang nya..

Yusoff

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris akan bermula pada 1hb Julai ni di Precint 16,Putrajaya.Kursus 3 jam seminggu selama 7 minggu dan yuran RM450.

Hubungi saya, Cikgu Yusoff di 019-3090711 atau di cikgutuition@yahoo.com jika berminat

Audio file untuk penerangan Teknik Semakan 3 W’s dalam bahasa Inggeris

Sebelum ini saya ada menerangkan Teknik Semakan 3 W’s iaitu teknik semakan dua peringkat iaitu:-

1. Semakan peringkat pertama – WHEN

2. Semakan peringkat kedua – WHO /WHAT

Cuba baca balik penerangan cikgu sebelum ini di https://knowledgecentre.wordpress.com/2012/06/13/teknik-semakan-3-ws/

Ini URL yang anda boleh layari untuk mendengar Audio File penerangan 3 W’s ini.Maaf jika ada kekurangan sebab ini first attempt saya nak buat penerangan dalam bentuk audio file ni.

https://www.evernote.com/shard/s204//sh/d4769aa7-0ac1-4f62-a5cf-4c317d906757/2e5bfab9225926ee808e791caaacbe31

Penerangan lanjut tentang konsep ini akan cikgu buat dalam kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula 1hb Julai ini di Sunway.Kelas setiap Ahad selama 7 minggu dan yuran khas Intake July ini cuma RM450 sahaja! Yuran biasa ialah RM550.

Cikgu Yusoff
0193090711

Iklan Berbayar – Diskaun khas untuk Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula 1 Julai di Sunway

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Anda ingin mahir dalam bahasa Inggeris dengan mudah?

Anda inginkan bimbingan dari guru yang berpengalaman setiap hari?

Anda ingin ketahui teknik menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris dengan efektif?

Anda ingin meningkatkan keyakinan anda dalam berkomunikasi bahasa Inggeris?

Anda ingin menyertai kursus bahasa Inggeris yang yurannya tidak terlalu mahal?

Anda ingin menyertai kursus bahasa Inggeris yang sesuai untuk persediaan MUET anda?

Jika jawaban anda ialah YA

Sertai Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula 1hb Julai ini di Sunway, Petaling.

Kursus menekankan aspek Tatabahasa, Kosakata dan Latihan

Kursus pada hari Ahad sahaja setiap minggu selama 3 jam sahaja.

Online/Phone support setiap hari dan 3 bulan selepas kursus tamat

Syarahan dan nota dalam dwi bahasa yang amat mudah untuk difahami.

Pengajar yang berpengalaman mengajar staff MRSM, Kolej Komuniti, KWSP, Univ. Malaya,
Kementerian Kesihatan, FAMA dan banyak lagi organisasi.

Yuran biasa RM550 untuk keseluruhan kursus.

Tawaran Istimewa bulan puasa, yuran cuma RM450 sahaja seorang!

Hubungi saya segera jika berminat kerana tempat terhad kepada 15 orang sahaja!

Cikgu Yusoff
0193090711