Meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda dalam 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini ialah hari terakhir dalam tahun kalendar roman 2012 dan esok akan bermulalah tahun baru 2013.Begitu cepat sekali masa berlalu..Rasanya baru sahaja kita masuk tahun 2012 dan baru sahaja menyambut hari Raya Aidil Fitri tapi sedar tak sedar sudah tamat tahun 2013 ini.Biasanya pada hujung tahun kita sibuk dengan penilaian prestasi kerja kita dan masuk tahun 2013 kita kita akan berdebar-debar pula menunggu berapa bulankan bonus yang akan kita perolehi daripada majikan kita dan berapa peratus pulalah kenaikan gaji kita. Jika bonus dan kenaikan gaji yang kita dapati tidak seperti yang kita jangkakan maka kita perlu menunggu setahun lagi untuk kenaikan dan bonus yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, bagi mereka yang agresif, apabila mereka tidak mendapat kenaikan gaji dan bonus seperti yang diharapkan maka mereka akan mula mencari kerja lain yang boleh membantu mereka mendapat kenaikan gaji sekitar 30-40%!Ini bermakna jika gaji mereka sekarang ialah RM2,000, mereka akan mendapat kenaikan sekitar RM600 sebulan atau RM7,200 setahun! Ini sama dengan bonus sebanyak 3 1/2 bulan!

Saya sendiri semasa saya bekerja dengan orang lain dahulu saya tidak tunggu lama disesuatu organisasi dan bila saya berpindah kerja, saya memang dapat kenaikan 30-40%.Pada saya jika kenaikan yang diterima kurang daripada 30% maka perpindahan kerja yang kita buat itu tidak berbaloi kerana apabila kita bertukar kerja kita akan kehilangan seniority dan kelebihan pengalaman di tempat lama kita itu.Rasaya saya, apa yang memudahkan saya mencari kerja lain di masa lepas ialah kelebihan saya dari segi berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Hal in amat penting terutamanya kepada mereka yang bekerja di sektor swasta seperti saya kerana hakikatnya,bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi utama di dalam sektor swasta.Selain boleh menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik,saya juga boleh mengendalikan kursus2 tertentu untuk staff dan juga untuk pelanggan-pelanggan syarikat saya.

Untuk memudahkan anda bertukar tempat kerja, terutamanya di dalam sektor swasta, anda perlu mahir membuat ayat-ayat dalam bahasa yang betul tatabahasa ia dan bukan sekadar membuat ayat dalam broken English atau bahasa Inggeris pasar.

Majikan sanggup membayar gaji yang tinggi kepada mereka yang selain mempunyai kelulusan yang sesuai dan pengalaman yang mencukupi, kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasa ia dan yang tepat penggunaan tatabahasa ia.Malah kajian yang dibuat oleh Persekutuan Majikan Malaysia atau Malaysian Employer federation (MEF) untuk Eksekutif 2010 mendedahkan bahawa 68% daripada syarikat yang dikaji menamakan kemahiran komunikasi sebagai kualiti paling penting yang diperlukan dalam permohonan kerja, diikuti oleh pengalaman bekerja (67%), kemahiran interpersonal (56.2%) dan semangat dan komitmen (55.7%). Rujukan http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/10/nation/8454838&sec=nation

Itulah sebabnya kenapa dalam kursus saya, saya lebih menekankan aspek tatabahasa dan kosakata terlebih dahulu.Ya, memang mereka yang menyertai kursus bahasa Inggeris yang saya jalankan itu berminat untuk meningkatkan kemahiran bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris tetapi pada saya,tiada jalan pintas ke arah itu kerana dalam pengalaman saya yang akan masuk tahun ke8 masuk 2013 ini ialah ramai pelajar saya masih lemah dalam tatabahasa asas bahasa Inggeris mereka.

Masih ramai yang bercakap dan menulis I have 4 childs atau I have four childrens sedangkan child itu kalau ada seorang sahaja anak kita iaitu I have one child dan kalau lebih daripada seorang kita patut menggunakan I have four children dan bukannya childs atau childrens.

Begitu juga dengan penggunaan apostrpohe dalam pemilikan dan masih ramai yang keliru antara its dan it’s di mana its digunakan untuk menunjukkan pemilikan dan it’s pula ialah singkatan untuk it is yang digunakan dalam perbualan sahaja dan tidak dalam penulisan formal.

Ramai juga yang masih keliru dengan penggunaan Verb TO BE di mana tidak ramai yang tahu BE ini ialah kata dasar atau kata akar kepada am,is,are,was,were dan sebagainya dan hanya digunakan sebagai kata kerja pembantu dan digunakan untuk menunjukkan masa atau kewujudan.

Sebagai contoh, masih ada yang membuat ayat seperti I am work in Kuala Lumpur atau I was worked in Kuala Lumpur before sedangkan ayat yang sebetulnya ialah I work in Kuala Lumpur dan I worked in Kuala Lumpur before. Ini kerana perkataan work itu sendiri sudah menunjukkan masa sekarang dan tidak perlu dibantu atau ditambah lagi dengan am. Begirtu juga dengan penambahan -ed kepada work yang memberi maksua bekerja di masa lepas dan oleh itu tidak perlulah kita menambah lagi was kepada ayat itu.

Ada juga yang terus meninggalkan verb TO BE dan membuat ayat seperti I hungry now atau I hungry just now sedangkan ayat yang sebetulnya ialah I am hungry now dan I was hungry just now.

Saya suka mengajar grammar dan saya TERPAKSA mengajar grammar terlebih dahulu kerana saya ingin menyelesaikan masalah akar umbi bahasa Inggeris anda dan anak2 anda dan bukan sekadar mengajar diatas permukaan seperti yang kadang2 dibuat disekolah2 dan di kolej2 dna universiti.Ini yang banyak berlaku sekarang sehinggakan yang belajar dengan saya bukannya lulusan SPM dan diploma sahaja tetapi yang mempunyai master’s degree dan Phd.

Jadi nasihat saya kepada yang ingin mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat, anda perlu bersedia untuk belajar grammar bahasa Inggeris dari peringkat paling asas dan anda juga perlu mula menyukai dan menyanyani grammar bahasa Inggeris kerana ianya ialah penyelesaian kepada masalah anda untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Kepada yang berminat untuk belajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul tatbahasa ia, bolehlah menyertai kursu Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang akan bermula di Prct 16,Putrajaya pada Sabtu ini 5/1 dan di Sunway pada 6/1.Kelas di Sunway bersebelahan dengan stesyen komuter Setia Jaya dan amat mudah untuk anda pergi dan trafik agak lengang pada hari Ahad di kawasan itu.Tak banyak tempat yang tinggal untuk sesi Januari dan kursus ini sesuai juga untuk pelajar lepasan SPM dan untuk mereka yang ingin mengambil MUET.

Regards

Cikgu Yusoff

0193090711

Meningkatkan kemahiran berkomunikasi Bahasa Inggeris anda dengan membaca

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Saya sering menasihatkan pelajar-pelajar saya agar banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris kerana secara peribadinya, membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris telah banyak membantu saya untuk menjadi lebih mahir dalam bahasa Inggeris.

Apabila kita membaca dalam bahasa Inggeris ini bermakna bahawa kita menggunakan otak anda dalam cara yang sangat aktif. Membaca adalah satu proses yang sangat aktif. Apabila anda membaca teks, anda perlu melakukan beberapa atau semua perkara berikut:

i. Bayangkan adegan-adengan dalam kepala anda
ii. Memahami dengan jelas apa yang penulis cuba perkatakan
iii. Bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang telah ditulis oleh penulis.

Kelebihan Membaca

Apabila anda belajar bahasa Inggeris, aspek mendengar, bercakap dan menulis adalah penting, tetapi membaca juga akan amat membantu kita untuk menadi mahir dalam masa yang singkat.

Terdapat banyak kelebihan yang berkaitan dengan membaca, termasuk:

Peningkatan perbendaharaan dalam konteks

Anda biasanya akan menghadapi perkataan baru apabila anda membaca. Jika terdapat terlalu banyak perkataan baru untuk anda, maka tahap adalah terlalu tinggi dan anda perlu membaca sesuatu yang mudah. Tetapi jika terdapat, katakan, maksimum lima perkataan baru setiap halaman, anda akan belajar perbendaharaan kata ini mudah. Anda mungkin tidak perlu untuk menggunakan kamus kerana anda boleh meneka makna dari seluruh teks (dari konteks). Bukan sahaja anda mempelajari perkataan-perkataan baru, tetapi anda melihat mereka sedang digunakan secara semula jadi.
Model Untuk Menulis

Apabila anda membaca, ia memberikan anda satu contoh yang baik untuk menulis. Teks yang anda membaca menunjukkan kepada anda struktur dan ungkapan yang boleh anda gunakan apabila anda menulis.

Melihat Struktur Pembinaan Ayat Yang Betul Dalam Bahasa Inggeris

Apabila orang menulis, mereka biasanya menggunakan Bahasa Inggeris yang ‘betul’ dengan struktur tatabahasa yang betul. Ini tidak selalunya benar apabila orang bercakap kerana kadang-kadang orang banyak bercakap dalam bahasa Inggeris yang informal danj juga kurang tepat tatabahasa ia. Jadi, dengan membaca anda lihat dan belajar Bahasa Inggeris tatabahasa secara semulajadi.

Belajar Mengikut Tempo Anda Sendiri

Anda boleh membaca dengan cepat atau perlahan-lahan mengikut tempo yang anda suka. Anda boleh membaca sepuluh muka surat dalam masa 30 minit, atau mengambil masa satu jam untuk meneroka hanya satu halaman. Ianya tidak penting. Pilihan adalah milik anda. Anda tidak boleh dengan mudah melakukan hal ini apabila bercakap atau mendengar. Ini adalah salah satu kelebihan besar membaca kerana orang yang berlainan bekerja pada kelajuan yang berbeza.

Faedah peribadi

Jika anda memilih untuk membaca sesuatu yang anda suka, ia sebenarnya boleh menarik minat anda untuk membaca dan ianya akan menyeronokkan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin membaca tentang bola sepak dalam bahasa anda sendiri, mengapa tidak membaca tentang bola sepak dalam bahasa Inggeris? Anda akan mendapatkan maklumat mengenai bola sepak dan memperbaiki Bahasa Inggeris anda pada masa yang sama.

Lima Tips untuk Membaca

Petua # 1

Cuba untuk membaca di tahap yang betul. Baca sesuatu yang anda (lebih atau kurang) boleh faham. Jika anda perlu untuk berhentikan setiap tiga perkataan untuk merujuk kepada kamus, ianya akan membosankan anda dan akan membuat anda kurang minat untuk meneruskan tabiat membaca itu.Pastikan bahan bacaan yang anda pilih itu tidak terlalu susah dan tidak terlalu mudah bahasa ia.Jika terlalu mudah pula, anda tidak akan belajar perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris.

Petua # 2

Buat kamus perbendaharaan kata anda sendiri untuk perkataan-perkataan baru yang anda jumpa dalam pembacaan anda. Jika terdapat empat atau lima perkataan baru pada halaman, tulis mereka dalam kamus anda atau buku perbendaharaan kata anda itu. Tetapi anda tidak perlu untuk menulis mereka semasa anda membaca. Sebaliknya, cuba untuk meneka makna mereka semasa anda membaca; menandakan mereka dengan pen; kemudian kembali apabila anda telah selesai membaca untuk memeriksa dalam kamus dan menambah perkataan-perkataan itu dalam buku perbendaharaan kata anda.

Petua # 3

Cuba untuk membaca dengan kerap. Sebagai contoh, cuba membaca untuk masa yang singkat sekali sehari. Lima belas minit setiap hari adalah lebih baik daripada dua jam setiap hari Ahad. Tetapkan masa membaca anda itu. Sebagai contoh, anda boleh membaca selama lima belas minit apabila anda pergi ke katil, atau apabila anda bangun, atau pada waktu makan tengahari.

Petua # 4

Bersedia. Pastikan anda ada bahan-bahan yang diperlukan semasa membaca iaitu:

i. Sesuatu untuk dibaca
ii. Penanda atau highlighter untuk menyerlahkan perkataan-perkataan yang sukar
iii. Kamus
iv. Kamus anda atau buku perbendaharaan kata anda
v. Pen untuk menulis perkataan baru

Petua # 5

Baca apa apa yang anda MINATI. Pilih sebuah majalah atau buku tentang subjek yang anda suka.

Adalah amat diharap artikel saya kali ini dapat membantu bagaimana membaca boleh membantu anda untuk menjadi lebih mahir dalam bahasa Inggeris.Bermula 2012 dan 2013 ini saya akan cuba untuk lebih aktif menulis untuk membantu anda semua di sini untuk menjadi mahir dalam masa yang singkat.

Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 5hb Januari di Putrajaya dan 6hb Januari di Sunway. Tempat terhad.

Cikgu Yusoff

019-3090711

Teknik berfikir dalam komunikasi bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Mereka yang pernah menghadiri Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang saya buat di Putrajaya dan Sunway yang akan bermula pada 5 dan 6hb Januari ini sudah tentu sudah biasa dengan teknik pengajaran saya yang mungkin agak berbeza dengan cikgu-cikgu bahasa Inggeris yang lain di mana saya banyak mengingatkan pelajar-pelajar saya untuk ‘berfikir’ terlebih dahulu sebelum membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris mereka dan kelebihan berfikir ini ialah:-

1. Pelajar tidak lagi mengikut ‘sedap rasa’ dalam membuat ayat tanpa memikirkan aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang betul.

2. Pelajar akan betul2 pasti yang ayat mereka itu betul 100% tatabahasa ia.

3. Pelajar boleh menyemak setiap ayat yang telah mereka tulis untuk sebarang kesilapan dan mereka.

4. Pelajar tahu bagaimana untuk menggunakan kamus untuk menyemak sebutan,jenis perkataan,pasangan kepada perkataan-perkataan dan lain-lain lagi.

Memangnya pada peringkat permulaan ada yang merasa sedikit sukar untuk menggunakan teknik ‘berfikir’ ini dalam bahasa Inggeris tetapi akhirnya pelajar-pelajar saya menyedari yang inilah cara yang paling cepat untuk menguasai bahasa Inggeris.

Teknik berfikir dan menyemak ni akan saya ajar dalam kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbulana bahasa Inggeris bermula 5hb Jan di Prct 16, Putrajaya dan 6hb Jan di Sunway.Kursus selama 8 minggu dan yuran cuma serendah RM550 untuk keseluruhan kursus.

Cikgu Yusoff
019-3090711

Cara mudah untuk menguasai bahasa Inggeris dengan grammar!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Apa khabar anda semua?Saya harap rakan-rakan saya di sini dalam keadaan sihat walafiat dan sama-sama berusaha untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita untuk memajukan diri kita sendiri, keluarga kita dan seterusnya negara kita.

Ramai yang sudah maklum yang kursus-kursus bahasa Inggeris saya amat menekankan aspek tatabahasa atau Grammar di samping aspek kosakata atau Vocabulary.

Jika anda tertanya-tanya kenapalah saya sentiasa menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini maka saya cuba untuk menerangkan dalam artikel ini supaya kita sama-sama dapat manfaat dari ia.

Antara sebab-sebab utama kenapa saya menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini ialah kerana pada saya Grammar ini dapat membantu kita menguasai bahasa Inggeris dalam masa yang amat singkat dan juga membuatkan pembelajaran bahasa Inggeris kita menjadi amat mudah! Jika anda mencari-cari jalan pintas untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris, jawaban ia ialah Kuasai Grammar! Mudah bukan?

Cuba kita lihat kenapa Grammar mempercepatkan dan mempermudahkan pembelajaran bahasa Inggeris kita:-

1. Grammar memudahkan kita faham kenapa apabila kita menggunakan kata nama kita kadang-kadang perlu menambah s,es,ies atau ves kepada sesuatu kata nama itu.

2. Grammar juga membantu kita memahami konsep uncountable nouns atau kata nama yang tidak boleh dikira seperti water,sugar,flour dan sebagainya di mana kata-kata nama ini tidak boleh kita tukar bentuk mereka kepada kata nama majmuk atau plural nouns seperti waters,sugars dan flours.

3. Grammar juga akan membantu kita dari segi penambahan apostrophe dan apostrophe s kepada kepada kata nama untuk menukarkan mereka kapada possessive nouns seperti Ali’s car dan the boys’ mother.

4. Dalam topik Pronouns atau Kata Ganti Nama juga, grammar akan membantu kita apakah bezanya antara he, him, his dan himself.

5. Dalam topik Pronouns juga, grammar akan membuat kita lebih faham bila kita boleh menggunakan pronouns yang dalam bentuk reflexive seperti himself,herself, yourself dan sebagainya.

Jika anda perhatikan grammar dalam dua topik sahaja sudah boleh membantu kita membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris dan ini akan memudahkan semua orang untuk memahami bahasa Inggeris yang kita gunakan tidak kiralah mereka ini daripada Malaysia, Singapore, U.S.A. mahupun U.K. kerana kita menggunakan standard atau piawai yang sama dalam komunikasi bahasa Inggeris kita.Kita tidak akan teragak-agak lagi tentang bahasa Inggeris kita dan kita akan lebih yakin berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walau bagaimana hebat sekalipun mereka.

InsyaAllah saya akan lebih kerap berkongsi ilmu bahasa Inggeris yang sedikit ini.Saya harapkan anda dapat terus mendoakan kesihatan saya dan agar saya sentiasa diselamatkan Allah dan dimurahkan rezeki oleh Nya.

Jika ada yang berhajat belajar dengan saya secara terus dan lebih komprehensif,Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya akan bermula pada 5hb Januari ini di Prct 16,Putrajaya dan [ada 6hb Januari di Leisure Commerce Square, Petaling Jaya. InsyaAllah jika anda bersungguh2 dalam mempelajari bahasa Inggeris ini,anda akan sedari yang bahasa Inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar mana.

Moga maju jaya!

Cikgu Yusoff

0193090711

myknowledgecentre.wordpress.com

Teknik meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda dengan membaca teks dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagaimana untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda dengan membaca teks dalam bahasa Inggeris

Menurut laman web helping-you-learn-english.com, salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita ialah dengan membaca teks -teks bahasa Inggeris dan anda akan rasai ada peningkatan dalam bahasa Inggeris anda secara keseluruhan.

Tambahan pula, membaca adalah satu cara yang mudah, menyeronokkan dan amat murah untuk memperbaiki banyak aspek Bahasa Inggeris kita. Kita boleh meningkatkan perbendaharaan kata kita, pemahaman dan tatabahasa dengan hanya mengambil sebuah buku bahasa Inggeris atau melayari laman-laman web berbahasa Inggeris.

Membaca teks dalam Bahasa Inggeris boleh membantu kita dalam banyak aspek pembelajaran kita. Apabila kita membaca dalam Bahasa Inggeris kita dapat mempelajari perkataan baru dan struktur tatabahasa.

Jika kita berkali-kali melihat perbendaharaan kata baru kita akan mengingati perkataan-perkataan baru itu dan kemudian kita akan dapat menggunakannya apabila menulis atau bercakap dalam bahasa Inggeris.

Adalah penting untuk masuk ke dalam tabiat membaca teks dalam bahasa Inggeris: buku, surat khabar, majalah atau laman web. Jika anda membaca sekurang-kurangnya 20 atau 30 minit setiap hari, anda akan melihat peningkatan dalam perbendaharaan kata anda, ungkapan lisan dan kemahiran membaca Bahasa Inggeris anda. Saya sering memberitahu pelajar-pelajar saya yang pembacaan apa-apa bahan dalam bahasa Inggeris itu mesti dibuat setiap hari tanpa gagal dan tanpat cuti.

Apabila anda membaca teks dalam bahasa Inggeris, ia adalah idea yang baik untuk tidak melihat perkataan di dalam kamus setiap kali anda tidak memahami sesuatu perkataan itu.

Sebaliknya, ia adalah lebih baik untuk mencuba dan meneka makna perkataan baru berdasarkan konteks ayat. Apabila anda menggunakan konteks dan bukannya kamus untuk mempelajari perkataan, anda akan dapat ingat perkataan lebih mudah.

Bagaimanapun jika anda ingin menggunakan pendekatan yang agresif untuk mahir dalam masa yang singkat, anda digalakkan juga menyemak kamus dari masa ke semasa.

Dalam usaha untuk membantu anda menikmati membaca dalam Bahasa Inggeris, anda boleh memilih seorang penulis yang anda minati. Sebagai contoh, semasa kecil saya amat suka buku-buku garapan Enid Blyton dan semasa remaja saya suka novel2 tulisan Roald Dahl dan sekarang saya lebih suka novel-novel tulisan Jeffrey Archer. Anda juga boleh memberi tumpuan kepada topik yang menarik minat anda seperti bola sepak, internet, fesyen, pendidikan, berita dan sebagainya.

Jika anda berminat dalam meningkatkan kesihatan anda, mengapa tidak mengkaji cara yang berbeza untuk meningkatkan ia dalam Bahasa Inggeris? Jika anda mahu untuk melawat Kanada, mengapa tidak meneroka bandar pilihan anda dalam bahasa Inggeris. Bahasa adalah lebih mudah untuk belajar apabila anda menggunakannya dengan cara yang menarik dan relevan untuk diri sendiri.

Satu lagi perkara yang anda boleh cuba ialah dengan membaca buku yang sama, majalah, artikel atau laman web lebih daripada sekali. Jika anda membaca sesuatu dan kemudian anda membaca sekali lagi dalam beberapa hari atau minggu, anda akan notis bahawa kali kedua atau berturut-turut bahawa anda membaca, anda akan memahami lebih lanjut dan anda akan mengukuhkan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang baru.

Mulakan hari anda setiap hari dengan membaca!

Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa nggeris cikgu akan bermula pada 5hb Januari di Kompleks Kejiranan Precint 16 dan pada 6hb Januari di Leisure Commerce Square (bersebelahan Stesyen Komuter Setia Jaya).Tempat terhad kepada 15 orang sahaja dan tinggal beberapa kekosongan sahaja lagi!

Diskaun khas untuk pelajar lepasan SPM 2012

Cikgu Yusoff
019-3090711

Ingat pesan cikgu untuk mahir dalam bahasa Inggeris ya…..

Jika anda ingin mahir dalam bahasa INggeris dalam masa yang singkat maka anda perlu sanggup untuk mengikuti teknik-teknik yang telah berjaya saya gunakan atau untuk mengikuti teknik-teknik yang telah saya cipta sendiri berdasarkan pengalaman dalam mengguna bahasa Inggeris lebih daripada 40 tahun!

What do I always tell my students?

1. Read in English, everyday.

2. Try to speak in English,everyday.

3. Memorize ten new words, everyday.

4. Have an inquisitive mind.

5. Practice, everyday.

6. Master your grammar. There are no short cuts!

7. Know how to use the dictionary and use it everyday.

8. Attend a formal English class and relearn your grammar.

As a teacher I always want my students to improve their English and it pains me if they fail.

Apa yang saya selalu beritahu pelajar saya?

1. Baca apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris setiap hari.

2. Cuba untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap hari.

3. Menghafal sepuluh perkataan baru bahasa Inggeris setiap hari.

4. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

5. Buat latihan-latihan tatabahasa bahasa Inggeris anda setiap hari.

6. Kuasai tatabahasa bahasa Inggeris anda. Terdapat tiada jalan pintas!

7. Tahu bagaimana untuk menggunakan kamus dan menggunakan ia setiap hari.

8. Menghadiri kelas bahasa Inggeris formal dan belajar semula tatabahasa anda.

Sebagai seorang guru saya sentiasa mahu pelajar-pelajar saya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dan ianya menyedihkan saya jika mereka gagal.

Kursus Asas-Asas Komunikasi Penulisan dan Perbulan cikgu akan bermula pada 5hb Januari di Putrajaya dan 6hb januari di Sunway.Diskaun khas untuk pelajar2 lepasan SPM 2012!

Selesaikan masalah bahasa Inggeris dari akar umbi ia

Assalamualikum dan Salam Sejahtera semua…

Malam tadi saya amat sukar untuk tidur kerana memikirkan pelbagai masalah yang sedang saya hadapi buat masa ini tetapi dalam saya memikirkan bagaimana saya perlu atasi masalah-masalah saya itu Al
lah berikan ilham pula kepada saya untuk menulis pagi ini tentang bagaimana pula cara kita boleh atasi masalah kita dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kita selalu nampak yang wang ringgit itu sahaja rezeki yang Allah kurniakan kepada kita tetapi saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana turut menurunkan rezeki dalam bentuk ilham-ilham bagaimana saya boleh menjadi cikgu yang lebih baik dalam mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar yang datang belajar dengan saya dan yang menjadi pelajar di alam maya sperti anda ini.

Alhamdulillah, sebagai jururunding dan pelatih yang telah berkecimpung dalam bidang latihan selama 16 tahun, semakin hari semakin jelas kepada saya apakah punca-punca sebenar kelemahan kita dalam berkomunikasi bahasa Inggeris sekarang ini. Memang betullah pengalaman itu akan mematangkan kita dan akan membantu kita untuk membuat pilihan dan keputusan yang bijak.

Setiap hari saya akan menerima puluhan email, panggilan dan mesej sms yang meminta pendapat saya dan meminta pertolongan saya untuk membantu mereka mengatasi masalah komunikasi bahasa Inggeris mereka.

Mereka yang menghubungi saya inii terdiri daripada ibubapa yang risaukan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris anak-anak mereka, mereka yang sedang belajar di sekolah, mereka yang sedang belajar di universiti-uiversiti dan kolej, mereka yang sedang membuat ijazah sarjana muda mereka, mereka yang sedang membuat ijazah sarjana dan juga ada juga yang sedang membuat ijzah kedoktoran mereka.

Sudah tentu sebagai seorang guru, saya amat bersimpati dengan mereka kerana saya sedar yang jika kita ada masalah dengan komunikasi bahasa Inggeris kita dan jika pembelajaran dan kerja kita banyak menggunakan bahasa Inggeris maka ianya akan menjadi satu masalah dan bebanan kepada kita.

Secara amnya, saya akan memberi nasihat yang sama kepada mereka iaitu “Selesaikan masalah-masalah asas dalam komunikasi bahasa Inggeris mereka itu”

Kita mesti sanggup meneroka jauh ke dalam diri kita untuk mencari apakah yang telah membantutkan proses kita untuk mahir dalam bahasa Inggeris. Kenapa setelah sekian lama kita belajar bahasa Inggeris, kita masih tidak dapat fasih dalam bahasa Inggeris atau tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasa ia dan yang mudah difahami dengan orang lain.

Kenapa pula rakan-rakan kita yang sama-sama belajar bahasa Ingeris dengan kita boleh lebih mahir daripada kita sedangkan mereka menghadiri kelas yang sama dan diajar oleh guru yang sama?

Itulah sebabnya saya selalu mengingatkan diri saya dan pelajar-pelajar saya untuk IKHLAS dan JUJUR dalam membuat analisa diri dalam mencari PUNCA-PUNCA sebenar kenapa kita masih bermasalah dalam berkomunikasi bahasa Inggeris sehingga sekarang.

Apakah sebabnya?

Apakah puncanya?

Apakah faktor-faktornya?

Cuba ambil sedikit masa dan buat analisa komprehensif tentang masalah sebenar dalam menguasai bahasa Inggeris ini.

Adakah ianya disebabkan faktor-faktor di bawah? :-

1. Kurang faham tatabahasa bahasa Inggeris.

2. Masih berfikir dalam bahasa Melayu apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

3. Kurang perbendaharaan kata bahasa Inggeris sehingga menyebabkan kita sukar membuat ayat-ayat yang lebih berkesan dalam bahasa Inggeris dan juga menyukarkan kita untuk memahami ayat-ayat bahasa Inggeris orang lain.

4. Kurang latihan-latihan komunikasi bahasa Inggeris.

5. Sikap yang kurang positif terhadap bahasa Inggeris seperti tidak minat dengan bahasa Inggeris.Kurang minat membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris dan kurang menonton rancangan-rancangan TV dalam bahasa Inggeris dan kurang juga mendengar program-program dalam bahasa Inggeris di radio dan sebagainya.

6. Kurang kecekalan dalam mempelajari bahasa Inggeris. Mungkin kita pernah cuba belajar semula bahasa Inggeris ini tapi kita tidak belajar sehingga habis dan ada aspek-aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang kita tidak pelajari semula dengan betul. Mungkin juga kita ada cuba tingkatkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris kita dan penyusunan ayat-ayat bahasa Inggeris kita dengan membaca akhbar-akhbar bahasa Inggeris setiap hari tetapi kita tidak terus menerus membaca mereka.

Apa-apa pun punca masalah komunikasi bahasa Inggeris kita, inilah langkah pertama kita untuk meningkatkan kemahiran kita dalam berbahasa Inggeris.

Sebelum kita boleh menyelesaikan masalah kita dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, sudah tentu kiat perlu tahu apakah PUNCA SEBENAR masalah kita ini.

Apabila punca sebenar TELAH DIKENALPASTI barulah kita boleh ambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah kiita dalam berbahasa Inggeris.

Sebagai contoh, antara punca utama kenapa kita mungkin ada masalah dalam berbahasa Inggeris ialah kerana kita kurang faham konsep tatabahasa bahasa Inggeris dan juga kerana kita lemah dalam perbendaharaan kata bahasa Inggeris. Ini bermakna selagi kita tidak menyelesaikan dua masalah utama ini iaitu tatabahasa dan perbendaharaan kata maka selagi itulah kita tidak menyelesaikan masalah kita dalam berbahasa Inggeris. Kita mungkin terikut-ikut dengan sesetengah orang yang akan memberitahu kita, “Alahhh, tatabahasa tu tak penting..Ko cakap dan tulis je…lama2 ko pandai le..” Ya, ini mungkin betul dan berkesan untuk sesetengah orang tetapi ianya satu proses yang akan mengambil masa untuk meningkatkan kemahiran kita dan juga satu pendekatan yang agak merbahaya terutamanya jika kita dikelilingi oleh orang yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris.

Pastikan anda SANGGUP selesaikan masalah akar umbi ini jika anda BETUL-BETUL ingin selesaikan masalah komunikasi bahasa Inggeris anda.

Saya amat bersimpati dengan sesetengah orang yang mempunyai semangat dan kecekalan yang tinggi dan sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris mereka tetapi akhirnya kecewa kerana masih tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Saya amat-amat ingin membantu anda menjadi mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris tetapi anda kena IKHLAS dengan diri anda terlebih dahulu.JUJUR dengan diri anda dulu dan KETAHUI apakah punca sebenar anda masih kurang yakin berkomunikasi bahasa Inggeris. Anda kena pastikan anda buat MUHASABAH diri dan KENALI diri anda terlebih dahulu. Anda yang kenal siapa diri anda sebenarnya. Anda sendiri yang kenal apakah kelemahan anda dan apakah kekuatan anda.

Saya amat-amat sedih jika pelajar-pelajar saya tidak dapat mencapai kemahiran berbahasa Inggeris yang mereka inginkan tetapi sebagai seorang guru dan bagaimana hebat sekalipun saya ini, kejayaan seseorang pelajar itu banyak bergantung kepada diri mereka sendiri.

PERCAYA lah..bahasa Inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Ada lagi bahasa-bahasa di dunia ini yang jauh lebih sukar seperti bahasa Perancis, bahasa Mandarin dan banyak lagi.

Mungkin kadang-kadang kita rasa bahasa Inggeris ini sukar kerana bahasa Melayu kita ini amat mudah untuk dikuasai..Itu sahaja…

Jadi saya amat-amat berharap anda mengambil sedikit masa untuk menganalisa punca sebenar kelemahan bahasa Inggeris anda dan ambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah anda itu.

Cikgu Yusoff
019-3090711
cikgutuition@yahoo.com
http://www.knowledgecentre.wordpress.com

Perubahan ejaan dalam perkataan-perkataan bahasa Inggeris

Assalamualaikum

Antara aspek yang mungkin kita rasa sukar dalam bahasa Inggeris ialah pertukaran kepada ejaan-ejaan dalam perkataan-perkataan bahasa Inggeris. Ianya kadang2 agak mengelirukan kita dan seperti yang pernah saya tulis sebelum ini anda perlu tahu 3 aspek iaitu:-

1. WHAT
2. WHY
3. HOW

Jangan HAFAL ya.Amat2 bahaya jika anda sekadar hafal kerana ianya menyukarkan kita untuk menggunakan ia nanti.

Sebagai contoh,antara aspek yang kadang mengelirukan kita ialah konsep Kata Nama Tunggal atau Singular Noun dan Kata Nama Majmuk atau Plural Noun dalam bahasa Inggeris. Jika anda kurang faham aspek ini maka ianya akan banyak menjejas aspek tatabahasa kita yang lain dalam bahasa Inggeris seperti penggunaan Kata Kerja atau Verbs yang betul dengan Singular dan Plural nouns tersebut.

Mari kita buat analisa dari segi Aspek Semakan WWH ini iaitu:-

1. WHAT?