Back To Basic English # 7 – Adjectives

Assamualaikum dan Salam Sejahtera

Adjectives

 

Dalan pelajaran yang lepas kita telah mempelajari dua jenis perkataan dalam bahasa Inggeris yang amat penting, iaitu Noun, Plural Nouns dan  dan Verb. Dalam bab ini pula, kita akan mempelajari tentang adjectives.

 

Ini adalah jenis perkataan ketiga yang akan kita pelajari dan amat penting untuk anda memahami:-

 

1.      Apakah itu adjectives

2.      Apakah fungsi adjectives

3.      Bagaimana anda perlu menggunakan adjectives

 

Pemahaman yang jelas dan terang mengenai adjectives akan membantu anda membuat  ayat-ayat yang tepat dan baik dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris anda.

 

Apakah itu adjectives?

 

Adjectives adaalah perkataan yang menerangkan tentang sesuatu Noun itu. Noun termasuklah pronoun (kata ganti nama seperti she, he,we, they dan lain-lain) dan juga frasa Noun.

 

An adjective is a word that tells us more about a noun. (By “noun” we include pronouns and noun phrases.) An adjective “qualifies” or “modifies” a noun (a big dog). Adjectives can be used before a noun (I like Chinese food) or after certain verbs (It is hard). We can often use two or more adjectives together (a beautiful young French lady).

 

 

How to Use Adjectives / Bagaimana menggunakan adjectives.

An adjective describes how something ‘is’. For this reason, we usually use the verb ‘to be’ when using adjectives. Adjectives are used to describe nouns.

Suatu adjectives itu menerangkan ‘sifat’ sesuatu nouns itu. Untuk tujuan ini kita biasanya menggunakan ‘verb to be’ bila menggunakan adjectives.

 

 

‘Verb to be’ ialah verb pembantu atau auxiliary verb dan merangkumi verb-verb berikut:-

 

Present tenses – am, is dan are

Past tenses –was dan were

Future tenses –will be

Anda boleh merujuk kepada penggunaannya dalam siri Back To basic English # 5 –Subject Verb Agreement.

Contoh : He is a good doctor.

Rule: Adjectives describe nouns. Adjectives menerangkan nouns. Dalam ayat di atas good=adjectives dan digunakan untuk menerangkan sifat doktor itu.

Contoh : beautiful trees, they are happy

Awas!

  • Adjectives don’t have a singular and plural form OR a masculine, femine and neuter form. Adjectives tidak mempunyai bentuk singular (tunggal) atau plural (jamak) ATAU mempunyai bentuk maskulin (lelaki/jantan), femine (perempuan) dan bentuk neuter (tidak berjantina).

 

  • Adjectives are always the same! Never add a final -s to an adjective. Tidak perlu menambah ‘s’ dihujung sesuatu adjectives itu.

 

          BUKAN!!: difficults books

 

  • Adjectives can also be placed at the end of a sentence if they describe the subject of a sentence.

 

      Contoh: My doctor is excellent.  

 

Adjectives boleh diletakkan di hujung sesuatu ayat jika ianya menerangkan subjek sesuatu ayat itu.

Peraturan: Adjectives are placed before the noun. Adjectives di letakkan sebelum nouns.

Contoh : a wonderful book very interesting people

Awas!!

  • Don’t place an adjective after the noun. Jangan letakkan adjectives itu selepas noun.

BUKAN!!: an apple red

 

 

Adjective Placement / Turutan dalam penggunaan adjectives

 

When using more than one adjective to describe a noun place the adjectives in the following order before the noun. Bila anda menggunakan lebih dari satu adjectives untuk menerangkan sesuatu nouns itu, gunakan adjectives itu dalam turutan berikut sebelum sesuatu noun itu.

 

NOTA: We usually use no more than three adjectives preceding a noun. Biasanya kita tidak menggunakan lebih dari tiga adjectives untuk menerangkan sesuatu nouns dalam ayat itu.

 

Opinion

Dimension

Shape

Age

Color

Origin

Material

 

   1. Opinion / Pandangan / Pendapat

 

 

      Contoh: an interesting book, a boring lecture

 

   2. Dimension / Dimensi / Saiz

 

      Contoh: a big apple, a thin wallet

 

   3. Shape / Bentuk

 

      Contoh: a square box, an oval mask, a round ball

 

 

   4. Age / Umur / Usia

 

      Contoh: a new car, a modern building, an ancient ruin

 

 

   5. Colour / Warna

 

      Contoh: a pink hat, a blue book, a black coat

 

   6. Origin / Asal

 

      Contoh: some Italian shoes, a Perak town, a Malaysian car

 

   7. Material / Bahan

 

      Contoh: a wooden box, a woolen sweater, a plastic toy

 

Contoh Perbualan Telefon 1: Membuat Tempahan Di Restoran

Contoh Perbualan Telefon 1: Membuat Tempahan Di Restoran

(Dipetik daripada buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 – Perbualan Telefon)

 

Oleh: Mohd Yusoff Noordin

Klinik Kerjaya Perintis                           


Liz bercadang untuk menempah meja di sebuah restoran terkenal untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu dan bapa beliau yang ke-40. Kawan Liz, Shida telah mencadangkan kepada Liz untuk mengadakan jamuan tersebut di Restoran Senja. Untuk memastikan akan ada meja untuk mereka nanti, Liz bercadang untuk menempah meja untuk jamuan itu. Berikut adalah contoh perbualan Liz dengan Tina, penolong pengurus di restoran itu.

 

Hello. Is that Restoran Senja?

Helo. Itu Restoran Senja?

 

Hello there. Yes, you have reached Restoran Senja. This is Tina speaking.

How may I help you?

Helo. Ya, ini Restoran Senja. Tina bercakap. Bagaimana saya boleh membantu cik?

 

I am planning to organise a celebration for my parent’s

40th wedding anniversary this Saturday evening.

Saya bercadang untuk mengadakan sambutan ulang tahun perkahwinan

ibu bapa saya yang ke-40 malam Sabtu ini.

 

Wonderful! We would be happy to be the venue for the

celebration. May I know what you have in mind?

Bagus! Kami berbesar hati untuk menjadi tempat meraikannya.

Boleh saya tahu apa perancangan cik?

 

I’m sorry. I have never been to your restaurant

before so I need to ask a few questions.

Maafkan saya. Saya tak pernah ke restoran anda,

oleh itu, saya ada beberapa soalan.

 

Ok. No problem.

Baiklah. Tak ada masalah.

 

May I know where your restaurant is located?

Boleh saya tahu di mana letaknya restoran ini?

 

We are located on the 4th floor at the Suria

Shopping Centre at KLCC. It is located next

to the Ombak Boutique.

Kami terletak di tingkat empat Pusat Membeli Belah

Suria di KLCC. Restoran ini terletak bersebelahan

dengan Butik Ombak.

 

Oh, ok. I think I know where your restaurant is. What kind of food do you serve?

Oh, baiklah. Rasanya saya tahu di mana letaknya restoran ini. Boleh saya tahu jenis makanan yang dihidangkan di restoran ini?

 

We serve only authentic Malay food. We have an extensive traditional Malay menu and we can also prepare special menu for your celebration if you would like to.

Kami cuma menyajikan makanan Melayu asli. Kami mempunyai pelbagai menu tradisional Melayu dan kami juga boleh menyediakan menu khas untuk jamuan itu jika diminta.

 

Great! When are you open?

Bagus! Bilakah waktu operasi anda?

 

We are open everyday from 4 p.m. till 11 p.m.

Kami dibuka pada setiap hari daripada pukul 4 petang hingga 11 malam.

 

Are the food served on à la carte style or do you have buffet?

Adakah makanan itu disaji secara à la carte ataupun secara bufet?

 

We only serve our food on à la carte style.

Makanan kami cuma disajikan secara à la carte.

 

Is it necessary to make a reservation first?

Perlukah saya membuat tempahan terlebih dahulu?

 

Yes, I recommend you to make a reservation first as Saturday evening is our busiest time of the week.

Ya, saya cadangkan cik membuat tempahan terlebih dahulu kerana malam Sabtu ialah waktu yang paling sibuk di restoran ini.

 

Ok, then. I would like to make a reservation for 6 peoples this Saturday evening at 9 p.m.

Baiklah. Saya ingin membuat tempahan untuk 6 orang Sabtu ini pada pukul 9 malam.

 

Certainly. That would be a reservation for 6 peoples this Saturday evening?

Baiklah. Tempahan untuk 6 orang Sabtu ini pada pukul 9 malam?

 

Yes.

Ya.

 

Ok. It’s confirmed then. Thank you for choosing our restaurant for your parent’s anniversary celebration.

Baiklah. Tempahan sudah disahkan. Terima kasih kerana anda memilih restoran kami untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa cik.

 

You are welcome. Bye.

Sama-sama. Jumpa lagi.

 

Bye.

Jumpa lagi.

  Nota

 

1. à la carte – Setiap makanan yang disajikan mempunyai harga yang berasingan dan tidak dijual dalam bentuk pakej.

2. Buffet – Cara makanan biasanya diletakkan di atas meja-meja panjang dan harga yang dikenakan telah ditetapkan tanpa mengira berapa banyak yang dimakan oleh tetamu.