Syllabus of MUET

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Untuk mereka yang akan mengambil Malaysia University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan MUET adalah penting untuk anda mengetahui apakah komponen-komponen atau aspek yang akan diuji dalam MUET, markah maksima untuk setiap komponen dan juga markah yang diperlukan untuk mencapai sesuatu Band. Anda perlu tahu kesemua ini dengan terang dan jelas agar anda akan lebih bersedia untuk mengambil MUET dan mendapat keputusan cemerlang.

Ada empat komponen dalam MUET iaitu Listening dengan markah penuh 45, Speaking dengan markah penuh 45; Reading dengan markah penuh 120 dan Writing dengan markah penuh 90. Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah.

Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band di mana Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.

Berikut adalah pemarkahan untuk kesemua Band dan komen.

Band 6– Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah:260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5– Pengguna yang Bagus (Jumlah markah:220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4– Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3– Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah:140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2– Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1– Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Ada sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:-

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.
2. Permakahan untuk setiap aspek.
3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.
4. Persediaan dari segi Grammar atau tatabahasa.
5. Persediaan dari segi Vocabulary atau kosa kata.
6. Persediaan dari segi perbualan.

Saya akan memulakan Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris pada 6hb dan 7hb Nov akan datang di Putrajaya dan Sunway yang sesuai untuk persediaan MUET anda.

Sila hubungi saya segera di cikgutuition@yahoo.com atau di 0193090711 jika berminat kerana tempat terhad.

Diskaun khas untuk pelajar2 yang akan mengambil peperiksaan MUET tahun ini dan tahun depan.

By knowledgecentre Posted in MUET

Kekeliruan Lazim dalam bahasa Inggeris #1 – Nouns

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Bermula dari hari ini saya akan mulakan siri artikel Kekeliruan Lazim dalam bahasa Inggeris yang saya harap boleh membantu anda semua dalam mengurangkan kesilapan dalam komunikasi bahasa Inggeris. Bagaimanapun penerangan yang diberikan adalah dalam bentuk ringkasan dan anda digalakkan membeli buku-buku tatabahasa atau menyertai kursus bahasa Inggeris secara formal supaya anda lebih jelas tentang tatabahasa bahasa Inggeris ini.

Kekeliruan lazim dalam penggunaan Nouns

1.Sesetengah nouns hanya digunakan untuk jantina tertentu sahaja dan bukaannya boleh digunakan untuk kedua-dua jantina. Dalam bahasa Inggeris, seperti juga dalam bahasa Melayu, ada sesentengah perkataan yang digunakan khas untuk lelaki dan khas untuk perempuan. Perkataan sebegini dipanggil Masculine gender untuk kegunaan menamakan lelaki dan Feminine gender untuk menamakan perempuan. Antara contoh masculine gender ialah boy, man, king, son, faher dan sebagainya. Antara contoh feminine gender ialah girl, waitress, stewardess, daughter dan sebagainya.

2. Ada penggunaan feminine gender yang sekarang ini tidak digunakan lagi dimana masculine gender digunakan untuk kedua2 jantina. Antara contoh ialah manageress yang dulu digunakan untuk pengurus wanita tetapi sekarang ini amat jarang digunakan dan hanya menggunakan manager untuk kedua2 jantina. Begitu juga dengan penggunaan actress yang jarang digunakan di negara barat untuk pelakon wanita tetapi actor digunakan untuk kedua-dua jantina.

3. Ada panggunaan masculine dan feminine yang telah ditukarkan dengan Common gender (tidak merujuk kepada mana-mana jantina) seperti penggunaan steward dan stewardess untuk pramugara dan pramugari yang sekarang ini lebih kerap diganti dengan flight attendant (pelayan kapalterbang).

4. Bukan semua nouns bentuk pluralnya melibatkan penambahan huruf s. Ada yang menyangkakan yang jika kuantiti sesuatu noun itu lebih dari satu maka bentuk kata nama majmuknya atau bentuk plural noun itu mesti ditambah s. Hakikatnya ada banyak bentuk plural dalam nouns yang tidak melibatkan penambahan s seperti penambahan es dalam watches, penambahan ies dalam countries, penambahan ves dalam wives, pertukaran bentuk seperti children, women,men. Ada juga plural nouns yang tidak berubah bentuk seperti sheep, deer, cod dan sebagainya.

5. Ada juga nouns yang pluralnya mengikut bentuk asal dalam bahasa Asing dimana perkataan-perkataan ini dipinjam oleh bahasa Inggeris dan bentuk pluralnya dikekalkan seperti dalam kutu iaitu lice, pokok kaktus iaitu cacti, formula iaitu formulae.

6. Ada juga nouns yang sentiasa dalam bentuk plural dan ini selalunya kerana ianya datang dalam pasangan seperti jeans,shorts, spectacles, shoes dan sebagainya. Oleh kerana mereka ini plural nouns maka kawan-kawan mereka mestilah Plural verbs seperti are, were dan sebagainya. Jadi adalah satu kesilapan jika anda membuat ayat My shoes is missing atau That jeans are mine. Sepatutnya ayat anda ialah My shoes are missing dan Those jeans are mine.

7. Ada bentuk plural yang sekarang ini digunakan juga sebagai singular nouns seperti headquarters, barracks dan sebagainya. Bagaimanapun peraturan singular nouns kawannya singular verbs mesti dipatuhi seperti Our headquarters are in London and Kuala Lumpur and Our headquarters is in Kuala Lumpur. Dalam ayat pertama are digunakan kerana merujuk kepada dua ibupejabat, London dan KL, atau headquarters dan ia digunakan sebagai Plural Noun dan oleh itu kawannya mesti lah are yang meruakan plural verb. Dalam ayat kedua is digunakan kerana merujuk kepada satu sahaja ibupejabat atau headquarters dan ia digunakan sebagai Singular Noun dan oleh itu ianya mesti dipasangkan dengan Singular Verb is.

Kekeliruan sebeginilah yang akan saya jelaskan dalam kelas Asas-Asas bahasa Inggeris saya dan ada dua kelas akan saya buat pada Nov. ini iaitu pada 6 Nov di Putrajaya dan 7 Nov di Sunway. Selagi anda tidak tahu apakah peraturan-peraturan dalam penggunaan Nouns seperti di atas maka selagi itulah anda akan keliru dan akan membuat kesilapan.Pengetahuan perbendaharaan kata bahasa Inggeris atau vocabulary sahaja tidak mencukupi.

Yusoff
0193090711
cikgutuition@yahoo.com

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula November ini!!!


Kuasai Asas-Asas Komunikasi Bahasa Inggeris!

Kelas di Putrajaya Sabtu 4 jam seminggu!


Kelas di Sunway Ahad 4 jam seminggu!


Boleh menulis dan berbual dalam bahasa Inggeris dengan baik selepas kursus!

Kandungan kursus meliputi aspek Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris!

Percuma bimbingan Penulisan karangan dan juga contoh2 Audio Perbualan!


Naik pangkat dengan Mudah bila BI lebih baik!


Bantu anak-anak anda dalam bahasa Inggeris mereka!


Dijamin Mudah untuk difahami dan Kelas dalam Dwi Bahasa!


Kos yang murah tapi efektif!


Kelas pada hujung minggu!


Khidmat sokongan percuma selama 3 bulan selepas kelas melalui e-mail!


Nota LENGKAP dalam BM n BI / Nota Dwi bahasa!



Diskaun untuk pendafataran 2 atau lebih!


Weekend classes!


Cuma 15 pelajar setiap kelas!


Tempat terhad – Cuma tinggal 10 kekosongan!


Join the Fundamentals of English Communication starting this November!


Cuba lihat apa kata pelajar-pelajar saya sebelum ini :-

1.Sebelum ini saya memang amat suka dengan cara cikgu menulis di buku cikgu dan sekarang ini saya lebih faham selepas menghadiri kelas cikgu untuk intake March 2008.

Sara – Kuala Lumpur


2. I have gone through the notes given and found it very interesting. On behalf of all my friends , we appreciate your dedication and commitment.

Sham – Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur


3. Saya rasa macam saya belajar balik macam di sekolah dulu tapi lebih faham dengan apa yang di ajar.

Rina – Philips, Nilai.

4. Saya seronok dengan kelas pertama cikgutu sebab banyak yang saya boleh belajar dari menggunakan kamus yang saya tak tahu selama ini. Sebelum cikgu ajar tadi saya cuma guna kamus untuk tengok maksud sahaja. Tak sedarpun kelas 3 jam dah habis.

Rohaya – Kuala Lumpur (Intake Jan 2009)


Butir-butir lanjut


Yuran Pendaftaran – RM150 (utk confirm tempat!)


Tempoh masa kelas – 5 minggu sahaja!!!

Lokasi kelas – Leisure Commerce Square, Sunway. (setempat dengan ibupejabat Kurnia Insurance).

Putrajaya – Pusat Komuniti Precint 16 (Bersebelahan Pusat Membelibelah Alamanda)


Kemudahan Pengangkutan Awam untuk kelas Sunway! – Sebelah Stesyen Komuter Setia Jaya, dekat dengan LRT Putra Kelana Jaya dan bersebelahan dengan laluan bas2 ke Kelang dan Shah Alam.

Kekerapan kelas – Seminggu sekali hari Sabtu di Putrajaya dan Ahad di Sunway 10 a.m. – 2 p.m.

Kelas –Selesa dan berhawa dingin

Waktu kelas – 10 pagi hingga 2 ptg

Yuran-Yuran Sepatutnya RM600

ANDA CUMA BAYAR RM450 untuk keseluruhan kelas! Yuran biasa ialah RM490!!!


Lebih murah dari tempat lain yang mengenakan yuran dari RM700 hinggan RM1,000++ untuk kursus yang sama!

Cara pengajaran – Dwi bahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu

Nota – Nota lengkap dalam dwi bahasa untuk semua topik

Lain-lain kelebihan – Nota-nota dan tips tambahan melalui email.

Pertanyaan lanjut tentang apa2 topik melalui email / online chat dan telefon

Latihan2 esei mingguan percuma yang akan disemak oleh saya melalui email.

Credentials Pengajar


1. Trainer English selama 7 tahun


2. Penulis 5 buah buku :-

1. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris
2. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris 2 – Perbualan telefon
3. Cara Mudah mengajar Anak-Anak Mempelajari bahasa Inggeris

4. Perbualan Mudah Bahasa Inggeris

5. Cara Mudah Mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah rendah.

3. Trainer di organisasi-organisasi besar


i. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Universiti Malaya, Kuala Lumpur –July 10

ii. Trainer Kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Puchong –April 10 – Jun 10
iii. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff P.T. Widuri, Kuala Lumpur –Jun 10 -Aug 10

iv. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk staff Kementerian Kesihatan, Putrajaya – Nov 07 – February 08
v. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff EPF, Kuala Lumpur –July 08 – Nov 08

vi. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Platinum Victory Sdn. Bhd., Kuala Lumpur –July 08 – Nov 08
vii. Trainer kursus Fundamentals and Intermediate English Grammar untuk staff Platinum Victory Development Sdn. Bhd., Kuala Lumpur –July 08 – Nov 08

viii. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk staff Kementerian Kesihatan, Putrajaya – Nov 07 – February 08

ix. Trainer kursus Fundamentals of English Grammar untuk SCA Packaging Malaysia, Beranang, Selangor – Ogos 2007

x. Trainer kursus Basic English Conversation untuk staff FAMA pada 10-12 July di Kalumpang Resort and Training Centre dan di Amansari Beach Resort, Kuantan pada 3-6 September 2007

xi. Trainer untuk staff Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Terengganu di Hotel Dynasty pada 23-25 Mei dalam kursus “Practising Proper English at the workplace”

xii. Trainer di School of Banking, Affin Bank (1996-2000)


xiii Speaker jemputan di Persatuan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT), Sungai Buloh.1996 -2000

Semua buku terbitan Perintis Publication dan boleh dilihat di laman web mereka di http://www.books.perintis.com.my/ dan biodata saya boleh di lihat di Panel Penulis,

Jika berminat sila hubungi saya segera kerana tempat terhad!

Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau sms /call di 019-3090711

Q & A on verb tenses

Salam

This is the explanation in one of the forums that I am active in…

Soalan :

salam cikgutuition dan kawan2 yg lain.
ada masalah sikit la dan nak tanya, sbb selalu kompius.

katalah kita nak kata “ibu telah memberikan hadiah kepada saya”

1. my mother gave me a present –> betul tak ayat ni?

kalau pakai ayat ni, adakah maksudnya sama ek?

2. i was given a present by my mother.

kadang2 konpius la antara ‘gave’ dan ‘was given’. masa bila nak guna kedua2nya ek? ada beza ke dr segi penggunaan dan maksudnya?

thanks.

My explanation :

Salam

Kalau di kelas saya ni, saya cover dalam level Intermediate Grammar sebab ni dalam topik Verb tenses.dalam Manual Lengkap BI saya pun ada saya cover topic Verb tenses ni.

1. My mother gave me a present –> betul tak ayat ni?

Yg ni penggunaan Simple Past dan mesti ada time indicator atau penunjuk masa so kena tambah time di dalam ayat tersebut.

1. My mother gave me a present yesterday.

Kalau x ada penunjuk masa kena guna Present perfect.

1 (b). My mother has given me a present.

kalau pakai ayat ni, adakah maksudnya sama ek?

2. I was given a present by my mother.

Yg atas ni sebenarnya dalam bentuk Pasif sebab penerima perbuatan i.e. (penerima ‘present’) di letakkan di depan sebagai Subject dan pembuat perbuatan (the doer of the action) diletakkan di belakang sebagai Object.

Oleh kerana ianya dalam bentuk Simple Past -passive, perlu ada Time.

2. I was given a present by my mother yesterday.

Kalau x ada Time, gunakan Present Perfect dalam bentuk passive:

2 (b) I have been given a present by my mother.

Given ialah verb dalam bentuk Past Participle. That is why dalam kelas pertama Intermediate saya akan terangkan apakah empat bentuk Verb yang ada iaitu :-

1. Infinitive
2. Past tense
3. Past participle
4. Present participle

Please look up in the dictionary untuk cari all these principal parts of a verb.


Kursus Intensif Fundamentals Grammar saya akan saya mulakan pd 7hb Nov ini.kelas 4 jam seminggu selama 5 minggu sahaja. Kalau nak master Verb Tenses mcm dalam explanation saya di atas kena master dulu Fundamentals dia esp. Nouns n Pronouns yang akan jadi Subject dan Object dalam ayat2 yang akan kita buat.