Persediaan MUET 2010

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Untuk mereka yang bercadang mengambil MUET tahun ini atau tahun depan ini ada beberapa petua yang saya harap boleh membimbing anda untuk berjaya dalam MUET.

i. Tak perlu gopoh – Jangan gopoh untuk mengambil peperiksaan MUET anda. Kalau boleh, biarlah anda cuma perlu ambil MUET anda itu sekali sahaja dan anda dapat Band yang anda perlukan. Pastikan yang anda sudah bersedia dan barulah anda daftar untuk MUET anda itu.

ii. Ketahui syllabus – Antara masalah besar mereka yang gagal dalam MUET atau peperiksaan2 BI yang lain seperti TOEFL atau IELTS ialah menduduki peperiksaan tanpa mengetahui dengan jelas apakah yang akan diuji dalam peperiksaan itu. Pastikan anda mengkaji terlbih dahulu dengan :-

1. Membeli buku-buku rujukan MUET.

2. Membeli buku-buku soalan2 lepas MUET.

3. Mencuba peperiksaan percubaan MUET jika ada.

iii. Sertai kelas persediaan MUET – Cuba selidik jika pihak universiti/kolej anda ada menyediakan kelas2 persediaan MUET. Biasanya percuma sahaja dan pastikan anda menghadiri kesemua kelas yang dianjurkan. Jika anda rasa masih belum bersedia pastikan anda berhubung dengan pihak universiti atau kolej anda atau jumpalah kounselor untuk membantu anda.
Gunakan sepenuhnya apa2 perkhidmatan percuma yang ada! Jika anda mampu, anda boleh juga menyertai kelas2 bahasa Inggeris yang ditwarkan oleh pihak swasta tetapi jangan terkejut kalau anda dapati yuran yang dikenakan agak tinggi dan biasanya dalam RM1,000 lebih.

Saya akan cuba bantu anda yang akan mengambil MUET di sini setakat mana yang termampu.

Good Luck!

Kelas Asas2 Bahasa Inggeris saya akan bermula 6hb Jun ini. Yuran masih RM450 dan akan naik ke RM490 tidak lama lagi.

Cikgu Yusoff
0193090711

How to improve or increase your Vocabulary?

How to improve or increase your Vocabulary?

Ramai students saya memberi tahu saya yang mereka kdg2 menghadapi masalah untuk menggunakan perkataan2 yg sesuai dalam bahasa Inggeris.

Vocabulary atau Kosa Kata amat penting untuk anda berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.

One way to increase your vocabulary is to vary your vocab..Don’t just use those common words! Mix it up!

Cth – Jangan guna ‘very hungry’ tapi guna ‘famished.

I am famished. – Saya sangat lapar

Jgn guna extremely hungry tapi anda boleh gunakan ‘starving’

I am starving right now. – Saya tersangat lapar sekarang ini.

Untuk dapatkan perkataan2 baru ini, cara yang paling mudah ialah menggunakan Thesaurus yang menyenaraikan perkataan2 yang seerti atau synonyms.

You can go to an online thesaurus site such as http://thesaurus.com/

These are the synonyms and antonyms (perkataan berlawanan) given by thesaurus.com

Main Entry: hungry

Part of Speech / Jenis perkataan: adjective

Definition: starving; desirous

Synonyms: athirst, avid, carnivorous, could eat a horse, covetous, craving, eager, edacious, empty, esurient, famished, famishing, flying light, got the munchies, greedy, hankering, hoggish, hollow, hungered, insatiate, keen, omnivorous, on empty stomach, piggish, rapacious, ravenous, starved, unfilled, unsatisfied, voracious, yearning

Antonyms: full, replete, satiated, satisfied, stuffed

Dgn thesaurus ini anda dapat 31 synonyms dan 5 antonyms!

Dengan menggunakan thesaurus ini, Vocabulary ENglish anda boleh bertambah sebanyak 36 words dan yang menyeronokkan, anda tidak perlu buka kamus kerana anda sudah tahu yang hungry = lapar.

Ok, kita jumpa lagi di lain kali dan kelas Fundamentals English Communication akan bermula 6hb Jun ini di Sunway. Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau di 0193090711.

Back to the basics of English grammar – Jenis2 Verbs #3

Kumpulan III – Mixed Verbs /Verb Campuran

Kumpulan ketiga, dipanggil “Mixed Verbs”, ialah kumpulan verb yang terkecil. Verb jenis ini mempunyai lebih dari satu maksud. Sesetengahnya mempunyai makna seperti “Non-progressive Verbs”, manakala sesetengahnya pula mempunyai makna seperti “Progressive Verbs.”

Mixed Verbs

to have, to appear, to see, to hear, to feel, to weigh, to look …

Senarai contoh-contoh Mixed Verbs dengan Contoh dan Definisi:

1. to appear:

i. Donna appears confused. Non-progressive Verb

(Donna seems confused.)
(Donna nampak bingung)

ii. My favorite singer is appearing at the jazz club tonight. -Progressive Verb

(My favorite singer is giving a performance at the jazz club tonight.)
(Penyanyi kesayangan saya akan muncul di kelab jazz malam ini)

2. to have:

iii. I have a dollar now. Non-progressive Verb

(I possess a dollar.)
(Saya ada satu dollar sekarang)

iv.I am having fun now. Progressive Verb

(I am experiencing fun now.)
(Saya sedang gembira sekarang)

3. to hear:

v. She hears the music. Non-progressive Verb

(She hears the music with her ears.)
(Dia mendengar muzik dengan telinga beliau)

vi. She is hearing voices. Progressive Verb

(To hear something others cannot hear. She is hearing voices in her mind.)
(Mendengar sesuatu yang orang lain tidak mendengarnya. Dia mendengar suara-suara dalam pikiran beliau)

Kursus Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris bermula 6hb Jun

Anda sudah bosan dengan kerja anda sekarang?

Anda mahu cepat naik pangkat?

Anda ingin mahirkan bahasa Inggeris anda untuk kerjaya anda?

Anda ingin mahirkan bahasa Inggeris anda untuk mengajr anak-anak anda?


Anda ingin belajar di tempat yang anda mudah untuk faham?

Jika YA, maka Kelas bahasa Inggeris KnowledgeCentre akan bermula 6hb Jun ini!

Cuba lihat apa kata pelajar-pelajar saya sebelumini :-

1. Cukup puas hatiii..Saya dapat gambaran jelas sangat.. Masa saya tanya soalan yang saya tak faham, En. Yusoff beri penjelasan yg begitu baik..

Huda – Kuala Lumpur

2. I have gone through the notes given and found it very interesting. On behalf of all my friends , we appreciate your dedication and commitment.

Sham – Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur

3. Saya rasa macam saya belajar balik macam di sekolah dulu tapi lebih faham dengan apa yang di ajar.

Rina – Philips, Nilai.

Butir-butir lanjut

Tempoh masa kelas – 7 minggu

Lokasi kelas – Saujana Puchong (berdekatan Puchong Perdana)

Kekerapan kelas – Setiap minggu,Ahad Dua kali sebulan dan setiap kelas 3 jam

Kelas –Selesa dan berhawa dingin

Waktu kelas – 2.30 – 5.30 petang

Pelaburan Yuran –Masih pada RM450 untuk keseluruhan kursus.

Cara pengajaran – Dwi bahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu

Nota – Nota lengkap dalam dwi bahasa untuk semua topik

Lain-lain kelebihan – Nota-nota dan tips tambahan melalui email.

Pertanyaan lanjut tentang apa2 topik melaui email.

Latihan2 esei percuma yang akan disemak oleh saya melalui email.

Credentials Pengajar

1. Trainer in English selama 7 tahun

2. Penulis 3 buah buku :-
1. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris
2. Cara Mudah Mempelajari bahasa Inggeris 2 – Perbualan telefon
3. Cara Mudah mengajar Anak-Anak Mempelajari bahasa Inggeris (akan terbit)

3. Trainer di School of Banking Affin Bank (1996-2000)

4. Speaker jemputan di Persatuan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT), Sungai Buloh.1996 -2000

Semua buku terbitan Perintis Publication dan boleh dilihat di laman web mereka di http://www.books.perintis.com.my/ dan biodata saya boleh di lihat di Panel Penulis,

Jika berminat sila hubungi saya segera kerana tempat terhad!

Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau sms /call di 019-3090711

Back to the basics of English grammar – Jenis2 Verbs

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Jenis-jenis Verbs

Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, sebelum anda belajar secara mendalam tentang Verb Tenses seperti Present tenses, Past Tenses,Future tenses dan sebagainya, pastikan anda kenal jenis Verb terlebih dahulu. Ini amat penting kerana anda perlu tahu samaada Verbs yang anda akan gunakan itu boleh wujud dalam semua Tenses atau tidak.

Ada 3 jenis utama iaitu:-

1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif
2. Non progressive Verbs – Kata kerja tidak progresif
3. Mixed Verbs – Kata kerja campuran

Dalam artikel saya kali ini, saya akan menerangkan pula apakah itu Non Progressive verbs.

1. Non Progressive Verbs -Kata kerja tidak progresif

Non progressive vebrs ialah Verbs yang tidak boleh ditambah -ing untuk menunjukkan ianya sedang berlaku (progressive /continuous)

Biasanya Verbs jenis ini ialah verbs yang bukan Physical Actions yang mana anda boleh anda lihat seseorang/sesuatu itu membuatnya.

Antara jenis Verbs yang termasuk dalam kategori ini ialah:-

i. Possessive verbs seperti have, own dan possess.

ii. Emotion verbs seperti love, hate, dislike dan sebagainya.

iii. Abstract verbs seperti want, need, owe dan sebagainya.

Verbs jenis ini tidak boleh anda gunakan dalam bentuk Progressive Verbs.

Oleh kerana anda tidak boleh gunakan Non progressive Verbs ini dalam bentunk Verb + -ing maka anda hanya boleh gunakan ia dalam bentuk tanpa –ing walaupun anda ingin menerangkan tentang sesuatu yang berlaku sekarang. boleh gunakan dalam Progressive tenses seperti:-

1. Ali is having a Proton Wira right now. –Penggunaan Kala Present Progressive yang salah untuk menujukkan pemilikan sekarang.

2. Ali has a Proton Wira right now. –Penggunaan Kala Simple Present sepatutnya digunakan.

3. Ali was having a Proton Saga before this. –Penggunaan Kala Past Progressive yang salah untuk menujukkan pemilikan di masa lepas.

4. Ali had a Proton Saga before this. –Penggunaan Kala Simple Past yang sepatutnya digunakan untuk menunjukkan pemilikan di masa lepas.

Oleh itu, anda perlu berhati2 dengan penggunaan Non progressive Verbs ini dan jangan gunakan dengan Progressive tense yang melibatkan penggunaan Verb + -ing.

Kelas Fundamentals of English grammar saya akan bermula Sabtu ini. Masih ada kekosongan jika anda berminat.

Nanti sambung lagi ya..

Yusoff
0193090711