Pelajari semula aspek tatabahasa anda untuk kuasai bahasa Inggeris dengan cepat dan tepat!

Grammar cartoon Grammar cartoon2 Grammar personality

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Tahun 2015 ini merupakan tahun ke 10 cikgu mengajar bahasa Inggeris secara sepenuh masa dan jika anda perhatikan dalam posting-posting cikgu di FB ini dan di blog cikgu ini, cikgu masih menekan aspek tatabahasa bahasa Inggeris.

Dalam kelas Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang cikgu jalankan di Sunway dan Putrajaya, cikgu akan mulakan dengan topik yang paling penting dalam aspek tatabahasa bahasa Inggeris iaitu Noun atau Kata Nama. Selepas itu cikgu akan ajar pelajar-pelajar cikgu aspek Pronoun atau Kata Ganti Nama dan kemudiannya topik Verb TO BE dan Verb TO HAVE.Selepas topik Verb TO HAVE, pelajar-pelejar kemudiannya akan diajar topik Adjective, Adverb dan Verb tenses.

CIkgu akan cukup teruja apabila mula mengajar aspek Verbs dalam bahasa Inggeris yang cikgu mulakan dengan Verb TO BE kerana dengan pengajaran Verb TO BE ini, pelajar-pelajar akan boleh buat ayat dengan 2 jenis perkataan sahaja iaitu Noun dan Verb TO BE.

Komponen yang ada dalam Verb TO BE ialah am,is,are,was,were dan sebagainya.

Topik2 seperti Noun, Pronoun,Verb TO BE dan sebagainya di panggil Part of Speech dalam bahasa Inggeris.Anda boleh gabungkan Noun dengan Verb TO BE untuk membentuk ayat-ayat mudah yang betul dari segi grammar atau tatabahasa yang membolehkan semua orang di seluruh dunia memahami apa yang anda ingin sampaikan.

Sebagai contoh, anda boleh gunakan formula berikut:-

1. Noun + Verb TO BE + Nouns of occupation

Ali is a teacher.

Verb TO BE dalam ayat di atas ialah ‘is’ dan kita gunakan ‘is’ atas faktor:-

i. Masa
ii. Subject

‘is’ digunakan kerana kita ingin memberitahu orang bahawa Ali itu masih lagi bekerja sebagai seorang guru.

‘is’ juga digunakan dan bukannya ‘are’ kerana Subject dalam ayat ini ialah ‘Ali’ yang merupakan Singular Subject dan oleh itu ianya akan dipadankan dengan ‘is’ disebabkan ‘is’ ialah singular verb.

Singular subject bermaksud kuantiti/jumlah noun itu sama dengan satu.

Quantity of noun =1 —————-> Singular noun

Singular noun + singular verb

Lihat pula contoh berikut:-

1. Noun + Verb TO BE + Nouns of occupation

Ali and Abu are teachers.

Verb TO BE dalam ayat di atas ialah ‘are’ dan kita gunakan ‘are’ atas faktor:-

i. Masa
ii. Subject

‘are’ digunakan kerana kita ingin memberitahu orang bahawa Ali dan Abu itu masih lagi bekerja sebagai seorang guru.

‘are’ juga digunakan dan bukannya ‘is’ kerana Subject dalam ayat ini ialah ‘Ali and Abu’ yang merupakan Plural Subject dan oleh itu ianya akan dipadankan dengan ‘are’ disebabkan ‘are’ ialah plural verb.

Plural noun + Plural verb

Plural subject bermaksud kuantiti/jumlah noun itu lepbih daripada satu.

Quantity of noun > 1 —————-> Plural noun

Plural noun + Plural verb

Aspek ini akan kerap ditekan dalam kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang akan bermula di Sunway pada 9hb Mei dan di Putrajaya pada 10hb Mei selama 7 minggu sahaja,Yuran masih RM790 untuk keseluruhan kursus untuk yang mendaftar awal. anda cuma perlu bayar deposit sahaja dulu untuk mendaftar.

Cikgu Yusoff
SMS/Call/WhatsApp 019-3090711

Leave a comment