Persediaan UPSR, PMR dan SPM 2012 semasa cuti sekolah nanti

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Sedar tak sedar, cuti sekolah hujung tahun 2011 dah tak lama lagi. Cuti sekolah akan bermula pada 19hb November untuk sekolah-sekolah di barat semenanjung dan 18hb Nov di Kelantan dan Terengganu. Apakah persediaan kita untuk anak-anak kita selama lebih kurang 8 minggu ini nanti? Persediaan ini penting terutamanya untuk mereka yang mempunyia anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2012 nanti.

Anda perlu mula merancang apakah aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak-anak anda nanti dan yang penting jangan biarkan ianya sekadar menjadi ‘cuti’ semata-mata tanpa apa-apa aktiviti akademik yang berfaedah.

Untuk anak-anak yang masih lemah, ambil kesempatang di masa cuti sekolah yang panjang itu nanti untuk mengukuhkan semula pemahaman mereka dalam matapelajaran yang mereka lemah itu. Bagaimana pun janganlah pula isikan kesemua 8 minggu itu nanti dengan aktiviti akademik sahaja kerana ianya akan membosankan anak-anak anda kelak. Mungkin anda boleh campurkan dengan aktiviti percutian samaada dihujung cuti atau ditengah atau gabungan kedua-duanya seperti:-

1. 3 minggu aktiviti akademik,1  mingu cuti, disambungkan dengan 3 minggu akademik dan diakhiri dengan 1 minggu cuti.

2. 6 minggu aktiviti akademik dan 2 minggu terakhir sebagai cuti.

2. 1 minggu pertama cuti, 3 minggu akademik, 1 minggu cuti dan 3 minggu terakhir akademik.

Jadual di atas hanyalah sebagai cadangan dan anda perlu kenal anak-anak anda dari segi daya ketahanan mereka. Mungkin ada yg cepat bosan dan oleh itu anda perlu selitkan cuti-cuti pendek di dalam aktiviti akademik mereka.

Sebelum cuti sekolah bermula, apa yang anda boleh buat ialah buat kajian yang ikhlas di mana kedudukan anak anda dalam semua matapelajaran yang mereka akan ambil dalam peperiksaan nanti. Ini akan membantu anda mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak anda. Bagaimanapun kajian akan berbentuk subjektif kerana anda perlu mengambil kira juga ‘standard’ sekolah anak anda kerana sekolah yang mempunyai ‘standard’ yang rendah mungkin memberikan soalan-soalan yang agak mudah kepada anak-anak anda.

Apa yang saya boleh cadangkan ialah untuk anda menguji semula anak anda dengan soalan-soalan lepas UPS,PMR atau SPM sebenar supaya anda boleh mengukur dengan tepat kedudukan anak anda dan tidak ‘terpedaya’ dengan markah peperiksaan sekolah mereka. Dengan cara sebegini anda boleh ukur kedudukan sebenar anak-anak anda dalam semua matapelajaran mereka dan anda boleh membuat keputusan tepat tentang matapelajaran mana yang perlu anda beri lebih perhatin di masa cuti sekolah nanti.

Sebagai cikgu tuisyen dan jururunding sepenuh masa terutamanya dalam matapelajaran bahasa Inggeris lebih 10 tahun, saya akan cuba berikan tips-tips dan petua lagi. Anda juga di galakkan berkongsi petua dan pengalaman anda sendiri untuk sama-sama kita manfaatkan.

Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris untuk UPSR/PMR dan SPM 201 akan dijalankan pada 19hb, 20hb, 26hb, 27hb November, 2hb dan 3hb Disember 2011.Tempat terhad kepada 15 org pelajar sahaja.

Cikgu Yusoff

019-3090711

cikgutuition@gmail.com

Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris UPSR/PMR dan SPM 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Anak anda masih menghadapi masalah dalam matapelajaran bahasa Inggeris?

Anak anda akan menduduki UPSR, PMR dan SPM?

Anak anda tiada aktiviti akademik pada cuti sekolah nanti?

Anak anda sukar membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris dengan betul?

Anda inginkan anak anda belajar semula dari peringkat paling asas?

Anda inginkan kelas yang menekankan Tatabahasa dan Kosa Kata?

Jika jawapan anda ialah YA, daftar segera anak-anak anda untuk :

Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris untuk UPSR, PMR dan SPM November ini! 

Kursus setiap Sabtu dan Ahad selama 3 minggu 

Penekanan kepada aspek Tatabahasa dan Kosa Kata    

Pembelajaran dari peringkat Asas untuk memperbetulkan bahasa Inggeris dengan mudah

Nota lengkap lebih 300 muka dalam dwi-bahasa

Nota dengan lebih 1,000 perbendaharaan kata bahasa Inggeris

Nota dengan lebih 1,000 latihan-latihan objektif beserta jawapan

Latihan-latihan di dalam kelas dan bawa balik rumah 

 Sokongan Online percuma selama 3 bulan selepas tamat kelas

Butiran lanjut Kursus

Lokasi – Kompleks Kejiranan Precint 16 dan Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9, Pj.

Pelajar sasaran – 1. Mereka yang ambil UPSR/PMR 2012

                           2.Mereka yang ambil SPM 2012 (Kelas berasingan)

Jumlah pelajar – Terhad kepada 15 orang sahaja untuk setiap kelas UPSR/PMR dan SPM.

Tarikh kursus – 19hb, 20hb, 26hb, 27hb November, 2hb dan 3hb Disember 2011.

Tempoh kelas – 2 jam sehari (12 jam)

Yuran – RM190 kalau daftar sebelum 8hb Oktober. RM220 daftar sebelum 1 Nov dan RM250 jika selepas 1hb Nov.

Butiran pengajar

Guru dan trainer bahasa Inggeris sepenuh masa semenjak 2006 tetapi  telah berkecimpung dalam bidang latihan semenjak 1996 lagi.

Pernah menjalankan kursus untuk syarikat-syarikat korporat seperti:-

 

i. KWSP    Jabatan Pelaburan
ii. Kementerian Kesihatan Malaysia   Jabatan Kewangan
iii. Jabatan Perangkaan Malaysia
iv. FAMA
v. Majlis Daerah Gombak
vi. Jabatan Kesihatan Terengganu
vii. Kementerian Pertahanan Kem Semboyan Diraja 93
viii. SCA Packaging Malaysia
ix. Platinum Victory Sdn. Bhd.
x. Platinum Victory Development Sdn. Bhd.
xi. Malaysian Federation for the Deaf (MFD)
xii. P.T. Widuri Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

xiii. KWSP – Jabatan Kewangan, Hq Kuala Lumpur.

xiii. Universiti Malaya – Pusat Teknologi Maklumat

xiv. Jabatan Perdana Menteri    Jabatan Perumahan (anak-anak pekerja)

 

Telah menulis 5 buah buku yang diterbitkan oleh Perintis Publications iaitu:-

i. Cara mudah mempelajari bahasa Inggeris
ii. Cara mudah mempelajari bahasa Inggeris 2 – Perbualan telefon
iii. Cara mudah mengajar anak-anak anda bahasa Inggeris
iv. Perbualan sehari-hari dalam bahasa Inggeris
v. Cara mudah mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
vi. Kesalahan lazim dalam bahasa Inggeris

Anda boleh lihat butiran lanjut buku-buku ini di http://www.books.perintis.com.my/galeri.html

Saya boleh dihubungi di cikgutuition@yahoo.com atau di 0193090711.

Mohd Yusoff Noordin

Mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan

Kepada mereka yang merasakan diri mereka lemah atau cuma sederhana dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris mungkin akan merasa skeptikal atau kurang percaya dengan tajuk saya kali ini.  Saya tulis artikel ini berdasarkan pengalaman saya yang telah mengajar bahasa Inggeris selama 10 tahun. Artikel ini saya harap dapat mencetuskan semangat dalam diri anda untuk mengambil tindakan untuk mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan sahaja.

Jika anda ingin mahir dalam bahasa Inggeris anda perlu:-

  1. Daftar dalam kelas bahasa Inggeris formal – Mungkin akan ramai yang memberitahu anda yang anda tidak perlu menghadiri kelas yang formal untuk mahir dalam bahasa Inggeris dan mereka sebenarnya betul jika anda tidak ingin mahir dalam masa yang singkat. Jika anda meletakkan objektif anda untuk mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan anda WAJIB belajar semula bahasa Inggeris secara formal.
  1. Belajar tatabahasa dari peringkat paling asas – Untuk betul-betul mahir dalam bahasa Inggeris anda perlu mahir dalam tatabahasa bahasa Inggeris atau English Grammar. Tiada jalan pintas. Anda tidak boleh terus menyertai kelas perbualan atau penulisan bahasa Inggeris jika anda ingin mahir dalam berkomunikasi dalam masa 6 bulan. Saya tahu ada yang kurang minat aspek tatabahasa ini dan ingin melangkaui aspek ini dan ingin terus bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris. Jika anda ingin mahir lebih dari 6 bulan,mungkin anda boleh langkaui aspek ini. Tetapi jika anda ingin mahir dalam masa 6 bulan, anda perlu kuasai aspek Grammar ini. Dengan menguasai tatabahasa, anda akan lebih cepat mahir kerana anda tahu dengan pasti bagaimanakah anda perlu menyusun ayat dalam bahasa Inggeris.
  1. Tukarkan 6 bulan kepada 180 hari – Untuk mahir dalam masa 6 bulan, usaha anda mestilah setiap hari tanpa rehat. Ini pengorbanan yang anda perlu lakukan dalam masa 180 hari ini. Setiap hari anda perlu membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris, setiap hari anda perlu hafal perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris dan setiap hari anda perlu mengulangkaji aspek tatabahasa anda. Ianya perlu setiap hari dan bahasa Inggeris perlu menjadi kehidupan harian anda. Bayangkan jika anda boleh tambah 10 perkataan baru setiap hari maka dalam masa 180 hari anda sudah tingkatkan kosa kata anda sebanyak 1,800 perkataan! Kosa kata atau vocabulary amat penting untuk menjadi mahir. Grammar cuma mengajar anda menyusun ayat sedangkan vocabulary ialah perkataan yang anda perlu gunakan untuk memahami orang lain dan juga untuk anda gunakan dalam komunikasi bahasa Inggeris anda.

 

Saya akan sambung lagi artikel ini dalam masa terdekat. Modul Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris saya akan dijalankan selama 2 hari di Putrajaya pada 1 dan 2hb Okt dan pada 8 dan 9hb di Sunway. Yuran lebih murah dan anda tak perlu datang banyak kali ke kelas. Kursus untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM akan bermula pada 19hb Nov di Putrajaya dan Sunway.

Cikgu Yusoff

cikgutuition@gmail.com

cikgutuiton@yahoo.com

0193090711

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca blocg Knowledge Centre saya ini

Synonym dan antonym

Antara masalah utama dalam bahasa Inggeris kita ialah perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang terhad. Perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang terhad akan menyebabkan kita agak sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana kita sukar untuk membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris dan juga ianya akan menyukarkan kita apabila memahami pihak lain bila kita membaca dan mendengar ayat-ayat dalam bahasa Inggeris.

Dalam menggunakan BI, kosa kata (vocabulary) yang meluas juga penting untuk mencantikkan penggunaan BI kita. Kadang2 kita boleh menggunakan perkataan yang berbeza-beza untuk menerangkan sesuatu benda yang sama. Bagaimanapun kadang2 anda juga perlu berhati-hati walaupun dua perkataan itu dikatakan seerti (synonym) tapi masih ada sedikit perbezaan diantara kedua-dua perkataan tersebut.

Jadi…bagaimana nak tahu perbezaan yang kadang2 tidak terlalu ketara itu. Cuma satu cara sahaja..iaitu dengan membaca…hanya dengan banyak
membaca anda boleh melihat bagaimana perkataan yang hampir2 sama maksudnya digunakan dalam konteks yang berbeza-beza.

Apa kah itu synonym? Synonym atau pun dalam BM sinonim/perkataan seerti ialah perkataan yang mempunyai maksud yang sama ataupun hampir-
hampir sama.

Apa kah pula antonym ? Antonym atau pun dalam BM antonim/perkataan berlawanan ialah perkataan yang mempunyai maksud yang berlawanan.

Kenapa pulak kita perlu tahu tentang antonym dan synonym ini? Hmm..Sebenarnya inilah rahsia untuk anda menguasai BI dengan cepat dan
berkesan.. Macam mana pulak tu? Senang sahaja..dengan anda mengetahui satu perkataan anda boleh mengembangkan vocabulary anda dengan cepat
apabila anda mengetahui synonym dan antonym perkataan yang anda tahu itu.

Bagaimana pula cara yang terbaik untuk mencari synonyms dan antonyms ini dengan mudah. Jika anda menggunakan kamus, kadang ada diberi synonyms dan antonyms untuk perkataan-perkataan tertentu tetapi ianya tidak menyeluruh. Cara paling berkesan ialah dengan menggunakan Thesaurus. Thesaurus kelihatan sama seperti sebuah kamus tetapi ianya tidak menyenaraikan definasi untuk perkataan yang disenaraikan dan sebaliknya memberikan kita perkataan seerti dab berlawanan atau synonyms dan antonyms.

Sila lihat contoh dibawah..

Anda tahu satu perkataan sahaja iatu

Peace – Yang bermaksud Aman, Sepi, Senyap, Damai

Apa yang perlu anda lakukan ialah gunakan Thesaurus anda dan lihat di bawah perkataan Peace itu. Dengan menggunakan Thesaurus anda akan diberikan synonyms dan antonyms untuk perkataan Peace dan anda akan dapat mengembangkan vocabulary anda seperti berikut:-

Synonyms untuk Peace – harmony, calm, quiet, serene, tranquil, silence

Antonym untuk Peace – chaos, pandemonium, upheaval, tumult, din,racket, hue and cry, turbulence

Dari penggunaan antonym dan synonym dari satu perkataan anda sudah dapat menambah 14 perkataan baru! Anda perlu ingat kadang2 dalam
percakapan dan penulisan pengguna2 BI akan menggunakan perkataan2 yang berbeza-beza walaupun membawa maksud yang sama.

Kenapa kah penting untuk anda mengetahui synonym dan antonym ini? Ramai yang menghantar e-mail kepada saya dan bercerita mereka
menghadapai masalah dalam menulis dan terutamanya bercakap. Pada pandangan saya perkara ini berlaku kerana kita tidak mempunyai
vocabulary yang cukup untuk bercakap dengan baik. Ini membuat kan kita tidak mempunyai keyakinan untuk bertutur dalam BI. Kadang2 ini juga
membuat kita malu untuk bertutur dalam BI kerana kita takut orang akan mentertawakan kita dan memperlekehkan kita.

Seperti yang telah saya bincangkan sebelum ini kita perlu mempunyai peluru2 vocabulary sebelum anda boleh bertutur dengan baik.

Bagaimana nak belajar tentang synonym dan antonym? Senang sahaja…banyak cara nak belajar tentang antonym dan synonym ni….Cara
pertama ialah dengan menggunakan dictionary anda yang sedia ada…Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa kebanyakan dictionary cuma
memberikan maksud perkataan dan sedikit perkataan2 synonym sahaja dan amat jarang ada dictionary yang turut memberi perkataan2 antonym.

Cara kedua yang percuma dan cepat ialah menggunakan fungsi Thesaurus dalam perisian Microsoft Word anda. Anda cuma perlu highlightkan
perkataan yang anda inginkan dan pergi ke Tools dan Language dan kemudian ke Thesaurus. Ianya akan memberikan anda senarai perkataan-
perkataan synonym.Ia juga akan memberikan satu perkataan antonym.Taip kan perkataan antonym yang diberi dan anda akan dapat senarai antonym
yang ada.

Cara ketiga ialah dengan membeli Thesaurus. Thesaurus ialah satu buku yang menyenaraikan synonym2 dan antonym2 untuk kebanyakan perkataan.
Ada banyak buku thesaurus di pasaran tapi yang paling saya gemari ialah Roget’s Thesaurus.

Semasa saya belajar untuk menduduki peperiksaan Test of English as a Foreign Language (TOEFL) saya terpaksa meningkatkan vocabulary saya
dalam masa yang singkat oleh kerana vocabulary adalah salah satu yang diuji. Teknik saya ialah dengan membeli kertas keras yang boleh
dimasukkan dalam poket saya. Apa yang saya buat ialah menulis satu perkataan baru di depan kertas tersebut dan menulis synonym dan
antonym dibelakang kertas tersebut. Bila saja ada masa terluang saya akan cuba menghafal dan mengingati perkatan2 tersebut. Alhamdulillah
saya berjaya lulus peperiksaan TOEFL saya pada percubaan pertama saya.

Kalau anda betul2 di peringkat beginner ataupun anda dalam proses untuk mengajar anak2 anda vocabulary BI anda boleh membeli kad2 yang
sudah siap ada gambar dan perkataan di kedai2 buku atau di hypermarket seperti di Carrefour.

Diharap anda akan terus belajar dan membaca untuk memantapkan BI anda. Jangan malu2..Walaupun anda sudah berumur tapi tidak rugi untuk anda
terus belajar..mungkin juga anda boleh belajar untuk mengajar semula pada anak2 anda. Rahsia dalam kejayaan dalam semua mata pelajaran di
sekolah ialah dalam penguasaan bahasa dan apabila anda meningkatkan penguasaan bahasa anda IQ anda juga akan meningkat.

Kelas Fundamentals Grammar saya akan dijalankan pada 1 dan 2hb Oktober ini di Pusat Kejiranan Precint 16 dan pada 8 dan 9hb Mei nanti di Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9 Petaling Jaya. Yuran biasa RM290 tapi kalau daftar pada/sebelum Rabu ini, yuran cuma RM250.

Kursus Intensif Grammar bahasa Inggeris untuk UPSR/PMR dan SPM di Prct 16,Putrajaya dan Sunway pada 19,20,26,27/11 dan 3 n 4hb Dec.2 jam sehari@12 jam total. Yuran RM190 kalau daftar n bayar awal.Yuran biasa, RM240.Kursus akan menekankan aspek Asas Grammar yg kurang ditekankan di sekolah.

Jumpa lagi

Yusoff
cikgutuition@gmail.com
cikgutuition@yahoo.com
0193090711

Penggunaan Had Better

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

When do we use “had better”?

This is not a past form nor a comparison. It usually refers to the
immediate future.

Walaupun bila sekali lihat had better seperti dalam bentuk past tense form tapi sebenarnya ianya merujuk kepada bentuk immediate future atapun untuk dalam jangkamasa terdekat.

It is used to give advice or a warning.

‘Had better’ digunakan dalam meberi nasihat ataupun amaran.

Lihat contoh ayat dibawah:-

1. You had better tell him what you are going to do.

2. You’d (you had) better not be late. It’s important.

3. I think she had better finish that before she starts anything else.

We can also use ‘should’ or ‘ought to’ to give advice but the meaning is slightly different.

Kita juga boleh gunakan ‘should’ ataupun ‘ought to’ untuk memberi nasihat tapi
makna ayat akan berbeza sedikit.

We use had better where there is a strong suggestion that the action will be done.

Bila kita menggunakan had better kita memberi nasihat/amaran dalam nada yang
lebih tegas.

Lihat contoh ayat dibawah dimana ought dan had better digunakan dalam nasihat
yang sama.

1. You ought to apologize. (you may or you may not)

Dalam ayat diatas bila ought digunakan nadanya tidak lah terlalu tegas dimana kita sekadar memberi nasihat yang kita rasa orang itu boleh terima atau tidak
terima.

2. You had better apologize. ( I think you may)

Dalam ayat diatas pula,bila had better digunakan nadanya lebih tegas dimana kita memberi nasihat yang kita rasa orang itu patut terima.

Walaupun secara sepintas lalu had better mepunyai maksud yang sama dengan should dan ought tapi bila kita analisa betul2 ianya mempunyai maksud yang
sedikit berbeza.Oleh itu penggunaan yang tepat amat penting untuk memastikan kita telah memberi maksud yang ingin kita sampaikan.


Kelas Fundamentals Grammar saya akan dijalankan pada 1 dan 2hb Oktober ini di Pusat Kejiranan Precint 16 dan pada 8 dan 9hb Mei nanti di Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9 Petaling Jaya. Yuran biasa RM290 tapi kalau daftar pada/sebelum Rabu ini, yuran cuma RM250.

Jumpa lagi

Yusoff
yusoff@gmail.com
0193090711

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penggunaan ‘like’ and ‘as’

Both of these can be used to talk about things which are similar. The rules about their use are quite clear but, as we will see later, in informal modern English
the rules appear to be changing.

‘Like’ dan ‘as’ digunakan untuk menerangkan tentang perkara/benda2 yang sama. Cara dan peraturan menggunakan nya adalah sama tapi jika kita dilihat dalam contoh dibawah penggunaannya dalam zaman sekarang telah berubah.


‘like’ is a preposition and is followed by a noun or a pronoun

‘like’ ialah satu kata sendi nama dan diikuti oleh noun (kata nama) atau pronoun (kata ganti nama )

–I look like my father.

–It’s not like him to be late.


‘as’ is a conjunction and is used before a clause

‘as’ ialah satu kata penghubung (penyambung ayat) dan
diguna sebelum satu frasa.

–My son is a good tennis player, as I was when I was
young.

–Oliver died as he lived, drunk.


‘as’ is also used before prepositional expressions

‘as’ juga diguna sebelum ekspresi prepositional

–In Paris, as in Berlin, the bankers are worried
about the state of the Euro.

–Today, as in the 1960’s, London is very fashionable.

In more formal English, we often invert the word-order
after ‘as’

Dalam BI yg formal,susunan ayat akan diterbalikkan selapas penggunaan ‘as’

–I’m good at playing golf, as is my son.

–He went to Cambridge University, as did his father.

We also use ‘as’ with jobs, roles and functions

‘As’ juga digunakan untuk menunjukkan jawatan,tanggungjawab dan fungsi

–I got a Summer job as a waiter.

–He uses my house as his own.

In modern informal American and British English, some people sometimes use ‘like’ as a conjunction in the place of ‘as’ .

Kadang2 ‘like’ juga digunakan sebagai conjunction sebagai mengganti ‘as’

–You don’t love her like I do.

They also use ‘like’ to mean ‘as if’

–He treats my house like it was his.

These are both considered ‘incorrect’ by many people but they are becoming so frequently used that it seems to me that the grammar rules are changing.

As or Like?

=======================

Untuk memantapkan lagi pemahaman anda sila buat latihan diatas..Saya akan post kan jawapan tidak lama
lagi.

Fill in the blanks with either ‘as’ or ‘like’

1. She sings ______ an angel.
2. I’m much better ______ you can see.
3. My sister is not at all ______ me.
4. My daughter is just ______ my sister.
5. I’m attending the meeting ______ an observer
6. I use one of the bedrooms ______ an office.
7. You are very ______ your mother.
8. I hope to qualify ______ an engineer.
9. My friend Rob looks ______ John Travolta.
10. There is too much traffic in London ______ in New York.
11. We’re late for the train. We’ll have to run ______the wind.
12. I’m your friend and, ______ a friend, I advise you to think again.
13. I don’t know you as well as he does but, ______
your friend, I advise you to think again.
14. You don’t like confrontations, ______ me.
15. I want to join the air force ______ a pilot.
16. We need a strong leader ______ Winston Churchill.
17. He has gone to our competitors ______ marketing manager.
18. I’ve appointed Simon Williams ______ the new trustee.
19. I’ve done the work ______ we agreed.
20. I was sure, ______ was everybody else, that you would do well in this job.

Answers

1. She sings like an angel.
2. I’m much better as you can see.
3. My sister is not at all like me.
4. My daughter is just like my sister.
5. I’m attending the meeting as an observer
6. I use one of the bedrooms as an office.
7. You are very like your mother.
8. I hope to qualify as an engineer.
9. My friend Rob looks like John Travolta.
10. There is too much traffic in London as in New York.
11. We’re late for the train. We’ll have to run like the wind.
12. I’m your friend and, as a friend, I advise you to think again.
13. I don’t know you as well as he does but, like your friend, I advise you to think again.
14. You don’t like confrontations, like me.
15. I want to join the air force as a pilot.
16. We need a strong leader like Winston Churchill.
17. He has gone to our competitors as marketing manager.
18. I’ve appointed Simon Williams as the new trustee.
19. I’ve done the work as we agreed.
20. I was sure, as was everybody else, that you would do well in this job.

Kelas Fundamentals Grammar saya akan dijalankan pada 1 dan 2hb Oktober ini di Pusat Kejiranan Precint 9 dan pada 8 dan 9hb Mei nanti di Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9 Petaling Jaya. Yuran biasa RM290 tapi kalau daftar minggu ini, yuran Cuma RM250.

Jumpa lagi

Yusoff
yusoff@gmail.com
0193090711

Kuasai bahasa Inggeris dengan mudah, cepat dan murah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua

Kuasai bahasa Inggeris dengan mudah dan pantas!

Kuasai cara-cara membuat ayat-ayat BI dengan tepat!

Kelas cuma dalam 2 hari sahaja!

Khidmat sokongan Online percuma selepas kursus!

Manual lengkap dwi-bahasa yang mudah di fahami!

Lebih 1,000 perbendaharaan kata dalam dwi bahasa!

Lebih 1,000 soalan-soalan latihan!

Latihan karangan mingguan untuk pengukuhan!

Yuran lebih murah ! Cuma RM290 sahaja!

Belajar asas-asas komunikasi dengan mudah Oktober ini di Petaling Jaya dan Putrajaya !

Tarikh Kursus – 1 dan 2hb Oktober untuk kursus di Putrajaya dan 8hb dan 9hb Oktober di Petaling Jaya.

Tempoh kursus – 2 hari sahaja untuk Kursus Asas!

Masa kelas – 10 a.m. – 4 p.m (rehat 1-2pm untuk makan dan Zuhur)

Lokasi kelas – Kompleks Kejiranan Prct 16 dan Leisure Commerce Square (berdepan kilang Freescale dan Stesyen Komuter Setia Jaya)

Yuran – RM290 untuk kursus Asas ini. Daftar awal dan yuran cuma RM250.Daftar dua org yuran cuma RM230!

Syllabus Fundamental of English Grammar

1. Pengenalan

1.1 Petua-petua untuk cepat mahir dalam bahasa Inggeris

2. Penggunaan efektif dictionary, thesaurus, grammar books dan idiom dictionary

2.1 Apa yang ada dalam kamus dan bagaimana nak menggunakannya dengan efektif.

3. Penggunaan Noun dalam bahasa Inggeris.

3.1 Function of a noun -Fungsi penggunaan nouns
3.2 Count in nouns – Countable dan uncountable nouns
3.3 How to use Plural and Singular Nouns?
3.4 Spelling of plural nouns – Cara mengeja Plural Nouns dengan betul
3.5 Subject Verb Agreement – Penggunaan nouns dengan auxiliary verb
seperti am/is/are, was/were, do/does/did, have/has/had.
3.6 Possessive Nouns – Bagaimana untuk menggunakan possessive nouns
untuk menunjukkan pemilikan dengan penggunaan apostrophe s (‘s) atau
apostrophe (‘) sahaja.

3.7 Collective nouns – Collective nouns untuk bilangan nouns yang banyak

4. Fungsi dan penggunaan pronouns yang betul

4.1 Functions of pronoun -Macam mana menggunakan pronouns dengan tepat
4.2 Singular pronouns and Plural pronouns – Apa itu singular
pronouns dan plural pronouns?

4.3 Subject pronouns – Apa itu subject pronoun dan fungsinya dalam ayat?

4.4 Object pronoun – Apa itu Object pronoun dan kaitannya dengan
Subject Pronoun?

4.5 Possessive pronoun – Penggunaan possessive pronouns seperti mine,

yours, hers dan sebagainya untuk menunjukkan pemilikan.

4.6 Reflexive pronouns – Cara yang betul untuk menggunakan reflexive

pronouns seperti myself, herself, ourselves dan sebagainya.

4.7 Demonstrative pronouns – Penggunaan demonstrative pronouns

seperti this/these dan that/those untuk menunjukkan nouns.

4.8 Indefinite pronouns – Penggunaan indefinite pronouns seperti

everyone, each dan sebagainya.

5. Adjectives

5.1 What is adjective? -Apa itu adjective?

5.2 Characteristics of an adjective – Ciri-ciri adjective

5.3 Adjectives of quality – Apa itu Adjectives of quality dan

bagaimana nak gunanya.?

5.4 Adjectives of quantity – Apa itu adjectives of quantity dan

bagaimana nak gunanya.?

5.5 Possessive adjectives – untuk menunjukkan pemilikan dan

perbezaanya dengan possessive pronouns.

5.6 Positive, comparative and superlative adjectives – Penggunaan

positive, comparative dan superlative adjectives seperti tall, taller

dan tallest untuk menunjukkan perbandngan.


6. Verb

6.1 Verb function – Fungsi verb dalam bahasa Inggeris

6.2 What is Verb TO BE?

6.3 Usage of am, is, are, was dan were in Verb To BE

6.4 Present tense, Past tense and Future tense – Konsep present

tense, past tense dan future tense dalam menggunakan verb TO BE

6.5 Bentuk2 verb TO BE untuk ayat positif, ayat nafi dan pertanyaan.

6.6 Penggunaan Verb TO BE

Tempat cuma akan disahkan selepas penerimaan deposit RM100.

Hubungi saya segera untuk mendaftar!!

Yusoff
0193090711