Persediaan untuk MUET sesi Julai dan November 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Untuk mereka yang akan mengambil Malaysia University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan MUET adalah penting untuk anda mengetahui apakah komponen-komponen atau aspek yang akan diuji dalam MUET, markah maksima untuk setiap komponen dan juga markah yang diperlukan untuk mencapai sesuatu Band. Anda perlu tahu kesemua ini dengan terang dan jelas agar anda akan lebih bersedia untuk mengambil MUET dan mendapat keputusan cemerlang.

Malaysian University English Test (MUET) mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Ujian MUET ini dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan March, Julai dan November. Ada empat komponen dalam MUET iaitu Listening dengan markah penuh 45, Speaking dengan markah penuh 45; Reading dengan markah penuh 120 dan Writing dengan markah penuh 90. Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah.

Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band di mana Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.
Berikut adalah pemarkahan untuk kesemua Band dan komen.

Band 6- Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah:260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5- Pengguna yang Bagus (Jumlah markah:220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4- Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah:140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2- Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1- Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.
Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Ada sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:-

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.

2. Permakahan untuk setiap aspek.

3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.

4. Persediaan dari segi Grammar atau tatabahasa.

5. Persediaan dari segi Vocabulary atau kosa kata.

6. Persediaan dari segi perbualan.

Saya akan sambung lagi tentang persedian MUET ini dalam masa terdekat. Sila hubungi saya jika anda ingin tahu langkah tercepat dan paling efektif untuk menyediakan diri anda untuk mengambil MUET nanti.

Kursus persediaan MUET untuk kertas Julai dan November bermula April ini pada 1hb di Sunway dan 7hb April di Putrajaya.Kursus berjalan selama 11 minggu dan diskaun sehingga 22% untuk pelajar MUET.

Regards

Cikgu Yusoff

0193090711

By knowledgecentre Posted in MUET

Asas2 kepada perbualan yang baik dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Jika anda tanya saya, apakah Asas2 kepada perbualan yang baik dalam bahasa Inggeris, maka jawaban saya ialah:-

1. Grammar atau Tatabahasa

2. Vocabulary atau Perbendaharaan Kata perkataan-perkataan bahasa Inggeris

3. Practice atau Latihan perbualan bahasa Inggeris

4. Pronunciation atau Sebutan perkataan bahasa Inggeris yang betul

Inilah empat aspek yang selalu saya tekankan kepada pelajar-pelajar saya yang menyertai kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang saya jalankan di SUnway dan Putrajaya itu.

Aspek pertama iaitu Grammar antara aspek yang paling penting dalam perbualan bahasa Inggeris. Grammar akan mengajar anda membuat ayat dengan betul dari segi:-

1. Struktur ayat

2. Penambahan -s, -es, -ies, -ves kepada Nouns atau Kata Nama

3. Penggunaan Pronouns atau Kata Ganti Nama yang betul untuk menggantikan nous seperti apakah perbezaan penggunaan I dengan Me , Mine dan Myself dalam Pronouns?

4. Penggunaan Adjectives atau Kata SIfat dalam bahasa Inggeris dan apakah susunan yang betul dalam penggunaan Adjectives dalam bahasa Inggeris ini seperti kenapa dalam BI kita gunakan a handsome, tall African man dan bukan seperti dalam bahasa Melayu kita gunakan lelaki Afrika yang tinggi dan kacak?

5. Penggunaan Verb TO BE seperti penggunaan am,is, are,was,were, have been dan sebagainya yang ramai masih keliru

6. Penggunaan Adverb seperti slowly, loudly, very, extremely dan sebagainya.

Apa2pun pastikan anda menguasai Grammar terlebih dahulu jika anda ingin berbual dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasanya dan mudah untuk difahami oleh orang lain.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris akan saya jalankan di SUnway pada 1hb April ini dan di Putrajaya pada 7hb April.

Cikgu Yusoff

Semak keputusan SPM 2011 melalui SMS

Sertai Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris Pra-Universiti / MUET di Sunway dan Putrajaya April ini!!!

Anda ingin lebih bersedia memasuki Universiti dengan penguasaan bahasa Inggeris yang baik?

Anda ingin mudah lulus MUET untuk sesi Julai 2012?

Anda ingin menyertai kursus bahasa Inggeris yang mudah difahami?

Kursus-kursus bahasa Inggeris di tempat lain mahal dengan yuran sehingga RM1,000 lebih?

Sertailah Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris Pra-Universiti / MUET di Sunway dan Putrajaya April ini!!!

Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris yang komprehensif!!!

Merangkumi aspek-aspek tatabahasa yang penting yang diperlukan anda
untuk berkomunikasi dalam penulisan dan perbualan di Universiti nanti!!!

Merangkumi Aspek Grammar dan Vocabulary!!!

Lebih 1,000 perbendaharaan kata dalam dwi-bahasa!!!

Lebih 500 soalan-soalan latihan beserta jawapan!!!

Bimbingan secara Online dan melalui Telefon semasa kursus!!!

Bimbingan secara Online dan melalui Telefon 3 bulan selepas kursus!!!

Butiran lanjut Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris di Sunway dan Putrajaya April ini!!!

1. Tarikh mula Kursus

i. Putrajaya mula Sabtu 31hb March
ii. Sunway mula Ahad 1hb April

2. Tempoh Kursus
i. Putrajaya 9 minggu
ii. Sunway 9 minggu

3. Masa kursus

i. Putrajaya 9 a.m. ke 12 p.m.
iii. Sunway 9 a.m. ke 12 p.m.

4. Yuran kursus

i. Putrajaya RM780
iii. Sunway RM780

*Yuran asal ialah RM900. Jimat RM120!

Boleh juga dibayar ansur sebanyak RM520 untuk peringkat Asas dan RM320 untuk peringkat Intermediate. (Jimat RM60)

5. Sistem pengajaran

i. Dari peringkat paling ASAS. Mudah untuk difahami.
ii. Pengajaran dan Nota dalam dwi bahasa, BM dan BI
iii. Latihan-latihan untuk pengukuhan pemahaman.
iv. Latihan karangan mingguan
v. Latihan-latihan tambahan melalui email.

6. Lokasi

i. Sunway di Leisure Commerce Square,Mentari.P.J.
ii. Putrajaya di Pusat kejiranan Precint 16

Tempat terhad dan cuma akan disahkan selepas penerimaan deposit RM150.

Yusoff
019-3090711